• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 5 DAPATAN KAJIAN

5.5 Dapatan Kajian

5.5.1 Analisis Statistik Deskriptif

5.5 Dapatan Kajian

Bahagian berikut menjelaskan kesemua dapatan kajian yang diperoleh melalui alat kajian iaitu Ujian Pemahaman Bahasa Melayu yang meliputi aspek menjawab soalan pemahaman dan soalan kod tangan.

5.5.1 Analisis Statistik Deskriptif

Ujian Pemahaman dan Ujian Kod Tangan ditadbir selepas murid mengalami proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru dalam kumpulan kawalan (KoMBM) dan kumpulan eksperimen (KoMIBM). Ujian Pemahaman Bahasa Melayu ini terdiri daripada soalan objektif yang mengandungi 30 soalan (20 soalan pemahaman) dan (10 soalan kod tangan). Maklumat statistik deskriptif bagi ujian pemahaman dan ujian kod tangan ditunjukkan dalam Jadual 5.5 hingga Jadual 5.9.

Jadual 5.4

Statistik deskriptif bagi skor ujian pemahaman antara kumpulan eksperimen dan kawalan

Jadual 5.4 di atas menunjukkan analisis deskriptif bagi skor ujian pemahaman antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Berdasarkan keputusan tersebut,

Kumpulan Pemboleh Ubah Bersandar

Min Sisihan

Piawai

N

KoMIBM UP 12.90 5.195 30

KoMBM UP 6.90 9.266 30

dan kumpulan kawalan adalah 6.90 (SP = 9.266). Keputusan tersebut mendapati min kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding min kumpulan kawalan dalam ujian pemahaman.

Jadual 5.5

Statistik deskriptif bagi skor ujian kod tangan antara kumpulan eksperimen dan kawalan

Bagi ujian kod tangan pula didapati min skor kumpulan eksperimen adalah 6.30 (SP = 3.593) dan kumpulan kawalan adalah 4.50 (SP = 2.488). Keputusan ini menunjukkan bahawa min kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dalam ujian kod tangan.

Jadual 5.6

Statistik deskriptif bagi skor ujian pemahaman berdasarkan pemboleh ubah moderator (tahap kehilangan pendengaran murid) antara kumpulan ekperimen dan kawalan

Jadual 5.6 menunjukkan keputusan analisis statistik deskriptif bagi skor ujian pemahaman pemboleh ubah moderator dalam kumpulan eksperimen dan kawalan.

Berdasarkan keputusan tersebut, didapati min skor ujian pemahaman kumpulan eksperimen bagi murid pekak teruk adalah 14.32 (SP = 4.912) dan murid pekak sangat teruk adalah 17.00 (SP = 4.660). Manakala min skor ujian pemahaman kumpulan kawalan bagi murid pekak teruk adalah 9.67 (SP = 3.640) dan min skor ujian pemahaman kumpulan kawalan bagi murid pekak sangat teruk adalah 9.74 (SP = 4.636). Keputusan yang diperoleh ini menunjukkan bahawa min skor murid pekak sangat teruk dalam kumpulan kawalan adalah lebih tinggi daripada min skor murid pekak teruk dalam kumpulan eksperimen.

Jadual 5.7

Statistik deskriptif bagi skor ujian kod tangan berdasarkan pemboleh ubah moderator (tahap kehilangan pendengaran murid) antara kumpulan ekperimen dan kawalan

Dalam Jadual 5.7 ini, min skor ujian kod tangan kumpulan eksperimen bagi murid pekak teruk adalah 7.09 (SP = 3.421) dan min skor murid pekak sangat teruk adalah 8.63 (SP = 1.768). Bagi kumpulan kawalan, min skor murid pekak teruk ialah 6.33 (SP = 2.646) dan min skor murid pekak sangat teruk ialah 6.05 (SP = 3.154).

Keputusan ini menunjukkan bahawa dalam kumpulan eksperimen min skor murid Kumpulan Tahap hilang

pendengaran

Aspek Min Sisihan Piawai N

KoMIBM Teruk UKT 7.09 3.421 22

Sangat teruk UKT 8.63 1.768 8

KoMBM Teruk UKT 6.33 2.646 9

Sangat teruk UKT 6.05 3.154 21

pekak sangat teruk adalah lebih tinggi berbanding min skor murid pekak teruk. Tetapi, bagi kumpulan kawalan pula murid pekak teruk memperoleh min skor lebih tinggi daripada murid pekak sangat teruk.

Jadual 5.8

Statistik deskriptif bagi skor ujian pemahaman berdasarkan pemboleh ubah moderator (status kepekakan ibu bapa) antara kumpulan ekperimen dan kawalan

Jadual 5.8 menunjukkan keputusan statistik deskriptif bagi pemboleh ubah bersandar (ujian pemahaman) dengan tahap kepekakan ibu bapa murid dalam kumpulan ekperimen dan kawalan. Dalam kumpulan eksperimen, murid yang mempunyai ibu bapa bukan pekak mendapat min skor sebanyak 15.19 (SP = 4.858).

Manakala murid dengan ibu bapa pekak memperoleh min skor 14.67 (SP = 1.155).

Dalam kumpulan kawalan pula, min skor murid dengan ibu bapa bukan pekak ialah 9.19 (SP = 4.170) dan min skor murid dengan ibu bapa pekak ialah 14.00 (SP = 5.944).

Dapatan dariapda statistik deskriptif ini menunjukkan bahawa murid yang mempunyai ibu bapa bukan pekak memperoleh min skor lebih tinggi daripada murid dengan ibu bapa pekak. Namun begitu keputusan sebaliknya diperoleh bagi kumpulan kawalan di mana murid yang mempunyai ibu bapa pekak pula yang mendapat skor min yang lebih

Kumpulan Pemboleh Ubah

Jadual 5.9

Statistik deskriptif bagi skor ujian kod tangan berdasarkan pemboleh ubah moderator (status kepekakan ibu bapa) antara kumpulan ekperimen dan kawalan

Jadual 5.9 menunjukkan keputusan statistik deskriptif bagi pemboleh ubah bersandar (ujian kod tangan) dengan tahap kepekakan ibu bapa murid dalam kumpulan ekperimen dan kawalan. Dalam kumpulan eksperimen, min skor murid dengan ibu bapa bukan pekak ialah 7.69 (SP = 3.121) dan min skor murid dengan ibu bapa pekak ialah 9.00 (SP = 0.000). Bagi kumpulan kawalan pula, min skor murid dengan ibu bapa bukan pekak ialah 5.81(SP = 2.962) dan min skor murid dengan ibu bapa pekak pula ialah 6.25 (SP = 3.202). Berdasarkan kepada keputusan statistik deskriptif tersebut, murid yang mempunyai ibu bapa pekak mendapat min skor yang lebih tinggi daripada murid dengan ibu bapa bukan pekak dalam kumpulan eksperimen dan kawalan.

Kumpulan Pemboleh

5.6 Pengujian Hipotesis Kajian

Tujuan kajian kuasi-eksperimental ialah untuk mengkaji perbezaan kesan penggunaan Koswer Multimedia Interaktif Bahasa Melayu dan Koswer Multimedia Bahasa Melayu terhadap dua pemboleh ubah bersandar iaitu skor ujian pemahaman (UP) dan skor ujian kod tangan (UKT) dengan dua pemboleh ubah moderator iaitu tahap kepekakan murid dan status kepekakan ibu bapa. Kaedah analisis yang digunakan bagi menguji kesemua hipotesis dalam kajian ini ialah statistik deskriptif dan Multivariate Analysis of Covariance (MANCOVA). Ujian multivariat digunakan untuk membuat inferensi terhadap hipotesis 1 hingga 6. Tahap signifikan yang ditetapkan dalam kajian ini ialah p=<0.05.

Dapatan analisis data melalui pengiraan multivariat Pillai’s Trace terhadap semua pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar diringkaskan seperti dalam Jadual 5.10.

Jadual 5.10

Ringkasan keputusan ujian multivariat terhadap semua pemboleh ubah yang terlibat

Nilai F df1 df2 Sig maka Pillai’s Trace digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan signifikan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Secara keseluruhannya, ujian multivariat menunjukkan bahawa terdapat kesan utama konstruk yang signifikan iaitu bagi ujian pemahaman (UP) [F (2, 48) = 20.142, p<0.05] dan ujian kod tangan (UKT) [F (2, 48) = 11.147, p<0.05]. Kesan signifikan turut diperoleh antara interaksi konstruk dalam kumpulan [F (2, 48) = 3.300, p<0.05] dan interaksi 131onstruksi kumpulan dan status kepekakan ibu bapa [F (2, 48) = 2.751, p<0.05]. Interaksi antara konstruk dan status kepekakan ibu bapa adalah tidak signifikan [F (2, 98) = 0.612, p>0.05]. Kesan interaksi antara kumpulan dan tahap kehilangan pendengaran murid juga memberikan keputusan tidak signifikan [F (2, 48) = 0.144, p>0.05].

5.6.1 Pengujian Hipotesis 1

Ho1 Tidak terdapat perbezaan skor ujian pemahaman yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.

Jadual 5.11

Keputusan ANOVA ujian pemahaman dan ujian kod tangan antara kumpulan (KoMIBM, KoMBM) dengan menggunakan ujian pra sebagai kovariat

Jadual 5.11 menunjukkan keputusan analisis univariat ANOVA bagi skor pencapaian pemahaman antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kumpulan.

Dapatan analisis yang diperoleh adalah [F (1, 49) = 0.984, p>0 .05]. Hasil dapatan ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari segi skor menjawab soalan pemahaman antara kumpulan yang menggunakan KoMIBM dengan kumpulan yang menggunakan KoMBM. Maka hipotesis nol telah gagal ditolak.

5.6.2 Pengujian Hipotesis 2

Ho2 Tidak terdapat perbezaan skor ujian kod tangan yang signifikan di antara Sumber Pemboleh

Ubah Bersandar

df Min kuasa dua

F *Sig

Kumpulan

UP 1 11.070 0.984 0.326

UKT 1 26.479 5.986 0.018

Analisis ANOVA yang ditunjukkan pada Jadual 5.11 di atas memberikan keputusan [F (1, 49) = 5.986, p<0.05]. Berdasarkan keputusan kajian ini, terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor ujian kod tangan antara kumpulan KoMIBM dengan kumpulan KoMBM. Keputusan kajian ini menunjukkan hipotesis nol berjaya ditolak.

5.6.3 Pengujian Hipotesis 3

Bagi menjawab hipotesis 3 dan 4 ujian MANCOVA dan ANOVA telah digunakan.

Ujian pra bagi setiap pemboleh ubah dijadikan sebagai kovariat dalam analisis MANCOVA. Berdasarkan Jadual 5.10 ujian MANCOVA, keputusan yang diperoleh [F(2,48) = 3.964, p<0.05] menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar yang menggunakan pengajaran KoMIBM dan KoMBM dengan tahap pekak berbeza. Ujian ANOVA telah dilakukan bagi mengenal pasti perbezaan antara kumpulan dengan tahap pekak.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan skor ujian pemahaman yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan berdasarkan tahap kehilangan pendengaran murid.

Jadual 5.12

Keputusan ANOVA bagi ujian pemahaman dan ujian kod tangan berdasarkan kumpulan (KoMBM, KoMIBM) dengan tahap kehilangan pendengaran murid

Keputusan ujian ANOVA yang ditunjukkan dalam Jadual 5.12 tentang kesan pendekatan pengajaran KoMBM dan KoMIBM dengan tahap kehilangan pendengaran (teruk, sangat teruk) terhadap skor menjawab soalan pemahaman dengan betul menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan [F(1, 49 = 0.003, p > 0.05].

Hasil analisis data yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian menjawab soalan pemahaman antara kumpulan yang menggunakan KoMIBM dengan kumpulan yang menggunakan KoMBM berdasarkan kepada tahap kepekakan murid. Maka hipotesis nol gagal ditolak.

5.6.4 Pengujian Hipotesis 4

Ho4 Tidak terdapat perbezaan skor ujian kod tangan antara pembelajaran yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan Sumber Pemboleh

Berdasarkan kepada keputusan ujian ANOVA pada Jadual 5.12 menunjukkan tidak terdapat kesan pendekatan pengajaran KoMBM dan KoMIBM dengan tahap kepekakan (teruk, sangat teruk) terhadap skor pencapaian kod tangan [F(1, 49 = 0.360, p > 0.05]. Hasil analisis data telah menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian penggunaan kod tangan yang tepat antara kumpulan yang menggunakan KoMIBM dengan kumpulan yang menggunakan KoMBM berdasarkan kepada tahap kepekakan murid. Maka hipotesis kajian ini diterima.

5.6.5 Pengujian Hipotesis 5

Bagi menjawab hipotesis 5 dan 6, ujian MANCOVA dan ANOVA telah digunakan.

Berdasarkan keputusan ujian MANCOVA (Jadual 5.10), terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar yang menerima pengajaran KoMIBM dan KoMBM dengan status pekak ibu bapa. Oleh itu, Ujian ANOVA telah dilakukan bagi mengenal pasti perbezaan antara kumpulan dengan status pekak ibu bapa.

Ho5 Tidak terdapat perbezaan skor ujian pemahaman yang signifikan di antara murid yang mempunyai ibu bapa yang pekak dengan bukan pekak dalam kumpulan eksperimen dan kawalan.

Jadual 5.13

Keputusan ANOVA bagi skor ujian pemahaman dan ujian kod tangan berdasarkan kumpulan (KoMBM, KoMIBM) dengan status kepekakan ibu bapa

Jadual 5.13 menunukkan keputusan ujian ANOVA tentang kesan pendekatan pengajaran KoMBM dan KoMIBM dengan status kepekakan ibu bapa (ibu bapa pekak, ibu bapa tidak pekak) terhadap skor menjawab soalan pemahaman dengan betul. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat kesan yang signifikan antara pemboleh ubah bebas (koswer) dan pemboleh ubah moderator iaitu status pekak ibu bapa terhadap skor menjawab soalan pemahaman dengan betul [F(1, 49 = 1.931), p > 0.05]. Hasil analisis data yang telah dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian menjawab soalan pemahaman antara kumpulan yang menggunakan KoMIBM dengan kumpulan yang menggunakan KoMBM berdasarkan kepada keluarga yang pekak dan bukan pekak. Hipotesis kajian ini gagal untuk ditolak.

5.6.6 Pengujian Hipotesis 6

Jadual 5.13 menunjukkan keputusan ujian ANOVA tentang kesan pendekatan pengajaran KoMBM dan KoMIBM dengan status kepekakan ibu bapa (ibu bapa pekak, ibu bapa tidak pekak) terhadap skor pencapaian pemahaman. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara pemboleh ubah bebas (koswer) dan pemboleh ubah moderator iaitu status pekak ibu bapa terhadap pemboleh ubah bersandar skor pencapaian membaca [F(1, 49 = 2.077), p > 0.05]. Hasil analisis data yang telah dijalankan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari segi skor ujian kod tangan antara kumpulan yang menggunakan KoMIBM dengan kumpulan yang menggunakan KoMBM berdasarkan kepada keluarga yang pekak dan bukan pekak. Hipotesis kajian ini telah gagal untuk ditolak.

5.7 Ringkasan Analisis Data

Bahagian ini menerangkan tentang ringkasan kepada pengujian hipotesis yang telah dilakukan dengan menggunakan MANCOVA dan ANOVA. Ringkasan keseluruhan keputusan analisis kajian ditunjukkan dalam Jadual 5.14.

Jadual 5.14

Ringkasan hasil analisis data menggunakan MANCOVA

Hipotesis Keputusan

Ho1 Tidak terdapat perbezaan skor ujian pemahaman yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.

Tidak signifikan.

Hipotesis ditolak.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan skor ujian kod tangan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.

Signifikan.

Hipotesis diterima.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan skor ujian pemahaman yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan berdasarkan tahap kehilangan pembelajaran yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan berdasarkan tahap kehilangan pendengaran murid.

BAB 6

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan

Tujuan kajian ini dilaksanakan ialah untuk membangun dan melihat kesan penggunaan Koswer Multimedia Interaktif Bahasa Melayu (KoMIBM) berbanding dengan Koswer Multimedia Bahasa Melayu (KoMBM) dalam meningkatkan pemahaman membaca murid pendidikan khas pendengaran. Kajian yang dijalankan ini mengandungi dua fasa utama iaitu pembangunan KoMIBM dan KoMBM dan kemudian diikuti dengan kajian eksperimen. Proses pembangunan koswer telah dilaksanakan dengan berpandukan kepada model reka bentuk instruksi ADDIE.

Bagi mengkaji kesan rawatan menggunakan KoMIBM dan KoMBM terhadap ujian pemahaman membaca dan ujian kod tangan, kajian eksperimen telah dilakukan.

Kedua-dua pemboleh ubah bersandar yang hendak dikaji diukur menggunakan Ujian Pemahaman Bahasa Melayu. Skor bagi kedua-dua aspek yang dikaji diperoleh melalui ujian pemahaman yang dilaksanakan setelah murid menamatkan pembelajaran dengan KoMIBM dan KoMBM. Kajian ini juga membincangkan kesan tahap kehilangan pendengaran murid terhadap pemahaman membaca dan penggunaan kod tangan yang tepat.

Selain itu, kajian ini juga melihat kesan daripada ibu bapa yang pekak dan bukan pekak terhadap pemahaman membaca dan penggunaan kod tangan. Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalan kajian berikut:

i. Adakah terdapat perbezaan skor ujian pemahaman di antara pembelajaran yang menggunakan KoMIBM dan KoMBM?

ii. Adakah terdapat perbezaan skor ujian kod tangan di antara pembelajaran yang menggunakan KoMIBM dan KoMBM?

iii. Adakah terdapat perbezaan skor ujian pemahaman antara pembelajaran yang menggunakan KoMIBM dan KoMBM berdasarkan tahap kehilangan pendengaran murid?

iv. Adakah terdapat perbezaan skor ujian kod tangan antara pembelajaran yang menggunakan KoMIBM dan KoMBM berdasarkan tahap kehilangan pendengaran murid?

v. Adakah terdapat perbezaan skor ujian pemahaman di antara murid yang mempunyai ibu bapa yang pekak dan bukan pekak dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan?

vi. Adakah terdapat perbezaan skor ujian kod tangan di antara murid yang mempunyai ibu bapa yang pekak dan bukan pekak dalam kumpulan eskperimen dan kumpulan kawalan?

6.2 Perbincangan

Dalam bahagian ini, perbincangan dilakukan berdasarkan kepada analisis dapatan

pemahaman dan skor ujian kod tangan yang. Hasil dapatan kajian terhadap pemboleh ubah moderator seperti tahap kepekakan murid dan status kepekakan ibu bapa murid juga turut dibincangkan.

6.2.1 Skor Ujian Pemahaman dalam Persekitaran Pembelajaran yang Menggunakan KoMIBM berbanding KoMBM

Hasil eksperimen yang telah dijalankan menunjukkan pencapaian ujian pemahaman murid pendidikan khas pendengaran yang mengikuti pembelajaran dengan KoMIBM adalah lebih baik berbanding murid yang menggunakan pembelajaran dengan KoMBM. Berdasarkan kepada keputusan statistik deskriptif, murid yang menggunakan koswer KoMIBM menunjukkan peningkatan min yang lebih tinggi daripada murid yang menggunakan KoMBM. Namun demikian, perbezaan pencapaian ini adalah tidak signifikan. Pengujian hipotesis yang dijalankan telah mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian pemahaman membaca antara kumpulan yang menggunakan KoMIBM dengan kumpulan yang menggunakan KoMBM.

Keputusan kajian yang tidak signifikan ini mungkin boleh dikaitkan dengan pandangan oleh Palladino dan Ferrari (2013) yang menjelaskan bahawa faktor perbezaan yang mempengaruhi kefahaman membaca dalam kalangan murid pendidikan khas pendengaran adalah disebabkan oleh maklumat yang diterima secara berlebihan dalam ingatan kerja. Murid pendidikan khas pendengaran mungkin menghadapi masalah untuk mengingat bahan pembelajaran apabila mereka gagal untuk menggabungjalinkan maklumat berlebihan yang diterima daripada

pembelajaran menggunakan koswer. Faktor maklumat berlebihan dalam ingatan kerja boleh menyebabkan murid kurang fokus kepada maklumat yang hendak diingat (Henderson et al., 2013).

Murid pendidikan khas pendengaran sangat bergantung kepada deria penglihatan mereka (Marschark & Knoors, 2012). Oleh yang demikian, mereka perlu memisahkan perhatian visual antara teks bacaan dan imej yang dilihat. Menurut Mayer (2009), apabila teks bacaan ditunjukkan dalam bentuk visual akan menyebabkan sistem memori kerja akan menjadi terbeban. Oleh itu, murid pendidikan khas pendengaran perlu membahagikan perhatian visual antara video dan teks bacaan.

Namun begitu, kesan daripada memori kerja menjadi terbeban dapat dikurangkan dengan memberikan masa yang lebih untuk murid membaca teks bacaan dan melihat video yang ditunjukkan. Seterusnya kesan modaliti akan terhapus sendirinya atau menjadi terbalik (Asker-Arneson et al., 2015).

Kajian oleh Wauters dan Dirks (2017) telah mengkaji mengenai kesan penggunaan e-buku dan buku bacaan biasa terhadap kefahaman membaca murid pendidikan khas pendengaran. Murid yang menggunakan e-buku menunjukkan peningkatan dalam skor min kefahaman membaca berbanding murid yang menggunakan bahan bacaan biasa. Walau bagaimanapaun, hasil dapatan kajian yang diperoleh telah menunjukkan keputusan yang tidak signifikan. Dalam kajian tersebut, Wauters dan Dirks telah menyarankan bahawa penggunaan e-buku ini perlu digunakan kepada murid yang lebih muda sebagai intervensi awal. Ini kerana jika murid-murid pendidikan khas pendengaran ini didedahkan dengan bahan bacaan interaktif pada usia

pengetahuan sedia ada mereka ditingkatkan maka ingatan kerja berlebihan dapat dikurangkan (Cummins, 2006).

Dapatan yang menunjukkan skor min KoMIBM lebih tinggi berbanding KoMBM ini disokong oleh beberapa kajian yang telah dijalankan terdahulu (Cannon

& Kirby, 2013; Nikolaraizi et al., 2013; Van Staden (2013). Kajian oleh Cannon dan Kirby (2013) mengkaji tentang penggunaan perisian komputer untuk mengajar tatabahasa bahasa Inggeris kepada murid pendidikan khas pendengaran yang menggunakan ASL sebagai mod komunikasi. Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati terdapat keputusan yang signifikan penggunaan perisian koswer tersebut terhadap meningkatkan pencapaian tatabahasa murid pendidikan khas pendengaran.

Hal ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Van Staden (2013).

Kajian oleh Van Staden (2013) mengkaji penggunaan bahan bacaan yang menggunakan visual dan teks untuk mengajar membaca kepada murid pendidikan khas pendengaran. Dapatan kajian mendapati terdapat kesan yang signifikan terhadap pencapaian membaca murid pendidikan khas pendengaran yang berada dalam kumpulan eksperimen berbanding murid yang menggunakan bahan bacaan teks sahaja. Kajian oleh Nikolaraizi et al. (2013) pula menggunakan perisian multimedia untuk mengajar membaca dalam bahasa Greek kepada murid pendidikan khas pendengaran. Hasil kajian tersebut mendapati murid yang menggunakan perisian multimedia dapat mengingat kembali teks bacaan yang dibaca dengan lebih baik berbanding murid yang menggunakan teks bacaan bercetak.

Faktor lain yang boleh dikaitkan dengan peningkatan skor min murid yang menggunakan KoMIBM ini dijelaskan menggunakan Teori Interdependensi Linguistik oleh Cummin. Berdasarkan kepada Teori Interdependensi Linguistik ini, penguasaan dalam bahasa pertama dapat membantu penguasaan bahasa kedua seseorang individu itu (Cummins, 2006). Dalam kes murid pendidikan khas pendengaran, penguasaan dalam Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dapat membantu mereka mempelajari Bahasa Melayu. Kajian oleh Hamilton (2012) menyokong bahawa penggunaan video bahasa isyarat, teks dan imej dalam kamus multimedia Bahasa Inggeris- ASL (American Sign Language) dapat meningkat pencapaian membaca murid pendidikan khas pendengaran dalam Bahasa Inggeris.

Hasil kajian oleh Ausbrooks- Rusher, Schimmel dan Edwards (2012) berkaitan kesan pengajaran menggunakan bilingual dalam mengajar murid pendidikan khas pendengaran membaca turut menunjukkan dapatan yang signifikan terhadap pencapaian membaca.

Berdasarkan kepada dapatan kajian pengkaji, dapat dirumuskan bahawa sekiranya murid pendidikan khas pendengaran diberikan masa yang cukup dan diberikan pendedahan awal dalam menggunakan bahan bantu mengajar yang berbentuk interaktif dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam membaca. Selain itu, penguasaan menggunakan KTBM juga dapat membantu murid pendidikan khas pendengaran ini belajar membaca dalam bahasa Melayu.

6.2.2 Skor Ujian Kod Tangan dalam Persekitaran Pembelajaran yang Menggunakan KoMIBM berbanding KoMBM

Berdasarkan kepada kajian yang dijalanakan, analisis data yang telah diperoleh mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor menjawab soalan kod tangan antara kumpulan yang menggunakan KoMIBM dengan kumpulan yang menggunakan KoMBM. Analisis pencapaian ujian kod tangan mendapati pencapaian murid yang menggunakan KoMIBM lebih baik berbanding dengan murid yang menggunakan KoMBM. Perbezaan kesan yang signifikan antara kumpulan yang menerima KoMIBM berbanding dengan kumpulan yang menerima KoMBM mungkin disebabkan oleh perbezaan mod interaktiviti yang membezakan antara rawatan KoMIBM dan KoMBM. Penggunaan video kod tangan yang disediakan pada KoMIBM tetapi tiada pada KoMBM ialah fitur eksplorasi dan manipulasi yang membolehkan murid memahami teks bacaan yang dibaca.

Hasil dapatan kajian ini menyamai beberapa dapatan kajian lepas (Nikolaraizi

& Vekiri, 2012; & Holmer, Heinmann & Rudner, 2017). Nikolaraizi dan Vekiri (2012) telah mengkaji tentang keberkesanan penggunaan koswer multimedia dalam mengajar bahasa isyarat Greek kepada murid pendidikan khas pendengaran. Berdasarkan kajian tersebut, didapati murid yang menggunakan koswer multimedia (video dan perkataan) dapat meningkatkan kefahaman murid pendidikan khas pendengaran dalam mempelajari bahasa isyarat Greek walaupun mereka tidak mahir menggunakan bahasa isyarat. Holmer et al. (2017) pula telah mengkaji tentang keberkesanan penggunaan video bahasa isyarat Inggeris untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pendengaran yang berada di sekolah rendah. Hasil kajian tersebut mendapati kanak-kanak

bermasalah pendengaran ini dapat meningkatkan kemahiran bahasa isyarat mereka.

Penggunaan multimedia interaktif untuk mengajar bahasa isyarat kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat membantu mereka menggunakan bahasa isyarat dengan betul.

Oleh yang demikian, dalam kajian ini murid yang menggunakan KoMIBM mungkin mendapat manfaat yang lebih berbanding murid yang menggunakan KoMBM kerana terdapatnya video yang menunjukkan kod tangan bagi setiap perkataan yang terdapat di dalam teks bacaan. Penggunaan video kod tangan tersebut kemungkinan dapat membantu murid belajar perkataan-perkataan baharu dipelajari

Oleh yang demikian, dalam kajian ini murid yang menggunakan KoMIBM mungkin mendapat manfaat yang lebih berbanding murid yang menggunakan KoMBM kerana terdapatnya video yang menunjukkan kod tangan bagi setiap perkataan yang terdapat di dalam teks bacaan. Penggunaan video kod tangan tersebut kemungkinan dapat membantu murid belajar perkataan-perkataan baharu dipelajari