• Tidak ada hasil yang ditemukan

4.4 Pengukuran Transformasi Melalui Risiko Kecairan

4.4.3 Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek

Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek adalah seperti nisbah semasa untuk sesebuah bank. Aset jangka pendek akan dapat ditukar dengan cepat ke dalam bentuk tunai untuk memenuhi tanggungan jangka pendek. Oleh itu, nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan juga adalah tinggi.

29 BAB LIMA

ANALISIS DAPATAN

5.1 PENCAPAIAN KEWANGAN TAHUN 2008

Berteraskan kepada motto “Your Partner for Growth”, Kumpulan Perbankan RHB kini muncul sebagai institusi kewangan keempat terbesar di Malaysia dengan RHB Capital Berhad tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia di bawah kategori Sektor kewangan.

Di bawah struktur korporat yang baru (dilaksanakan pada pertengahan 2007), pengurusan teras perniagaan (core businesses) adalah berdasarkan empat unit strategi perniagaan (SBU) yang berjaya membawa Kumpulan Perbankan RHB muncul sebagai antara institusi perbankan terbaik negara pada tahun 2008.

Secara keseluruhannya, pada tahun 2008, Kumpulan Perbankan RHB berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan dan pengurusan aset berbanding tahun sebelumnya.

Pengukuhan ini dapat diukur dengan peningkatan perolehan untung sebelum cukai sebanyak 25 peratus, iaitu daripada RM1,137 juta kepada RM1,422 juta. Biarpun kutipan hasil operasi menurun sebanyak RM156 juta, namun peningkatan dalam keuntungan tersebut jelas menunjukkan pengurusan kewangan yang cekap telah dilaksanakan. Selaras dengan peningkatan keuntungan yang diperolehi, pemegang ekuiti juga menerima peningkatan agihan kepada RM1,049 juta berbanding RM713 juta pada tahun 2007.

30 Jumlah aset Kumpulan Perbankan RHB pada tahun 2008 dicatat sebanyak RM104,533 juta. Sumber aset ini diperolehi daripada pinjaman (58 peratus), sekuriti (20.2 peratus), tunai dan dana jangka pendek (13.7 peratus) dan lain-lain. Sebaliknya, jumlah liabiliti yang ditanggung adalah RM96,692 juta dengan sumbangan terbesar adalah daripada deposit pelanggan iaitu sebanyak RM73,962 atau 70.8 peratus daripada keseluruhan liabiliti.

Selain itu, peningkatan juga boleh dilihat dari sudut nisbah keuntungan. Pulangan bersih ke atas purata ekuiti adalah sebanyak 14.1 peratus berbanding 11.9 peratus pada tahun 2007. Manakala pulangan bersih ke atas purata aset meningkat daripada 0.7 peratus (2007) kepada 1.0 peratus (2008). Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa Kumpulan Perbankan RHB mempunyai daya saing yang jitu walaupun ketika negara dan dunia menghadapi situasi ekonomi yang agak suram.

Rajah 5.1 menunjukkan pencapaian Kumpulan Perbankan RHB bagi tempoh kewangan 2004 hingga 2008. Jumlah keuntungan sebelum cukai meningkat dari tahun ke tahun secara purata pada kadar sekitar 30 peratus. Sebagai contoh, jumlah keuntungan sebelum cukai pada tahun 2007 ialah RM1,137 juta, telah meningkat kepada RM1,422 juta pada tahun 2008. Begitu juga, peningkatan berlaku dalam jumlah aset sehingga tahun 2007 dan sedikit penurunan (0.5 peratus) pada tahun 2008.

31 Rajah 5.1: Jumlah Aset dan Untung Sebelum Cukai RHB Group 2004-2008

717

Rajah 5.2 pula menunjukkan jumlah liabiliti yang dimiliki Kumpulan Perbankan RHB bagi tempoh yang sama. Dari tahun 2004, jumlah liabiliti menunjukkan tren yang meningkat sehinggalah tahun 2008. Walaupun begitu, peratus peningkatannya adalah sangat kecil. Rajah 5.2 juga menunjukkan deposit pelanggan sebagai sumber utama liabiliti di mana sepanjang tempoh tersebut deposit pelanggan menyumbang lebih 50%

dan sumbangan tersebut semakin besar dari tahun ke tahun.

32 Rajah 5.2: Jumlah Liabiliti dan Deposit Pelanggan Bagi Tempoh 2004-2008

0 20000 40000 60000 80000 100000

RM juta

20042005200620072008

Tahun

Jumlah Liabiliti Deposit Pelanggan

Merujuk kepada Jadual 5.1, RHB Capital Berhad selaku induk bank RHB telah mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1,422 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, meningkat 25% berbanding kepada RM1,137 juta yang tercatat dalam tahun kewangan sebelum ini (2007). Kalau diperhatikan tren dari tahun 2004 hingga 2008, kita dapati keuntungan RHB Capital Berhad (secara kumpulan) telah meningkat sebanyak 197% berbanding kepada RM478 juta yang tercatat dalam tahun kewangan 2004. Ini merupakan pencapaian yang amat memberansangkan dan menunjukkan satu prestasi yang terus meningkat di dalam menyaingi bank-bank perdagangan yang lain di Malaysia.

33 Jadual 5.1: Keuntungan Tahunan Kumpulan Perbankan RHB dan Tren ROE

2004 2005 2006 2007 2008

Deposit Pelanggan (juta) 50,167 49,921 57,526 75,793 73,962 Nisbah kos kepada

pendapatan (%)

51.1 49.2 44.5 44.4 43.9

ROE (%) 7.3 7.3 9.3 11.9 14.1

Sumber: Laporan Tahunan RHB Capital Berhad dari tahun 2004- 2008

Untung bersih telah meningkat sebanyak 47% atau RM335.8 juta kepada RM1,049 juta berbanding RM713 pada tahun 2007. Pembelian balik kepentingan minoriti dalam RHB Bank Berhad (RHB Bank) pada 2007 menyumbang kepada satu peningkatan tambahan untuk keuntungan bersih kumpulan.

Pada 31 Disember 2008, kualiti aset menerusi nisbah non-performance loan (NPL) bersih juga telah meningkat kepada 2.24% (2008) daripada 6.0% pada 31 Disember 2004. Manakala Perlindungan kerugian pinjaman meningkat dengan jelas kepada 90%

daripada 71% pada 31 Disember 2007. Keadaan ini terjadi kerana elaun lebih tinggi

34 untuk kerugian ke atas pinjaman, dan pembiayaan lebih cermat dibuat dalam jangkaan kemerosotan. Kualiti aset yang merosot ini boleh disebabkan oleh ekonomi global yang perlahan, serta belanja operasi lain yang lebih tinggi.

Jumlah aset yang dimiliki oleh RHB capital Bhd menunjukkan peningkatan sebanyak 23,017 juta dari tahun 2004 hingga 2007. Namun begitu tren peningkatan ini telah menurun sebanyak 621 juta (bersamaan -0.59%) pada 31 Disember 2008. Seterusnya bagi pinjaman, pembiayaan dan pendahuluan pula didapati sepanjang tempoh tahun 2004 hingga 2008 menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 37.9% (bersamaan 16,684 juta). Jumlah deposit pelanggan pada 31 Disember 2008 menunjukkan penurunan sebanyak 2% kepada RM74 juta berbanding RM76 juta pada 31 Disember 2007.

Pulangan pemegang saham menerusi petunjuk ROE telah meningkat sebanyak 2.2%

daripada 11.9% (2007) kepada 14.1% (2008). Diperhatikan keseluruhan tren dari tahun 2004 hingga 2008 menunjukkan peningkatan walaupun pada tahun 2004 dan 2005 ia mempunyai nilai peratus yang sama iaitu 7.3%.

35 Jadual 5.2: Produktiviti Kumpulan Perbankan RHB

Indikator 2007 2008

Produktiviti Kakitangan Hasil (Pendapatan) per kakitangan 638 608

Hasil Aset Margin faedah bersih (%) 2.46% 2.63%

Kecekapan Kos Nisbah kos kepada pendapatan (%) 44% 44%

Sumber: Laporan Tahunan RHB Capital Berhad, 2007- 2008

Dalam Jadual 5.2, Produktiviti diperjelaskan menerusi produktiviti kakitangan, hasil aset dan kecekapan kos. Didapati pendapatan per kakitangan untuk produktiviti kakitangan menurun sebanyak 30 iaitu 638 bagi tahun 2007 kepada 608 pada tahun 2008. Seterusnya hasil aset menerusi margin faedah bersih telah meningkat daripada tahun 2007 kepada tahun 2008 sebanyak 0.17% iaitu daripada 2.46% pada tahun 2007 kepada 2.63% pada tahun 2008. Kecekapan kos pula didapati tidak mengalami apa-apa perubahan iaitu nisbah kos kepada pendapatan kekal kepada 44% dari tahun 2007 kepada tahun 2008.

36 5.2 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI NISBAH

KEWANGAN RHB BANK BERHAD 5.2.1 Pulangan Atas Aset (ROA)

Sesebuah bank dikatakan mempunyai pencapaian yang baik apabila nisbah pulangan atas aset (ROA) menjadi semakin tinggi. Semakin tinggi nisbah ROA yang diperolehi, maka semakin tinggi keuntungan bank tersebut.

Rajah 5.3: Aliran ROA, 1997 – 2008.

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

Dalam Rajah 5.3, aliran ROA bagi RHB Bank Berhad menunjukkan kejatuhan, iaitu daripada 7.69% pada tahun 1997 kepada -7.6% pada tahun 1998. Walaubagaimana pun, aliran ROA mulai mengalami peningkatan kembali pada tahun 1999 hingga 2001. ROA

37 pada tahun 1999 ialah -3.026%, meningkat kepada 0.75% pada tahun 2001. Selepas tahun 2001, aliran ROA ini telah menunjukkan perubahan dengan kadar yang amat kecil sekali, iaitu di antara 0.26% dan 0.45%. Dari tahun 2007 hingga 2008, tren ROA menunjukkan peningkatan dari 0.75% ke 1.11%. Dapat disimpulkan bahawa RHB Bank Berhad mempunyai pencapian yang baik kerana nisbah ROA menjadi semakin tinggi.

Diketahui semakin tinggi nisbah ROA yang diperolehi, maka semakin tinggi keuntungan bank tersebut.

5.2.2 Pulangan Atas Ekuiti (ROE)

Sekiranya Pulangan Atas Ekuiti (ROE) bagi sesebuah bank adalah tinggi, ini dapat menunjukkan bahawa bank tersebut memperolehi pulangan yang tinggi ke atas modal ekuiti dan sebaliknya.

Aliran ROE dalam Rajah 5.4 menunjukkan penurunan pada tahun 1998 dan 1999 iaitu kepada -0.14% dan -0.19%. Aliran tren ROE ini telah menunjukkan peningkatan dari tahun 200 ke tahun 2007 iaitu dari 0.01% kepada 15.41%. Namun begitu pada tahun 2002 dan 2005, ROE telah mengalami sedikit kejatuhan. Sekali lagi ROE ini telah mengalami penurunan sedikit iaitu sebanyak 14.94% pada tahun 2008. Rumusan yang boleh dibuat di sini bahawa pada kedudukan ROE bank yang tinggi, ia menunjukkan bahawa RHB Bank Berhad ini memperolehi pulangan yang tinggi ke atas modal ekuiti.

Namun begitu berlaku juga keadaan RHB Bank Berhad mempunyai ROE yang rendah di mana bank hanya memperolehi pulangan yang rendah ke atas modal ekuiti.

38 Rajah 5.4: Aliran ROE, 1997 – 2008.

__________________________________________________________

_______________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.2.3 Pulangan Atas Deposit (ROD)

Kecekapan dalam pengurusan bank berlaku sekiranya kemampuan penukaran setiap ringgit deposit kepada keuntungan adalah tinggi. Berdasar Rajah 5.5, aliran Pulangan Atas Deposit (ROD) didapati menurun dalam tahun 1998 iaitu -0.008% , begitu juga dalam tahun 1999 iaitu -0.007%. Aliran ROD ini meningkat semula dari tahun 2000 hingga tahun 2008. Kecekapan dalam pengurusan RHB Bank Berhad ini berlaku kerana pihak bank berkemampuan melakukan penukaran setiap ringgit deposit kepada keuntungan yang tinggi. Dibandingkan Rajah 5.3 dengan Rajah 5.5 didapati ROA

39 mempunyai hubungan yang positif dengan ROD. Semakin tinggi nilai ROA, maka semakin tinggi juga nilai ROD.

Rajah 5.5: Aliran ROD, 1997 – 2008.

___________________________________________________________

__________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.3 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI KAWALAN PERBELANJAAN RHB BANK BERHAD

Bahagian ini membincangkan pengukuran perbelanjaan RHB Bank Berhad memfokuskan kepada pinjaman dan kerugian/purata jumlah aset, kerugian pinjaman bersih/purata jumlah pinjaman dan pajakan, dan jumlah perbelanjaan overhead/jumlah aset.

40 5.3.1 Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset

Nisbah ini menunjukkan semakin tinggi nisbah maka semakin rendah keuntungan.

Sekiranya peruntukan tinggi, ia akan mengurangkan pendapatan bersih. Peruntukan yang tinggi relatif kepada jumlah aset bererti sesebuah bank telah menghadapi kerugian luar biasa untuk saiz bank. Rajah 5.5 menunjukkan tren nisbah pinjaman dan kerugian pajakan/purata jumlah aset meningkat dari tahun 2003 ke tahun 2004. Namun begitu nisbah ini jatuh dengan kadar yang besar pada tahun 2004 hingga 2005 iaitu daripada 10.03% kepada 5.07%. Dalam tahun 2006 nisbah ini telah meningkat kembali kepada 8.011%. Dari tahun 2007 hingga 2008 didapati nisbah ini telah menurun dari 6.02% ke 5.09%.

Rajah 5.5: Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset, 2003 – 2008.

_______________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 2003 – 2008

41 Menerusi tren aliran nisbah ini jelas menunjukkan bahawa nisbah semakin rendah maka keuntungan mulai meningkat. Dengan ini dapat dikatakan bahawa RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungan menerusi kawalan perbelanjaannya.

5.3.2 Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan

Nisbah ini membandingkan pinjaman bersih benar yang dikenakan untuk satu tahun kepada jumlah aset. Nisbah ini menyatakan bahawa keuntungan adalah rendah apabila nisbah adalah tinggi. Rajah 5.6 menunjukkan nisbah kerugian pinjaman bersih/purata jumlah dan pajakan dari tahun 2003 hingga 2008. Nisbah ini menurun daripada tahun 2003 hingga 2005 iaitu daripada 0.108% hingga 0.072%, namun ia kembali meningkat kepada 0.092% pada tahun 2006. Nisbah ini didapati mulai menurun pada tahun 2007 dan 2008 iaitu 0.057% dan 0.055%. Secara keseluruhan nisbah ini menunjukkan nilai yang rendah maka boleh dikatakan bahawa RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungannya.

5.3.3 Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset

Nisbah jumlah perbelanjaan overhead/jumlah aset menyatakan bahawa nisbah yang tinggi membawa kepada keuntungan yang rendah. Rajah 5.7 jelas menunjukkan tren nisbah yang menurun dari tahun 2003 hingga 2008. Jadi ini menjelaskan bahawa RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungannya

42 Rajah 5.6: Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan, 2003 – 2008.

_________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 2003 – 2008

Rajah 5.7: Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset, 2003 – 2008.

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 2003 – 2008

43 5.4 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI RISIKO

KECAIRAN

Bahagian analisis ini membincangkan pengukuran risiko kecairan RHB Bank Berhad memfokuskan kepada pinjaman dan pajakan bersih/deposit, deposit teras/jumlah aset, dan aset jangka pendek/tanggungan jangka pendek.

5.4.1 Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit

Pinjaman biasanya merupakan asset yang tidak cair berbanding aset-aset lain yang dipunyai oleh bank. Sekiranya nisbah ini adalah rendah maka ia menunjukkan bahawa tahap kecairan adalah tinggi. Rajah 5.8 menunjukkan tren nisbah ini menurun dari tahun 1997 hingga 2008 iaitu daripada sekitar 1.5% kepada 0.95%. Ini jelas menerangkan bahawa tahap kecairan aset pinjaman dan pajakan bersih RHB Bank Berhad adalah tinggi. Kecairan yang tinggi ini mampu meningkatkan keuntungan bank.

44 Rajah 5.8: Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit, 1997 – 2008.

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.4.2 Deposit Teras/Jumlah Aset

Deposit teras lebih stabil dan mungkin kurang untuk bergerak keluar daripada bank dengan cepat. Nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan adalah tinggi. Rajah 5.9 menunjukkan tren nisbah deposit teras/jumlah aset RHB Bank Berhad sepanjang tahun 1997 hingga 2008. Nisbah tersebut didapati meningkat dari tahun 1997 hingga 2003, tetapi mengalami penurunan dari tahun 2004 hingga 2005. Dalam tahun 2006 hingga 2007, nisbah ini mengalami kenaikan semula tetapi mengalami kejatuhan semula pada tahun 2008. Namun begitu keseluruhan nisbah ini adalah tinggi dan ia menjelaskan bahawa kecairan RHB Bank Berhad adalah tinggi.

45 Rajah 5.9: Deposit Teras/Jumlah Aset, 1997 – 2008.

_______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.4.3 Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek

Rajah 5.10 menunjukkan tren nisbah aset jangka pendek/tanggungan jangka pendek dari tahun 1997 hingga 2008. Nisbah ini menjelaskan bahawa aset jangka pendek akan dapat ditukar dengan cepat ke dalam bentuk tunai untuk memenuhi tanggungan jangka pendek. Oleh itu, nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan juga adalah tinggi.

Dari tahun 1997 hingga tahun 2002 didapati nisbah ini meningkat dari 0.97% kepada 1.12%. Manakala dari tahun 2002 hingga 2004 nisbah tersebut mengalami penurunan kepada 1.058% (2004). Nisbah tersebut dapat ditingkatkan semuala dari tahun 2004 hingga 2008 kepada 1.06%. Peningkatan dalam nisbah ini jelas menunjukkan bahawa

46 kecairan aset jangka pendek RHB Bank Berhad tinggi dan ini menggalakkan pihak bank membuat keuntungan.

Rajah 5.10: Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek, 1997 – 2008.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.5 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI KAKITANGAN

Kakitangan RHB Bank Berhad terus komited untuk menerima perubahan dan menyediakan masa depan yang teguh bagi RHB Bank dan membolehkan RHB Bank menyesuaikan diri dengan arus perubahan. Kakitangan RHB Bank telah menetapkan satu hala tuju dengan membentuk satu wawasan baru iaitu untuk menjadi syarikat perkhidmatan kewangan yang paling dikagumi di Malaysia. Mereka kini membentuk

47 semula corak pemikiran dan menjadi semakin bersedia menerima perubahan dan teknologi. Mereka telah menukar pendekatan pasaran mereka kepada satu model perniagaan baru yang didorong oleh keperluan untuk meningkatkan penjualan silang produk dan perkhidmatan serta mempercepatkan lagi masa maklum balas dan penyerahan kepada pelanggan, yang mana akan menghasilkan perolehan dan keuntungan lebih tinggi serta ekuiti jenama. RHB Bank adalah mengenai insan maka Program Transformasi Sumber Manusia memupuk perubahan pemimpin di dalam organisasi ini secara kepimpinan dan insentif. Budaya korporat RHB Bank Berhad kini sedang mengalami perubahan dramatik dengan penerimaan satu suasana pembelajaran yang terbuka dan inovatif.

Kakitangan telah mengemudi syarikat ini melalui detik-detik yang manis dan paling pahit iaitu ketika negara mengalami krisis kewangan Asia. Walau bagaimana pun, strategi perniagaan RHB Bank Berhad dan awasan mereka yang dikongsi bersama tidak pernah goyah walau sedikit pun di sepanjang tempoh yang penuh cabaran ini.

Sebaliknya, mereka menganggap setiap cabaran itu sebagai satu peluang untuk terus maju ke hadapan dan mendahului pesaing-pesaing mereka. Mereka telah menggunakan kepelbagaian sebagai satu peluang untuk berkembang dan mengambil manfaat dari pengalaman mereka.

Kakitangan Kumpulan RHB yang seramai 10,000 orang telah membina rangka minda yang bercirikan transformasi dan kini berupaya bukan sahaja untuk menyesuaikan diri dan berkembang mengikut arus perubahan, tetapi juga dapat menerajui arus perubahan.

48 RHB kini berada di satu kedudukan yang mantap untuk menghadapi persaingan yang semakin hebat atau kesan-kesan ekonomi yang mendatang. Mereka telah menyediakan struktur, proses, sumber manusia dan latihan yang perlu untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan bagi seluruh perniagaan-perniagaan teras mereka. Walaupun keadaan mungkin tidak menentu, kakitangan RHB yakin bahawa masa depan RHB adalah cerah. Ciri-ciri positif seperti kecekalan, semangat keusahawanan, insan dan tumpuan pelanggan, disertai jenama yang teguh dan dikenali ramai, akan membolehkan RHB untuk berjaya walau apa jua cabaran yang mungkin mendatang.

5.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa tingkat operasi yang meningkat dan prestasi yang lebih baik serta berada dalam keadaan yang stabil pada setiap tahun walaupun pada tahun 2005 RHB Bank Berhad mengalami sedikit kejatuhan dari segi ROA, ROE dan ROD. Namun begitu, keseluruhannya menunjukkan ketiga-tiga nisbah tersebut meningkat. Ianya menunjukkan keuntungan RHB Bank Berhad telah meningkat. Nisbah-nisbah tersebut juga menunjukkan cekapnya pihak pengurusan serta pegawai dan pekerja-pekerja RHB Bank Berhad mengurus bank untuk mendapat pulangan yang tinggi.

Analisis pengukuran kawalan perbelanjaan dan pengukuran risiko kecairan RHB Bank Berhad jelas menunjukkan nisbah-nisbah yang ada memberi ruang yang secukupnya kepada pihak pengurusan serta pegawai dan pekerja-pekerja RHB Bank Berhad mengurus bank untuk mendapat keuntungan yang memberangsangkan.

49 Transformasi RHB Bank Berhad tidak akan berjaya dengan sepenuhnya sekiranya kakitangan tidak memberi kerjasama penuh. Maka usaha-usaha telah dilakukan oleh pihak RHB Bank Berhad melalui intisari program transformasi seluruh.

Prestasi yang sentiasa meningkat ini juga memberi kesan ke atas kumpulan perbankan RHB keseluruhannya. Prestasi kumpulan perbankan RHB pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan yang amat ketara di dalam meletakkan kumpulan perbankan RHB di dalam menghadapi cabaran dan tekanan akibat persaingan global.

50 BAB ENAM

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.0 KESIMPULAN

Transformasi RHB Bank Berhad didapati telah meletakkan ia sebagai sebuah syarikat perkhidmatan kewangan bersepadu sepenuhnya serta berorientasikan pelanggan.

Dengan pemantapan strategi pemerolehan yang sedang dijalankan, ia telah membantu melonjakkan RHB Bank Berhad ke satu tahap yang mampu berhadapan dengan latarbelakang industri perbankan yang semakin kompetitif. Penggabungan RHB Bank Berhad dengan Kwong Yik Bank dan Sime Bank, diikuti dengan dua institusi kewangan seperti Delta Finance dan Interfinance, RHB Bank kini berada di satu kedudukan yang kukuh sebagai kumpulan perbankan yang keempat terbesar di Malaysia.

Analisis pengukuran transformasi melalui nisbah kewangan RHB Bank Berhad mendapati semakin tinggi nisbah pulangan atas aset (ROA) yang diperolehi, maka semakin tinggi keuntungan bank tersebut. Namun begitu bagi nisbah pulangan atas ekuiti (ROE) didapati keseluruhan hasilnya adalah bercampur-campur. Hasil-hasil tersebut mampu memberi keuntungan kepada RHB Bank Berhad juga. Didapati ROA mempunyai hubungan yang positif dengan nisbah pulangan atas deposit (ROD).

Semakin tinggi nilai ROA, didapati semakin tinggi juga nilai ROD. Dirumuskan RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungan menerusi nisbah pulangan atas aset, ekuiti dan deposit.

51 Analisis pengukuran transformasi melalui kawalan perbelanjaan RHB Bank Berhad yang memfokuskan kepada pinjaman dan kerugian berbanding dengan purata jumlah aset, kerugian pinjaman bersih berbanding dengan purata jumlah pinjaman dan pajakan, dan jumlah perbelanjaan overhead berbanding dengan jumlah aset, mendapati secara keseluruhannya RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungan menerusi kawalan perbelanjaannya.

Analisis pengukuran transformasi melalui risiko kecairan ini menumpu kepada pinjaman dan pajakan bersih berbanding dengan deposit, deposit teras/jumlah aset, dan aset jangka pendek berbanding dengan tanggungan jangka pendek. Daripada analisis yang diperjelaskan dalam Bab Lima, menunjukkan tahap kecairan aset pinjaman dan pajakan bersih RHB Bank Berhad adalah tinggi. Kecairan aset pinjaman yang tinggi ini mampu meningkatkan keuntungan bank.

RHB Bank Berhad juga menyedari kepentingan tenaga kerja mereka. Transformasi RHB Bank Berhad tidak akan berjaya dengan sepenuhnya sekiranya kakitangan tidak memberi kerjasama penuh kepada usaha-usaha yang dirancang. Maka pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak RHB Bank Berhad melalui intisari program Transformasi Seluruh Bank kakitangan dengan memberi tumpuan kepada empat daya pendorong perniagaan yang utama iaitu Transformasi Sumber Manusia, ePerbankan, Pengurusan Perubahan, dan Proses Risiko Perusahaan.

52 Langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia dalam bentuk pakej rangsangan dan pengurangan dalam kadar faedah, kumpulan optimistik yang akan terdapat pertumbuhan berterusan dalam pinjaman dan permintaan untuk produk dan perkhidmatan produk perbankan baru, walaupun pada kadar lebih perlahan telah berjaya membantu RHB Bank Berhad berdiri kukuh di dalam industri perbankan di Malaysia.

6.1 CADANGAN

Krisis kewangan global menjejaskan keupayaan kerajaan untuk menyokong sistem perbankan di Malaysia. Keadaan krisis yang berlanjutan dan menular ini dikatakan telah mengekang sumber-sumber kerajaan dan membataskan pilihan dasar masing-masing dalam menyokong bank. Apabila krisis kewangan melebar dan berterusan, kemampuan sesebuah bank pusat untuk menyokong bank-banknya berdepan dengan, dan dikekang oleh kapasiti hutang kerajaan sendiri.

Lantaran krisis kewangan yang berlaku, sistem perbankan menjadi semakin tercabar dan mempunyai persaingan yang sengit pada masa kini. Setiap bank perdagangan akan bersaing sesama sendiri untuk memenuhi kehendak pelanggan dari segi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di peringkat nasional dan global. RHB Bank Berhad tidak terkecuali dalam persaingan ini, produk dan perkhidmatan perlu diperbagaikan disamping meningkatkan prestasi kewangan mereka.

Berdasarkan hasil analisis nisbah kewangan bagi tempoh masa yang di kaji memberi hasil keputusan yang amat memberangsangkan. Lantaran itu ia dapat membantu pihak

53 pengurusan RHB Bank Berhad untuk membuat perancangan dan kawalan. Disamping itu juga pihak pengurusan bank boleh menjadikannya sebagai kayu pengukur untuk menentukan bagaimana untuk membiayai aktiviti bank, kegiatan yang patut diceburi oleh bank dan jumlah dividen yang patut di bayar kepada pemegang saham. Pihak

53 pengurusan RHB Bank Berhad untuk membuat perancangan dan kawalan. Disamping itu juga pihak pengurusan bank boleh menjadikannya sebagai kayu pengukur untuk menentukan bagaimana untuk membiayai aktiviti bank, kegiatan yang patut diceburi oleh bank dan jumlah dividen yang patut di bayar kepada pemegang saham. Pihak

Dokumen terkait