TAMADUN ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN
2. Bahasa Inggeris dan Latin
Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan penerokaan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik (termasuklah dalam bidang senibina dan lain-lain kemahiran), halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkahlaku dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa .
Tamadun mempunyai pengertian lebih luas daripada politik, ekonomi dan teknologi. Ianya merangkumi pencapaian sesuatu bangsa dalam bidang kehidupan termasuklah seni dan nilai estetika seperti senibina, seni lukis, kesusateraan dan sebagainya adalah sebahagian daripada komponen tamadun.
2.2.1 PENGERTIAN TAMADUN ISLAM
Secara umumnya pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Terdapat pengertian tamadun menurut bahasa yang berbagai antaranya :
1. Bahasa Arab
Terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah
madaniah, tamadun dan hadharah. Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah umran (digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang
didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang, subur dan maju) dan hadharah (suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan) sebagai berlawanan dengan istilah badi atau
badawi
2. Bahasa Inggeris dan Latin
Istilah civilization berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi
lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia untuk membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya peringkat negara.
Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Antaranya ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengaitkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Ibn Khaldun pula mengatakan tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.
Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Antaranya ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengaitkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Ibn Khaldun pula mengatakan tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.
Secara umumnya Tamadun Islam adalah cetusan daripada memartabatkan Islam sebagai Al-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap selaras dengan fitrah manusia yang memberi penekanan kepada hubunagan manusia dengan manusia, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan Alam.
Sebagai kesimpulan masyarakat Islam dikawal dan dilindungi oleh Allah dari segala aspek pemujaan kepada manusia dan kekuasaan selain dari Allah S.W.T. Anggota masyarakat menjadi tonggak kepada kecemerlangan tamadun dan selaras dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
2.2.2 PRINSIP DAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam dibina berdasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang luhur yang merangkumi matlamat yang jelas. Ia menekankan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat. Pada umumya prinsip dan matlamat Tamadun Islam merangkumi
a) Pengabdian diri kepada Allah S.W.T di dalam seluruh kegiatan hidup
b) Berorganisasi atas asas akidah yang menjamin dari sifat menyeleweng dan kezaliman c) Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan
d) Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan ”manusiawi” bukan sifat ”kebinatangan”
e) Kesucian dan keharmonian hidup keluarga
f) Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah S.W.T dan sentiasa memegang janji dan amanah Allah
Matlamat Tamadun Islam juga ialah untuk memartabatkan Islam sebagai AI-Din iaitu satu cara hidup yang yang lengkap selaras dengan fitrah manusia. Manusialah pemacu dan penggerak kepada tamadun. Dalam konteks pembinaan tamadun manusia, Islam menekankan aspek hubungan manusia seperi berikut :
i. Hubungan Manusia Dengan Allah
Hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah S.W.T ialah beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah S,W.T dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Ia melibatkan hubungan antara hamba dengan Penciptanya. Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia atau makhluk lain.
ii. Hubungan Manusia Sesama Manusia
Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dari asal keturunan yang satu iaitu Adam a.s. Oleh yang demikian hubungan manusia dengan manusia yang lain adalah sebagai sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu. Justeru dalam perhubungan mereka seharian perlulah mengikut aturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak timbul kezaliman, perseteruan malah hubungan yang wujud dalam setiap lapangan kehidupan samada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan tolong menolong dan hormat menghormati. Ini adalah kerana masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik. Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud :
Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNya.
iii. Hubungan Manusia Dengan Alam
Allah S.W.T telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini. Allah S.W.T telah memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan yang sepatutnya dengan alam. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-A’raf ayat 56 yang bermaksud :
Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebajikan.
Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T namun manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab sebagai khalifah. Tugas yang perlu dilaksanakan oleh manusia sebagai khalifah ialah merealisasikan akidah tauhid dalam kehidupannya. Asas pembangunan tamadun manusia yang hakiki bermula daripada cara hidup yang dianjurkan oleh Islam, dan hanya Islam yang mampu untuk memakmurkan dunia ini dengan sebaik-baiknya. Manusia perlu memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut peraturan-peraturan Allah S.W.T atau sunnatullah.
2.2.3 MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang berasaskan wahyu mempunyai manifestasinya yang bertujuan untuk melahirkan hubungan harmoni manusia dengan Allah S.W.T, hubungan sesama manusia dan alam sejagat. Ia juga memiliki sifat-sifat yang menjadikannya cukup unik dan istimewa berbanding dengan tamadun lain. Manifestasi Tamadun Islam adalah untuk melindungi dan memelihara lima perkara yang dianggap penting dalam tamadun manusia iaitu :
i. Menjaga Agama
Agama Islam sebagai anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah adalah sistem hidup yang perlu dipertahankan oleh penganutnya. Agama Islam adalah agama Allah S.W.T dan menjadi pilihan Allah S.W.T (Ali Imran, 3:19, 85; al-Ma’idah, 5:3). Bagi orang yang telah memilih Islam, maka mereka wajib menunaikan tanggungjawab sebagai muslim dan sekiranya keluar daripada Islam maka mereka dikira murtad. Bagi menjamin supaya iman dan agama ini terpelihara maka Islam mengenakan hukuman yang berat bagi orang yang keluar daripada agama Islam ataupun golongan yang murtad.
ii. Menjaga Nyawa
Hak untuk hidup telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Nyawa manusia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Sesiapa yang membunuh manusia lain tanpa sebab-sebab yang di haruskan oleh syarak mereka dianggap melakukan jenayah yang akan dikenakan hukuman berat. Islam juga melarang penganutnya dari membunuh diri sendiri.
iii. Menjaga Akal
Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas setiap manusia kerana ia akan membawa kepada kesempurnaan akal dan menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia berbanding dengan makhluk lain. Justeru Islam melarang daripada sesuatu yang boleh menggugat kewarasan akal.
iv. Menjaga Kehormatan Dan Keturunan
Allah S.W.T mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan kehormatannya perlu dijaga dan dikawal. Kehormatan diri manusia seperti maruah diri, kehormatan keturunan dikawal menerusi sistem perkahwinan. Perkara-perkara negatif seperti berzina, seks bebas, hubungan luar tabii dilarang keras oleh Islam bertujuan semata-mata untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia.
v. Menjaga Harta Benda
Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankannya. Sesiapa yang cuba untuk melucutkan harta seseorang tanpa kebenaran seperti mencuri, menyamun dan menipu akan dikenakan hukuman yang berat.
Secara umumnya Tamadun Islam meliputi segala pencapaian dan kemajuan dalam setiap lapangan kehidupan oleh sesebuah bangsa atau ummah sama ada pencapaian dalam daya intelektual, keilmuan, teknologi dan pembuatan, ekonomi dan kewangan, etika dan akhlak yang berpaksikan keesaan kepada Allah S.W.T. dan keredhaannya selaras dengan Firman Allah S.W.T dalam Surah Saba’ ayat 15 yang bermaksudnya:
Sesungguhnya bagi Kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan) ‘Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kepada Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun.
Tamadun Islam juga meletakkan akidah, syariah dan akhlak sebagai asas untuk membangunkan manusia, kerana manusialah yang akan membangun dan memakmurkan alam ini. Ia memiliki sifat-sifat khusus serta tersendiri. Sifat-sifat tersebut menjadikan Tamadun Islam sebagai satu tamadun yang sentiasa mampu bertahan dengan cabaran tanpa mengira sempadan masa dan geografi. Antara sifat-sifat tersendiri
dan unik Tamadun Islam ialah: