BAB 5 PROGRAM UJIAN MAKMAL
5.5 Banjir Berulang
5.5.1 Banjir Berulang Selepas 10 Hari
Bagi reka bentuk situasi pertama bagi banjir berulang iaitu banjir berulang kembali dalam tempoh masa 10 hari selepas banjir berlaku (H10) kandungan lembapan bagi sampel tanah ialah 14.5% untuk melihat kesan kandungan lembapan dan kekuatan subgred berdasarkan Model Fizikal Simulasi Banjir (MSB) untuk banjir berulang pertama dan banjir berulang kedua pada permukaan atas dan bawah sampel tanah.
5.5.1 (a) Banjir Berulang Pertama
Rajah 5.9 merupakan graf gabungan menunjukkan hasil dapatan untuk sampel banjir berulang pertama (H10). Paksi kiri graf gabungan ialah peratusan nilai MSBT dan paksi kanan pula ialah peratusan kandungan lembapan (KL) manakala garisan melintang merupakan had nilai yang tipikal bagi nilai peratusan NGC yang piawai bagi sampel tanah berpasir tergred dengan baik (SW) yang direndam selama empat hari.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Sreedhar and Fatima (2017) menyatakan nilai peratusan NGC piawai yang diperoleh adalah 15.4% bagi sampel tanah berpasir tergred dengan baik (SW) dan berdasarkan rumusan daripada Ma, Yang, and Bai (2017) anggaran nilai peratusan tersebut berada dalam penilaian umum bagi tanah untuk pelbagai tahap nilai NGC berdasarkan ASTM 2009 manakala rajah 5.8 menunjukkan sampel tanah yang digunakan oleh Sreedhar and Fatima (2017) berada dalam had penggredan bahan pengisian jenis F kumpulan yang sama dengan sampel tanah yang digunakan oleh penyelidik.
Secara umumnya, perbandingan antara NGCSW dengan nilai MSBT daripada simulasi yang telah dijalankan adalah menunjukkan tiada penurunan yang signifikan bagi untuk nilai MSBT bagi pelbagai parameter yang telah dijalankan bagi banjir berulang yang pertama. Walau bagaimanapun, berlaku penurunan yang ketara jika MSBT
dibandingkan dengan sampel tidak berlaku banjir MSBU melebihi 40 % penurunan nilai MSB.
Bagi tempoh masa pada kedalaman banjir iaitu 0.3 m, 0.6 m, 1.0 m menunjukkan nilai MSBT ialah 15.4%, 17% dan 18% dan manakala bagi tempoh masa 5 jam pula ialah 16%, 17% dan 19%. Ia diikuti oleh tempoh masa 24 jam dengan nilai peratusan MSBT
ialah 17.9%, 16.5% dan 22% berlaku peningkatan nilai MSB jika dibandingkan dengan NGCSW.
Selain itu, berlaku peningkatan nilai MSBT bagi tempoh masa 24 jam bagi ketiga-tiga kedalamanan banjir yang dalam MSB. Hal ini demikian kerana kedalaman banjir mewakili beban dan berat tertentu yang boleh menyebabkan berlakunya mampatan terhadap sampel tanah yang diuji. Selain itu, faktor tempoh masa banjir juga mempengaruhi nilai peratusan MSBT kerana semakin lama tempoh masa banjir berlaku semakin lama sampel tanah itu termampat dan sebaliknya. Kebiasaannya, sampel tanah tidak berlaku banjir MSBU menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada segi kekuatan dan nilai peratusan MSB. Hal ini demikian kerana salah satu faktor adalah sampel tanah tersebut adalah dalam keadaan yang stabil dan zarah-zarah tanah menyokong antara satu sama yang lain (Hamzah & Ramli, 1992).
Rajah 5.8: Perbandingan had penggredan bagi sampel tanah kajian dengan sampel tanah daripada kajian lepas.
Rajah 5.9: Perbandingan nilai MSBT dengan kandungan lembapan 14.5% bagi banjir berulang pertama (bahagian atas sampel)
Kedalaman banjir 0.3 m Kedalaman banjir 0.6 m Kedalaman banjir1.0 m (KL)Kedalaman banjir 0.3 m (KL) Kedalaman banjir 0.6 m (KL)Kedalaman banjir1.0 m
Selanjutnya, bagi rajah 5.10 menerangkan perbandingan peratusan nilai MSBB dengan kandungan lembapan di bahagian bawah sampel (H10) bagi sampel banjir berulang pertama. Nilai peratusan bagi MSB untuk sampel tidak berlaku ialah 43% mempunyai peratusan nilai MSB yang lebih tinggi daripada sampel yang berlaku banjir dalam tempoh masa dan kedalaman yang berbeza. Terdapat perbezaan antara sampel tidak berlaku banjir (MSBU) bagi bahagian atas sampel dan bahagian bawah sampel iaitu sebanyak 2% nilai MSB.
Secara puratanya, berlaku peningkatan peratusan nilai MSBB bagi bahagian bawah sampel dan bahagian atas sampel. Ini menunjukkan bahagian bawah sampel mempunyai kekuatan subgred yang tinggi jika dibanding dengan bahagian atas sampel kajian bagi ujian MSB yang telah dijalankan. Walau bagaimanapun, bagi sampel kajian pada tempoh masa iaitu 2 jam dan 24 jam dengan kedalaman banjir iaitu 0.6 m menunjukkan perbezaan yang tertinggi iaitu 20% jika dibandingkan dengan sampel tidak berlaku banjir (MSBU) manakala perbezaan kandungan lembapan bagi bahagian bawah sampel adalah lebih statik jika dibandingkan dengan bahagian atas sampel. Hal ini dapat dibukti dengan perbezaan peratusan nilai MSBB yang lebih tinggi di bahagian bawah sampel berbanding di bahagian atas sampel (MSBT).
Rajah 5.10: Perbandingan nilai MSBB dengan kandungan lembapan 14.5% bagi banjir berulang pertama (bahagian bawah sampel)
5.5.1(b) Banjir berulang kedua
Rajah 5.11 merupakan graf gabungan menunjukkan hasil dapatan untuk sampel banjir berulang pertama (H10). Paksi kiri graf gabungan ialah peratusan nilai MSBT dan paksi kanan pula ialah peratusan kandungan lembapan (KL) manakala garisan melintang merupakan had nilai yang tipikal bagi nilai peratusan NGC yang piawai bagi sampel tanah berpasir tergred dengan baik (SW) (NGCSW) yang direndam ialah 15.4
% (Sreedhar & Fatima, 2017). Secara umumnya, perbandingan antara NGCSW dengan nilai MSBT daripada simulasi banjir berulang kedua yang telah dijalankan adalah menunjukkan berlaku sedikit penurunan untuk nilai MSBT bagi pelbagai parameter yang telah dijalankan dalam anggaran penurunan nilai peratusan sebanyak 5% sehingga 8%. Perbandingan MSBT bagi banjir berulang kedua secara purata
Kedalaman banjir 0.3 m Kedalaman banjir 0.6 m Kedalaman banjir1.0 m (KL)Kedalaman banjir 0.3 m (KL) Kedalaman banjir 0.6 m (KL)Kedalaman banjir1.0 m
demikian menunjukkan kekerapan banjir secara tidak langsung kekerapan banjir yang berulang memberi kesan kepada kemerosotan subgred tanah ketika fenomena banjir berlaku. Bagi tempoh masa pada kedalaman banjir iaitu 0.3 m, 0.6 m, 1.0 m menunjukkan nilai MSBT ialah 11.9%, 12.6% dan 14% dan manakala bagi tempoh masa 5 jam pula ialah 12.3%, 13% dan 14.3%. Ia diikuti oleh tempoh masa 24 jam dengan nilai peratusan MSBT ialah 14.3%, 15.4% dan 17%. Perbandingan MSBT bagi banjir berulang kedua dengan NGCsw berlaku penurunan dan peningkatan nilai peratusan dengan peningkatan nilai ialah 2% bagi kedalaman banjir iaitu 1.0 m dengan tempoh masa adalah 24 jam manakala nilai terendah adalah 4% bagi kedalaman banjir iaitu 0.3 m dengan tempoh masa adalah 2 jam. Walau bagaimanapun, MSBT banjir berulang kedua jika dibandingkan dengan sampel tidak berlaku banjir MSBU menunjukkan penurunan yang signifikan melebihi 50 %. Salah satu faktor peningkatan nilai MSB adalah sebabkan oleh beban yang banyak semasa proses simulasi banjir.
Kajian ini disokong oleh Nini (2018) mendapati bahawa peningkatan peratusan nilai NGC daripada kajian yang dijalankan adalah berkadar terus dengan nilai had cecair iaitu peningkatan peratusan nilai NGC apabila pertambahan beban dengan dalam kajian tersebut menggunakan empat keping pemberat menyebabkan peningkatan peratusan nilai NGC iaitu 1.63% berbanding satu keping pemberat dengan peratusan nilai NGC ialah 1.17%.
Selanjutnya, bagi rajah 5.12 menghuraikan peratusan nilai MSBB dengan kandungan lembapan pada bahagian bawah sampel kajian. Terdapat berbezaan dari segi bahagian atas sampel dan bahagian bawah sampel dengan nilai peratusan MSBB yang tertinggi dicatatkan dalam tempoh masa banjir 5 jam dan 24 jam dengan kedalaman banjir 1.0
m iaitu 28.5% dan perubahan peratusan kandungan lembapan juga adalah statik dan tidak berlaku perubahan yang ketara berbanding dengan bahagian atas sampel.
Rajah 5.11: Perbandingan nilai MSBT dengan kandungan lembapan 14.5% bagi banjir berulang kedua (bahagian atas sampel)
Rajah 5.12: Perbandingan nilai MSBB dengan kandungan lembapan 14.5% bagi banjir berulang kedua (bahagian bawah sampel)
13
Kedalaman banjir 0.3 m Kedalaman banjir 0.6 m Kedalaman banjir1.0 m (KL)Kedalaman banjir 0.3 m (KL) Kedalaman banjir 0.6 m (KL)Kedalaman banjir1.0 m
6
Kedalaman banjir 0.3 m Kedalaman banjir 0.6 m Kedalaman banjir1.0 m (KL)Kedalaman banjir 0.3 m (KL) Kedalaman banjir 0.6 m (KL)Kedalaman banjir1.0 m