• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian kes ini hanya tertumpu kepada RHB Bank Berhad. Sehubungan itu, prestasi bank akan diukur berdasarkan data sekunder yang diperoleh dari RHB Bank Berhad. Terdapat kesukaran dalam mengumpul data dan maklumat daripada bank ini di mana masa yang diperlukan agak panjang. Ini memberikan masalah dari segi pengurusan masa untuk memperolehi data tersebut.

12 1.6 ORGANISASI KAJIAN

Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana sumbangan sektor perbankan terhadap pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, kajian kes di RHB Bank Berhad tertumpu kepada transformasi sistem institusi perbankan bagi meningkatkan keyakinan pelanggan dalam menghadapi perubahan kewangan semasa global. Terdapat enam bab dalam kajian penyelidikan ini iaitu bab pengenalan, latar belakang RHB Bank Berhad, sorotan literatur, metodologi kajian, analisis dan keputusan kajian serta kesimpulan. Bab Dua adalah mengenai latar belakang RHB Bank Berhad. Bab Tiga lebih menfokuskan kepada ulasan karya di mana dapat memberi kefahaman serta memperbaiki kelemahan karya sebelum ini agar memperolehi hasil kajian yang memuaskan. Ulasan karya adalah berkaitan industri perbankan. Bab Empat pula berkaitan metod kajian dan bagaimana data diperoleh. Analisis dan keputusan kajian akan diterangkan dalam Bab Lima.

Manakala Bab Enam merupakan bab terakhir yang membincangkan tentang kesimpulan dan cadangan.

13 BAB DUA

LATAR BELAKANG KUMPULAN PERBANKAN RHB

2.1 Sejarah Penubuhan Kumpulan Perbankan RHB

Kumpulan Perbankan RHB lahir pada tahun 1999 hasil gabungan RHB Bank Berhad dan Sime Bank Berhad. Gabungan kedua-dua bank ini adalah melaksanakan dasar penggabungan institusi kewangan yang dijalankan Malaysia dalam menangani krisis ekonomi 1997. Namun begitu, kewujudan RHB Bank Berhad itu sendiri adalah juga hasil gabungan beberapa institusi kewangan iaitu di antara DCB Bank Berhad (dahulu dikenali sebagai Development and Commercial Bank) dengan Kwong Yik Bank Berhad (di mana pada tahun 1996 Rashid Hussain Securities Sdn Bhd adalah pemegang 75%

saham). Seterusnya, bagi memantapkan lagi operasi bank, pada tahun 2003 Kumpulan Perbankan RHB telah menerima Bank Utama Berhad sebagai ahli gabungannya yang baru.

Sejajar dengan perkembangan sektor kewangan dan perbankan Islam di Malaysia, Kumpulan Perbankan RHB pada 1 Mac 2005 telah memperkenalkan Unit Perbankan Islamnya sendiri iaitu RHB Islamic bank Bhd. Unit ini dimiliki sepenuhnya oleh RHB Bank Berhad, sementara pengurusan aset dan unit trust terletak dibawah kelolaan RHB Investment Management Sdn Bhd.

14 Rajah 2.1: Sejarah Penubuhan Kumpulan Perbankan RHB

Rashid Hussain

15 2.2 Struktur Korporat RHB

Struktur korporat Kumpulan Perbankan RHB dibawah kelolaan RHB Capital Berhad terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Commercial Banking Group, Investment Banking Group dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan yang lain. Seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.1, peranan sebagai Commercial Banking Group dijalankan oleh RHB Bank Berhad, manakala RHB Investment Bank Berhad beroperasi di bawah Investment Banking Group. Selain itu, RHB Capital Berhad juga menawarkan perkhidmatan kewangan selain perbankan iaitu perlindungan insuran yang dijalankan oleh RHB Insurance Berhad. Walaupun begitu, RHB Capital Berhad hanya memegang 79.5% pemilikan ke atas RHB Insurance Berhad ini.

Pada pertengahan 2007, Kumpulan Perbankan RHB telah menyusun semula struktur korporat yang baru dengan mewujudkan empat Unit Strategik Perniagaan (SBUs) iaitu Perbankan Dagangan (Retail Banking), Perbankan Korporat dan Pelaburan (Corporate and Investment Banking), Perbankan Antarabangsa (International Banking) dan Perbankan Islam (Islamic Banking).

16 2.2.1 Perbankan Dagangan

Perbankan Dagangan merupakan unit perniagaan utama bagi Kumpulan Perbankan RHB. Unit ini menyediakan perkhidmatan kewangan khusus kepada golongan peniaga dan syarikat kecil. Pelbagai produk perkhidmatan kewangan yang ditawarkan adalah seperti perlindungan insuran, pengurusan harta, pinjaman peribadi, pinjaman komersil untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SME), pinjaman sewa-beli, dan kredit kad.

Unit ini telah mencapai peningkatan prestasi yang baik bagi tahun kewangan 2008 dengan mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM705.3 juta. Keuntungan ini adalah 4 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2007. Selain itu, Unit ini juga berjaya meningkatkan pusingan modal sebanyak 1 peratus daripada tahun sebelumnya kepada RM1.9 bilion. Pencapaian ini telah mengekalkan Retail Banking sebagai penyumbang utama kepada Kumpulan Perbankan RHB.

2.2.2 Perbankan Korporat dan Pelaburan

Unit ini menawarkan produk dan perkhidmatan pelaburan dengan menjadikan syarikat korporat sebagai golongan sasaran utama. Kekuatan utama unit ini adalah dalam Initial Public Offering (IPOs), pasaran modal ekuiti (ECM) dan hutang (DCM) serta pasaran

17 mergers and acquisitions. Antara kejayaan yang dicapai oleh Unit ini pada tahun 2008 ialah menjadi penasihat IPO terbaik di Malaysia bagi kategori Papan Utama, membawa syarikat negara asing ke dalam pasaran modal hutang Malaysia seperti Gulf Investment Corporation (GIC) dan Export Import Bank of Korean (KEXIM). Selain itu, Unit ini melalui RHB Investment Bank juga aktif dalam pasaran kewangan berlandaskan shariah dengan perlaksanaan Program Sukuk bernilai RM745 juta untuk Projek Lintasan Shah Alam (PLSA) dan RM845 juta bagi projek tol MRCB Southern Link.

Pencapaian Unit ini pada tahun 2008 amat memberangsangkan iaitu memperolehi keuntungan sebelum cukai sejumlah RM336.3 juta berbanding RM154.0 juta pada tahun 2007. Peningkatan 100 peratus keuntungan ini membolehkan Unit ini menyumbang 24 peratus dari keseluruhan keuntungan Perbankan Kumpulan RHB.

2.2.3 Perbankan Antarabangsa

Bagi meluaskan operasi di peringkat serantau, unit ini dipertanggungjawabkan untuk membina jaringan perbankan di negara-negara jiran. Sehingga 2008, Kumpulan Perbankan RHB telah menjalankan operasinya di Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam. Biarpun menyedari situasi ekonomi yang tidak menentu di negara serantau seringkali memberi impak sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada industri perbankan negara, namun unit ini telah menyediakan strategi jangka panjang dalam

18 mencapai visinya untuk menjadi Perbankan Ketiga terbaik di ASEAN menjelang tahun 2020.

2.2.4 Perbankan Islam

Sejajar dengan perkembangan industri kewangan berasaskan shariah khususnya di Malaysia dan dunia amnya, Kumpulan Perbankan RHB telah menawarkan produk-produk kewangan Islamnya melalui unit perniagaan Perbankan Islam. Antara produk-produk yang disediakan termasuklah pinjaman komersil, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan serta produk-produk pelaburan yang ditawarkan bukan sahaja kepada umat Islam malahan juga pelanggan beragama lain. Kumpulan Perbankan RHB menyediakan perkhidmatan kewangan Islam melalui beberapa segmen iaitu Islamic Investment Banking, Islamic International Business, Islamic Consumer Banking dan Islamic Institutional Banking (Perbankan Korporat dan Dagangan).

Walaupun baru lima tahun beroperasi, Unit perbankan Islam ini telah melakar beberapa kejayaan yang membanggakan induknya. Di bawah seliaan RHB Islamic Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad satu Program Sukuk (dibawah prinsip Ijarah dan Mudharabah) telah dijalankan bagi membiayai Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (PLSA). Di samping itu, Unit ini juga telah berganding bahu dengan Islamic Development Bank (IDB) dalam program Trust Certificate Issuance selain menjadi penasihat shariah bersama bagi program tersebut. Manakala di peringkat antarabangsa

19 pula, Unit ini telah berjaya membuka RHB Bank Singapore’s Islamic Banking Department bagi meluaskan pasaran serantaunya.

Pada tahun 2008 juga unit ini giat melancarkan produk-produk untuk pelanggan persendirian serta golongan peniaga kecil. Bagi pelanggan persendirian, unit ini menyediakan produk pengurusan harta yang efektif seperti Unit Trust, Estate Planning, Takaful serta Az-Zahra Privilege Ladies Banking disediakan khusus untuk kaum wanita.

Manakala produk seperti Industrial Hire Purchase-i, Term Financing-I, Murabahah Revolving Credit-i, Commodity Murabahah Term Financing-i serta Commodity Murabahah Revolving Credit-i pula ditawarkan khusus kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (SME). Selain itu, bagi Perkhidmatan Dagangan, unit ini menyediakan produk seperti Credit-i, Trust Receipt-i, Acceptance Bills-i, Shipping Guarantee-i, Bank Guarantee-i, Inward and Outward Bills for Collection-i yang ditawarkan bagi memudahkan lagi urusan perdagangan.

Pada tahun kewangan 2008, unit ini mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dengan memperolehi keuntungan sebelum cukai RM115.8 juta dengan pusingan modal RM455.2 juta. Meskipun baru mencecah usia lima tahun, unit ini boleh berbangga berada di tangga kelima terbaik antara perbankan Islam di Malaysia seperti yang di laporkan oleh Euromoney Report.

20 BAB TIGA

SOROTAN LITERATUR

Krisis kewangan di Asia yang terjadi pada dasarnya berpunca daripada kelemahan kualiti sistem kewangan. Pada awal tahun 1980an, reformasi kewangan telah dibuat namun ianya dilihat hanya menumpukan kepada peningkatan kuantiti lembaga-lembaga kewangan dan kuantiti aliran modal yang masuk (capital flow) ke suatu negara.

Malaysia tidak terkecuali di dalam reformasi kewangan global yang mana dikaitkan dengan liberalisasi perbankan. Ianya dilihat sebagai salah satu faktor punca lemahnya sistem kewangan di samping meningkatkan ketidakpastian yang mengakibatkan semakin buruknya adverse selection dan moral hazard yang mengakibatkan runtuhnya kestabilan sektor kewangan.

“Malaysia tidak akan mampu mempertahankan prestasi ekonomi dicatatkan sejak 50 tahun lalu dalam tempoh 50 tahun akan datang tanpa membina kekuatan dan membuat transformasi ekonominya kerana keadaan ekonomi dunia akan sama sekali berubah,”

kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Sejak beberapa tahun lalu, Malaysia membina kekuatan dalam perbankan dan kewangan Islam dan terus mencatatkan prestasi yang baik dalam bidang tersebut. Ini dapat dilihat apabila aset perbankan Islam kini merangkumi 12.3 peratus daripada jumlah keseluruhan aset perbankan di negara ini atau bernilai RM146.5 bilion. Namun begitu, dalam tempoh

21 jangka pendek dan sederhana, adakah kedudukan sistem kewangan terutamanya sistem perbankan negara cukup kukuh untuk berhadapan dengan cabaran semasa ekonomi dunia seperti berlakunya kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat?

Sorotan literatur banyak menidakkan kepentingan pembangunan sektor kewangan.

Levine dan Zervos (1998), Rajan dan Zingales(1998) dan Demirguc-Kunt dan Maksimovic (1998) meneroka kesan pembangunan kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara, industri dan peringkat firma masing-masing.

Transfromasi atau rekabentuk kewangan adalah begitu penting kepada kebanyakan ahli ekonomi (Allen, 1999). Dalam kajian berkaitan teori literatur yang membandingkan sistem-sistem berasas perbankan dengan sistem-sistem berasas pasaran (Allen dan Gale, 1999; Rajan dan Zingales, 1999; Boot dan Thakor, 1997), Rajan dan Zingales (1999) menegaskan kekuatan bagi persekitaran kontrak merupakan penentu keberkesanan sistem-sistem berasaskan pasaran berbanding sistem-sistem berasas bank. Dalam satu kajian rentas, Levine (2000) memeriksa kesan reka bentuk kewangan terhadap prestasi ekonomi, khususnya pada pertumbuhan KDNK per kapita dan sumber-sumbernya.

Perbezaan utama antara kajian oleh Levine (2000) adalah penekanan kita tentang perbezaan dalam persekitaran kontrak merentasi negara.

22 Pasaran kewangan seperti bank melaksanakan fungsi penting dalam sebuah ekonomi. Ini termasuk pembentukan modal, pemudahan perkongsian risiko, pengeluaran maklumat dan pemantauan. Fungsi penting ini boleh diukur secara relatif dengan membanding keberkesanan prestasi bagi bank dalam melaksana fungsi yang sama.

Orientasi sistem pasaran kewangan adalah tidak berapa penting, kerana kedua-dua pasaran dan perbankan menyediakan perkhidmatan yang umum dan saling melengkapi antaranya. Pandangan ini telah menerima lebih daripada undang-undang dan risalah kewangan yang menekankan betapa pentingnya pelabur melindungi kod-kod sah dan penguatkuasaan mereka dalam mempertingkatkan perkhidmatan kewangan yang menggalakkan prestasi ekonomi (Laporta et al. (1997, 1998, 1999; Levine (2000)). La porta et al. (1999) menyatakan bahawa kualiti bagi sokongan sistem perundangan adalah penting di samping perubahan dalam sistem perbankan atau orientasi pasaran.

Brissimis et al. (2008) telah mengkaji hubungan antara pembaharuan semula sektor perbankan dengan prestasi bank di mana pengukuran dalam terma kecekapan, pertumbuhan jumlah faktor produktiviti dan margin faedah bersih (yang dikira kesannya melalui persaingan dan pengambilan risiko bank). Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua pembaharuan sektor perbankan dan persaingan memberi satu impak yang positif ke atas kecekapan bank, manakala kesan pembaharuan ke atas pertumbuhan jumlah faktor produktiviti signifikan hanya di akhir proses pembaharuan. Akhirnya,

23 kesan modal dan risiko kredit ke atas prestasi bank adalah kebanyakannya berada dalam kes negatif, di mana ia menunjukkan bahawa kecairan aset yang tinggi mengurangkan kecekapan dan produktiviti perbankan.

Hellmann et al. (2000) mengkaji sama ada peraturan-peraturan yang ada mempunyai satu kesan bebas ke atas bank pengambil risiko atau sama ada kesan mereka disalurkan melalui kuasa pasaran yang diarah oleh pihak bank. Mereka menggunakan data daripada sektor perbankan Central dan Eastern European bagi tempoh 1998-2005. Hasil empirikal mencadangkan bahawa bank-bank dengan kuasa pasaran mengkhusus kepada memegang risiko kredit rendah dan mempunyai kebarangkalian ingkar yang rendah.

Mereka juga menyarankan bahawa peraturan bank melalui keperluan-keperluan modal adalah bukan satu dasar optimum Pareto untuk bank-bank pengawalan insentif-insentif pengambilan risiko dan mencadangkan bahawa syarat-syarat yang ada seharusnya digabungkan dengan kawalan-kawalan kadar deposit.

Rune Stenbacka (2003) menyatakan bahawa peningkatan persaingan terhadap bank akan meningkatkan risiko terutama kepada pelanggan bank. Ini menunjukkan bahawa bank akan kehilangan pelanggan bank, di mana pelanggan akan memilih bank manakah untuk menghasilkan deposit bergantung kepada tahap pengetahuan mereka serta risiko dalam bank terutamanya dari segi pinjaman portfolio. Disebabkan persaingan yang wujud di antara bank maka ini mendorong pihak bank untuk mengambil risiko bagi mengubah

24 struktur pasaran bank daripada pasaran duopoli kepada pasaran monopoli. Menurut Keeley (1990) kuasa pasaran sama ada dari segi pinjaman atau pasaran deposit ataupun kedua-duanya menunjukkan nilai positif dalam bank.

Bolt dan Tieman (2004) berpendapat bahawa bank akan berhadapan dengan pertukaran di antara tarikan permintaan yang tinggi terhadap pinjaman, membuat untung bersih yang tinggi, dan meningkatkan kualiti dalam pinjaman secara portfolio apabila wujud persaingan. Bank juga akan memegang lebih ekuiti dalam persekitaran persaingan yang tidak terlibat dengan sekatan walaupun mempunyai ekuiti yang lebih tinggi kos berbanding daripada menarik deposit.

25 BAB EMPAT

METODOLOGI DAN DATA

4.1 PENGENALAN

Projek penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti transformasi sistem institusi perbankan di RHB Bank bagi meningkatkan keyakinan pelanggan di dalam menghadapi perubahan ekonomi semasa. Bagi kaedah tradisional, kajian melihat kepada penilaian prestasi keuntungan RHB Bank Berhad dilakukan dengan menggunakan nisbah kewangan.

Kaedah nisbah kewangan ini digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan, dan keberuntungan RHB Bank Berhad. Kaedah ini dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan beberapa tempoh tertentu. Pengukuran kawalan perbelanjaan dan risiko kecairan juga dilihat dalam kajian ini sebagai sebahagian daripada kaedah menilai kedudukan kewangan bank. Di samping itu, indeks transformasi juga melihat kepada pengukuran saiz secara relatif dan kecekapan sektor perbankan.

4.2 PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI NISBAH KEWANGAN RHB BANK BERHAD

4.2.1 Pulangan Atas Ekuiti (ROE)

Nisbah ROE ini mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik bagi setiap Ringgit Malaysia (RM) yang dilaburkan ke dalam perniagaan. Kaedah ini membandingkan untung bersih RHB Bank Berhad dan jumlah ekuiti. Lebih tinggi nisbah ini menggambarkan jumlah ekuiti yang dilaburkan mampu menjana keuntungan yang

26 tinggi. Nisbah ini menunjukkan bagaimana cekap eksekutif-eksekutif dan pekerja-pekerja bank untuk mendapatkan pulangan yang tinggi kepada pemilik bank.

4.2.2 Pulangan Atas Aset (ROA)

Nisbah ROA pula mengukur kadar keuntungan daripada setiap ringgit yang dilaburkan ke atas aset. Kaedah ini menunjukkan kecekapan RHB Bank Berhad di dalam pelaburan aset. Nilai ROA yang semakin tinggi menunjukkan bahawa keuntungan yang diperolehi adalah sangat tinggi.

4.2.3 Pulangan Atas Deposit (ROD)

Nisbah ROD mengukur jumlah keuntungan bersih atas jumlah deposit. Kecekapan dalam pengurusan bank berlaku sekiranya kemampuan penukaran setiap ringgit deposit kepada keuntungan adalah tinggi.

4.3 PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI KAWALAN PERBELANJAAN RHB BANK BERHAD

4.3.1 Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset

Nisbah ini merupakan item perbelanjaan yang dipindahkan kepada semua jumlah dana yang diperlukan bank bagi menutupi kerugian bersih. Nisbah ini menunjukkan semakin tinggi nisbah maka semakin rendah keuntungan. Jika peruntukan adalah tinggi, maka ia mengurangkan pendapatan bersih. Peruntukan yang tinggi relatif kepada jumlah aset bererti sesebuah bank telah menghadapi kerugian luar biasa untuk saiz bank.

27 4.3.2 Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan

Nisbah ini membandingkan pinjaman bersih benar yang dikenakan untuk satu tahun kepada jumlah aset. Kerugian pinjaman bersih adalah berlainan daripada peruntukan kerana ini adalah kehilangan jumlah sebenar manakala peruntukan-peruntukan adalah satu anggaran. Nisbah ini menyatakan bahawa keuntungan adalah rendah apabila nisbah adalah tinggi.

4.3.3 Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset

Perbelanjaan overhead utama adalah gaji dan faedah kepada pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja. Perbelanjaan ini juga dikaitkan dengan pemilikan bangunan dan harta-harta tetap dan sejumlah besar kos bukan faedah lain seperti bekalan-bekalan, penyenggaraan, dan sebagainya. Belanja-belanja kakitangan adalah sebahagian besar daripada jumlah perbelanjaan overhead. Nisbah ini menyatakan bahawa nisbah yang tinggi membawa kepada keuntungan yang rendah.

Ketiga-tiga nisbah di atas adalah untuk menjawab persoalan “adakah bank memperoleh keuntungan atau tidak beruntung”.

4.4 PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI RISIKO KECAIRAN 4.4.1 Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit

Pinjaman adalah instrumen kewangan khusus yang sukar dijual dan tidak cair. Pinjaman biasanya merupakan aset yang tidak cair berbanding aset-aset lain yang dipunyai oleh

28 bank. Sekiranya nisbah ini adalah rendah maka ia menunjukkan bahawa tahap kecairan adalah tinggi. Nisbah ini akan dianggap tinggi sekiranya melebihi 80%.

4.4.2 Deposit Teras/Jumlah Aset

Deposit teras lebih stabil dan mungkin kurang untuk bergerak keluar daripada bank dengan cepat. Nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan adalah tinggi.

4.4.3 Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek

Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek adalah seperti nisbah semasa untuk sesebuah bank. Aset jangka pendek akan dapat ditukar dengan cepat ke dalam bentuk tunai untuk memenuhi tanggungan jangka pendek. Oleh itu, nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan juga adalah tinggi.

29 BAB LIMA

ANALISIS DAPATAN

5.1 PENCAPAIAN KEWANGAN TAHUN 2008

Berteraskan kepada motto “Your Partner for Growth”, Kumpulan Perbankan RHB kini muncul sebagai institusi kewangan keempat terbesar di Malaysia dengan RHB Capital Berhad tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia di bawah kategori Sektor kewangan.

Di bawah struktur korporat yang baru (dilaksanakan pada pertengahan 2007), pengurusan teras perniagaan (core businesses) adalah berdasarkan empat unit strategi perniagaan (SBU) yang berjaya membawa Kumpulan Perbankan RHB muncul sebagai antara institusi perbankan terbaik negara pada tahun 2008.

Secara keseluruhannya, pada tahun 2008, Kumpulan Perbankan RHB berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan dan pengurusan aset berbanding tahun sebelumnya.

Pengukuhan ini dapat diukur dengan peningkatan perolehan untung sebelum cukai sebanyak 25 peratus, iaitu daripada RM1,137 juta kepada RM1,422 juta. Biarpun kutipan hasil operasi menurun sebanyak RM156 juta, namun peningkatan dalam keuntungan tersebut jelas menunjukkan pengurusan kewangan yang cekap telah dilaksanakan. Selaras dengan peningkatan keuntungan yang diperolehi, pemegang ekuiti juga menerima peningkatan agihan kepada RM1,049 juta berbanding RM713 juta pada tahun 2007.

30 Jumlah aset Kumpulan Perbankan RHB pada tahun 2008 dicatat sebanyak RM104,533 juta. Sumber aset ini diperolehi daripada pinjaman (58 peratus), sekuriti (20.2 peratus), tunai dan dana jangka pendek (13.7 peratus) dan lain-lain. Sebaliknya, jumlah liabiliti yang ditanggung adalah RM96,692 juta dengan sumbangan terbesar adalah daripada deposit pelanggan iaitu sebanyak RM73,962 atau 70.8 peratus daripada keseluruhan liabiliti.

Selain itu, peningkatan juga boleh dilihat dari sudut nisbah keuntungan. Pulangan bersih ke atas purata ekuiti adalah sebanyak 14.1 peratus berbanding 11.9 peratus pada tahun 2007. Manakala pulangan bersih ke atas purata aset meningkat daripada 0.7 peratus (2007) kepada 1.0 peratus (2008). Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa Kumpulan Perbankan RHB mempunyai daya saing yang jitu walaupun ketika negara dan dunia menghadapi situasi ekonomi yang agak suram.

Rajah 5.1 menunjukkan pencapaian Kumpulan Perbankan RHB bagi tempoh kewangan 2004 hingga 2008. Jumlah keuntungan sebelum cukai meningkat dari tahun ke tahun secara purata pada kadar sekitar 30 peratus. Sebagai contoh, jumlah keuntungan sebelum cukai pada tahun 2007 ialah RM1,137 juta, telah meningkat kepada RM1,422 juta pada tahun 2008. Begitu juga, peningkatan berlaku dalam jumlah aset sehingga tahun 2007 dan sedikit penurunan (0.5 peratus) pada tahun 2008.

31 Rajah 5.1: Jumlah Aset dan Untung Sebelum Cukai RHB Group 2004-2008

717

Rajah 5.2 pula menunjukkan jumlah liabiliti yang dimiliki Kumpulan Perbankan RHB bagi tempoh yang sama. Dari tahun 2004, jumlah liabiliti menunjukkan tren yang meningkat sehinggalah tahun 2008. Walaupun begitu, peratus peningkatannya adalah sangat kecil. Rajah 5.2 juga menunjukkan deposit pelanggan sebagai sumber utama liabiliti di mana sepanjang tempoh tersebut deposit pelanggan menyumbang lebih 50%

dan sumbangan tersebut semakin besar dari tahun ke tahun.

32 Rajah 5.2: Jumlah Liabiliti dan Deposit Pelanggan Bagi Tempoh 2004-2008

0 20000 40000 60000 80000 100000

RM juta

20042005200620072008

Tahun

Jumlah Liabiliti Deposit Pelanggan

Merujuk kepada Jadual 5.1, RHB Capital Berhad selaku induk bank RHB telah mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1,422 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, meningkat 25% berbanding kepada RM1,137 juta yang tercatat dalam tahun kewangan sebelum ini (2007). Kalau diperhatikan tren dari tahun 2004 hingga 2008, kita dapati keuntungan RHB Capital Berhad (secara kumpulan) telah meningkat sebanyak 197% berbanding kepada RM478 juta yang tercatat dalam tahun kewangan 2004. Ini merupakan pencapaian yang amat memberansangkan dan menunjukkan satu prestasi yang terus meningkat di dalam menyaingi bank-bank perdagangan yang lain di Malaysia.

33 Jadual 5.1: Keuntungan Tahunan Kumpulan Perbankan RHB dan Tren ROE

2004 2005 2006 2007 2008

Deposit Pelanggan (juta) 50,167 49,921 57,526 75,793 73,962 Nisbah kos kepada

pendapatan (%)

51.1 49.2 44.5 44.4 43.9

ROE (%) 7.3 7.3 9.3 11.9 14.1

Sumber: Laporan Tahunan RHB Capital Berhad dari tahun 2004- 2008

Sumber: Laporan Tahunan RHB Capital Berhad dari tahun 2004- 2008

Dokumen terkait