KEMBANGKAN EKOSISTEM PERNIAGAAN
FASA 1: Bermula Dengan Bootstrap
FASA 2: Kembangkan Ekosistem Perniagaan
FASA 1: Bermula Dengan Bootstrap
Konsep bootstrap bukanlah konsep baru. Malah ia telah dilakukan sejak dulu lagi. Ia bermaksud
mengengembangkan sesuatu perniagaan secara organik, tanpa bantuan kewangan atau pinjaman, tetapi dengan hanya menggunakan keuntungan perniagaan tersebut semula untuk kembangkan lagi perniagaan.
Itu yang dilakukan juga oleh Abdul Rahman bin Auf. Pada mulanya, beliau hanya menjual dadih di pasar Qaynuqa’. Dengan kerajinannya yang sering berniaga hampir setiap masa,
perniagaannya perlahan-lahan berkembang dari zero sehingga lebih besar dan mula menjual
barangan yang lain hasil dari keuntungan perniagaan.
Antara cara Abdul Rahman bin Auf berniaga adalah dengan tidak meminta bantuan dan tidak
118 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
mengambil pinjaman. Jangan lupa, beliau pernah menolak pemberian kebun dari saudara Islamnya malah hanya minta ditunjukkan jalan ke pasar untuk mulakan perniagaan.
Abdul Rahman bin Auf menjalankan perniagaan trading. Iaitu beli dari tempat lain, dan
menjualkannya semula pada harga untung.
Bermula kecil meniagakan dadih, tetapi seperti perkongsian sebelum ini, menjalankan pelbagai perniagaan untuk menjana aliran pendapatan berganda apabila perniagaan semakin besar.
Bermula dengan bootstrap, kemudiannya melakukan multiple streams of income dan
mengulangi proses ini sehingga perniagaan terus berkembang lagi dan lagi.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, saya amat syorkan menggunakan pendekataan bootstrap!
119 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah, anda jangan mengambil pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).
Abdul Rahman bin Auf tidak pernah mendapatkan pinjaman wang untuk
perniagaannya oleh kerana beliau percaya Allah SWT akan memberi rezeki kepadanya. Dirinya juga yakin dengan kebolehannya untuk
memulakan dan mengembangkan lagi
perniagaannya dengan mencari peluang-peluang yang ada.
Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri. Mulakan perniagaan kecil-kecilan.
Keuntungan yang anda terima dari perniagaan kecil anda, anda perlu laburkan kembali untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan anda.
120 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap apabila memulakan perniagaan (begitu juga dengan saya). Ini adalah kerana, dengan
menggunakan konsep bootstrap, anda akan lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan.
Anda juga akan lebih mempelajari dari usaha perniagaan anda. Ia juga akan memaksa anda menggunakan inovasi dan kreativiti anda dalam menguruskan perniagaan anda– mulakan kecil dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan anda dengan ilmu dan pengalaman yang
dikumpulkan melalui bootstrap.
Untuk memahami lagi konsep bootstrap, saya sertakan ekstrak dari buku saya “9/10: Dari SOLOpreneur ke ENRTREpreneur menjadi
GLOBALpreneur”
(Muka surat 126 “Bootstrap”)
Membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi
121 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi tanpa modal yang besar atau tanpa bantuan
kewangan dari bank dan kerajaan. Begitulah
syarikat saya Irfan Khairi Sdn Bhd. Tidak pernah mendapat bantuan dana kerajaan ataupun
pinjaman bank.
Melalui pengalaman saya memulakan perniagaan online dan menjana pendapatan, saya amat
percaya dengan strategi yang dikenali sebagai bootstrap. Iaitu bermula kecil dan perlahan-lahan kembangkan perniagaan melalui keuntungan
perniagaan.
Apakah persamaan syarikat Facebook, Dell, Apple, GoPro, HP, Microsoft, Ebay, Oracle dan Amazon.com?
Kesemuanya menggunakan strategi bootstrap.
Ya, orang terkaya di dunia hari ini, Jeff Bezos pengasas Amazon.com juga menggunakan bootstrap bermula 1995!
122 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
Ketika saya mulakan perniagaan, saya tidak mempunyai wang untuk membeli laptop baru,
domain name dan web hosting. Ketika itu, internet masih lagi baru. Harga domain name dan
webhosting ketika itu adalah agak mahal. Hampir USD500 untuk setahun!
Tidak seperti sekarang, RM100 setahun pun sudah boleh mulakan perniagaan online dengan
mempunyai laman web. Apa lagi alasan kita untuk tidak mulakan perniagaan online?
Wang yang saya kumpulkan dari kerja sebagai tukang cuci selama dua tahun saya laburkan untuk membeli laptop, webhosting dan domain name.
Untung dari perniagaan itu, saya laburkan
semula pada perniagaan. Ketika itu banyak yang saya laburkan pada ilmu mempelajari teknik dan strategi perniagaan online. Anggap di awal
123 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
perniagaan, segala-galanya adalah pelaburan.
Bukan perbelanjaan.
Memulakan perniagaan adalah pelaburan.
Mencari ilmu adalah pelaburan. Ianya akan menambahkan lagi pendapatan kita. Bukan liabiliti yang akan mengurangkan aset kita.
Saya masih ingat lagi ketika itu, walaupun telah menjana pendapatan sejuta dari perniagaan
online, saya masih memandu kereta second-hand Honda mayat, dan tinggal di flat kecil bersama isteri untuk beberapa tahun.
Konsep bootstrap bermaksud, untung perniagaan perlu digunakan semula untuk perniagaan, bukan untuk belanja diri sendiri. Jika perniagaan untung RM1,000, gunakan RM900 untuk pelaburan
kembangkan perniagaan, dan selebihnya RM100 untuk belanja diri sendiri.
Jika perniagaan untung RM10,000, gunakan keuntungan RM9,000 sebagai pelaburan untuk
124 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
memperbaiki perniagaan sama ada dari segi infrastruktur perniagaan, kos pemasaran,
teknologi, atau ilmu memperbaiki lagi perniagaan.
Semua ini adalah pelaburan.
Jangan jadi seperti sesetengah usahawan, baru jana pendapatan RM10,000, terus belanja
RM15,000 untuk diri sendiri. Selebih RM5,000 itu hutang kad kredit pula!
Apabila tahun 2006 saya menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd, saya kendalikan perniagaan dari rumah sahaja. Bukan tidak mampu mendapatkan training center sendiri kerana ketika itu saya telah pun
menjana RM1,000,000 saya yang pertama melalui internet beberapa tahun sebelum itu. Tetapi perlu fikirkan bootstrap. Mula kecil dan besarkan
perniagaan dari keuntungan perniagaan.
Ketika itu, segala training yang dikendalikan, saya lakukan di dewan seminar hotel. Dengan cara ini, tidak perlu melaburkan kos yang besar untuk
mempunyai training center sendiri.
125 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
Beberapa tahun kemudian, apabila perniagaan training saya berkembang, barulah saya labur pada satu unit shop lot tingkat atas di Mutiara Damansara, sebagai training center Irfan Khairi Sdn. Bhd. Mengapa tingat atas? Kerana ianya murah!
Beberapa tahun kemudian, kami mengambil alih unit di bawahnya ground floor pula.
Beberapa tahun kemudian, mengambil alih unit bersebelahan, dan setahun dua kemudian, unit seterusnya.
Tahun 2019, training center kami telah berpindah dari Mutiara Damansara ke Oval Damansara,
training center yang lebih selesa, besar dan sangat eksklusif!
Inilah Bootstrap.
126 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
Irfan Khairi Sdn Bhd, walaupun mampu memiliki training center dari awal perniagaan (oleh kerana Alhamdulillah saya telah pun menjana
pendapatan tinggi sebelum itu) tetapi, dengan menggunakan konsep bootstrap, kami tidak mempunyai pejabat pun dan pilih untuk
berkembang secara organik tahun demi tahun.
Konsep yang sama juga saya gunakan apabila memulakan perniagaan di Dubai. Walaupun
mampu menyewa pejabat yang lebih besar, pada tahun pertama saya hanya menggunakan ruang co-working space iaitu berkongsi dengan startup-startup lain.
Tahun kedua, berpindah ke pejabat sendiri di Dubai Marina apabila perniagaan berkembang (mungkin anda pernah melihat saya kendalikan Facebook Live dari Marina Plaza).
Dan ketika menulis buku ini juga, sedang dalam proses berpindah ke pejabat baru di downtown Dubai, berhampiran dengan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa!
127 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
Inilah cara bootstrap yang saya amalkan dan banyak lagi perniagaan amalkan.
Mengapa bootstrap penting?
1. Ianya membantu bagi usahawan yang kurang modal permulaaan. Untuk mendapat bank loan atau dana kerajaan, bukannya mudah. Lebih-lebih lagi untuk perniagaan baru.
2. Ianya membantu kita untuk lebih berhati-hati dalam perniagaan. Bermula dari kecil akan
memberi kita banyak ilmu dan pengetahuan
mengenai perniagaan yang dijalankan. Sebaiknya, dapatkan ilmu dan pengetahuan terlebih dahulu sebelum melabur lebih besar pada perniagaan.
3. Ianya membantu kita untuk berpijak di bumi yang nyata dalam perniagaan. Sering kita dengar kisah perniagaan yang mendapat pinjaman bank besar atau dana kerajaan yang besar, tetapi tidak menghargai modal tersebut dan berbelanja secara
128 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com
boros. Perniagaan pula entah ke mana.
Tetapi, perniagaan yang bersusah-susah dahulu menggunakan bootstrap, akan tahu susah senang berniaga dan lebih menghargai setiap sen
keuntungan perniagaan.
4. Mengembangkan perniagaan secara organik, akan memberi kita pelbagai ilmu dalam
mempelajari simpang siur sesuatu perniagaan.
Pengalaman berniaga bertahun tahun dari bawah dan dari kecil akan memberi kita banyak ilmu
apabila perniagaan berkembang lebih besar kelak!
Untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh kembangkan perniagaan anda dari perniagaan kecil-kecilan ke peringkat yang lebih tinggi
dengan modal minima, lawati www.9dari10.com
FASA 2: Kembangkan Ekosistem Perniagaan