• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN MASA DEPAN

Dalam dokumen Skema Modul Bagus Sejarah Spm 2016 (Halaman 117-122)

(a) Kepentingan ICT kepada masyarakat dunia PENSKORAN KBAT

Mempercepatkan penyampaian maklumat

Komunikasi boleh dilakukan tanpa mengira sempadan. Komunikasi dengan dunia luar dapat dijalankan dengan cepat. Contohnya peristiwa yang berlaku di luar negara dapat diakses dalam sekelip mata. Hal ini akan melahirkan k-masyarakat (masyarakat

bermaklumat). Masyarakat yang bermaklumat akan mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara.

[2 markah] (b) Kesan ICT kepada Malaysia.

PENSKORAN KBAT

Melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan (k-masyarakat). Masyarakat Malaysia dapat meneroka maklumat baru melalui kemudahan ICT. Maklumat dapat dikuasai dengan cepat. Hal ini dapat mempercepatkan kewujudan k-ekonomi.

[2 markah] (c) Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) umpama

sebilah pisau yang tajam. PENSKORAN KBAT

Ulasan

Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) umpama sebilah pisau yang tajam.

Penjelasan

Sekiranya kemudahan ICT digunakan dengan baik, ia akan mendatangkan manfaat kepada diri, bangsa dan negara. Contohnya Kemudahan ICT boleh digunakan untuk membuat penyelidikan. Penyelidikan yang baik akan menghasilkan manfaat kea rah penciptaan teknologi baru.

Tetapi, sekiranya ICT digunakan secara tidak berhemah, ia akan mendatangkan musibah kepada diri, bangsa dan negara. Contohnya penyebaran berita palsu dalam media social akan membawa perpecahan dalam masyarakat dan memusnahkan negara.

[3 markah] (d) Masyarakat yang tidak menguasai kemudahan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) akan menjadi masyarakat yang ketinggalan. PENSKORAN KBAT

Ulasan

Masyarakat yang tidak menguasai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan menjadi masyarakat yang ketinggalan.

Penjelasan

 Mereka ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini.

Mereka tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling merekaContohnya, mereka tidak mengetahui peluang ekonomi yang muncul di arena antarabangsa menyebabkan mereka bukan sahaja tidak dapat menjana pendapatan sendiri, tetapi juga tidak membantu meningkatkan perkembangan ekonomi negara.

CABARAN MASA DEPAN

(a) Cabaran globalisasi

 Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa dunia tanpa sempadan.

 Segala aspek ekonomi dan sosial menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat.

 Proses komunikasi manusia antara sebuah negara dengan sebuah negara lain berlaku dengan pantas.

 Keadaan ini berlaku kerana kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

 Malaysia terpaksa mengakui kepentingan ICT.

 Kita terpaksa akur dengan nilai baru bahawa pengukuran kekayaan sesebuah negara adalah berdasarkan teknologi dan industri yang berasaskan ilmu pengetahuan.

 Kita perlu sedar bahawa modal intelek dan pekerja berpengetahuan menjadi sumber paling berharga bagi sesebuah negara.

 Kita perlu bersedia mewujudkan K-masyarakat.

[6 markah] (b) Persediaan menyahut arus globalisasi.

Malaysia menyediakan frasarana ICT.

Langkah ini bertujuan merebut peluang dan faedah yang dihasilkan oleh ICT.

Malaysia mempromosikan penggunaan ICT Melancarkan projek Koridor Raya Mulitimedia (MSC).

Koridor Raya Multimedia telah memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital

Kerajaan memperuntukkan RM 5.2 bilion untuk melaksanakan projek berasaskan ICT

RM 1 bilion daripada peruntukan itu diagihkan untuk program luar bandar.

Kerajaan menyediakan peruntukan kepada penyelidikan dan pembangunan penciptaan baru dan pendaftaran paten. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru.  Kerajaan menubuhkan sekolah wawasan .

Untuk meningkatkan daya saing.

Kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari .

Dilengkapkan dengan frasarana teknologi maklumat.  Kurikulum diubahsuai dan dibentuk semula.

Untuk melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitis.

[4 markah] (c) (i) Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

Mempercepatkan penyampaian maklumat

Komunikasi boleh dilakukan tanpa mengira sempadan. Komunikasi dengan dunia luar dapat dijalankan dengan cepat. Contohnya peristiwa yang berlaku di luar negara dapat diakses dalam sekelip mata. Hal ini akan melahirkan k-masyarakat (masyarakat

bermaklumat). Masyarakat yang bermaklumat akan mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara.  Mewujudkan k-ekonomi

Urusniaga dapat dijalankan secara atas talian. Perniagaan atas talian mengurangkan kos operasi kerana tidakj memerlu premis perniagaan dan pekerja tambahan. Urus niaga berjalan dengan pantas kerana tiada had masa berniaga. Perniagaan sedemikian akan member pulangan pendapatan yang baik kepada masyarakat dan negara.

(ii) Cara menangani penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

PENSKORAN KBAT

Mengadakan kempen kesedaran

Masyarakat diberi kesedaran tentang penggunaan ICT secara berhemah. Di dalam kempen tersebut, masyarakat diberi pendedahan bagaimana menggunakan kemudahan ICT dengan bermanfaat. Contohnya mengajar masyarakat tentang peluang-peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan melalui kemudahan ICT. Remaja diberi bimbingan tentang penggunaan ICT secara berhemah Dengan kempen ini masyarakat tidaklah menghabiskan masa dengan penggunaan ICT secara tidak berfaedah.

Menggubal undang-undang mengawal penyalahgunaan ICT. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang ICT secara tegas. Unit pemantau ditubuhkan untuk mengawal penggunaan ICT. Undang-undang yang tegas dapat menghindari penyebaran berita palsu dan fitnah melalui media social.

CABARAN MASA DEPAN

(a) Kemudahan yang disediakan dalam Koridor Raya Multimedia  Kemudahan komputer

 Alat komunikasi mudah alih  Penyiaran digital

 Sistemmkomunikasi satelit

[2 markah] (b) Sebab kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC)

PENSKORAN KBAT

Untuk memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat.  Koridor Raya Multimedia dapat memulakan e-pendidikan,

pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital. Dengan itu, kita dapat menggalakkan penggunaan ICT secara positif dalam kalangan masyarajkat.

Untuk memastikan k-ekonomi berjalan lancar.

Koridor Raya Multimedia dapat membangunkan ekonomi negara. Dengannya, masyarakat yang bermaklumat dapat dilahirkan. Oleh itu, perniagaan berasaskan ICT dapat dilaksanakan dengan jayanya.

[2 markah] (c) (i) Maksud k-ekonomi (knowledge based economy)

 K-ekonomi ialah ekonomi yang berlandaskan pengetahuan.  K-ekonomi merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan

ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.

[1 markah]

(ii) Maksud k-masyarakat (knowledge based society)  K-masyarakat ialah masyarakat yang berilmu pengetahuan.

 K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha memperkayakan diri dengan pengetahuan.

 K-masyarakat juga merupakan masyarakat yang berpegang kepada prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

[1 markah] (d) Peranan Koridor Raya Multimedia (MSC) membantu mempercepatkan

mewujudkan k-ekonomi (knowledge based economy) PENSKORAN KBAT

Dengan membangunkan Koridor Raya Multimedia, kita dapat melahirkan k-masyarakat (masyarakat berpengetahuan) .  Masyarakat berpengetahuan membolehkan kita menjadikan

Malaysia sebagai hub pendidikan dunia. Dengan membangunkan Koridor Raya Multimedia, kita dapat menggalakkan pelaburan luar dalam bidang pendidikan.

Dengan membangunkan Koridor Raya Multimedia, kita dapat meningkatkan kemudahan ICT untuk menjalankan urus niaga. Kita dapat menjalankan perniagaan atas talian. Pengusaha kita dapat menembusi pasaran dunia. Proses pembangunan ekonomi menjadi lebih pesat.

(e) K-Masyarakat memainkan peranan penting ke arah memajukan negara dalam era globalisasi.

PENSKORAN KBAT

Ulasan

K-Masyarakat memainkan peranan penting ke arah memajukan negara dalam era globalisasi

Penjelasan

K-masyarakat dapat meningkatkan keupayaan seseorang untuk menjadi tenaga mahir dalam pelbagai bidang

K-masyarakat dapat melahirkan masyarakat bijaksana. Masyarakat demikian boleh berperanan ke arah memupuk perpaduan rakyat.  K-masyarakat boleh meningkatkan daya saing.

Masyarakat demikian memiliki daya kreativiti yang tinggi. Mereka sanggup bersaing untuk menjana kemajuan ekonomi dengan lebih cekap.

CABARAN MASA DEPAN

(a) Sebab kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) Lihat di atas

[6 markah] (b) Hubungkait antara k-ekonomi (knowledge based economy) dengan

k-masyarakat (knowledge based society.) PENSKORAN KBAT

K-ekonomi meningkatkan pengeluaran dan perkhidmatan. Peningkatan tersebut akan mewujudkan industri berasaskan ilmu pengetahuan kerana k-ekonomi menghasilkan modal intelek. K-ekonomi dapat menjana keuntungan dan kemajuan perniagaan, di samping membuka peluang pekerjaan melalui perkongsian pintar.

[4 markah] (c) (i) Peranan Koridor Raya Multimedia (MSC) membantu

mewujudkan k-ekonomi (knowledge based economy) Lihat di atas

[6 markah]

(ii) Peranan K-Masyarakat dalam memajukan negara PENSKORAN KBAT

Ulasan

K-Masyarakat memainkan peranan penting ke arah memajukan negara dalam era globalisasi

Penjelasan

K-masyarakat dapat meningkatkan keupayaan seseorang untuk menjadi tenaga mahir dalam pelbagai bidang

K-masyarakat dapat melahirkan masyarakat bijaksana. Masyarakat demikian boleh berperanan ke arah memupuk perpaduan rakyat.  K-masyarakat boleh meningkatkan daya saing.

Masyarakat demikian memiliki daya kreativiti yang tinggi. Mereka sanggup bersaing untuk menjana kemajuan ekonomi dengan lebih cekap.

Dalam dokumen Skema Modul Bagus Sejarah Spm 2016 (Halaman 117-122)

Dokumen terkait