• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab VII Analisa dan Kesimpulan

BAB 4: KORUPSI DAN URUS TADBIR BAIK DI INDONESIA

4.8 Cabaran Urus Tadbir Baik Dalam Sejarah Indonesia

Penyalahgunaan kuasa dan membelakangi prinsip good governance di Indonesia dapat dilihat dengan mudah di era orde lama dan orde baru. Tidak ada pilihan raya 10 tahun pertama kepimpinan orde lama. Soekarno pernah membekukan parti Masjumi sebagai pemenang suara terbanyak kedua selepas PNI. Tidak lama setelah itu Soekarno membubarkan perlembagaan melalui dekrit presiden pada 5 Julai 1959 dan membentuk

parlimen tanpa adanya pilihan raya.144

141 Nunuk Febrianingsih, Keterbukaan Maklumat Publik Dalam Pemerintahan Terbuka Menuju Tata Pemerintahan Yang Baik. “Jurnal Rechts Vinding”, (Januari-April 2012) 148.

142UNDP, Governance for Sustainable Human Development, A UNDP Policy Document, (New York: UNDP, 1997).

143 Basri Bin Ibrahim, Sistem Pentadbiran dan Organisasi Dalam Islam. (Johor: Jahabesa, 2001), 67.

144 Jimly Asshiddiqie, (2005) Kemerdekaan Berserikat, Pembubaran Partai Politik dan Mahkamah Konstitusi. Jakarta: Konstitusi Pres. h. 176.

University

170

Soeharto juga pernah mendikte DPR sesuai dengan kehendaknya sahaja yang dikenal dengan motto asal bapak senang (ABS). Sehingga wakil rakyat sebagai perwakilan suara rakyat telah disalahertikan dengan duduk, dengar dan diam sahaja di dewan persidangan. Padahal dalam Islam konsep Syura menjadi sebahagian terpenting

dalam pemerintahan negara. Ia selari dengan tuntunan al-Qur`an.145

Di akhir kekuasaan Soeharto barulah kekuatan politik DPR nampak ke

permukaan dengan pelbagai kritik yang mereka lakukan pada Presiden.146 Maka setelah

itu berlakulah pengembalian kedudukan, fungsi, peranan dan bidang kuasa DPR sesuai

konsep trias politica.147

Fungsi DPR kembali dilemahkan dizaman kepimpinan Jokowi dengan pelbagai cara termasuk pembusukan seolah-olah DPR adalah pelaku rasuah tertinggi, padahal institusi penegak hukum seperti Polis, Kejaksaan, BUMN yang berada di bawah kepimpinan Jokowi yang lebih korup. Pembusukan DPR dilakukan secara besar-besaran oleh media yang dikuasai oleh pemilik modal. Senario ini seolah-olah ingin mengarahkan negara pada kepimpinan tunggal presiden yang mirip dengan negara komunis. Asumsi ini juga didukung kerana di era ini fungsi dan kinerja judicative juga dibusukkan dengan sistematis seperti operasi tangkap tangan korupsi yang seolah-olah dipaksakan.

Antara kelemahan lainnya adalah kerana kurangnya penyertaan masyarakat. Padahal penyertaan masyarakat secara langsung mahupun melalui perwakilan perlu dilibatkan dalam proses mengambil keputusan pemerintahan. Di Indonesia penyertaan warganegara pernah mengalami pembekuan di masa pemerintahan diktator Soekarno dan Soeharto. Wakil rakyat yang bertugas menyampaikan aspirasi rakyat hanya bertindak sebagai pak turut yang sesuai dengan suara dan kehendak Presiden ketika itu.

145 QS: Al-Syu`ara ayat 38.

146 Azian Tamim et. al, Profil Politik Indonesia Pasca Orde Baru, (Jakarta: Grafika Indah 2005), 42

147 Arbi Sanit, Reformasi Politik, (Jakarta: penerbit justika, 1998), 343.

University

171

Baru setelah gerakan pelajar 1998 penyertaan masyarakat ini dihidupkan kembali

dengan melahirkan pelbagai undang-undang.148

Pemerintahan diktator Soeharto yang berakhir tahun 1998, diikuti dengan semangat anti korupsi, anti pakatan sulit, anti nepotisme. Meningkatkan demokratisasi,

melawan sentralisasi.149 Hakikat gerakan pelajar 1998 adalah sebuah desakan

masyarakat agar terwujud nya good governance di Indonesia, iaitu; jawatan presiden dihadkan menjadi 2 kali lima tahun sahaja, tentera yang identik dengan pelanggaran hak asasi manusia dicabut peranan politiknya untuk mengundi dalam pilihan raya, birokrasi dikawal oleh masyarakat dan media, hubungan masyarakat dengan negara menjadi penyertaan aktif check and balances, presiden, governor, wali kota berserta wakilnya dipilih langsung oleh rakyat, bertambahnya jumlah parti politik dari tiga menjadi 24

parti di awal reformasi.150

Dalam perkembangan lain dapat dilihat bahawa istilah Good governance di Indonesia masih sesuatu yang baru. Dalam gerakan menjatuhkan kepimpinan Soekarno istilah Good governance masih belum terdengar lagi. Tuntutan waktu itu masih berkisar pada tiga tuntutan rakyat (tritura) iaitu; 1. Bubarkan PKI, Rombak kabinet Dwikora dan turunkan harga. Ketiga tuntutan ini tidak berkaitan dengan sembilan ciri-ciri istilah Good governance yang dinyatakan oleh UNDP.

Tidak dapat dinafikan bahawa lahirnya kesedaran good governance di Indonesia erat kaitannya dengan tuntutan gerakan pelajar 1998. Istilah Good governance baru muncul dalam gerakan pelajar 1998 yang berjaya menjatuhkan kepimpinan Soeharto yang identik dengan pemerintahan yang Korupsi, melakukan Pakatan sulit dan Nepotisme. Ketiga ciri-ciri tersebut menunjukkan betapa pemerintah ini sangat tidak

148 Afriadi Sanusi, Perkembangan Hak Asasi Manusia Di Indonesia, tesis MA akademi pengajian Islam Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.

149Mardiasmo et.al, Implementation of Good Governance by regional Governments In Indonesia: In Challenges. http://eprints.qut.edu.au. 2008, 25.

150 Hidayat Nurwahid, Parti Keadilan Sejahtera dan Demokrasi di Indonesia dalam, Demokrasi dan Dunia Islam, Mohd Izani Moh Zain (ed), (Kuala Lumpur: Univeristi Malaya, 2014), 253.

University

172

menjalankan Good governance. Barulah setelah lahirnya kesedaran akan good governance di Indonesia pasca 1998 muncul pelbagai peraturan dan

perundang-undangan seperti UU No 32 tahun 2004 tentang desentralisasi.151 UU ini bertujuan

untuk melawan kebijakan pembangunan di era Soeharto lebih tertumpu di Pusat sahaja. Antara amanah gerakan pelajar 1998 ialah pada hakikatnya merupakan tuntutan untuk melaksanakan demokrasi di segala bidang, menegakkan hukum dan keadilan, serta menegakkan hak asasi manusia, membanteras korupsi, pakatan sulit dan nepotisme, melaksanakan autonomi daerah dan perimbangan kewangan antara pemerintah pusat dan daerah, serta menata kembali peranan dan kedudukan Angkatan

Bersenjata RI.152

Salah satu tuntutan gerakan pelajar 1998 adalah menghapus dwifungsi ABRI yang selama orde baru bertugas sebagai petugas pertahanan negara sekaligus mendominasi penguasaan politik, ekonomi, sosial negara. Kedudukan kepimpinan di peringkat tertentu harus diisi oleh tentera. Tentera mendominasi dalam dewan rakyat yang 20% nya ditetapkan oleh Presiden tanpa melalui pilihan raya. Ini kerana tentera digunakan penguasa untuk menghadapi penentangnya. ABRI digunakan untuk melakukan tindakan menindas terhadap elemen masyarakat yang dianggap menentang pemerintah. Tentera yang dalam konsep awalnya dibentuk untuk tujuan pertahanan telah berubah menjadi pemain dalam pemerintahan politik. Ianya juga dianggap sebagai penghalang supremasi sivil yang harus segera dikembalikan ke kem dalam hutan secara

bergerak bukan untuk sebagai penguasa yang menetap di sebuah penempatan.153

Setelah reformasi 1998 tepatnya pada tahun 1999 didirikan Komite Nasional Polisi Corporate Governance (KNKCG). Tahun 2004 diubah menjadi Komite Nasional Polisi Governance (KNKG) yang terdiri dari sub-komite Publik dan Sub-Komite

151 Prijono Tjiptoherijanto, Promoting Trust In Government The Indonesian Case, Disampaikan dalam workshop on promoting trust in government trough innovations in governance in Asia and the pacific East west centre . Hawai (Januari 2008), 9.

152 Amandemen keempat UUD 1945, Departemen Hak Asasi Manusia, dicapai 25 Januari 2013, www.ham.go.id.

153 Erick et al (ed.), Politik Transisi Pasca Soeharto, (Yogyakarta: Fisipol UGM, 2004), 129.

University

173

Korporasi. KNKCG telah menerbitkan buku pedoman umum Good Corporate Governance (Pedoman Umum GCG) pada tahun 1999 yang telah beberapa kali disempurnakan, terakhir oleh KNKG pada tahun 2006. Dalam buku Pedoman Umum Good Public Governance disebutkan bahawa secara International penerapan good governance merupakan salah satu prasyarat dalam rangka meningkatkan daya saing

Indonesia di peringkat global.154

Buku GPG yang diterbitkan oleh Komite Nasional Polisi Governance tahun 2010 itu merupakan penyempurnaan dari proses yang telah dimulai pada tahun 1999. Tujuannya ialah; mendorong efektifnya penyelenggaraan negara yang didasarkan pada asas demokrasi, transparensi, akauntabiliti, budaya hukum, kewajaran dan kesetaraan. Mendorong terlaksananya fungsi legislatif dan pengawasan, eksekutif, judiciary dan lembaga-lembaga non struktural sesuai dengan tugas dan bidang kuasanya dengan dilandasi oleh nilai moral yang tinggi dan kepatuhan terhadap peraturan perundang-undangan. Demikian itu bertujuan agar penyelenggara negara meningkatkan kompetensi dan integriti yang diperlukan untuk menjalankan fungsi, tugas dan kewenangan nya. Untuk itu Azhar Maksum menilai bahawa buruknya pelaksanaan good corporate governance di Indonesia selama ini adalah menjadi penyebab berlakunya krisis

ekonomi.155

Setelah itu secara bertahap muncullah beberapa asas good governance dalam hukum positif di Indonesia antara lain; 1. Pasal 3 UU No 28/1999; kepastian hukum, tertib penyelenggara negara, kepentingan umum, keterbukaan, profesionalisme, proportionality, akauntabiliti. 2. Pasal 2 ayat 3 UU No 25/2004; asas kepentingan

154 KNKG, Pedoman Umum Good Publik Governance, (Jakarta: Komite Nasional Polisi Governance, 2010).

155 Azhar Maksum, Tinjauan Atas Good Corporate Governance di Indonesia. (Medan: Universitas Sumatera Utara, 2005), 35.

University

174

umum. 3. pasal 2 UU No 32/2004; efisiensi, efektifiti. Pasal 27 (1) UU No 32/2004

penyertaan masyarakat. 4 UU No 17/2007 tentang reformasi hukum dan birokrasi.156

Semua unsur good governance di atas adalah sejalan dengan asas-asas pemerintahan baik dalam Islam seperti; amanah, keadilan, ketaatan dan asas

musyawarah dengan menjadikan al-Qur`an dan Sunnah sebagai rujukan.157