• Tidak ada hasil yang ditemukan

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menambah baik amalan pengajaran menggunakan aktiviti lipatan kertas dalam membantu murid Tahun 3 menguasai konsep pecahan setara. Aktiviti lipatan kertas adalah berpandukan Teori Konstruktivisme yang bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman murid dalam konsep pecahan setara. Penyelidikan ini telah dijalankan berdarsarkan Model Kurt Lewin (1946). Penyelidikan tindakan ini telah memilih empat orang responden yang terdiri daripada murid Tahun 3 di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina sekitar Trusan. Data penyelidikan tindakan ini dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan lembaran kerja. Data yang diperolehi telah dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian ini telah menunjukkan pengajaran menggunakan aktiviti lipatan kertas dapat membantu murid menguasai konsep pecahan setara dan meningkatkan minat murid dalam mempelajari pecahan setara.

ABSTRACT

This action research was carried out to study the effect of paper folding activity to improve Year 3 pupils‟ to master the concept of equivalent fractions. The paper folding activity is based on Constructivism Theory that aims to enhance pupils‟

understanding for equivalent fractions. The concept of this action research is based on Kurt Lewin Model (1946). The respondents consisted of four students from Year 3 at a school in Trusan District. Data was collected through observation, interview and exercises. Data were analyzed qualitatively. It also sums from this action research that paper folding activity will enhance pupils‟ mastery and their interest on learning equivalent fractions.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting dan ternyata bahawa penggunaannya amat luas dalam kehidupan harian. Matematik dapat membekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada murid-murid sekolah untuk memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah harian, melatih minda untuk berfikiran kritis, sistematik serta membuat keputusan. Pemahaman konsep dalam Matematik amat penting dalam proses pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam kelas perlu memberi keutamaan kepada pembentukan konsep Matematik yang ada kaitan dengan pengalaman murid dalam kehidupan harian mereka.

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal, dan Aziz Omar (2006), yang menyatakan bahawa sebilangan guru Matematik di sekolah tidak begitu pakar dalam memahami masalah pengajaran dan pembelajaran murid dan perkara ini telah mengakibatkan punca murid tidak menunjukkan minat dalam menguasai kemahiran mata pelajaran Matematik. Oleh itu, guru perlu mempersiapkan diri dalam menyediakan pelbagai kaedah dan strategi untuk memastikan murid yang diajar

123 memahami apa yang telah diajar dalam bilik darjah. Sesuatu penambahbaikkan pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan oleh seseorang guru Matematik untuk mengatasi kelemahan murid dalam menguasai konsep dan kemahiran mata pelajaran Matematik, terutamanya dalam penguasaan konsep dan kemahiran asas.

Maka untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep dan kemahiran asas dalam mata pelajaran Matematik, suatu perubahan strategi dalam pengajaran dan pembelajaraan perlu dilaksanakan. Dengan ini, murid-murid boleh memahami konsep kemahairan mata pelajaran Matematik.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengkaji merupakan seorang guru yang tidak mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah, dengan ini pengkaji telah berbincang dengan guru-guru Matematik di sekolah tentang masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi. Berdasarkan perbincangan dengan guru Matematik tajuk Pecahan merupakan tajuk yang susah dikuasai oleh murid-murid di sekolah. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, mendapati murid-murid dapat menguasai tajuk pecahan yang asas sahaja. Contoh, murid boleh menyebut pengangka dan penyebut pecahan.

Terdapat segelintir murid yang masih belum menguasai konsep pecahan setara yang mula diajar di Tahun 3 seperti hasil kerja yang ditunjukkan dalam Rajah 1 . Dengan ini murid-murid akan menghadapi masalah semasa guru mengajar penambahan dan penolakan pecahan.

Rajah 1: Hasil Kerja Murid Yang Tidak Menguasai

Pengkaji mendapati untuk memastikan murid-murid menguasai konsep pecahan setara penggunaan bahan bantu yang berkesan dan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting supaya mereka berpeluang untuk mencari pecahan setara dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang dibekalkan, dengan ini murid-murid berpeluang melihat, mendengar dan melakukan aktiviti seperti yang diarahkan. Penggunaan bahan bantu mengajar sehala seperti hanya menunjukkan contoh yang terdapat dalam buku Matematik semasa pengajaran dan pembelajaran tidak memberi kesan positif kepada murid kerana murid-murid hanya mendengar dan melihat bahan bantu mengajar tanpa penglibatan mereka.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, pengkaji mendapat teknik yang sesuai untuk membolehkan murid-murid menguasai konsep pecahan setara dengan menggunakan lipatan kertas. Pengkaji telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tajuk Pecahan iaitu kemahiran pecahan setara dengan menggunakan lipatan kertas dalam Tahun 3. Pengkaji mendapati murid-murid menunjukkan minat kerana mereka diminta membuat kerja sendiri. Hal ini dapat membina pemahaman dan pengetahuan mereka tentang konsep pecahan setara.

124

FOKUS KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada penguasaan konsep pecahan setara dengan menggunakan lipatan kertas. Menurut Reimer dan Moyer (2005) yang menyatakan bahawa bahan konkrit dapat membantu murid lebih memahami pecahan dengan memberikan maklum balas segera dan khusus. Cramer dan Henry (2002) dalam penyelidkan mereka menunjukkan bahawa bahan konkrit dapat memberi kesan positif kepada murid dalam menguasai konsep dan prosedur pecahan.Hal ini amat penting agar murid-murid tidak hilang minat terhadap pembelajaran Matematik tertutamanya bagi tajuk pecahan. Mack (1998) menyatakan murid yang tidak dapat memahami pecahan setara akan menghadapi masalah menyatakan pecahan dalam sebutan termudah. Ini jelas menunjukkan kepentingan konsep pecahan setara kepada seorang murid.Tanpa penguasaan konsep pecahan setara, murid-murid akan menghadapi masalah dalam penambahan dan penolakan pecahan yang berlainan penyebut membandingkan dua pecahan serta mencari pecahan termudah.

Kajian ini dijalankan untuk meneroka penggunaan lipatan kertas dalam membantu empat orang murid Tahun 3 untuk memahami konsep pecahan setara.

Brady (2008) menjularkan kajian menggunakan lipatan kertas dalam menguasai konsep Matematik. Hasil kajian beliau menunjukkan menyatakan bahawa aktiviti lipatan kertas ini dapat membantu murid-murid mengukuhkan konsep Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu melalui penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah dapat menambahbaik amalan kendiri yang boleh dijadikan satu amalan yang baik yang boleh dicontohi oleh guru-guru Matematik di sekolah pengkaji.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meneroka kesan penggunaan lipatan kertas dalam membantu empat orang murid Tahun 3 memahami dan menguasai konsep pecahan setara.

a. Menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji dalam mengajar topik pecahan setara dengan penggunaan lipatan kertas.

b. Membantu murid-murid menguasai konsep pecahan setara melalui penggunaan lipatan kertas.

c. Membantu meningkatkan minat murid dalam mempelajari pecahan setara dengan penggunaan lipatan kertas.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab soalan kajian berikut:

a. Bagaimanakah menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran pecahan setara dengan penggunaan lipatan kertas ?

b. Adakah perubahan amalan pengajaran dengan penggunaan lipatan kertas dapat membantu murid-murid menguasai konsep pecahan setara?

c. Adakah minat murid Tahun 3 dalam pembelajaran dan penguasaan konsep pecahan setara dapat ditingkatkan melalui penggunaan lipatan kertas?

125 KUMPULAN SASARAN

Pengkaji memilih empat orang responden yang terdiri daripada murid Tahun 3 di sebuah sekolah jenis kebangsaan di Daerah Lawas. Responden dipilih berdasarkan hasil ujian diagnostik yang mengandungi soalan-soalan berkaitan pecahan setara yang dijalankan. Responden yang dipilih masih belum menguasai konsep kemahiran pecahan setara. Dokumen lain yang diambil kira dalam pemilihan responden adalah berdasarkan hasil buku latihan dan cadangan guru Matematik Tahun 3. Empat responden tidak mempunyai masalah dalam pengetahuan asas pecahan dan tidak mempunyai masalah dalam hafalan sifir.

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji kesan perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji dengan penggunaan lipatan kertas dalam membantu murid menguasai konsep pecahan setara. Pengkaji telah menggunakan Model Kurt Lewin (1946) untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Model ini melibatkan lima peringkat iaitu Mengenal Pasti Aspek Amalan, Merancang, Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi. Pengkaji telah mengenal pasti masalah responden berdasarkan ujian diagnostik yang telah dilaksanakan. Pengkaji telah menggunakan lipatan kertas untuk membantu murid-murid menguasai konsep pecahan setara. Dengan menggunakan lipatan kertas murid-murid berpeluang melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti ini untuk memudahkan murid-murid menguasai dan memahami konsep pecahan setara. Pengkaji telah memulakan perubahan amalan pengajran dan pembelajaran Matematik dengan menggunakan lipatan kertas untuk mengajar kemahiran pecahan setara.

Pengkaji memperkenalkan lipatan kertas untuk mendapat pecahan setara bagi pecahan-pecahan seperti

2 1,

3 1,

5

1dan sebagainya. Responden telah diajar mengenai cara menggunakan lipatan kertas semasa mencari pecahan setara dengan langkah yang teratur dan teliti agar mereka tidak tersilap dalam menggunakan lipatan kertas.

Semasa pelaksanaan aktiviti lipatan kertas, pengkaji meminta responden melakukan aktiviti lipatan kertas mengikut arahan yang diberi oleh pengkaji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

126

Langkah 1 : Jalur kertas I yang bersaiz “15cm x 3cm” diedarkan.

Langkah 2 : Melipat jalur kertas I kepada setengah dan mewarnakan 1 bahagian iaitu mewakili pecahan .

Langkah 3 : Jalur kertas II diedarkan.

Langkah 4 : Melipat jalur kertas II kepada 4 bahagian yang sama saiz dan mewarnakan 2 bahagian iaitu mewakili pecahan .

Langkah 5 : Jalur kertas III diedarkan.

Langkah 6 : Melipat jalur kertas III kepada 8 bahagian yang sama saiz dan mewarnakan 4 bahagian iaitu mewakili pecahan .

Langkah 7 : Membuat perbandingan terhadap ketiga-tiga jalur kertas tersebut dengan letak berdekatan.

Langkah 8: Berdasarkan jalur kertas yang telah diwarnakan, didapati kawasan lorekan adalan sama besar, maka = = merupakan pecahan setara.

Rajah 2: Langkah-Langkah Pelaksanaan Aktiviti Lipatan Kertas

Setelah itu, lembaran kerja 1 telah diberikan kepada responden untuk mengukuh kemahiran yang diajar di samping mengenal pasti masalah yang dihadapi responden sepanjang mengaplikasikan lipatan kertas dalam mencari pecahan setara.

Pengkaji telah memberi jalur kertas kepada responden semasa mereka membuat lembaran kerja ini. Pengkaji telah memberi lembaran kerja 2 kepada responden dan kali ini pengkaji tidak memberi jalur kertas kepada responden. Pengkaji membuat pemerhatian terhadap responden semasa mereka mencari pecahan setara dari segi

127 kecuaian responden, tahap penguasaan konsep pecahan setara dan masa yang diambil untuk mencari pecahan setara.

Dalam kitaran 2, pengkaji telah merancang untuk membantu responden M2 menguasai konsep pecahan setara dengan melukis jalur pecahan semasa mencari pecahan setara memandang responden M2 telah boleh mencari pecahan setara dengan lipatan jalur kertas. Pengkaji mendapati tanpa bantuan jalur kertas responden M2 menghadapi masalah mendapat jawapan.