• Tidak ada hasil yang ditemukan

CHANGE IN ACTION:

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 195-200)

Pembelajaran Abad Ke-

CHANGE IN ACTION:

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) ABAD KE 21 Siti Hajar Mahpol

[email protected]

PPD Johor Bahru

Kajian ini dibuat bertujuan untuk melihat bagaimana keberkesanan teori Change in Action dalam melaksanakan inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 di dalam bilik darjah. Fullan (2006) telah menggariskan tujuh faktor utama dalam teori perubahannya yang mengukur sejauhmana keberkesanan satu-satu perubahan itu sama ada ia berjaya dilaksanakan atau tidak. Faktor-faktor tersebut ialah motivasi, pembangunan kapasiti, pembelajaran di tempat kerja, perubahan kontekstual, Latihan Refleksi, penglibatan sepenuhnya dan ketahanan melaksanakannya. Kajian ini menggunakan tujuh faktor ini untuk melihat keberkesanan ketika melaksanakan perubahan. Kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikan hasil daripada dapatan dan pemerhatian yang dibuat.

PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang sangat ketara sejak tahun 1957 (PPPM, 2013). Pelbagai perubahan dari pelbagai aspek menyebabkan sistem kita menjadi semakin matang dan dapat bersaing dengan negara lain di dunia. Arcay (2009) mengatakan semua organisasi harus berubah untuk terus hidup. Memasuki era abad ke 21 merupakan satu cabaran paling getir yang harus didepani oleh semua pemimpin pendidik khususnya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Fullan (2006) banyak teori digunakan untuk memastikan perubahan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Walau bagaimanapun, banyak teori yang digunakan kurang memberi impak malah terdapat teori tersebut tidak begitu sesuai dengan amalan perubahan yang dilaksanakan terutamanya dalam pedagogi. Sekolah mengalami tekanan yang kuat ketika melalui perubahan walaupun perubahan yang mahu dilaksanakan agak mudah (eg Caldwell, 2006; Beare, 2006; Elmore 2004). Mereka sering berasa tertekan, keliru dan rasa terlalu tepu. Oleh itu, kajian ini ingin melihat adakah dengan menggunakan tujuh faktor ini, perubahan yang berlaku akan lebih berkesan.

Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21

Kebanyakan negara menerima hakikat bahawa kurikulum perlu merangkumi kemahiran dan kompetensi baharu yang terarah kepada keperluan abad ke-21 dan seterusnya, namun masih belum ada kesepakatan tentang apakah sebenarnya kemahiran dan kompetensi ini. Kementerian Pendidikan Singapura menyatakan bahawa seseorang yang dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21 adalah individu yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan warganegara yang perihatin. Di Finland, matlamat teras abad ke-21 adalah ke arah perkembangan diri, identiti dan internasionalisme budaya, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatori, tanggungjawab terhadap persekitaran, dan memastikan kesejahteraan diri dan masa hadapan yang lestari.

Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada peringkat antarabangsa.

Bagi mencapai hasrat tersebut, kurikulum kebangsaan digubal untuk melahirkan murid Malaysia yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja dalam pasukan dengan berkesan. (Kemenjadian murid ini digabungkan dalam enam aspirasi murid yang diperihalkan dalam PPPM.) Kurikulum KSSR dan KSSM yang akan diwujudkan mencerminkan kemahiran dan kompetensi ini. Oleh itu, sekolah disarankan untuk melaksanakan pedagogi Abad ke 21 agar seiring dengan kehendak dan perubahan semasa.

Teori Asas

Fullan (2006) dalam teori perubahannya menggariskan tujuh faktor utama yang mempengaruhi samada perubahan boleh dilaksanakan dengan berkesan atau tidak . Faktor tersebut termasuklah elemen-elemen :

i) Motivasi

ii) Membangun kapasiti

iii) Pembelajaran di tempat kerja iv) Konteks yang berubah v) Amalan Reflektif vi) Pelibatan sepenuhnya

vii) Ketahanan mental dan Fizikal

LATAR BELAKANG KAJIAN

…. Educators and systems spent the 20th century perfecting the 19th century model of schooling (Heppel, 2009). Ini bermakna, sistem pendidikan abad ke 21 harus diamalkan pada masa dan era Abad ke 21 ini. Kaedah pengajaran abad ke 20 tidak lagi sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Oleh itu, perubahan kepada pedagogi bagi memenuhi keperluan dan kehendak pada abad ke 21 ini harus dipenuhi. Hal ini bertepatan dengan pendapat Halinger ( 2014) yang menyatakan bahawa di seluruh negara di dunia kini, giat membuat penambahbaikan semula kualiti sistem pendidikan negara masing-masing, tidak terkecuali negara kita, Malaysia (PPPM, 2013).

Teaching in a 21st century classroom means a transition from a teacher-centered, memorization-based methodology to a student-centered, experiential and knowledge-based, diverse learning methodology through global media and technological means. To use the 21st century classroom, you will facilitate a learning environment for students to work collaboratively on projects with people around the world and to guide them rather than lecturing to students isolated in separate desks, as was the case with using the classroom of the 20th century (Hammond, 2012). Bagi memenuhi ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 tersebut, pihak sekolah memerlukan perubahan yang agak drastik yang menyebabkan status quo warga sekolah akan tercabar (Beef, 2006)

Penggunaan Teori Perubahan Fullan dalam melaksanakan inisiatif P&P Abad ke 21

Fokus kepada Motivasi

Faktor motivasi merupakan faktor paling utama dalam menentukan samada satu-satu perubahan itu dapat dijayakan dengan berkesan atau tidak. Menurut Fullan (2006) dari kesemua ciri yang diutarakan, motivasi merupakan ciri yang menentukan kejayaan pelaksanaan perubahan. Dalam kajian industri Daniel Wishnevsky dan Fariborz Daman mendapati bahawa teknologi merupakan perubahan yang mesti dihadapi oleh pihak industri sama ada ia berskala kecil ataupun besar. Para pekerja akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran perubahan tersebut. Ekoran dari itu, pemimpin organisasi memerlukan kemahiran memotivasikan pekerja yang tinggi agar semangat pekerja mereka sentiasa tekal dan konsisten dengan perubahan yang melanda. Gilley, Ann (2005) juga berpendapat bahawa motivasi sangat penting untuk memastikan perubahan dapat dihadapi dengan berkesan. Dalam situasi menghadapi dan membiasakan perubahan P&P Abad ke 21, kebanyakan guru akan sentiasa berada dalam keadaan menolak, keliru, menafikan, menidakkan, tidak bersetuju dan membantah. Mengikut Teori Group Dynamic, situasi untuk Forming kepada

Norming akan menemui keadaan Storming yang memerlukan motivasi yang tinggi (

Schmidt, Tannenbaum). Oleh itu para guru memerlukan motivasi dari pemimpin dan bukan paksaan dan arahan.

Membangun kapasiti dan berfokus kepada Hasil

Satu-satu perubahan itu hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya para guru dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran. Fullan (2006) menyatakan pembangunan kapasiti adalah penting untuk mencapai perubahan yang berkesan. Tanpa pembangunan kapasiti khususnya dalam kemahiran mengajar dalam kalangan guru, semua perubahan tidak akan dapat diterima dan dilaksanakan. Andy Hargreaves (2003) expresses this fact with blunt honesty:

‘Teaching is not a place for shrinking violets, for the overly sensitive, for people who are

more comfortable with dependent children than they are with independent adults. It is a job for grown-ups, requiring grown-up norms of how to work together.’

Para guru memerlukan pembangunan kapasiti bagi menyakinkan diri untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran yang diinginkan. Hough et al, 1997 menyatakan guru dalam abad ke 21perlu melihat diri mereka sebagai co-leaners dan perantara antara persekitaran pembelajaran. Oleh itu, pihak sekolah harus menyediakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang banyak dan berkesan untuk membantu meningkatkan kualiti diri sendiri, rakan dan organisasi sendiri. Sebagai contoh, para guru mestilah dibimbing bagaimana cara menjalankan P&P abad ke 21 dan fokus haruslah diberikan kepada hasil . Hal ini seiring dengan seperti apa yang dinyatakan , Elmore ( 2004), Walaupun seseorang itu mempunyai akauntabiliti yang tinggi sama ada akauntabiliti dalaman maupun luaran, perkara yang sangat penting adalah pembangunan kapasiti yang berfokus kepada hasil

Pembelajaran Dalam Konteks

Perubahan yang berlaku haruslah sesuai dengan masalah setempat dan penyelesaian juga haruslah sesuai dengan keperluan setempat. Sebab itulah dalam Program Transformasi Daerah (DTP), menggariskan bahawa prestasi sekolah patut dikawal oleh Pejabat Pendidikan Daerah bukan Jabatan atau Kementerian. (PPPM, 2013). Hal ini seiring dengan

pendapat Fullan (2006) yang menyatakan bahawa pembelajaran dalam konteks sendiri benar-benar dapat membuktikan peningkatan diri sendiri boleh berlaku. Ini meyebabkan para guru melakukan perubahan dengan sedar dan mempunyai kepentingan di tempat kerja masing-masing dan akhirnya ia lebih berkesan.

Perubahan Konteks

Urdang (1992) mendefinisikan konteks sebagai struktur, kerangka kerja, persekitaran, situasi, keadaan semasa, suasana dan alam sekeliling. Mengikut Fullan (2008) antara tugas pemimpin sekolah ialah untuk merubah konteks ini dengan memperkenalkan elemen- elemen baru sesuai dengan keperluan semasa. Sebagai contoh, Ujian PISA menunjukkan dua orang murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang sama tetapi pergi ke sekolah yang berbeza profile sosio ekonomi akan menghasilkan prestasi akademik yang berbeza berbanding dengan murid yang datang dari latar belakang yang berbeza pergi ke sekolah yang sama. (OECD, 2000). Bermaksud, sangat sukar untuk kita mengubah profil sosio ekonomi sekolah. Apa yang boleh kita lakukan ialah ubah konteks dan kita secara tak

langsung akan mengubah sikap. Malcolm Gladwell’s (2000) menjelaskan : “The power of context is an environmental argument. It says that behavior is a function of social context” .

Oleh itu, untuk kita mudah membuat perubahan, adalah lebih baik kita membuat perubahan ke atas suasana, persekitaran, iklim dan suasana di sekolah kita. Dalam perubahan pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 yang dilaksanakan di sekolah, pihak sekolah harus melihat kepada perubahan persekitaran terlebih dahulu seperti sikap guru, persepsi ibu bapa, nilai yang didokong oleh sekolah dan kesediaan warga sekolah sebelum bersedia untuk membuat perubahan.

Bias ke atas Tindakan Refleksi

Dalam melaksanakan P&P Abad ke 21, pengetahuan para guru tentang kaedah dan pendekatannya mestilah spesifik. Mereka tidak boleh melaksanakannya sekiranya mereka tidak tahu tekniknya dengan betul. Oleh itu, para guru haruslah melaksanakannya dengan berstruktur, mengalaminya dan membincangkannya secara professional. Hasil daripada pengalaman melakukannya barulah, perubahan itu boleh dirasai dan ditambahbaik. Fullan (2006) menegaskan bahawa mengetahui refleksi ke atas perubahan yang berlaku adalah sangat kritikal. Ini seiring dengan hujah dari Pfeffer dan Sutton (2006) yang mengatakan bahawa manusia akan mempelajari sesuatu itu dengan lebih baik sekiranya mereka buat – refleksi – inkuiri – bukti – buat lagi – refleksi – inkuiri –bukti ….. dan seterusnya.

Pelibatan secara total (Tri-Level)

Kejayaan sesuatu program atau perubahan di sekolah tidak sahaja melibatkan sekolah secara bersendirian. Ia harus melibatkan pelibatan secara tiga peringkat iaitu sekolah, daerah dan negeri (Fullan 2014). Dalam penstrukturan baru PPD (Pejabat Pendidikan Daerah), Ketua PPD memainkan peranan yang lebih dominan berbanding dengan Pengarah di Jabatan Pendidikan (PPPM, 2013). Walau bagaimanapun, apa sahaja perubahan yang berlaku haruslah dimaklumkan di peringkat negeri. P&P Abad ke 21 merupakan tuntutan dalam matlamat strategik JPN dan ia harus di laksanakan oleh semua sekolah (Johor Showcase, 2015). Oleh itu hubungan antara negeri, daerah dan sekolah amat penting agar perubahan yang dilakukan diterima di peringkat atasan.

Ketahanan dan Fleksibiliti Diri

Apabila ada sesuatu idea baru ingin dilaksanakan , belum tentu ide tersebut boleh diterima ramai terutamanya jika ia melibatkan status quo dan gangguan emosi. Fullan, 2006 dalam teori perubahannya jelas menyatakan iaitu sekiranya laluan perjalanan kita sukar dan payah, kita memerlukan ketahanan diri dan fleksibiliti untuk kekal di sana. Seringkali berlaku kegagalan dan kekecewaan dalam melaksanakan pelbagai perubahan dan termasuklah untuk melaksanakan P&P abad ke 21 ini. Sebagai contoh, penggunaan ICT. David Warner (2006) menyatakan penggunaan ICT dan pembangunan WEB 2.0 seperti YouTube, Flickr, MySpace dan sebagainya telah merubah lanskap sosial dan ekonomi masyarakat. Hal ini akan menimbulkan aduan, rungutan masyarakat terhadap usaha sekolah untuk melaksanakan P&P Abad 21 ini. Begitu juga dengan kemahiran ICT guru yang jauh ketinggalan berbanding dengan pendedahan murid yang lebih jauh ke hadapan membuatkan guru rasa tertekan ( Mitchel Resnick, 2002). Namun kunci kejayaannya hanyalah pada ketahanan diri dan ini dipersetujui oleh Pieterse et. al., 2012 yang menekankan bahawa ciri-ciri ketahanan diri yang ada pada seseorang itu menyebabkan satu-satu perubahan itu mampun untuk kekal lama.

PENUTUP

Daripada kajian dan pembacaan yang dibuat, didapati tujuh elemen yang disarankan oleh Fullan (2006) dalam Teori Perubahan beliau jelas menunjukkan bahawa ia boleh digunakan dan sangat relevan. Dalam kajian melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 di sekolah pengkaji dapati bahawa ia boleh juga dikenalpasti untuk diambil tindakan dan perancangan risiko untuk memastikan perubahan bagi program lain berjalan dengan lebih berkesan.

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 195-200)