Other result such as to examine the relationship between variables will be conducted and explained
DAPATAN DAN PERBINCANGAN Sesi Pengenalan
Pada akhir pengenalan, fasilitator menyoal, “Sesiapa hubungan ibu bapa anda adalah baik?” Kebanyakan peserta memberikan respon negatif dan berpendapat hubungan yang tak baik mempengaruhi mereka tak gembira serta memberi kesan negatif terhadap diri mereka. Ini telah dinyatakan dalam kajian Azyyati et al. (2013) yang menekankan kehidupan keluarga yang mempunyai kekacauan yang tiada kasih sayang serta pemerhatian akan memberikan kesan semasa alam persekolahan remaja. Dalam sesi pengenalan, fasilitator membuat kesimpulan ialah kita tak dapat mengubah generasi lepas, tetapi kami dapat mencipta genarasi masa depan.
Slot Pertama: Kekasih Impian
Satu permainan “mencari separuh cinta” mulanya dengan 2 separuh kepingan bentuk “cinta” yang tak sepadan. Peserta perlu cari dan tukarkan bentuk “cinta”sehingga terjumpa bentuk “cinta” yang sepadan dan boleh dicantumkan. Mesej disampaikan dalam permainan ini ialah: 1) Adalah tidak senang untuk mencari "cinta" yang sesuai dengan diri sendiri
2) Ada orang mungkin cepat, ada orang mungkin lambat untuk dapat cari cinta sendiri. Yang pentingnya kita berusaha mencari kekasih yang sepadan dengan kita.
Selepas itu, peserta diminta tuliskan enam kriteria kekasih impian dari segi wajah, kebolehan, keluarga, sosial, sikap terhadap kekasih dan perangainya dalam ruang separuh bentuk “cinta” yang dapat dalam permainan tadi. Selepas itu, fasilitator mendapatkan jawapan daripada kumpulan lelaki dan perempuan dan tuliskan pada papan putih supaya nampak pandangan keseluruhan bersama-sama. Fasilitator menyalurkan mesej slot pertama ini:
1) Kamu boleh menyenaraikan kriteria kekasih impian anda dan ini menjadikan rujukkan sendiri. Jadi apabila kekasih tersebut muncul di depan anda, kami boleh ambil perhatian. Bukan memilih seseorang kekasih tanpa kira kriterianya atau latar belakangnya.
2) Kriteria yang kita tetapkan itu mesti logik dan munasabah. Kriteria seperti hubungan sosial, keluarga dengan cara bergaul adalah lebih penting daripada fizikal. Yang paling penting ialah dua-dua orang dapat berkomunikasi dengan nilai hidup yang sama.
Slot Kedua: Penyedian Diri
Peserta diminta tuliskan enam kriteria sendiri dari segi wajah, kebolehan, keluarga, sosial, sikap terhadap kekasih dan perangainya dalam ruang sebelah bentuk “cinta” yang didapti dari permainan slot pertama. Selepas itu, fasilitator bertanyakan peserta:“Kriteria sendiri yang anda tuliskan tadi, adakah “sendiri” ini dapat menarik perhatian kekasih impian anda?” Melalui persoalan ini, kebanyakkan peserta telah memberikan respon yang negatif dan berpendapat ketidakstabilan emosi sendiri akan menakutkan orang lain. Mereka mencadangkan sendiri amat memerlukan ada orang dapat mengajar mereka menguruskan emosi mereka dengan baik. Seterusnya, fasilitator menanyakan persoalan kedua lagi:“1-10 markah, 1 maksud tak suka, 10 maksud sangat suka. Berapa markah yang kamu akan berikan kepada kamu sendiri?” Semua peserta bagi 5 markah dan ke bawah, ada seorang peserta bagi markah yang paling rendah iaitu 2 markah. Jadi fasilitator mempersilakan peserta tersebut berdiri di depan dan minta kawan-kawannya menambah markahnya dengan memberikan galakkan serta pujian terhadapnya. Peserta lain terus bekerjasama respon: “kamu pandai nyanyi.... kamu sangat comel... kamu sentiasa sudi tolong orang...” Pada akhirnya, peserta ini berasa gembira, menyatakan lebih suka diri sendiri sekarang dan markahnya telah ditingkatkan selepas mendapat galakkan daripada kawan-kawannya.
Mesej yang disampaikan dalam slot kedua ini ialah:
1) Apa syarat yang kami tetapkan untuk orang lain, sila syaratkan diri sendiri dulu. Ini dapat memotivasikan diri sendiri menjadi orang yang lebih baik, dan bukan hanya impikan seseorang kekasih dengan syarat yang kurang logik.
2) Penyedian diri untuk bercinta adalah sangat penting, iaitu mempunyai ciri menerima diri, menjaga diri dan menjadikan diri sendiri. Jadi kita baru dapat manarik hati seseorang yang mempunyai ciri yang sama dengan kami.
Peserta dibahagikan dua kumpulan, iaitu lelaki dan perempuan dengan menggunakan kertas mahjung untuk menuliskan apa yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan dalam tempoh bercinta. Kemudian peserta membentangkan jawapan mereka dengan tujuan memahami fikiran berlainan jantina dengan lebih teliti supaya peserta dapat memperbanyakkan aktiviti yang bermakna semasa bercinta. Selepas itu, fasilitator menggunakan kad yang tulis 5W (Who, What, Where, When, Why) untuk memimpin peserta mempunyai konsep bercinta yang sihat. Semasa menerangkan “Why”, fasilitator memberikan dua hadiah kepada 2 peserta yang sukarela berlainan jantina berdiri di depan. Fasilitator memberitahu peserta perempuan: “hadiah ini merupakan hadiah istimewa untuk kamu, jadi kamu boleh buka sekarang.” Selepas itu, fasilitator memberikan hadiah kepada peserta lelaki dan cakap: “Hadiah ini merupakan hadiah istimewa untuk kamu, tetapi tidak boleh buka sekarang. Kamu mesti tunggu satu bulan baru boleh buka,” Seterusnya tanya semua peserta jika kedua-dua peserta yang terima hadiah ini buka hadiah sekarang, apakah perasaan mereka? Respon kepada penerima hadiah pertama, peserta kata “dia akan sangat gembira.... dia dapat menikmati hadiah ini segera”. Akan tetapi bagi respon kepada penerima hadiah kedua, peserta kata “mungkin gembira sekejap, tapi dia akan rasa malu.... Dia kehilangan kepercayaan fasilitator.... Dia tidak menunaikan janji, jadi orang ini tak boleh dipercayai... Dia akan rasa takut...” Menerusi aktiviti pemberian hadiah, mesej yang disalurkan ialah:
1) Hubungan seks antara suami isteri adalah suatu hadiah istimewa yang diberikan oleh Tuhan, jika kita menjalankan hubungan ini pada masa yang diizinkan iaitu selepas kahwin, seseorang akan rasa gembira, dan hubungan dua orang akan lebih mesra.
2) Jika hubungan seks berlaku bukan pada masa yang diizinkan, iaitu sebelum kahwin, seseorang akan rasa takut, bimbang, hilang kepercayaan dan kesan negatif lain-lain.
Mesej-mesej ini sesuai dalam kajian yang menyatakan fitrah cinta sesama manusia itu adalah untuk mentaati Allah semata-mata dan remaja jangan mendekati zina yang merupakan suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Zulaiha 2016)
Sesi Penamatan
Fasilitator membuat post test dengan menanyakan soalan yang sama semasa sesi pemulaan, iaitu “apakah pandangan anda terhadap bercinta”. Kebanyakan peserta dapat menuliskan perkara yang telah belajar dalam tiga slot ini, seperti: “Menerima diri sendiri... Mesti cari kekasih yang betul dan sesuai dengan diri sendiri... Jangan membuat sesuatu perkara yang akan menyesal diri seumur hidup, seperti berhubung seks sebelum kahwin.” Pada akhir program ini, peserta memberikan respon yang sangat positif dan menyatakan mereka memperolehi pengetahuan yang tentang bercinta yang sihat. Peserta juga memberikan markah tinggi kepada fasilitator dan menunjukkan sangat memuaskan apa yang mereka telah belajari. KESIMPULAN
Sesi kelompok yang dijalankan telah memberi input kepada remaja tingkatan satu ini tentang konsep bercinta yang sihat. Aktiviti ini telah membuka minda peserta tentang penyediaan diri adalah sangat penting seperti menerima diri, menjaga diri dan menjadikan diri sendiri. Fasilitator juga berasa hairan remaja tingkatan satu ini mempunyai rasa ingin tahu dan mempunyai niat berubah sikap diri sendiri. Mereka amat bersyukur dapat belajar pengetahuan bercinta ini yang tak mungkin dapat dibelajari dalam kelas tetapi amat penting dalam tempoh remaja mereka.
RUJUKAN
Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham, Saiasiah Hanin Hamjah. 2013. Ciri-ciri Remaja Berisiko: Kajian Literatur Risk Teens Features: A Literature Review. ISLAMIYYAT. 35(1)
CRACK DISTANCE DETERMINATION OF CARBON STEEL SPECIMEN USING