TERHADAP GERAKAN KRISTIANISASI
2.4. DASAR-DASAR NBD TERHADAP GERAKAN KRISTIANISASI
2.4.2. Dasar NBD terhadap kebebasan mengamalkan ajaran agama
Kebebasan mengamalkan ajaran agama ialah hak untuk melaksanakan, mempraktikan dan melakukan suruhan-suruhan agama. Di dalam Perlembagaan Brunei tahun 1959M, bahagian II bab 3 (1) jelas memperuntukkan kepada setiap individu di Brunei untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan sempurna. Ini
bererti orang-orang bukan Islam bebas melakukan upacara ibadah agama mereka, bebas menegakkan syi’ar agama yang sudah lazim mereka lakukan, bebas dalam berbagai hal yang berkait dengan soal peribadi seperti melangsungkan upacara perkahwinan, cerai, berbelanja dan lain-lain, dan bebas berpersatuan.
Walaupun orang-orang bukan Islam di NBD diberikan kebebasan dalam mengamalkan agama mereka sepenuhnya, malah dikukuhkan oleh undang-undang, namun sebagai sebuah negara MIB, kebebasan tersebut masih bergantung kepada dasar-dasar Islam terhadap orang zimmi yang bernaung di bawah negara Islam. Ketetapan hukum itu dikaitkan dengan salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh orang zimmi yang bernaung di bawah pemerintahan Islam iaitu menghormati dan menjaga perasaan orang Islam yang menjadi golongan majoriti yang menganut agama rasmi atau yang tinggal bersama-sama mereka. Berdasarkan ketetapan ini, orang zimmi ditegah mencaci Islam, rasulnya dan kitab-kitabnya dengan terang-terangan dan ditegah juga memberi galakan kepada apa-apa kepercayaan dan idea-idea yang bertentangan dengan ‘aqidah Islam. Mereka juga ditegah menonjol-nonjolkan perbuatan minum arak dan makan babi dan seumpamanya yang ditegah dalam agama Islam, begitu juga mereka ditegah menjualkan perkara tersebut kepada orang Islam kerana ia boleh merosakkan masyarakat Islam.
Mereka juga dikehendaki supaya tidak menonjolkan perbuatan makan dan minum di siang hari dalam bulan Ramadhan. Oleh itu, setiap sesuatu yang dipandang mungkar oleh Islam tetapi harus bagi orang zimmi, maka sekiranya mereka hendak melakukannya, tidak terlalu berterang-terangan atau dengan cara mencabar perasaan orang-orang Islam, agar dengan itu dapatlah seluruh anggota masyarakat itu hidup di dalam suasana selamat dan bersatupadu.
Untuk lebih jelas dalam perkara ini, Mufti Kerajaan Brunei ketika diminta mengeluarkan fatwa dalam beberapa masalah yang berkaitan dengan kebebasan orang-orang bukan Islam dalam mengamalkan agamanya, antaranya seperti berikut:
“Ugama Islam memberi kelunggaran tentang perkara orang Zimmi yang bernaung dibawah negeri Islam. Ringkasannya mana-mana perkara yang dipandang orang-orang Zimmi itu halal di sisi mereka, adalah Ugama Islam bertolak ansur dengan mereka walaupun perkara itu haram dan ditegah oleh Ugama Islam. Dari itu dibiarkan mereka mengerjakan perkara yang dipandang halal di sisi mereka seperti makan babi dan minum arak, kros, mentigakan Tuhan pada orang Nasrani, menyembah berhala pada orang Majusi dan Musyarikin, membaca Taurat dan Injil, tetapi perkara-perkara tersebut dilakukan dengan tiada terdedah di hadapan ramai serta asing dari
kawasan orang Islam.”186
“Adapun kedudukan orang-orang yang menganut agama yang lain dari agama Islam itu, jika mereka duduk bernaung di bawah negeri Islam, adalah Islam memberi perlindungan akan nyawa dan harta mereka, atau yang telah dibenarkan masuk dalam negeri Islam, adalah mereka diberi perlindungan oleh Islam akan nyawa dan harta yang ada bersama-sama mereka. Adapun maksiat-maksiat dan mungkar-mungkar pada pandangan agama Islam, yang dilakukan oleh mereka dalam negeri Islam adalah tiada diganggu mereka melakukannya kiranya di antara mereka sendiri dengan tiada menzahirkan kepada orang-orang Islam dan kiranya mungkar-mungkar itu tiada menjadi salah pada pandangan mereka.
Menurut Islam mereka ditegah menzahirkan ajaran agama mereka kepada orang-orang Islam atau berbuat perkara-perkara itu dengan berterang-terang kepada pandangan orang Islam, dan juga tiap-tiap maksiat dan mungkar maka ditegah mereka mengerjakan berterang-terang kepada pandangan umat
Islam.”187
Dalam memperkuatkan dan memperjelaskan lagi perkara ini, Mufti mengutarakan kata-kata Al-Imam Al-‘Allamah Al-Syeikh Ibnu Hajar dalam kitab Al-Tuhfah, muka 301, juz 9:
186 Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Bil: 77 dalam. MKB/3/1967.
187 Ismail bin Omar Abdul Aziz, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Awang Haji, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam (2001), op.cit., h. 50.
“Orang yang bukan Islam yang dibenarkan tinggal di negeri Islam ditegah mereka dari mendengarkan orang-orang Islam akan kata-kata kufur dan syirik seperti kata mereka Allah salah satu daripada tiga tuhan. Dan ditegah mereka dari kata mereka yang buruk pada Nabi ‘Uzair dan ‘Isa Al-Masih ‘Alaihimassalam dan kata mereka Al-Qur`an itu bukan datangnya daripada Allah Ta’ala. Dan ditegah mereka daripada menggunakan orang Islam dalam sesuatu pekerjaan sama ada dengan upah atau lainnya. Dan ditegah mereka dari menzahirkan perkara yang mungkar di antara orang Islam seperti arak dan babi dan beduk yang dipalu oleh orang Kristian kerana waktu sembahyang (sekarang loceng) dan menzahirkan perayaan. Dan ditegah mereka daripada menzahirkan menepuk pipi dan meraung waktu mati dan daripada menzahirkan bacaan Taurat dan Injil-Injil, sekalipun dari dalam gereja-gereja kerana perkara-perkara itu batil dan tiada betul, dan pada menzahirkannya samalah seperti menzahirkan cogan-cogan kufur dan
kiranya tiada dizahirkan oleh mereka, tiadalah ditegah.”188
Apa yang dimaksudkan dengan menzahirkan di sini, mufti memetik kata Al-Minhaj dengan Al-Tuhfah ringkasnya:
“Ditegah mereka (orang kafir) mendengarkan kepada orang-orang Islam akan perkataan kufur seperti mereka kata Uzair anak Allah dan Isa anak Allah, dan ditegah mereka dari menzahirkan sesuatu mungkar kepada orang Islam seperti arak dan babi dan membaca Taurat dan Injil kerana semuanya itu salah dan batil, seolah-olah macam menzahirkan cogan-cogan kufur juga dan erti menzahirkan di sini iaitu boleh dilihat dengan tiada payah
dihintai-hintai atau disiasat atau dicari.”189
Dalam memelihara dan membiakan babi Mufti memfatwakan:
“Orang yang bukan Islam dibiarkan mereka itu seumpama memelihara babi, minum arak dan merayakan Hari Raya mereka itu, dan jangan mereka itu menzahir dan menampakkan perkara-perkara seperti itu kepada orang Islam, ialah menurut bagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqh seperti Al-Minhaj karangan Al-Imam Al-Nawawi yang terkenal.
188 Ibid, h. 268 – 269. 189
Islam menegah dari menyakiti orang-orang Islam dengan seperti babi dan kandang-kandangnya kerana Islam memandang babi itu najis dan kotor. Dan Islam menyeru memelihara kebersihan dan kesihatan bagaimana yang ditunjukkan oleh ayat-ayat Al-Qur`an dan hadits-hadits dan kitab-kitab fiqh. Oleh yang demikian Islam tiada menggalakkan memelihara dan
membiakkan babi.”190
“Jika berlaku orang-orang Zimmi itu tinggal dalam negeri Islam, maka orang Islam berhak minta mereka patuh kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Ugama Islam keatas mereka. Dari itu berhak raja mengaturkan kedudukan arak dan babi dan seumpamanya, supaya tiada mendatangkan kerusakan
kepada mereka dan kepada masyarakat Islam.”191
Segala tanggungjawab ini, menurut fatwa mufti adalah satu kewajipan yang diamanahkan kepada raja (atau pemimpin tertinggi negara Islam) iaitu: “Wajib bagi raja menegah orang-orang kafir dari menzahirkan ajaran Taurat dan Injil kepada orang Islam dan juga wajib bagi raja menegah perkara-perkara yang mungkar dari dizahirkan oleh
orang-orang kafir kepada orang Islam seperti arak, babi, raya dan sebagainya.”192
Berdasarkan kenyataan di atas, kebebasan mengamalkan agama yang diberikan kepada orang bukan Islam di NBD adalah kebebasan yang tidak mutlak, melainkan kebebasan yang bersyarat. Undang-undang memberikan mereka kebebasan mengamal apa jua perkara yang berkaitan dengan agama mereka, tetapi sebagai penduduk yang bernaung di dalam negara Islam, mereka diminta untuk tidak menzahirkan amalan agama mereka kepada orang-orang Islam. Mereka diberikan kebebasan mengamal agama mereka hanya di kalangan mereka sendiri, demi untuk menjaga perasaan orang Islam, menghormati ajaran Islam dan negeri Islam.
190 Ibid., h. 244 – 245.
191 Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Bil: 77 dlm. MKB/3/1967.
192 Ismail bin Omar Abdul Aziz, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Awang Haji, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, (2001), op.cit., h. 63.
Begitu juga orang-orang Islam, jika menurut hukum Islam sebagaimana yang difatwakan oleh Mufti Kerajaan Brunei, tidak boleh ikut serta dalam merayakan hari perayaan orang-orang bukan Islam. Dalam masalah ini Mufti Kerajaan Brunei menfatwakan:
“Umat Islam dilarang, menurut segi agama Islam dari menyertai akan Hari Raya dan hari kebesaran agama Majusi, Kristian dan lainnya. Kerana pada menyertai itu bererti mengaku dan membenarkan agama-agama itu, padahal agama-agama itu salah dan batil dan tiada betul pada segi agama Islam, ialah
menurut bagaimana yang tersebut dalam kitab Al-Siyar.”193