• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELABURAN DALAM ISLAM

1.2 Definisi Pelaburan

Mengikut Kamus Pelaburan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (1997), pelaburan boleh didefinisikan sebagai penggunaan wang atau dana bagi aktiviti tertentu, yang diharapkan akan menghasilkan pulangan yang lebih pada masa hadapan.32 Menurut Kamus Ekonomi pula bermaksud pelaburan adalah perbelanjaan terhadap barangan yang digunakan untuk menghasilkan barang lain. Pelaburan akan merubah stok modal yang sedia ada. Pelaburan kasar merujuk kepada jumlah perbelanjaan untuk barang modal yang baru, manakala Pelaburan Bersih pula merujuk pertambahan barang modal yang dihasilkan melebihi barangan modal yang perlu digantikan.33

Justeru, dalam konteks ekonomi, pelaburan adalah satu bentuk penggunaan wang untuk membeli sesuatu aset sama ada aset hakiki atau aset kewangan dengan menjangkakan atau mengharapkan bahawa aset yang dibeli itu akan menghasilkan pulangan ataupun pendapatan semasa dan nilainya dijangka akan meningkat dan

31

MuÍammad RasyÊd RiÌÉ (1999), TafsÊr al-ManÉr, j. 10, Beirut: DÉr al-Kutub al-„Ilmiyyah, h. 40.

32

Dewan Bahasa dan Pustaka (1997), Kamus Pelaburan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 110.

33

memberi keuntungan pada masa hadapan, selepas mengambil kira risiko-risiko yang mungkin dihadapi.34

Pelaburan juga boleh didefinisikan sebagai penangguhan wang sekarang untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan dengan membeli sekuriti yang memberikan pendapatan, pertumbuhan modal atau kedua-duanya sekali.35

Manakala mengikut definisi konvensional menurut Frank K. Reilly (1992) pelaburan boleh ditakrifkan sebagai penyerahan dana yang ada sekarang untuk sesuatu tempoh masa bagi mendapatkan aliran dana masa hadapan yang akan memberi ganjaran kepada unit yang melabur kerana tempoh modal itu digunakan untuk kadar inflasi terjangka dan untuk ketidakpastian aliran dana masa hadapan. Takrifan ini meliputi segala jenis pelaburan sama ada pelaburan oleh syarikat dalam alat jentera, kilang dan peralatan pelaburan oleh kerajaan dalam mengawal banjir, ataupun pelaburan oleh para individu saham, bon barangan ataupun hartanah.36

Menurut Keynes (1960), pula pelaburan sama dengan tabungan kerana kedua-duanya merupakan lebihan pendapatan daripada perbelanjaan. Jumlah nilai antara kuantiti tabungan dan kuantiti pelaburan timbul antara transaksi dua pihak dan keputusan untuk mengguna adalah merupakan pelaburan yang menentukan pendapatan.37

34

Radcliffe, R. C. (1990), Investment – Concepts, Analysis, Strategy, United States: University of Florida, Harper Collins Publishers, h. 4.

35

Ismail Ibrahim (1996), Glosori Pelaburan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 99.

36

Frank K. Reilly (1992), Investments, 3rd ed., United State: The Dryden Press, h. 6.

37

John Maynard Keynes (1960), The General Theory of Employment, Investment and Money, London: Macmillan & Co. Ltd., 61-64.

Dalam ekonomi makro, pelaburan sering dihubungkan kepada pembelian barang-barang modal seperti alat-alat produksi, bangunan dan pelaburan untuk membeli persediaan bahan mentah dan barang-barang untuk dijual. Pelaburan pada dasarnya berkaitan dengan penanaman dana ke dalam berbagai-bagai alternatif. Istilah pelaburan memiliki dua pengertian, dalam teoti ekonomi secara umum diertikan sebagai penanaman dalam bentuk barang modal nyata misalnya pembinaan jalan tol dan pembinaan kilang. Sedangkan istilah pelaburan dalam bidang kewangan dihubungkaitkan dengan penanaman dana dalam bentuk surat berharga atau yang seumpamanya. Oleh itu, pelaburan dapat dilakukan dalam bentuk aset kewangan (financial asset) dan aset bukan kewangan (non financial asset).38

Bagi definisi pelaburan Islam, kebanyakan ulama‟ pada masa dahulu hanya membataskan pembentangannya tentang perkara yang dibenar dan tidak dibenar dalam urusan perdagangan dan tidak banyak menyentuh berkenaan pelaburan. Ini kerana, pelaburan lebih menjurus kepada subjek dalam ekonomi moden.39

Dari segi istilah, al-IstithmÉr bermakna menggunakan wang bagi jangka masa pendek, sederhana atau panjang dalam apa jua bentuk harta, atau hak milik yang akan berganda secara mendapat keuntungan berkala atau bertambah nilainya pada penghujung tempoh masanya atau bertambahannya itu secara manfaat tidak zahir.40

Mengikut Othman al-Habshi pelaburan adalah melalui penyertaan ekuiti atau berkongsi keuntungan yang didasarkan atas prinsip muÌÉrabah dan musyÉrakah.41

38

Dahlan Siamat (1995), Managemen Lembaga Keuangan, Jakarta: FEUI, Ed. 2, h. 3-4; Rosalan Hj. Ali (1993), Pelaburan Penilaian dan Penerapan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.3.

39

Syed Othman Alhabshi (1994), “Islamic Thoughts and Investments” (dalam Seminar on Islamic Investment: An Exploratory Action Research, Kuala Lumpur, 2 August 1994), h. 11-12.

40

al-QÉdir (1992), op. cit., h. 119.

41

Abul Hasan M. Sadeq (1992), Financing Economic Development and Mainstream Approaches, Selangor: Longman Malaysia, h, 26.

Sharpe William F. telah mengtakrifkan pelaburan dalam aspek ekonomi Islam sebagai menanamkan harta untuk mewujudkan dividen (keuntungan) ekonomi dan sosial yang sesuai dengan ketentuan-ketentuan syariah Islam. Selain itu Sharpe (1995), ada mengatakan juga bahawa pelaburan ialah merupakan komitmen dana dengan jumlah yang pasti untuk mendapatkan pulangan yang tidak pasti pada masa depan.42

Pelaburan di dalam Islam juga ditakrifkan sebagai satu aktiviti perletakan modal yang digunakan untuk membiayai sesuatu projek atau aktiviti perdagangan di mana pelabur akan berkongsi keuntungan dan juga menanggung kerugian dalam usaha pelaburan tersebut. Ini merupakan kesimpulan umum kepada definisi pelaburan (istithmÉr) yang diberikan oleh para ulama‟ dalam penulisan fiqh mereka. Namun, istilah yang digunakan oleh mereka pada zaman dahulu ialah istinmÉÑ atau pun mana-mana perkataan yang berasal daripada „al-namÉ‟‟ iaitu satu aktiviti pengembangan harta dan bukannya istithmÉr iaitu pelaburan.43

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa pada umumnya pelaburan bermaksud pertukaran aset bebas risiko kepada aset yang berisiko dengan prospek pulangan yang lebih lumayan. Setiap pelaburan mempunyai jumlah risiko tertentu yang berkaitan dengannya. Pelabur boleh mengurangkan risiko tersebut jika memahami ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada pelbagai jenis pelaburan.44

Daripada definisi-definisi di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pelaburan adalah satu aktiviti yang melibatkan penggunaan wang atau modal pada masa sekarang

42

Sharpe William F. (1995), Risk, Market Sensitivity and Diversification, Financial Analys Journal, Jan-Feb, h. 84.

43

Lihat al-KasÉnÊ (1982), op. cit., h. 88; DÉrdir (1989), op. cit., h. 227; ShÊrÉzÊ (1958),

al-Muhadhdhab, j. 1, Mesir: MaÏbaÑah MuÎÏafÉ al-BÉbÊ al-×alÉbÊ, h. 159.

44

Mohd. Salleh Majid (2001), “Isu Praktikal mengenai Pelaburan Saham” (dalam Seminar Pelaburan beretika Menurut Islam: satu cabaran, Kuala Lumpur ,13-14 Feb 2001), h. 1.

untuk mendapatkan pulangan yang menguntungkan pada masa hadapan. Iaitu dengan kata lain satu penanaman modal pada hari ini bersama-sama jangkaan dan harapan untuk mendapat pulangan yang positif pada masa akan datang.