masih ramai menunggu giliran di rumah Haji Tusip. Bukan orang Melayu sahaja, malah orang Cina dan India pun datang ke situ. Mereka sanggup datang dari Kedah, Johor, Selangor atau serata negeri Perak ke pekan Terong, kemudian menyusur jalan ke Bukit Gantang mencari rumah Haji Tusip.
Sengaja Bahadur mengajak saya ke rumah Haji Tusip pada malam Selasa kerana Haji Tusip hanya menetapkan malam Selasa sahaja bagi mengubati penyakit yang dianiaya dengan ilmu hitam.
Sebelum itu, Bahadur sudah mengalami kejadian aneh pada dirinya dan keluarganya. Setiap malam dia akan diserang demam tidak menentu. Puas dia mendapatkan rawatan di klinik, tetapi doktor tidak dapat mengesan penyakitnya. Kesan darah tinggi atau gout tidak ada. Malah tubuh badannya tetap sihat.
Isterinya, Masriyah, juga diganggu sakit kaki herdenyut-denyut hingga tidak boleh berjejak. Setelah dirawat di klinik, doktor sahkan Masriyah tidak diganggu apa-apa penyakit. Kebetulan Bahadur diberitahu oleh Lahamin, kawan pejabatnya, mengenai Haji Tusip di pekan Terong itu.
'Cuba dulu Bahadur, manalah tau kalau rasi pulak,' ujar Lahamin semacam menasihatkan kawannya.
'Kau percaya aku dianiaya orang?' soal Bahadur, tidak yakin dengan cakap Lahamin itu. `Aku bukan ada musuh, masakan orang nak aniaya aku,' jelasnya, masih merasakan penyakitnya perlu dirawat di hospital juga.
Lahamin tidaklah mendesak sangat. Dia sekadar memberikan pandangan. Kalau Bahadur yakin penyakitnya tidak ada kena-mengena dengan dianiaya orang, dia pun tidak peduli. Biarlah Bahadur dengan keyakinannya!
Tetapi Masriyah mendesak suaminya, Bahadur. Kalau suaminya tidak yakin dengan pengubatan demikian, dia sendiri sanggup ke pekan Terong. Masriyah tidak tahan lagi menanggung kebimbangan hampir setahun.
`Kalau abang tak mau pergi, biar saya saja pergi . . .,' gerutu Masriyah, geram dengan sikap suaminya. Kalau mahu dikatakan tidak yakin dengan pengubatan tradisional, dia pula yang bertanyakan pada Lahamin mengenai bomoh.
'Kita cuba dulu ubat klinik,' jelas Bahadur, berdalih. `Berapa lama?' soal Masriyah, merungut marah. Tertunduk Bahadur. Dia sendiri tidak dapat menduga, berapa lama mereka perlu bersabar. Dia sendiri merasakan penyakit demam malamnya semakin galak. Kadangkala hingga ke subuh dia berasa tubuhnya seram-seram sejuk tidak menentu.
`Kalau abang tak mau berubat ke Perak, biar saya saja ke sana.' Masriyah membuat keputusan nekad.
Mahu tidak mahu, Bahadur mengalah juga. Biarlah dicuba berubat dengan Haji Tusip di pekan Terong itu. Setidak-tidaknya menemui Haji Tusip itu sebagai satu ikhtiar juga.
Lahamin menunjukkan jalan kepadanya--membelok ke Jalan Bukit Gantang, setelah melepasi pekan Terong. Memang ramai orang menunggu giliran apabila Bahadur mula-mula
32 sampai di rumah Haji Tusip. Hinggakan untuk meletakkan kereta pun berasak-asak di sepanjang lorong masuk ke rumahnya.
Ketika sampai, Bahadur dapat nombor 41. Jenuh juga mahu menunggu giliran. Puaslah dia berlegar-legar di halaman rumah Haji Tusip sementara menunggu giliran. Sementara Masriyah pula duduk di bangku panjang di kaki lima rumah, memerhati ke pintu bilik tempat Haji Tusip mengubati pesakitnya.
`Sakit apa?' Masriyah bertanya pada seorang perempuan separuh umur.
`Mak Aji pun tak tau,' jelas perempuan itu memperkenalkan dirinya dengan panggilan Mak Aji sahaja. 'Mak Aji ni berniaga. Kadangkala susah nak berniaga kalau dah kena sakit,' ujarnya dalam keadaan rusuh.
'Mak Aji dari mana?' soal Masriyah, ramah. 'Dari Taiping,' katanya, mengeluh pendek. `Anak ni dari mana pula?'Dia pula bertanya.
'Dari Kuala Lumpur...,' beritahu Masriyah, perlahan.
'Hai.... jauhnya! Anak ni sakit apa?' Dia mengangkat kepala memerhati Haji Tusip melenggok-lenggok merenung geluk air.
`Susah nak cakap,' ujar Masriyah, menghela nafas. 'Nak kata tak sakit, memang sakit. Nak kata sakit pula, macam tak sakit.' Tersengih-sengih dia menatap muka Mak Aji di sebelahnya.
Apabila giliran Mak Aji dipanggil masuk, Masriyah juga bangun menjengah di muka pintu. Haji Tusip duduk di satu penjuru dengan pembantunya tidak jauh darinya. Sementara seorang pembantu perempuan yang duduk di hadapannya akan membungkus barang-barang bekalan ubatnya seperti limau, kemenyan atau beras kunyit. Dua tiga orang pesakit dipanggil masuk ke situ. Haji Tusip mengambil masa hingga lima belas minit untuk melayani setiap orang pesakitnya.
Ketika Mak Aji keluar, Masriyah melihat dia menggeleng-geleng kepala. Beberapa kali dia
beristighfar sambil mengurut-urut dada. Tidak sampai hati pula Masriyah mahu bertanya.
Cepat-cepat pula Mak Aji meninggalkan rumah Haji Tusip selepas mendapat rawatan. Orang ramai yang menunggu giliran juga semakin beransur kurang. Masing-masing terus meninggalkan rumah setelah dirawat oleh Haji Tusip.
Semasa Masriyah dan suaminya Bahadur dipanggil masuk, jam sudah hampir sebelas setengah malam. Haji Tusip menggenggam erat hulu kerisnya dengan menikam hujung keris itu ke dalam geluk air.
`Hah . . ., ada tiga barang awak ni...!' beritahu Haji Tusip, tidak perlu mendengar penjelasan Bahadur. 'Ditanam satu di depan rumah, satu di pejabat dan satu lagi mengikut ke mana awak pergi,' katanya sambil mengetuk-ngetuk telunjuk ke bibir geluk.
`Macam mana nak tanam di pejabat?' Bahadur cuba mempertikaikan penjelasan Haji Tusip.
`Kenapa?' Haji Tusip mengangkat muka, menatap muka Bahadur.
`Pejabat tu bangunan tinggi, tak ada tempat untuk menanam apa-apa . . .,' beritahunya semacam meragui mengenai ada barang ditanam orang di pejabatnya.
'Benda tu ditanam di kubur. Hanya dimakrifatkan sahaja tanam di pejabat awak,' ujar Haji Tusip, tersengih-sengih.
Kemudian, dia meletakkan hujung keris itu ke tapak tangan Bahadur. Dia hanya menyeru seketika dengan doa yang kurang jelas didengar. Apabila Haji Tusip menghembus ke hulu keris, tiba-tiba tiga bungkusan kain putih sebesar dua jari jatuh di tapak tangan Bahadur.
Kain putih pembungkus itu sudah hampir reput. Apabila Haji Tusip membelek-belek bungkusan berkenaan, Bahadur dapat melihat duri ikan pari yang dililit rambut terletak di situ.
33 Haji Tusip sekadar menguis-nguis bungkusan tersebut dengan hujung kerisnya.
Mereka dibekalkan Haji Tusip dengan tiga biji limau untuk mandi berlangir, dan beras kunyit yang sudah didoakan dengan Ayatul Kursi sebanyak tiga ratus tiga belas kali. Beras kunyit itu digaul dengan garam kasar sebelum ditaburkan di sekeliling rumah.
Selepas menemui Haji Tusip ini, Bahadur tidak lagi diganggu demam malam. Tumit Masriyah yang sakit sengal-sengal juga tidak terasa lagi.
Selepas itu, disebabkan Bahadur mahu menemui Haji Tusip, teringin juga saya untuk ke pekan Terong itu. Memang saya tidak mempunyai kenalan di sana, tetapi dalam perjalanan itu, saya bercadang singgah dulu di rumah Uda Jali di Kota Setia.
Bagaimanapun, saya tidak ke rumah Uda Jali. Ketika sampai di Lekir, lantas saya mengajak Bahadur singgah di rumah Haji Sepawi.
'Haji Tusip tu guru saya,' beritahu Haji Sepawi apabila saya terangkan tujuan mahu ke pekan Terong. 'Buat apa ustaz nak ke sana?' Dia semacam hairan kerana saya mahu menemui Haji Tusip.
'Ustaz ni sakit, nak berubat...,' lantas Bahadur menyahut.
Sepawi tidak percaya langsung kalau dikatakan saya mahu berubat.
Saya tidak menyahut. Hanya tersengih-sengih sahaja mengerling Haji Sepawi.
`Ustaz boleh ubat sendiri, tak kan nak jumpa Haji Tusip tu,' kata Haji Sepawi, masih kelihatan hairan. Terkejut juga Bahadur. Dia sendiri semacam tidak percaya dengan penjelasan Haji Sepawi. Sepanjang yang Bahadur kenali saya, dia hanya mengetahui saya jarang ada di rumah. Isteri saya juga hanya sekadar memberitahu saya mengikut kawan-kawan mengadakan usrah.
`Ustaz ni bomoh jugakah?'Bahadur berasa hairan. `Awak tak tau...?' soal Haji Sepawi, tersengih-sengih.
'Lama juga saya berkawan dengan dia. . . .,' beritahu Bahadur mengerling saya, `tapi, tak tahu pula saya ustaz ni bomoh. . .,' katanya, mengeleng-geleng lemah.
`Memang ustaz ni bukan bomoh.' Haji Sepawi mencebik bibir sambil mencapai rokoknya di dalam saku. Lantas dia menghisap rokok. Kemudiannya, kotak rokok itu dihulur ke hadapan kami. Disebabkan saya dan Bahadur memang tidak merokok, tidaklah kami ikut sama menghisapnya.
'Tapi, ustaz ni memang boleh mengubati orang,' jelas Haji Sepawi selepas menghembus asap rokoknya. Terdiam Bahadur. Antara percaya dengan tidak sahaja dia dengan penjelasan Haji Sepawi. Tidak pernah pula dilihatnya saya mengubati orang, sama ada mereka datang ke rumah atau menjemput sendiri, tetapi dia percaya Haji Sepawi tidak berbohong. Apalagi dia mendapati saya sekadar tersengih-sengih sahaja. Tidak menafikan, tidak pula mengiakan.
`Saya gunakan jin Islam,' ujar Haji Sepawi, perlahan. Apabila dia mengakui menggunakan jin Islam, Bahadur sendiri serba salah. Tentulah Haji Tusip juga menggunakan jin Islam, disebabkan Haji Sepawi mengaku dia gurunya.
'Pak Aji menyeru jin Islam tu datang membantu? soal Bahadur, menegakkan sandar belakangnya.
`Tidak menyeru, tapi berdoa memohon pertolongan Allah,' beritahu Haji Sepawi, tersenyum. `Awak mau ke bersahabat dengan jin Islam?' Dia semacam mahu menduga hati Bahadur.
Entahlah. . .,' keluh Bahadur, perlahan. Tetapi Bahadur memang tidak yakin. Berubat ke pekan Terong pun disebabkan isterinya mendesak sangat. Dia pun masih tidak
34 percaya dengan tiga bungkusan barang yang jatuh ke tangannya semasa didoakan oleh Haji Tusip itu dulu.
Cuma apabila demam malamnya hilang, Bahadur percaya itu disebabkan dia mengamal memakan ubat-ubat yang dibekalkan oleh doktor. Tidak ada kena mengena dengan bungkusan barang yang ditemui oleh Haji Tusip itu.
Dalam masa kami duduk di rumah Haji Sepawi itu, empat kereta sudah membelok masuk ke tengah haIaman. Sekalipun Haji Sepawi menetapkan menerima pesakit sehingga jam enam petang sahaja, tetapi masih ramai juga bertumpu ke situ.
Tidak sempat lagi mahu berbual panjang. Disebabkan kami mahu segera ke rumah Haji Tusip, tidaklah Haji Sepawi menahan sangat. Tetapi sepanjang perjalanan kerumah Haji Tusip itu, Bahadur masih mendesak sama ada saya seorang bomoh seperti yang dikatakan oleh Haji Sepawi.
'Ustaz percayakah dengan bomoh?' ujar Bahadur ketika kereta membelok keluar dari simpang ke jalan besar menuju Lekir.
'Tak bergerak sesuatu, kalau tidak dengan izin Allah.' Barulah saya mahu bersuara setelah berkali-kali dia mendesak. `Doktor dan ubat-ubat moden juga tak mampu menyembuhkan penyakit kecuali dengan izin Allah. . .,' beritahu saya selanjutnya.
'Kalau begitu, tak perlulah kita jumpa doktor?' Bahadur masih mahu berhujah.
'Perlu juga kerana ia sebagai satu ikhtiar...' Saya menjelaskan.
'Kalau kita tak jumpa doktor, macam mana n
Saya menghela nafas. Malas sangat saya mahu melayani dia. Memang Bahadur tidak yakin dengan pengubatan yang dijalankan oleh Haji Tusip itu. Tidak tahu pula saya kenapa dia
bersetuju sahaja apabila dipelawa menemui Haji Tusip di pekan Terong dahulu.
Sebelum itu dia sendiri mengakui doktor yang merawatnya tidak dapat mengesan penyakit yang dideritainya. Tanda-tanda sakit buah pinggang juga sering demam pada tengah malam, tetapi doktor sudah sahkan dia tidak menghidap sakit buah pinggang.
Sampai di rumah Haji Tusip sudah agak lewat juga, tetapi masih ramai orang di situ.
Sebenarnya bukan saya yang mahu berubat. Bahadur sendiri mahu mencuba mendapatkan peluang perniagaan yang sudah beberapa kali tergendala. Sekalipun tidak mengharapkan apa-apa daripada Haji Tusip, tetapi dia sengaja mahu menguji orang tua itu. Kebetulan pula saya bersetuju mahu ikut bersama.
Sewaktu saya duduk di bangku kayu di kaki lima bangunan rumah Haji Tusip, Bahadur tidak duduk diam. Dia berlegar-legar di tengah halaman sementara menunggu giliran. Kemudian, berbual-bual dengan beberapa orang yang berceratuk di situ sama-sama menunggu giliran juga.
Terkuap-kuap saya menahan mengamuk disebabkan waktu itu sudah bampir dua belas malam. Terasa juga angin sejuk bertiup perlahan. Ketika menguatkan zikir di dalam hati, saya ternampak Haji Tusip tidak berseorangan bersila di depan geluk airnya.
Di kiri kanannya, berdiri dua lembaga hitam berkepala botak. Sementara geluk air itu dipangku oleh satu lagi lembaga yang sama dengan dua lembaga yang berdiri di kiri kanannya.
"Tuan haji, saya malu. . .,' bisik lembaga hitam yang bersila memangku geluk air. Sekali-sekala dia melingar mata mengerling ke arah saya. 'Ada orang nampak kita,' jelasnya seolah-olah cuba menyembunyikan dirinya di sebalik geluk air itu.
35 'Biarkan...,' jerkah Haji Tusip mengertap bibir. "Tentunya dia bukan musuh kita,' ujarnya mengingatkan rakannya itu..
Kemudian, dia memberi isyarat kepada salah seorang lembaga hitam yang berdiri di sisinya menghampiri saya. Serba salah juga lembaga berkenaan mahu mendekati pangking kayu tempat saya duduk. Disebabkan Haji Tusip berkeras menyuruh datang, dia teragak-agak juga menghampiri saya.
Mukanya tidak kelihatan sangat, disebabkan keadaannya bagaikan asap hitam tercegat tidak jauh dari saya. Lembaga itu terketar-ketar memberi salam. Lantas saya menyahutnya perlahan.
'Apa tujuan awak ke mari?'Soalnya tidak bertangguh. 'Menghantar Bahadur nak berubat,' jelas saya menuding ke arah Bahadur yang berbual dengan beberapa orang pelanggan di tengah halaman.
'Kami tau ustaz nampak kami semua,' beritahunya, perlahan, tetapi masih tercegat jauh sedikit dari saya. 'Ustaz datang bukan untuk menguji kami?' soalnya dalam keadaan serba salah.
'Tidak. .. .' Saya menggeleng kepala. 'Saya cuma nak kenal-kenal dengan Haji Tusip. Bukankah dia guru Haji Sepawi di Lekir?' ujar saya, berlembut.
'Ustaz kenal dengan Haji Sepawi?' Lembaga itu seolah-olah tidak percaya dengan penjelasan saya. Belum sempat saya menyahut, Haji Tusip menggamit lembaga itu balik berdiri di sisinya. Apabila lembaga itu mengangguk dan melangkah balik ke arahnya, Haji Tusip mengangkat tangan ke arah saya. Dia lantas memberi salam dengan senyum gembira.
Hairan juga orang yang sama-sama duduk di kaki lima itu melihat Haji Tusip melambai ke arah saya, sedangkan mereka melihat saya sekadar menunduk dengan mata terpejam. Salah seorang yang duduk berhampiran saya lantas
menggerak-gerakkan saya. Dia '' menyangka saya tertidur lena di situ.
'Saudara, Tuan Haji tu panggil.' Seorang lelaki separuh umur di sebelah saya menepuk kepala lutut. Terkejut saya mengangkat muka. Apabila saya berpaling ke arahnya, dia tersengih-sengih menuturkan, 'Tuan Haji Tusip memanggil saudara'.
'Tak, dia tak panggil saya,' ujar saya, mengangguk-angguk lemah.
'Memang dia melambai tangan pada encik sebentar ni tadi.' Mak cik di hadapan lelaki berkenaan itu pula menyahut.
Ketika ini Haji Tusip kembali menghadap geluk airnya. Dia tidak menghiraukan sesiapa. Setelah terganggu beberapa detik, saya kembali menunduk. Hati saya terasa sebak apabila menguatkan zikir di dalam kalbu, seolah-olah seluruh tubuh lebur di dalam debu halus.
Hanya saya melihat Haji Tusip duduk dikelilingi lembaga-lembaga hitam seperti asap. Apabila dia membacakan doa haikal, lembaga-lembaga tersebut menunduk gementar.
Haji Tusip kemudiannya menyebut:
`Walau anna quranna suiyirat bihil jibalu auqutti'at bihil ardh aukullima bihil mauti ballillahil 'amru jami'an, ya syaffi ya kaffi ya muaffi'.
Apabila dia mengusap-usap hulu kerisnya, lembaga-lembaga hitam yang mengelilinginya tunduk menunggu perintah.
Sekaligus dia menudingkan hujung mata keris kepada lembaga hitam seperti asap di sebelah kirinya.
'Sekarang, cuba lihat di rumah orang ini,' katanya dengan memberitahu alamat rumah tersebut.
Lembaga itu mengangguk. Kemudian, dia menghilang laksana asap ditiup angin kencang. Tidak bertangguh pula saya mengekori lembaga berkenaan, hingga hampir saya terhumban jauh dihembus angin kencang yang membawa
36 lembaga hitam itu. Semakin terasa diri saya terhumban, semakin kuat saya menetapkan zikir. Saat ini terasa angin kencang membendung diri saya, seolah-olah bayi yang berada di dalam rahim ibu.
Ketika ini saya tidak perlu lagi melawan angin kencang itu. Ke mana sahaja lembaga hitam itu membolos, kelongsong angin yang membaluti diri saya mengikutnya. Hinggalah sampai ke sebuah rumah limas tersergam dengan pagar kukuh.
Lantas lembaga hitam itu menggamit saya ke halaman rumah yang banyak bunga-bunga orkid bergantungan.
'Kami jin Islam, ustaz. . .,' beritahu lembaga itu, berbisik.
Saya mengangguk. Kalau dia tidak menerangkan pun, memang saya sudah mengagaknya. Haji Sepawi di Lekir juga sudah menjelaskan segalanya.
'Sudah lama kami bekerjasama dengan Haji Tusip,' ujarnya, semacam curiga saya akan memusuhinya.
Saya memerhatikan dia membongkok menyelongkar di bawah pasu-pasu bunga di hujung halaman rumah. Dia semacam mencari sesuatu di sekitar kawasan tersebut.
Kemudian, dia membacakan:
`Qul uhhiya ilaiya innahus tama'a nafarum minal jinni faqalu inna sami`na quranna `ajaban'.
Sebelum dia sempat menghabiskannya saya lantas menyambung:
`Yahdi illa rusydi fa amanna bihi, walannusyrika birabbina ahadan, wa innahu ta'ala jaddu rabbana mattahaza sahibatau wala waladan, wa innahu kana ya kulu safi huna `alallahi syatatan'.
Tiba-tiba lembaga hitam itu menangis teresak-esak sambil menekup mukanya. Lantas saya menghampirinya dengan menepuk bahunya beberapa kali. Lembaga itu berpaling ke
arah saya, hingga terbau wap nafasnya yang hamis.
`Saya tahu ustaz juga saudara kami. . .,' keluhnya, menahan kehibaan, `tapi, dunia kita berlainan,' katanya kembali membongkok mencari sesuatu di bawah pasu-pasu bunga.
Saya dapat mengagak rumah tersebut jauh di Kuala Kangsar. Tentu rumah wanita separuh umur yang duduk berlunjur di depan Haji Tusip. Di dalam geluk air di depannya memang berbayang rumah tersebut. Haji Tusip mengocak-ngocak dengan hujung keris air di dalam geluk berkenaan.
`Cari sampai dapat.' Kedengaran suara Haji Tusip keras sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuk ke bibir geluk.
Memang mereka yang duduk berceratuk di bilik Haji Tusip itu menyangka dia bercakap sendirian, tetapi melalui geluk air itu Haji Tusip dapat membayangkan setiap gerak langkah lembaga hitam yang diperintahnya. Jin-jin Islam yang menjelma sebagai lembaga hitam berbayang-bayang seperti asap itu, hanya dapat dilihat oleh Haji Tusip sahaja.
Kalau orang-orang yang datang meminta ubat itu melihatnya, tentu mereka terkejut besar. Mungkin mereka bertambah sakit sekiranya ternampak lembaga hitam tersebut. Mukanya hodoh dengan kulit muka bagaikan plastik mengerekot terbakar. Matanya pula terjojol keluar, dengan gigi menyeringai. Siapa sahaja akan terperanjat sekiranya melihat wajah sebenar lembaga hitam jelmaan jin Islam itu. 'Sukar,' gerutu lembaga hitam di sisi saya menggeleng-geleng kepala. 'Kalau ustaz ada di sini, susah saya nak buat kerja...,' beritahunya secara ikhlas seolah-olah tidak senang dengan kehadiran saya di situ.
'Awak nak cari apa?' Sengaja saya berpura-pura bertanya.
'Ada barang ditanam orang di kawasan ni,' ujarnya, mengeluh berat. 'Orang sengaja nak
37 aniaya Mak Aji tu.' Dia menuding ke satu arah yang menyebabkan angin berpusar di situ.
Dari pusaran angin itu jelas kelihatan Mak Aji duduk berlunjur kaki di hadapan Haji Tusip. Sudah lama juga Mak Aji itu menanggung sakit di sudut hati bagaikan dihiris dengan sembilu tajam. Sudah puas dia berubat di hospital, tetapi penyakitnya tidak dapat dikesan.
Malang menimpa Mak Aji. Perniagaan kedai runcitnya semakin merosot. Rezekinya seolah-olah tertutup, hinggakan pelanggan yang tidak pernah berhutang pun, kerapkali berhutang. Segala sumber rezekinya menjadi kabur tidak menentu. Di mana silapnya Mak Aji itu pun tidak tahu.
Setelah puas berubat itulah, jirannya memberitahu mengenai Haji Tusip di pekan Terong ini.
Semacam tidak percaya sahaja Mak Aji berkenaan apabila diberitahu ada orang menganiaya dirinya, tetapi Haji Tusip tidak memberitahu sesiapa pun nama orang. Dia sekadar mengingatkan sekiranya sakit cukuplah dengan berubat. Perkara membalas dendam bukan menjadi amalannya.
'Bolehkah ustaz tinggalkan tempat ni? Serba salah lembaga hitam itu mendekati saya. 'Susah saya nak buat kerja, sampai tak jumpa barang tu. . .,' ujarnya mengerling saya.
Saya tidak menyahut. Lantas saya membacakan surah Dhuha, dan mengulangi ayat:
'Wa wajadaka dha lan fahada',
sepuluh kali. Kemudian, ternampak asap hitam pekat berpusar dari bawah pasu bunga ros di penjuru halaman.
'Cuba gali di situ.' Saya menudingkan jari ke arah asap berpusar hitam itu.
Tersenyum lembaga di sisi saya. Segera dia menyeluk tanah tempat asap hitam pekat berpusar itu, seolah-olah menyelukkan tangan ke dalam air. Apabila dia mengangkat tangannya,
lantas ditunjukkan kepada saya bungkusan kecil sebesar dua jari. Dua batang jarum tercacak menusuk bungkusan kain putih berkenaan. Lembaga itu memberitahu. Dia kemudian hilang