• Tidak ada hasil yang ditemukan

NILAI-NILAI MURNI DALAM FILEM

3.3 Adegan-adegan Nilai Murni

3.3.2 Domain Keluarga

Domain keluarga memaparkan perbualan yang menggambarkan nilai murni pada penutur atau watak-watak yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penutur.

Domain ini melihat dua keluarga dalam filem Talentime (2009), iaitu keluarga Melur yang melibatkan perbualan antara Melur, Mak dan Mei Ling, serta keluarga Mahesh yang melibatkan perbualan antara kakak Mahesh, Bhavani dengan ibu Melur.

Walaupun Mei Ling hanya seorang pembantu rumah dalam keluarga Melur, keakhraban yang terjalin antara keluarga Melur dan Mei Ling telah menunjukkan penerimaan sekeluarga Melur terhadap Mei Ling sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

103

Nilai murni yang dikenal pasti dalam adegan domain keluarga menyentuh aspek disiplin anak remaja dan hubungan majikan dengan pembantu rumah. Perkara seperti kesediaan membantu membuat kerja-kerja rumah dan penjagaan batasan pergaulan masing-masing membawa nilai berdikari dan harga diri yang seharusnya diamalkan sejak kecil lagi disampaikan melalui watak Melur, Mawar, Melati dan Mahesh. Soal disiplin juga memperlihatkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga seseorang, misalnya Mahesh yang gagal memaklumkan ahli keluarga di mana dia berada akibat tertidur di rumah Melur menyebabkan ahli keluarganya bimbang tentang keselamatannya dan Bhavani selaku kakak tercari-cari Mahesh sehingga berjaya menemuinya pada keesokan pagi. Daripada perbualan Mak dengan Mei Ling pula, kelihatan hubungan majikan dan pekerja ini mesra seperti ahli keluarga sendiri kerana dengan adanya sikap keterbukaan, mereka melakukan aktiviti bersama-sama seperti minum bersama dan berkongsi resipi serta tidak tersinggung apabila ditegur kelemahan diri.

Ringkasnya, terdapat empat nilai yang didapati hadir dalam domain keluarga, iaitu (i) berdikari, (ii) harga diri, (iii) sikap keterbukaan dan (iv) tanggungjawab terhadap keluarga.

3.3.2(a) Berdikari

Definisi nilai berdikari secara umum yang diberi oleh KPM (2003) adalah sama seperti yang dinyatakan dalam domain sekolah di atas (hlm. 87), iaitu “kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain”.

104

Nilai berdikari boleh dilihat dalam adegan makan pagi keluarga Melur dalam filem Talentime. Tiga adik-beradik, Melur, Mawar dan Melati memakan sarapan pagi bersama ibu bapa mereka manakala Mei Ling, pembantu rumah mereka menghidangkan makanan.

Data 9 di bawah menampilkan adegan percakapan Mak kepada tiga anak gadisnya apabila mereka beredar dari meja makan selepas makan pagi.

Data 9

DFB1 Adegan Talentime (Masa 8:06 – 8:17) (a)

(b)

(c)

(Di ruangan makan rumah Melur)

Mak : Oi. Wah… Ingat Mak dah lupa ya? Angkat pinggan masing-masing, bawa pergi dapur, basuh sendiri. Banyaklah kerja rumah ini ek.

Don’t forget to bring your own dishes to the kitchen and wash on your own.

Mei Ling : Pergi. Aunty Mei Ling clearkan.

Go. I’ll clear the dishes.

(Melur, Mawar dan Melati sekali lagi meninggalkan tempat makan.) Mak : Oi! Wah… Banyak cantik macam anak dara. Pergi.

What are we, a bunch of princesses? Let’s go.

Dalam Data 9, kata seru ‘oi’ (DFB1a) digunakan untuk memanggil anak-anak yang mula beredar dari meja makan. Ayat ‘ingat Mak dah lupa ya?’ (DFB1a) menandakan itu bukan kali pertama Mak mengingatkan anak-anaknya supaya mereka mengamalkan tabiat mengemaskan meja. Ketidakpuasan hati Mak terhadap sikap anak-anaknya dapat dilihat dengan ujarannya ‘banyak cantik macam anak dara’

(DFB1c). Perkataan ‘cantik’ yang disebutkan membawa makna tersirat yang menyindir mereka tidak pandai mengurus diri. Walaupun keluarga mereka mempunyai pembantu rumah, sebagai seorang ibu, Mak menegaskan supaya anak-anaknya mengemaskan meja selepas makan kerana amalan berdikari bermula dari rumah. DFB1a juga mengatakan tiga tindakan yang perlu dilakukan dalam satu ayat majmuk. Setiap frasa dalam ayat perintah ini dimulakan dengan kata kerja, iaitu

105

‘angkat’, ‘bawa’ dan ‘basuh’. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mereka mampu melakukan kerja rumah ringan seperti membasuh pinggan sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya pada pembantu rumah.

Data 10 di bawah pula menunjukkan kerisauan pembantu rumah keluarga Melur apabila ibu Melur menegaskan untuk membiarkan anak-anaknya membersihkan pinggan masing-masing. Hal ini menandakan selama ini anak-anak ini tidak melakukan kerja rumah dengan baik sehingga meninggalkan kerja tambahan kepada pembantu rumah.

Data 10

DFB2 Adegan Talentime (Masa 8:36 – 8:39) (a)

(Di ruangan makan rumah Melur)

Mei Ling : Tapi gua khuatir budak dalam dapur nanti cuci pinggan tak bersih gua kena cuci lagi.

I worry if the girls will clean my plates well enough.

Perkataan ‘khuatir’ dan ‘tak bersih’ (DFB2a) menunjukkan Mei Ling kurang percaya terhadap kemampuan anak-anak atau memberi tanggapan berdasarkan pengalaman yang lepas. Dengan adanya bantuan pembantu rumah, anak-anak juga kurang melakukan kerja rumah dan mudah melakukan kesilapan seperti yang ditunjukkan dalam dialog Data 11 di bawah yang diujar Mak apabila gelas terjatuh dan pecah akibat kecuaian Melur sewaktu menghidangkan minuman kepada Mahesh.

Data 11

DFB3 Adegan Talentime (Masa 1:03:16 – 1:03:17) (a)

(Di dapur rumah Melur)

Mak : Mesti anak dara aku jarang buat kerja rumah.

Little princess rarely does housework.

106

Berikut ialah ciri-ciri seorang anak yang berdikari yang sewajarnya, disimpulkan daripada data adegan kurang mahir dalam urusan kerja rumah menerusi dialognya:

(a) Membantu membuat kerja rumah tanpa disuruh atau diminta:

DFB1a Mak: Oi. Wah… Ingat Mak dah lupa ya? Angkat pinggan masing-masing, bawa pergi dapur, basuh sendiri. Banyaklah kerja rumah ini ek.

DFB1c Mak: Oi! Wah… Banyak cantik macam anak dara. Pergi.

(b) Mengemaskan atau meletakkan barang ke tempat asal selepas menggunakannya:

DFB1a Mak: ... Angkat pinggan masing-masing, bawa pergi dapur, basuh sendiri.

....

(c) Mampu menyiapkan kerja dengan baik tanpa bergantung kepada orang lain:

DFB2a Mei Ling: Tapi gua khuatir budak dalam dapur nanti cuci pinggan tak bersih gua kena cuci lagi.

(d) Berupaya menjaga diri sendiri dengan baik apabila hidup keseorangan:

DFB3a Mak: Mesti anak dara aku jarang buat kerja rumah.

3.3.2(b) Harga Diri

Nilai harga diri didefinisikan sebagai “keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan” (KPM, 2003). Hal ini merujuk disiplin yang ada pada seseorang untuk memelihara keselamatan dan kehormatan diri daripada mana-mana kegiatan yang mendatangkan kesan buruk pada diri.

Nilai harga diri boleh dilihat melalui teguran Mei Ling terhadap anak majikannya, Melur, dalam filem Talentime apabila mendapati Melur masih berada di luar rumah bersama dengan seorang kawan lelaki pada waktu malam.

107

Data 12 berikut merupakan perbualan antara Mei Ling dan Melur. Pada masa itu, ahli keluarga Melur yang lain belum balik dari Cameron Highland.

Data 12

DFH1 Adegan Talentime (Masa 1:28:39 – 1:29:35) (a)

Mei Ling : Melur…Melur. Mari sini sekejap. Gua nak cakap sama lu.

Melur…Come here. I want to have a word with you. going out till late with a boy?

Melur : Kan ada rehearsal? Lagipun, Melur tak boleh solatlah.

You know I had rehearsals. Besides, I can’t do my prayers. others return. You know I’ve been afraid to be home alone.

Mei Ling : Habis? Dua orang kat rumah aje? Eh, selagi Aunty Mei Ling masih hidup, Lur jangan harap nak buat maksiat dalam rumah ni, tau!

So you were hoping to be alone with him, were you? For as long as I’m alive, you can forget about hanky-panky in this house!

Melur : Siapa nak buat maksiat? Lur tak pernah berniat pun nak buat macam tu, tau? Sampai hati Aunty sangka Lur buat macam tu.

I had no such intentions. How could you accuse me of such a Granny’s worried too. Okay, let’s eat. You might as well ask that boy to join us.

Melalui perbualan di atas, didapati ada kesedaran tentang nilai harga diri yang dibicarakan antara Melur dan Mei Ling. Tingkah laku Melur yang balik pada waktu hampir malam bersama-sama dengan teman sekolah lelakinya telah merisaukan Mei Ling sehingga mengeluarkan perkataan yang agak kasar seperti ‘budak jantan’

(DFH1c). Diperhatikan bahawa ayat ‘berjalan sampai Maghrib, keluar sama budak jantan’ (DFH1c) juga terbentuk daripada dua frasa kerja tetapi ayat ini berbentuk teguran dan bukan ayat perintah seperti dalam DFB1a. Penggunaan kata ‘tapi’

108

(DFH1e) dan ‘habis’ (DFH1g) serta ayat berbentuk perintah dan amaran ‘selagi ...

jangan harap’ (DFH1g) oleh Mei Ling selepas penjelasan Melur menandakan Mei Ling kurang setuju dengan alasan yang diberi. Ayat ‘Granny pun bimbang’ (DFH1i) menunjukkan kerisauan ini juga mungkin akan dirasai oleh keluarganya yang lain juga jika mereka mengetahui tindakan Melur ini. Jadi, dalam konteks ini, Mei Ling, sebagai seorang daripada orang yang dekat dengan keluarga Melur telah mengingatkan Melur akan pentingnya menjaga keselamatan diri sendiri.

Selain itu, komunikasi ini juga menggambarkan perbezaan latar belakang dan taraf penutur dan pendengar. Mei Ling seorang bukan Melayu dan adalah tidak melanggar norma kesopanan apabila dia menggunakan ‘gua’ dan ‘lu’ dengan Melur yang lebih muda daripadanya. Melur pula merujuk diri dengan nama sendiri dan merujuk Mei Ling dengan gelaran ‘Aunty’ sepertimana yang dilakukan dalam keluarga Melayu.

Berikut merupakan ciri-ciri nilai harga diri yang harus diamalkan yang cuba disampaikan melalui dialog adegan berdua-duaan:

(a) Berhati-hati semasa berkawan supaya tidak melampaui batas kesopanan:

DFH1c Mei Ling: Dah solat ke belum? Berjalan sampai Maghrib, keluar sama budak jantan.

(b) Berupaya membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar agar tidak menjejaskan nama baik sendiri dan keluarga:

DFH1f Melur: Lur ingat Aunty dah balik, so Lur suruh dia teman Lur sampai Mak Abah balik dari Cameron. Kan Lur takut tinggal rumah sorang-sorang?

109

(c) Mematuhi larangan berdua-duaan dan menghindari diri daripada gejala negatif:

DFH1g Mei Ling: Habis? Dua orang kat rumah aje? Eh, selagi Aunty Mei Ling masih hidup, Lur jangan harap nak buat maksiat dalam rumah ni, tau!

(d) Sentiasa menjaga tingkah laku sendiri supaya tidak mendatangkan kerisauan orang tersayang:

DFH1h Melur: Siapa nak buat maksiat? Lur tak pernah berniat pun nak buat macam tu, tau? Sampai hati Aunty sangka Lur buat macam tu.

DFH1i Mei Ling: Okey, jangan nangis. Aunty sayang sebab tu Aunty bimbang.

Granny pun bimbang, tau? ....

3.3.2(c) Sikap Keterbukaan

Nilai sikap keterbukaan didefinisikan sebagai “bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia” (KPM, 2003). Hal ini bermaksud, seseorang itu perlu sanggup untuk berkongsi dan menerima pendapat dan teguran yang membina daripada orang lain tanpa perasaan marah atau benci.

Nilai sikap keterbukaan boleh dilihat melalui perbualan antara Mak dan Mei Ling dalam filem Talentime. Mei Ling ialah seorang Cina Muslim yang bekerja dengan Mak (panggilan yang merujuk ibu Melur dalam kajian ini) sebagai pembantu rumah keluarga Melur.

Hubungan Mak dengan Mei Ling adalah amat akrab sehingga mereka boleh berbincang apa-apa sahaja termasuk minum bersama-sama (Data 14), berkongsi resipi turun temurun (pusaka) (Data 13 dan Data 15), bergurau senda (Data 15) dan

110

saling menegur kesilapan masing-masing secara berterus-terang (Data 16) seperti yang ditunjukkan berikut.

Data 13

DFK1 Adegan Talentime (Masa 8.33 – 8:35) (a)

(Di ruangan makan rumah Melur)

Mak : Lu janji sama gua kan? Mau ajar aku itu cili sos dim sum.

You promised to teach me how to make dim sum sauces.

Dalam Data 13 di atas, Mak memulakan perbualan dengan menyatakan Mei Ling telah berjanji dengannya diikuti dengan soalan tempelan ‘kan’ untuk mengingatkan Mei Ling bahawa Mei Ling telah menjanjikan sesuatu dengannya sebelum ini.

Makna tersurat perbualan ini ialah Mak bertanyakan Mei Ling tentang resipi sos cili dim sum yang Mei Ling pernah berjanji untuk mengajarnya. Makna tersirat yang ingin disampaikan pula ialah sikap keterbukaan Mak yang sanggup merendahkan diri untuk meminta tunjuk ajar daripada pembantu rumahnya walaupun darjat atau bangsa mereka berlainan. Perbualan ini berlaku di rumah dan kelihatan Mak amat berminat untuk mengetahui resipi membuat sos cili dim sum. Penggunaan soalan tempelan ‘kan’ menunjukkan perbualan ini bukan kali pertama Mak berbincang mengenai sos cili dim sum dengan Mei Ling. Gaya pertuturan yang digunakan adalah tidak formal dan boleh dilihat melalui penggunaan kata ganti diri seperti ‘lu’

dan ‘gua’ yang bukan merupakan bahasa Melayu yang standard serta panggilan

‘aku’. Pertuturan yang lebih formal biasanya menggunakan kata ganti diri ‘saya’ dan

‘anda’.

Data 14

DFK2 Adegan Talentime (Masa 1:18:22 – 1:18:23) (a)

(Di ruang tamu rumah Melur)

Mak : Mei Ling, marilah. Minum sekali.

Come and join us, Mei Ling.

111

Data 14 di atas pula menunjukkan Mak mengajak Mei Ling untuk minum bersama-sama sementara menunggu tetamu mereka tanpa merasakan ajakannya akan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang majikan. Penerimaan dan layanan mesra Mak terhadap Mei Ling sepanjang perkhidmatan Mei Ling membuatkan Mei Ling selesa untuk berkongsi resipi dim sum dengannya.

Data 15

DFK3 Adegan Talentime (Masa 10:33 – 10:54) (a)

One moment, one bottle of chili sauce.

Mei Ling : Satu botol sos plum.

And one bottle of plum sauce.

Mak : Celaka punya Cina, lu tipu gua? Gua mau betul-betul punyalah.

Bloody Chinese, you've tricked me! I want the real recipe!

Mei Ling : Rasa tu sedap, pusaka ni tau?

But that is the traditional method.

Dalam Data 15 di atas, Mei Ling memberitahu Mak jenis-jenis sos yang dibeli neneknya tetapi dianggap bergurau oleh Mak. Ungkapan ‘celaka punya Cina’

(DFK3d) kedengaran kasar, namun dalam konteks ini, ungkapan ini tidak bertujuan memaki tetapi sekadar ekspresi Mak yang merasakan dirinya tertipu. Mei Ling pula tidak tersinggung kerana memahami bahawa Mak tidak sedar sos-sos ini ialah bahan penting dalam penyediaan sos dim sum. Begitu juga dengan Mak, ayat ‘apa pula gua tak ingat’ dalam Data 16 (DFK4b) di bawah menunjukkan Mak tidak menyimpan dendam terhadap tindakan Mei Ling belasan tahun lalu sebaliknya menerimanya sebagai teguran dengan hati terbuka.

Data 16

DFK4 Adegan Talentime (Masa 8:47 – 9:00)

112 Melur 7 tahun, lu pukul buntut dia, apa jadi?

You're getting fiercer as you get older. Have you forgotten what happened when you spanked Melur when she was seven?

Mak : Apa pula gua tak ingat? Gua pukul dia, lepas itu lu pula pukul pekerja) atau berlainan latar belakang (bangsa Melayu dan bangsa Cina). Hubungan akrab yang dipaparkan antara Mak dengan Mei Ling ini bertujuan menunjukkan bagaimana kesejahteraan boleh dinikmati sekiranya kita berbaik-baik dengan semua orang tanpa mengira darjat atau bangsa.

Selain Data 13 hingga Data 16, nilai sikap keterbukaan juga dilihat dalam Data 12.

Ajakan yang berbunyi ‘Jom kita makan. Ajak budak itu jugaklah.’ (DFH1i) menunjukkan penerimaan Mei Ling terhadap kawan Melur apabila dia menjemput Mahesh untuk makan malam bersama-sama selepas mendapati dia menemani Melur di luar rumah sementara menunggu keluarga Melur balik dari Cameron.

Ringkasnya, antara ciri-ciri seseorang yang bersikap terbuka yang dapat dilihat dalam keluarga Melur melalui dialog adegan berkongsi resipi, menerima teguran dan mengajak untuk makan atau minum bersama termasuk:

(a) Sanggup merendahkan diri untuk meminta tunjuk ajar daripada orang yang berlainan kedudukan dan latar belakangnya:

DFK1a Mak: Lu janji sama gua kan? Mau ajar aku itu cili sos dim sum.

113

(b) Rela berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara ikhlas:

DFK3a Mei Ling: Lu ikut ah, apa nenek gua dulu bila dia buat dim sum. Dia akan pergi ke kedai Ah Soon belakang rumah kita tu. Dia beli satu botol sos cili...

DFK3e Mei Ling: Rasa tu sedap, pusaka ni tau?

(c) Sudi menerima teguran dan nasihat tanpa mengira pangkat:

DFK4b Mak: Apa pula gua tak ingat? Gua pukul dia, lepas itu lu pula pukul gua di belakang.

(d) Mengajak melakukan sesuatu bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan darjat:

DFK2a Mak : Mei Ling, marilah. Minum sekali.

DFH1i Mei Ling: ... Jom kita makan. Ajak budak itu jugaklah.

3.3.2(d) Tanggungjawab terhadap Keluarga

Nilai tanggungjawab terhadap keluarga didefinisikan sebagai “kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga” (KPM, 2003).

Maksudnya, walaupun kesibukan, setiap anggota keluarga yang memainkan peranan masing-masing, iaitu tetap meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Nilai tanggungjawab terhadap keluarga boleh dilihat dalam adegan seorang kakak yang bernama Bhavani mencari adiknya, Mahesh dalam filem Talentime. Bhavani bertindak sebagai contoh positif manakala Mahesh sebaliknya.

Data 17 di bawah merupakan perbualan antara Bhavani dan ibu Melur sewaktu Bhavani tercari-cari Mahesh pada awal pagi. Sempena pertandingan Talentime, Mahesh telah ditugaskan untuk menghantar peserta Melur pergi balik ke sekolah

114

untuk sesi latihan. Oleh itu, Bhavani menganggarkan adiknya mungkin berada di rumah Melur.

Data 17

DFT1 Adegan Talentime (Masa 1:31:33 – 1:31:49) (a)

(b) (c)

(Di luar rumah Melur)

Bhavani : Ah... minta maaf, Aunty, ah… Mahesh ada tak?

I’m sorry, ma’am, but is Mahesh here?

Mak : Ada, dia tengah tidur dekat dalam. Awak ni siapa?

Yes, he’s inside, sleeping. And you are?

Bhavani : Ah… saya… saya kakak dia. Tolong Aunty panggil dia sebab mak saya tengah cari dia, sepanjang malam tak jumpa dan mak saya dah sangat risau.

I’m his elder sister. Please wake him. Our mother is worried sick about him.

Sebagai seorang kakak, Bhavani sedar akan kewajipannya untuk mencari adiknya yang tidak balik ke rumah itu. Didapati pertuturan Bhavani kurang lancar dengan pengulangan kata ‘ah’ (DFT1a dan DFT1c) akibat cemas dan risau terhadap Mahesh.

Mahesh pula dianggap sebagai tidak menjalankan tanggungjawab seorang anak dengan baik kerana perbuatannya telah mendatangkan kerisauan dalam kalangan ahli keluarganya. Diperhatikan juga Bhavani merujuk ibu Melur (‘Mak’ dalam adegan di atas) sebagai ‘Aunty’ walaupun kali pertama berjumpa dengannya. Keadaan ini berbeza dengan Melur yang memanggil Mei Ling sebagai Aunty seperti yang ditunjukkan dalam Data 12 (DFH1b, DFH1f dan DFH1h). Dalam konteks Malaysia, gelaran ‘Aunty’ digunakan untuk merujuk golongan wanita yang umurnya lebih kurang sama dengan orang tua sendiri dan tidak semestinya mempunyai apa-apa hubungan dengan penutur.

Ciri-ciri seseorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga yang dapat dikongsi melalui dialog adegan positif mencari ahli keluarga yang hilang dan adegan negatif hilang semalaman ialah:

115

(a) Mengambil berat tentang keselamatan setiap ahli keluarga:

DFT1a Bhavani: Ah... minta maaf, Aunty, ah… Mahesh ada tak?

(b) Prihatin dan memahami perasaan ahli keluarga dan sanggup melakukan sesuatu untuk mengurangi kerisauan mereka:

DFT1c Bhavani: ... Tolong Aunty panggil dia sebab mak saya tengah cari dia, sepanjang malam tak jumpa dan mak saya dah sangat risau.

(c) Memaklumkan kepada ahli keluarga apabila keluar rumah atau balik lambat:

DFT1c Bhavani: Ah… saya… saya kakak dia. Tolong Aunty panggil dia sebab mak saya tengah cari dia, sepanjang malam tak jumpa dan mak saya dah sangat risau.

(d) Menjaga tingkah laku supaya tidak menimbulkan kebimbangan ahli keluarga:

DFT1b Mak: Ada, dia tengah tidur dekat dalam.

Dokumen terkait