• Tidak ada hasil yang ditemukan

Era Depresi Besar Terhadap Muzikal (1930 – 1940)

PERKEMBANGAN TEATER MUZIKAL BARAT DAN TEATER MUZIKAL DI MALAYSIA

2.5 Era Depresi Besar Terhadap Muzikal (1930 – 1940)

Berikutan kejatuhan pasaran saham sekitar tahun 1930-an, majoriti penggiat teater di Broadway turut merasa bahangnya dan ia sangat memberi kesan terhadap

64

perkembangan muzikal. Menurut Paige (2005), penerbit Florenz Ziegfield terpaksa menghentikan persembahan Whoopee! dan mencuba nasib dalam produksi perfileman.

Sekitar tahun 1929 hingga 1930 hanya 233 produksi sahaja yang dipentaskan manakala sekitar 1930 hingga 1931 cuma berjaya menerbitkan 187 buah produksi sahaja31. Kebanyakan pelakon dan penggiat telah beralih ke Hollywood disebabkan oleh despresi yang melanda industri muzikal ketika itu.

Kenrick (2010) melihat perjalanan aktiviti persembahan muzikal agak perlahan sepanjang tempoh depresi sehingga tahun 1939 kerana hanya 98 produksi sahaja yang berjaya diterbitkan dan merupakan pertama kali jumlah produksi kurang daripada 100 sejak bermulanya abad baru. Vaudeville merupakan bentuk persembahan yang diangkat ketika era depresi yang mana pada tahun 1925 sekitar 1500 ruang teater telah mempersembahkan vaudeville tetapi pada 1930 hanya 300 ruang teater sahaja yang masih bertahan. Berbanding produksi penerbitan RKO Pictures32 yang menawarkan 700 ruang teater dan hanya mampu bertahan sebanyak 5 ruang teater yang hanya mempersembahkan vaudeville sahaja manakala selebihnya terpaksa berkongsi ruang dengan studio perfileman kerana desakan kewangan dan ekonomi yang tidak dapat menampung perbelanjaan produksi33.

Kedinginan industri teater muzikal ketika ini turut dilanda oleh kemunculan perkembangan filem bersuara Hollywood yang telah banyak menarik personaliti dan pengkarya ke dalam industri perfileman sejak tahun 1927 (Murphy, J., 2016). Tahun 1930 turut memberi perubahan terhadap sejarah teater di atas kehilangan beberapa

31 John Kenrick. (2010). Musical Theatre: A History. Bloombury Academic, London.

32 RKO (Radio-Keith-Orpheum) Pictures adalah sebuah produksi penerbitan dan pengedaran filem Amerika yang turut menerbitkan persembahan vaudeville termasuk siaran radio NBC.

33 Rusie, R. (1997-2006). Broadway 101: The History of Great White Way.

http://www.talkinbroadway.com/

65

tokoh dan penggiat vaudeville seperti A. L. Erlanger, E. F Elbee dan Fedrick Proctor manakala David Belasco pula telah meninggal dunia pada tahun berikutnya.

Kehilangan tokoh-tokoh dalam era vaudeville turut diganti dengan kemunculan pendatang baru seperti Jessica Tandy yang telah tampil dalam The Matriarch (1930).

Era depresi juga tidak membataskan kemunculan pertama Ethal Mermen dalam industri muzikal Broadway. Muzikal Crazy Girl (1930) di bawah karya George dan Ira Gershwin merupakan aksi pertama beliau yang telah mendapat perhatian kerana keunikan suaranya yang mampu mengekalkan nota muzik sepanjang 16 bar menerusi lagu “I Got Rhythm”.

Depresi yang melanda ketika itu telah mendorong penubuhan sebuah pembiayaan persekutuan untuk teater yang telah dibentuk di bawah Work Progress Administration (WPA) oleh Presiden Franklin D. Roosevelt34. WPA telah menyediakan kemudahan ruang teater kepada beberapa syarikat teater Washington untuk membina idea baru dan menghubungkan komuniti teater bagi mengangkat kembali industri teater ke pentas persembahan. Selain itu penutupan Chicago Theatre selepas mempersembahkan Faust oleh Amerikan Opera Company telah menyebabkan panggung tersebut dibakar untuk dijadikan sebagai pusat perniagaan pakaian.

Bagaimanapun, Kenrick (2010) melihat kewujudan Chicago Theatre agak suram semenjak berlakunya depresi kerana sebelumnya ia merupakan antara lokasi persembahan yang menjadi tumpuan pengkarya selama 50 tahun.

34 Rusie, R. (1997-2006). Broadway 101: The History of Great White Way.

http://www.talkinbroadway.com/

66

Mae West (1893 – 1980) dengan beraninya telah mempersembahkan Pleasure Man dalam pembukaan pertamanya pada tahun 1928 di Baltimore Theatre, New York.

Malangnya pada 3 Mac 1930 persembahan tersebut telah menimbulkan kontroversi apabila seramai 52 orang pelakonnya ditahan ketika serbuan dan sebahagiannya adalah lelaki yang berpakaian wanita. Penahanan tersebut adalah di atas dakwaan kepada pelakon-pelakon yang telah berkelakuan tidak senonoh dan mempersembahkan sesuatu yang menyentuh sensitiviti seksual serta pemaparan aksi tidak bermoral (Murphy, J., 2016). Walau bagaimanapun setelah pindaan undang-undang dibuat dalam Wales Padlock Law, maka pada masa akan datang tindakan hanya akan diambil terhadap penulis dan penerbit sahaja. Mereka ini perlu bertanggung jawab sekiranya karya yang dihasilkan mengandungi unsur lucah dan tidak bermoral.

Kemerosotan aktiviti teater sepanjang sedekad era depresi telah dilihat sebagai satu titik hitam dan kerugiaan yang tinggi dalam sejarah teater muzikal. Depresi telah mengakibatkan kehilangan sekitar 25 000 penggiat teater yang mana majoritinya adalah di New York (Paige, E., 2015). Kebanyakan produksi yang masih giat juga terpaksa menurunkan harga tiket kepada $1.00 sehingga 25 sen sahaja. Oleh yang deminkian pelakon dan penerbit turut bertungkus-lumus dalam menghasilkan idea yang lebih segar dan baru sebanyak yang mungkin agar dapat menghidupkan kembali aktiviti teater.

Pengasas Theatre Guild iaitu Lawrance Langner (1980 - 1962) yang juga merupakan seorang penulis dan penerbit telah berjaya mementaskan hasil karya agung Gershwin iaitu Porgy dan Bess pada tahun 1935. Karya ini merupakan adaptasi

67

muzikal daripada naskhah Dorothy dan DuBose Heyward pada tahun 1927 yang bertajuk Porgy. Kesukaran memindahkan set dan peralatan dari satu pentas ke pentas yang lain bukanlah satu masalah besar berbanding kesukaran mendapatkan pelakon kulit hitam sebagai pendukung watak semasa kejatuhan produksi ini disebabkan oleh pelakon-pelakon terpaksa keluar bekerja setiap minggu bagi mencari pendapatan sampingan35.

Kemerosotan mendalam yang dihadapi tidak memberi gambaran bahawa berakhirnya aktiviti teater pada masa itu tetapi dari satu sudut yang lain ia sebenarnya telah membawa transformasi terhadap kebangkitan industri yang lebih baik. Paige (2015) tidak dinafikan bahawa kemerosatan ini turut memberi kesan kepada aktivis yang bergantung hidup melalui persembahan pentas. Penulis drama Rachel Crothers (1878 – 1958) telah menyumbang dalam menguruskan tabung bantuan yang kenali sebagai Stage Relief Fund bagi membantu para pelakon daripada aspek bekalan makanan, penyewaan tempat tinggal, perubatan, keperluan dan utiliti. Pelakon drama Selena Royle (1904 – 1983) turut membantu dalam menjanakan Actor’s Dinner Club yang menyediakan makanan pada setiap malam kepada para pelakon dengan harga

$1.00 bagi mereka yang berkemampuan dan bekalan percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan36.

Hallie Flanagan (1980 – 1969) merupakan seorang penerbit dan pengarah teater Amerika selain berperanan sebagai penulis drama dan pengarang. Flanagan adalah pengarah kepada Federal Theatre Project iaitu sebahagian daripada penubuhan WPA yang berperanan bagi mendapatkan dana untuk menyokong sebarang bentuk

35 Elaine Paige. (2015). Musicals the Definative Illustrated Story. London; Dorling Kindersley.

36 Rusie, R. (1997-2006). Broadway 101: The History of Great White Way.

http://www.talkinbroadway.com/

68

hiburan dan persembahan pentas. Ia tidak bertujuan untuk membantu daripada aspek aktiviti persembahan tetapi lebih kepada bantuan kebajikan artis, pengarah, penulis dan pekerja teater. Pertubuhan ini juga dikhaskan buat produksi teater serantau yang sentiasa menyumbangkan idea, kreativiti, teknik dan bentuk baru yang dapat dipertontonkan oleh jutaan penduduk buat pertama kali37. Walau bagaimanapun pertubuhan ini telah dibubarkan apabila terdapat penentangan oleh politik pembangkang yang tidak mempersetujui pembiayaan tersebut disalurkan.

Kesan tekanan terhadap ekonomi yang melanda Broadway pada 1930-an masih belum mampu menghentikan secara total perkembangan seni persembahan.

Bordman, G. (2001) menulis bahawa pada tahun 1931 Neol Coward telah mempersembahkan The Third Little Show yang dibintangi oleh Beatrice Lillie dengan lagunya “Mad Dog and Englishmen”. Setelah itu Coward meneruskan dengan karya komedi seperti Design For Living (1932), Tonight at Eight-Thirty (1937) yang mana Coward sendiri digandingkan bersama Gertrude Lawrence.

Penulis lagu dan juga komposer Cole Porter yang banyak mencipta nama sekitar 1930-an telah mempersembahkan sebuah muzikal bertajuk Gay Divorce (1932) yang turut dibintangi oleh Fred Astaire (1899 – 1987). Persembahan yang terkenal dengan lagu “Night and Day” ini telah berjaya dipersembahkan sebanyak 248 buah persembahan sehingga berjaya diadaptasikan ke layar perak dengan tajuk The Gay Divorcee” (1934)38. Pada tahun yang sama Porter turut mempersembahkan muzikal Anything Goes yang mengandungi lagu-lagu hit seperti “Blow, Gabriel Blow”, “I Get a Kick Out of You” dan “All Through the Night”. Setahun selepas itu

37 John Kenrick. (2010). Musical Theatre: A History. New York; Continuum

38 John Kenrick. (2010). Musical Theatre: A History. New York; Continuum

69

Porter meneruskan karyanya dengan Jubilee yang menampilkan lagu “Begin the Beguinne” dan “Just One of Those Things”. Jubilee turut memperkenalkan seorang pelakon yang berusia 14 tahun iaitu Montgomery Clift ke dunia Broadway.

Pada tahun 1936, Porter terus menghasilkan Red, Hot and Blue dengan menampilkan Ehtal Mermen, Jimmy Durante dan Bob Hopes. Penghujung 1930-an telah menyaksikan sebuah lagi produksi yang dihasilkan oleh beliau iaitu Leave It To Me yang dibintangi oleh Sophie Tucker, William Gexton dan Victor Moore. Penyanyi kabaret Mary Martin telah menarik diri pada awalnya dan diganti dengan penyanyi dan pelakon June Knight yang menyanyikan lagu “My Heart Belongs to Daddy”.

Selain itu persembahan ini turut menjadi penampilan pertama buat pelakon dan penyanyi Gene Kelly sebagai penari korus.

Persembahan yang turut berjaya dipentaskan dalam era depresi ialah sebuah karya komedi gabungan Olsen dan Johnson iaitu Hellzappopin (1938). Walau pun ia tidak mendapat komen yang memberangsangkan daripada pengkritik namun persembahan ini mampu bertahan lebih daripada 1400 buah persembahan.

Hellappopin juga turut diadaptasi ke dalam filem pada tahun 1941. Begitu juga dengan produksi Our Town yang dihasilkan oleh Thornthon Wilder pada tahun 1938 yang tidak mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun berjaya dipersembahkan sebanyak 338 buah persembahan. Sungguhpun begitu Wilder turut bertanggung jawab terhadap kegagalan produksi The Merchant of Yonker yang hanya dipersembahkan sebanyak 39 buah persembahan sahaja di Guild Theatre. Walau bagaimanapun kejayaan The Merchant of Yonker lebih menggalakkan sekitar tahun 1950 hingga 1960 yang dipentaskan oleh produksi yang lain dengan tajuk The

70

Matchmaker. Ia juga turut diadaptasi dalam bentuk muzikal dengan judul Hello Dolly oleh Jerry Herman.

Berbalik ke tahun 1935, Kenrick (2010) melihat pengkritik teater di New York telah mengalami ketidakpuashatian terhadap jawatan kuasa pemilihan untuk anugerah Pulitzer Prize. Oleh itu mereka telah mewujudkan New York Drama Critics Circle yang melibatkan para pengkritik daripada pelbagai media seperti surat khabar dan majalah. Organisasi ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan pengkritik yang terdiri daripada Brooks Atkinson, Walter Winchell dan Robert Benchley. Antara media yang berperanan besar dalam organisasi ini ialah daripada Time, The Daily New and The Post, The World Telegram dan The Hereld-Tribune termasuk beberapa media tempatan yang lain. Peranan pengkritik adalah sangat besar kerana mereka mempunyai kuasa bagi menentukan keuntungan dan kejayaan sesuatu produksi melalui laporan dan maklumbalas terhadap persembahan.

Manakala Pada tahun 1936, Paige (2015) pula mengkaji bahawa New York Drama Critics Circle telah menganjurkan penganugerahannya sendiri yang dipanggil New York Drama Critics’ Circle Award yang diadakan dua tahun sekali.

Penganugerahan ini diberikan kepada pencapaian cemerlang dalam muzikal dan drama berdasarkan keputusan jawatankuasa pengkritik. Dalam tahun yang sama drama komedi karya Robert Sherwood iaitu Idiot’s Delight telah memenangi anugerah Pulitzer Prize manakala New York Drama Critics’ Circle menobatkan drama Winterset karya Maxwell Anderson sebagai pemenang. Bermula pada tahun 1945, anugerah untuk Muzikal Terbaik telah diwujudkan dan dimenangi oleh Richard Rodger dan Oscar Hammerstein II melalui muzikal Carousel. Antara muzikal yang

71

pernah dinobatkan sebagai muzikal terbaik sepanjang penganjuran ialah Guys and Dolls (1951), My Fair Lady (1956), Fiddler on the Roof (1965), Cabaret (1967), The Chorus Line (1975), Les Misérables (1987), Rent (1996), The Lion King (1998), Hairspray (2003) dan Shuffle Along, or, the Making of the Musical Sensation of 1921 and All That Followed (2016).

Kemerosotan ekonomi dalam era depresi yang memberikan kesan mendalam terhadap industri teater sepanjang dekad ke 30-an, ia juga masih memberikan pengalaman berharga kepada sebahagian penggiat teater Broadway. Sementara ramai yang menghadapi zaman gelap dan terpaksa menghentikan produksi dan kebanyakan pelakon mula berpindah untuk mencari peluang di Golden Coast, Hollywood, Broadway masih mampu bertahan dengan pengalaman dan kematangan yang dibina menerusi kesengsaraan sewaktu depresi. Walau pun jumlah produksi semakin merosot, tetapi usaha dan kesungguhan meningkatkan kualiti masih diusahakan hingga berjaya.

Bordman, G. (2001) melihat usaha dan kegigihan penggiat teater dalam dekad ini telah mencapai pengakhiran yang berkembang sama sekali serta menampakkan permulaan baru dalam perkembangan teater Broadway. Dekad ini juga menampakkan usaha Theater Guild sebagai sebuah syarikat produksi komersial dengan melahirkan 58 buah produksi sepanjang tahun 1930 hingga 1939. Ia turut membuka mata kerajaan persekutuan kepada satu dimensi baru untuk mengiktiraf kepentingan dan tanggungjawab seni dalam komuniti sosial dan masyarakat serta menyumbang kepada kemajuan dan identiti negara.

72

Pengalaman tekanan dan jatuh bangun teater telah menjadikan era depresi sebagai satu proses dalam fasa kelahiran semula Broadway yang lebih diingati. Ia bukan sahaja mampu memulihara produk yang terbaik malah memupuk kreativiti dan idea yang lebih segar. Paige (2015) melihat perjalanan Broadway dalam dekad seterusnya masih menampakkan harapan yang semakin cerah dan memberi penuh persediaan kerana Broadway juga bakal berhadapan dengan kesan Perang Dunia Kedua.