RUJUKAN
i. Surat Siaran KPM Bilangan 11 Tahun 2016 : Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam (GPPT6) ii. Penjelasan Mengenai Kuasa Kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan Pengarah Bahagian untuk
melaksanakan Urusan Penempatan Setara, Gred DG52, DG48, dan DG44 Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat KPM Bertarikh 15 Julai 2015
iii. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Penempatan dan Pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di KPM Bertarikh 22 September 2015.
1. Mengajar sekurang-kurangnya lapan (8) waktu seminggu.
2. Menyelia kerja kursus murid empat (4) waktu seminggu.
3. Bertanggungjawab kepada PGB (dalam pengurusan) dan pentadbiran.
4. Bertanggungjawab kepada PGB dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
5. Bertanggungjawab kepada PGB dalam pembangunan organisasi.
6. Bertanggungjawab kepada PGB dalam pembangunan sahsiah dan kendiri guru.
7. Bertanggungjawab untuk memberikan khidmat kepakaran kepada guru (coaching and mentoring).
adalah seperti berikut:
(A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1. Merancang dan melaksanakan perancangan strategik Pusat Tingkatan Enam.
2. Merancang dan mengurus pembukaan kelas.
3. Merancang dan mengurus pembukaan pakej mata pelajaran.
4. Mengurus perancangan takwim.
5. Mengurus jadual waktu PdP dan agihan tugasan guru.
6. Mengurus kursus dan latihan untuk guru.
7. Menyelia kutipan data dan maklumat guru serta murid.
8. Mengurus anggaran belanjawan tahunan.
9. Menyelia semua jenis kutipan/bayaran.
10. Menyelia dan menyemak stok/inventori peralatan.
11. Membuat penilaian prestasi guru.
12. Merancang jaringan kolaboratif dengan agensi luar (jika berkaitan).
13. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
TUGAS UTAMA (KHUSUS) TUGAS UTAMA (UMUM)
HM10 | Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam
(B) PENGURUSAN KURIKULUM
1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya lapan (8) waktu seminggu dan menyelia kerja kursus murid empat (4) waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu waktu.
2. Mengumpul sukatan pelajaran dan memastikan rancangan pelajaran tahunan dan harian disediakan.
3. Memantau perjalanan panitia/unit mata pelajaran mengikut perancangan.
4. Mengurus, menyelia dan menyelenggara peralatan serta kemudahan PdP.
5. Mengambil tindakan atau tindak susuI terhadap laporan yang berkaitan dengan kurikulum.
6. Menyelaraskan program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, JPN dan KPM.
7. Membantu dalam pemilihan buku rujukan dan bahan pusat sumber sekolah.
8. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu guru ganti (jika perlu).
9. Membantu melaksanakan penyeliaan dan pencerapan PdP guru.
10. Menyelaraskan mesyuarat kurikulum.
11. Memastikan guru akademik melaksanakan tugas seperti tugasan guru akademik.
12. Merancang dan meneliti kesesuaian program kebitaraan akademik dengan agensi luar (jika berkaitan).
13. Merancang dan melaksanakan dialog prestasi bagi peningkatan akademik.
(C) PENGURUSAN KERJA KURSUS
1. Menubuhkan jawatankuasa kerja kursus peringkat sekolah.
2. Melantik panel penilai kerja kursus peringkat sekolah.
3. Merancang dan mengurus pembangunan kerja kursus.
4. Merancang, menyedia, dan menyelia takwim pelaksanaan kerja kursus.
5. Menyelaraskan pemilihan tarikh, tempat, dan masa pelaksanaan penilaian JK Kerja Kursus, JPN, PPD dan sekolah.
6. Mengurus penyimpanan kerja kursus (eviden).
7. Mengurus penyimpanan fail pengurusan kerja kursus.
8. Menyelia pengurusan fail mata pelajaran kerja kursus.
9. Mengurus latihan/metodologi kajian.
10. Memantau pelaksanaan kerja kursus.
11. Menilai keberkesanan dan pemantapan kualiti.
12. Menganjur kolokium bagi pembentangan hasil kerja kursus murid.
13. Memberikan kerjasama kepada pentaksir kerja kursus negeri dan kawasan.
90
14. Menyelia dan memastikan semua skor dan eviden murid diurus dan disimpan dengan selamat dalam tempoh enam (6) bulan selepas keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dikeluarkan.
15. Menyelia proses pelupusan eviden di bawah pengawasan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan.
16. Memantau penghantaran penskoran mengikut penggal oleh Setiausaha Peperiksaan mengikut format dan masa yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
17. Mengesahkan eviden kerja kursus yang dihantar ke MPM.
(D) PENGURUSAN PEPERIKSAAN (STPM, STAM DAN MUET) 1. Menubuhkan jawatankuasa pentaksiran peringkat sekolah.
2. Menyelia pengurusan peperiksaan.
3. Memastikan pelaksanaan post mortem dan dialog prestasi.
4. Membantu merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan.
5. Menyelia pengurusan fail induk peperiksaan.
6. Menyelia pengurusan fail panitia/unit mata pelajaran.
7. Memastikan pengoperasian peperiksaan dan penilaian di sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
(E) PENGURUSAN BILIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
1. Memastikan bilik darjah/bilik kuliah/bilik tutorial/makmal berada dalam keadaan bersih dan kondusif untuk proses PdP.
2. Mewujudkan dan memastikan situasi bilik darjah/bilik kuliah/bilik tutorial/makmal yang bermaklumat.
3. Memastikan bilik darjah/bilik kuliah/bilik tutorial/makmal yang sesuai dengan persekitaran murid.
4. Memastikan bilik darjah/bilik kuliah/bilik tutorial/makmal mempunyai kemudahan untuk pembentangan kerja kursus.
(F) PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Memastikan penyediaan buku dan bahan sumber yang bersesuaian untuk kegunaan murid.
2. Memantau kemudahan dan penggunaan internet di pusat sumber sekolah bagi tujuan penyediaan kerja kursus/penyelidikan.
(G) PERTUKARAN GURU
1. Memastikan permohonan pertukaran guru tingkatan enam perlu menggunakan borang eGTukar secara manual atau offline (tertakluk kepada perubahan arahan semasa).
2. Memastikan permohonan pertukaran guru dibuat dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi Januari dan sesi Jun.
3. Permohonan pertukaran guru (eGTukar) perlu disahkan oleh PGB.
4. Tarikh akhir penghantaran borang permohonan pertukaran ke JPN perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JPN.
5. Borang pertukaran perlu disahkan oleh PGB dan dihantar ke Sektor Pengurusan Sekolah, JPN melalui PPD.
(H) PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. Menyelaraskan urusan berkaitan dengan kaunseling, keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid, biasiswa, asrama dan lain-lain.
2. Mengurus aktiviti pembangunan, disiplin dan penampilan murid, mengurus rekod dan maklumat murid.
3. Mengurus dan mengemaskinikan rekod pendaftaran, kemasukan dan penempatan, pertukaran dan menyemak buku kedatangan harian murid.
4. Mendaftar persatuan.
5. Merancang dan mengurus aktiviti khidmat masyarakat/sukarelawan dalam aktiviti kokurikulum.
6. Merancang dan meneliti program kepimpinan dan kolaboratif dengan agensi luar (jika berkaitan).
(I) PENGURUSAN REKOD KEHADIRAN MURID 1. Memastikan data kehadiran mudah dicapai.
2. Memastikan data/enrolmen dikemas kini dalam sistem.
3. Memastikan kemasukan kedatangan harian murid diurus dan dikemas kini mengikut prosedur.
4. Memastikan tindakan kepada ketidakhadiran murid dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
5. Memastikan khidmat kaunseling diberikan kepada murid yang mempunyai masalah ketidakhadiran ke sekolah.
92
(J) PENGURUSAN BUKU REKOD PENDAFTARAN MURID
1. Mengurus dan mengemaskinikan rekod pendaftaran, kemasukan dan penempatan, pertukaran, dan menyemak buku kedatangan harian murid
2. Memastikan maklumat murid lengkap dan tepat serta mudah dirujuk.
3. Memastikan Buku Kemasukan Sekolah diurus dan dikemaskini.
4. Memastikan prosedur pertukaran keluar sekolah murid dipatuhi.
5. Memastikan markah kerja kursus murid dan pusat peperiksaan dipindahkan ke sekolah baharu (jika berkaitan).
6. Memastikan sijil berhenti sekolah, akuan sekolah, dan sijil-sijil lain disempurnakan sebelum murid menamatkan pengajian.
(K) PENGURUSAN KEBAJIKAN MURID
1. Menyelaraskan urusan berkaitan dengan kaunseling, keselamatan, kebajikan dan kesihatan, insurans, dan biasiswa/elaun murid.
2. Memastikan semua murid mendapat hak kebajikan.
3. Memastikan murid yang layak mengikut surat pekeliling ikhtisas mendapat biasiswa/elaun mengikut syarat-syaratnya.
4. Mengurus agihan KWAPM mengikut kelayakan yang ditetapkan.
5. Memastikan murid mendapat rawatan kesihatan apabila perlu.
6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan murid.
7. Memastikan keselamatan murid di sekolah.
8. Memastikan kebajikan murid diuruskan.
9. Mengurus permohonan biasiswa bagi murid yang layak.
10. Menyelia dan mengawal pengeluaran biasiswa.
(L) PENGURUSAN BANTUAN KHAS
1. Mengurus pemberian bantuan khas kepada murid mengikut Garis Panduan Bahagian Kewangan KPM.
2. Memastikan pengagihan bantuan khas teratur dan betul.
3. Menyediakan borang pengesahan penerimaan bantuan khas.
4. Menyediakan laporan penggunaan bantuan khas buku.
(M) PENGURUSAN DISIPLIN DAN JATI DIRI MURID
1. Memastikan pengurusan disiplin murid dilaksanakan secara berhemah dan mengikut peraturan.
2. Merancang dan mengurus aktiviti pembangunan, disiplin (sahsiah jati diri) dan penampilan murid.
3. Menyelia program kepimpinan murid.
4. Mengurus rekod dan maklumat murid.
5. Menguatkuasakan dasar dan peraturan.
6. Memastikan tindakan disiplin dilaksanakan mengikut prosedur.
7. Memastikan suasana pembelajaran dan suasana persekolahan terkawal.
8. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi membentuk kematangan murid.
(N) PENGURUSAN KAUNSELING (DIURUS OLEH GURU KAUNSELING) 1. Menyelia pengurusan bimbingan murid.
2. Menyelia program/aktiviti bimbingan kerjaya murid.
3. Menyelia pengurusan bagi meningkatkan sahsiah dan psikologi murid.
4. Menyelia program orientasi murid baharu.
5. Menyelia program/aktiviti motivasi bagi murid.
6. Menyelia ujian khas untuk mengesan potensi, minat kerjaya dan sahsiah murid.
7. Menyelia program/aktiviti berkaitan dengan peluang pendidikan lepasan STPM.
8. Melaksanakan tugas lain yang berkaitan bagi meningkatkan kecemerlangan murid.
(O) PENGURUSAN PERSATUAN TINGKATAN ENAM (DI BAWAH TANGGUNGJAWAB UNIT KOKURIKULUM)
1. Mendaftar persatuan tingkatan enam.
2. Mendaftar semua murid sebagai ahli persatuan.
3. Memastikan perancangan aktiviti persatuan dilaksanakan.
4. Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut prosedur persatuan.
(P) PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah.
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus.
3. Mengadakan mesyuarat pengurusan kokurikulum.
4. Merancang dan menyediakan takwim serta jadual aktiviti kokurikulum.
5. Memastikan pelibatan murid menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah/negeri/Kebangsaan yang dianjurkan oleh PPD/JPN/KPM atau diiktiraf oleh KPM.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8. Memastikan murid melaksanakan kokurikulum 160 minit seminggu seperti yang telah dijadualkan.
9. Menyelaraskan markah kokurikulum sebanyak sepuluh (10) peratus dan menyimpan rekod.
10. Menyelia penilaian aktiviti kokurikulum.
94
11. Menyelia urusan kelab/persatuan dan sukan permainan.
12. Menyelaraskan penyertaan murid dalam kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
13. Menyelia pengurusan pemarkahan dan pensijilan kokurikulum.
14. Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam tugasan guru kokurikulum.
15. Melaksanakan pendaftaran kelab persatuan, badan beruniform dan sukan permainan.
16. Merancang dan meneliti kesesuaian program kelab persatuan dan sukan permainan serta koakademik megikut kebitaraan sekolah dengan agensi luar (jika berkaitan).
17. Mendokumentasi segala perjalanan aktiviti dan surat menyurat dalam fail induk pengurusan kokurikulum tingkatan enam.
18. Memastikan perjalanan program mengikut yang telah ditetapkan.
19. Menyimpan rekod pelibatan dan pencapaian dalam program yang dianjurkan oleh MSSM, KPM, JPN, PPD dan bahagian.
20. Menyelaraskan pengurusan kelab persatuan, badan beruniform dan sukan permainan.
21. Menyelaraskan tugasan khidmat masyarakat dan sukarelawan.
RUJUKAN
i Surat Pekeliling Pentadbiran Bil:3/67 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan
ii. Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967
iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma
iv. Buku Panduan Sekolah Sukan Malaysia (Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian) KPM 2018.
sama seperti Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam (HM10)
adalah seperti berikut:
(A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1. Menyediakan takwim, kalendar akademik dan senarai pengurusan tahunan bagi program prauniversiti.
TUGAS UTAMA (KHUSUS) TUGAS UTAMA (UMUM)