KAJIAN LITERATUR
2.4.2 IMPLIKASI DASAR KEPADA KARYA BAKAT MUDA SEZAMAN
BMS juga berperanan mengangkat dan menyatukan karya pelukis muda yang baik seterusnya menjadi penanda aras yang kritikal untuk menilai kualiti artis Malaysia hasil daripada institusi seni lukis sama ada berada di landasan tepat mengikut kehendak sezaman mahupun sebaliknya. Peranan besar ini disebut Joseph Tan (2000) di dalam laporan hakim BMS 2000:
“Pertandingan Bakat Muda ini adalah pertandingan seni kebangsaan yang paling berprestij untuk pelukis muda. Kebanyakkan pemenang lepas yang memenangi pertandingan, sekarang ini merupakan mereka yang menerajui perkembangan seni di negara dan di rantau.”
Joseph Tan (2000 : 34)
Ooi Kok Chuen (2004) pula menegaskan, kekuatan BMS memperlihatkan standard yang tinggi. Hal yang demikian dapat dilihat menerusi senarai hebat pemenang terdahulu seperti Zulkifli Dahlan, Lee Kian Seng, Ponirin Amin, Mastura Abdul Rahman, Zulkifli Yusoff, Tan Chin Kuan, Bayu Utomo Radjikin, Nurhanim Khairuddin dan Susyilawati Sulaiman.
2.4.2 IMPLIKASI DASAR KEPADA KARYA BAKAT MUDA SEZAMAN
Dengan pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, artis-artis yang terlibat di dalam pertandingan BMS mula menampilkan karya-karya yang berunsurkan kebudayaan kebangsaan. Karya-karya berbentuk Islamik dan berciri kemelayuan mula terpamer dan ini sekaligus memperlihatkan wujudnya kesedaran di kalangan
29
penggiat seni tanah air dalam memikul tanggungjawab untuk menjawab aspirasi DKK seperti yang telah digariskan di dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan.
Plat 2.1 dan 2.2: Karya „Alibi Catur Pulau Bidong‟ (1981) oleh Ponirin Amin dan karya „Siri Dungun‟ (1981) oleh Ruzaika Omar Basaree.
Karya dalam tahun-tahun 80an telah memperlihatkan penegasan beberapa pelukis Malaysia dalam penglibatan mereka berkaitan isu identiti . Hal ini dapat diperhatikan menerusi penghasilan beberapa karya-karya dalam konteks berkaitan dengan kebudayaan pada pertandingan BMS 1981. Antara karya yang amat baik pada ketika itu adalah „Alibi Catur Pulau Bidong‟ (Plat 2.1) oleh Ponirin Amin mengenai keadaan buruk orang pelarian dengan pendekatan yang segar, dan konteks sosial yang bermakna. Begitu juga dengan karya oleh Ruzaika Omar Basaree „Siri Dungun‟ menerusi „Jendela Dalam Jendela‟ (Plat 2.2) jelas menunjukkan erti kebudayaan tetap berada dalam imajan tampak Malaysia (Syed Ahmad Jamal, 1982).
30
Plat 2.3 dan 2.4 : Karya „Al Rahman‟ (1982) oleh Zakaria Awang dan karya „Dari Satu Keujudan‟ (1984) oleh Nasir Baharuddin.
Kemunculan karya bercirikan Islam selepas pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga dapat dilihat menerusi karya arca „Al Rahman‟ (Plat 2.3) daripada Zakaria Awang yang memenangi pertandingan BMS 1982. Karya Al-Rahman dihasilkan menggunakan biji-biji timah yang digantung pada tali nilon dan disusun sehingga menghasilkan gambaran huruf khat jawi yang bermaksud „Al Rahman‟. Konsep Islam di dalam karya ini telah digabungkan dengan bahan kontemporari yang diselaraskan dengan ciri kebudayaan kebangsaan. Karya Nasir Baharudin „Dari Satu Keujudan‟ (1984) (Plat 2.4) juga menampilkan karya bercirikan Islam dengan menonjolkan karya bersifat abstrak.
31
Plat 2.5 dan 2.6 : Karya „Catan Orang Kampung IV‟ (1985) oleh Jalaini Abu Hassan dan karya „Kebudayaan XVI‟ (1989) oleh Tumian Tasman.
Karya Jalaini Abu Hassan, „Catan Orang Kampung IV‟ yang dipamerkan di dalam BMS 1985 (Plat 2.5) pula menunjukkan elemen kemelayuan dengan memperlihatkan gambaran suasana orang Melayu yang tinggal di kampung. Tumian Tasman pula menjadikan budaya popular bandaran yang masuk ke dalam budaya masyarakat sebagai idea karya „Kebudayaan XVI‟ di dalam BMS 1989 (Plat 2.6). Karya ini dilihat sebagai perubahan budaya generasi dahulu yang sebelumnya diibaratkan hanya meminum kopi cap Hang Tuah kini meminum Coca Cola dan
Pepsi. Begitu juga dari sudut pemakaian daripada kain pelikat kini beralih kepada
32
2.5 TEORI KRITIKAN SENI
Secara asasnya, karya seni dipengaruhi oleh tiga perkara iaitu bentuk (form), subjek (subject), dan kandungan (content). Sejarah awal dalam pemikiran falsafah menggambarkan bentuk sebagai sesuatu yang bersifat intrinsik seperti yang diperkatakan Dewey, J. (1980) mengenai setiap intipati sesuatu perkara adalah menurut kuasa struktur metafizik alam semesta. Sebagai contoh, Plato selaku pengasas doktrin emosionalisme menentukan sifat bagi karya seni sebagaimana yang dijadikan dari bentuk ideal, diluar karya seni itu sendiri. Berdasarkan pandangan Plato, seni adalah kegiatan peniruan alam. Dalam memperkatakan teori berkenaan seni, Plato akan menggunakan perkataan “memesis” iaitu peniruan atau imitasi. Lok Chong Hoe (1997) menghuraikan konsep memesis yang digunakan oleh Plato kepada empat makna yang berbeza:
“Konsep „memesis‟ Plato mempunyai empat maksud seperti berikut. Iaitu yang pertama‟ mengulangi dan mengeluarkan semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan seseorang yang lain. Kedua „ membuat satu peniruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan benda atau objek.‟ Ketiga „berlagak seperti seorang yang lain.‟ Keempat “mewakili aksi-aksi manusia.‟”
(Lok Chong Hoe, 1997 : 31)
Jelas di sini, Plato menggunakan perkataan memesis sebagai satu kaedah penghasilan meniru atau tiruan yang merujuk kepada proses penghasilan karya seni seperti catan, lukisan mahupun arca. Berdasarkan definisi oleh Plato, seseorang pengkarya seni yang baik seharusnya bukan sahaja dapat meniru sesuatu objek,
33
malah dapat menghasilkan peniruan yang tepat dan sama seperti objek asal hingga menyebabkan penghayat merasakan mereka sedang melihat kepada objek yang asal.
Bagi Aristotle pula, ciri-ciri peniruan yang menentukan karya seni adalah bentuk organik dan struktur. Dalam hal ini, seperti objek sebenar, semua karya seni yang menyerupai objek sebenar juga dianggap mempunyai permulaan, pertengahan dan pengakhiran, bentuk dan benda. Aristotle masih lagi menggunakan istilah „memesis‟ dan konsep di mana seni sebagai aktiviti peniruan seperti yang digunakan oleh Plato. Namun, di dalam konsep „memesis‟ yang dibawa oleh Aristotle, penghasilan satu potret haruslah lebih cantik daripada model asal.
Finch M. (1974) telah menjelaskan maksud bagi tujuan seni dan kandungan sesuatu karya. Tujuan dan kehendak seni adalah bergantung kepada sebab sesuatu karya dihasilkan; kandungan dari erti kata lain adalah manifestasi yang terhasil daripada tujuan pada objek nyata. Oleh itu, kandungan mengandungi idea asal pengkarya dan bukti luaran idea dalam bentuk karya seni. Kandungan bukan sahaja mencerminkan artis secara individu, malah kumpulan, komuniti, malah kebarangkalian budaya.
Kaedah analisis kandungan merupakan salah satu kedah yang sesuai dalam menganalisis bahan visual (Gillian Rose, 2001; Rohana Yusof, 2004). Kaedah ini perlu dilakukan secara sistematik dan berhati-hati bagi mengkaji dan menilai kandungan bahan, sama ada teks mahupun bahan visual yang merupakan satu bentuk komunikasi manusia seperti objek seni. (Gillian Rose, 2001; Rohana Yusof, 2004; Leedy at.el.,2005). Analisis kandungan bukanlah pemerhatian yang biasa tetapi harus dinilai dan dianalisis dalam konteks hubungan makna dan konsep seterusnya membuat jangkaan tertentu pada mesej yang terkandung pada bahan tersebut.
34
Perbincangan mengenai kritikan seni di Malaysia merupakan antara saluran dan medium terbaik untuk menjelaskan kekuatan artis dan aspirasi negara. Kritikan seni tidak akan wujud tanpa adanya persoalan-persoalan, pengaruh-pengaruh, konsep-konsep, penunjuk-penunjuk, dan permasalahan-permasalahan umum (Mohamad Kamal Abd. Aziz, 2010). Oleh itu, kritikan seni sangat penting dalam konteks memahami dan menghayati sesebuah karya seni visual. Azian Tahir (2010) telah menyenaraikan beberapa kaedah teori kritikan seni yang boleh digunapakai dalam proses menganalisis kandungan karya seni. Antaranya adalah pendekatan Perpaduan Organik (Organic Unity) oleh Ocvirk et.al (2006), teori pengalaman pelbagai oleh Feldman E.B. (1994) serta pendekatan Analisis dan Perspektif oleh Lester, P.M. (1995).
Segala pendokumentasian secara bertulis terhadap kritikan seni adalah penting kerana peranannya dalam memberikan wajah kepada aspek seni lukis tanah air dengan melihatnya semula di dalam konteks aturan dan makna pengkaryaan. Di dalam perkembangan seni visual Malaysia ketika ini, tiada keseimbangan di antara karya-karya yang dihasilkan oleh artis dan penulisan berkenaan kritikan seni. Hal ini menyebabkan sesebuah karya seni visual itu tidak dapat dinilai kelebihan dan kekurangannya secara menyeluruh (Mohamad Kamal Abd. Aziz, 2010). Sesebuah karya seni visual tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia tidak diberikan makna (Ahmd Suhaimi Mohd Noor, Jamilah Omar, 2008).
35
2.6 RUMUSAN
Di dalam bab ini, topik-topik yang berkaitan dengan kajian telah diulas berdasarkan rujukan buku, katalog, penulisan tesis dan lain-lain sumber yang relevan. Bahagian ini memperincikan secara jelas perihal Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan juga pertandingan Bakat Muda Sezaman yang menjadi asas dalam penulisan kajian ini.
Bab dua ini juga menggariskan pendekatan yang digunakan serta membincangkan teori-teori estetik dan kaedah yang boleh digunakan dalam menganalisis karya berdasarkan penyelidikan cendekiawan terdahulu.
36