• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTEGRITI DAN TADBIR URUS

Dalam dokumen PELAN INTEGRITI ORGANISASI (Halaman 21-25)

DALAM SISTEM

PEMERINTAHAN,

PROFESIONALISME

DAN BUDAYA TLDM

2001 COGAN KATA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

1. Rujuk Perintah Majlis Angkatan Tentera bertarikh Mac 1979 telah memaklumkan bahawa rangkai kata “Sedia Berkorban” dijadikan cogan kata untuk TLDM. Makna perkataan dan makna cogan kata seperti berikut:

2. Makna Perkataan.

a. Sedia. Siap, di dalam keadaan sempurna, di dalam keadaan berjaga-jaga atas pengawasan yang teliti.

b. Berkorban. Berbakti tanpa mengharapkan balasan, rela kehilangan/

menyerahkan sesuatu untuk kepentingan lain.

3. Makna Cogan kata.

Siap atau sanggup untuk menghadapi sebarang kesusahan dan dengan sukarela kehilangan sesuatu, walau nyawa sekalipun, demi untuk kepentingan nusa dan bangsa.

2002 PERANAN WARGA TLDM BERINTEGRITI

1. Persekitaran organisasi perkhidmatan TLDM yang cemerlang harus membendung peluang dan ruang pencemaran integriti dalam kalangan warganya. Setiap warga TLDM harus memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan integriti sebagai budaya dalam kehidupan seharian bermula dari rumah sebagai mana termaktub di dalam empat Nilai Teras TLDM.

2. Seterusnya, setiap warga TLDM berperanan membentuk budaya kerja sihat seperti amanah, ketepatan waktu, menyampaikan maklumat yang tepat, memberi perkhidmatan terbaik, komunikasi berkesan dengan pegawai atasan (superior), rakan sekerja (peers) dan juga anggota bawahan (subordinates).

3. Amalan integriti bukan sahaja mesti dibudayakan oleh setiap warga TLDM dalam organisasi tetapi nilai-nilai murni merupakan tuntutan di dalam kehidupan seharian serta setiap agama. Integriti yang asas termasuklah perkara seperti “curi tulang”, tuntutan palsu, memalsukan dokumen, masuk kerja lewat, menggunakan pakir yang dikhaskan, buli, penagihan najis dadah, menggunakan staf/barang/kemudahan pejabat/kenderaan jabatan untuk urusan peribadi, pilih kasih dan sebagainya yang mana isu-isu integriti sedemikian sering berlaku dalam kalangan majoriti dan dianggap remeh.

4. Usaha-usaha berterusan untuk kelestarian pengukuhan integriti dalam TLDM hendaklah sentiasa dilihat sebagai salah satu wadah yang positif dalam usaha meningkatkan lagi kredibiliti dan reputasi TLDM di mata masyarakat dan negara ini juga dipentas antarabangsa.

2003 MEKANISME MEMBUDAYAKAN ANGGOTA TLDM BERINTEGRITI

1. Mekanisme Pembudayaan Integriti Dalam TLDM. Sistem Bahagian TLDM (SB TLDM) (Sumber: Pelan Integriti ATM di mukasurat 17 hingga 19) merupakan satu sistem asas dalam pengurusan anggota untuk penyebaran maklumat, pemantauan, pengawasan disiplin, latihan, pembangunan dan kebajikan anggota yang digunakan oleh semua peringkat pengurusan TLDM. Sistem ini membolehkan Pegawai dan Bintara Bahagian mengumpul anggota bagi membincangkan dan mengenalpasti permasalahan kerja, pasukan dan individu di dalam sesebuah unit. Mengamalkan sistem tersebut secara langsung akan dapat memantau perkembangan dan prestasi anggota sepanjang mereka berada di dalam sesebuah unit. Pembudayaan integriti dalam TLDM pula akan membantu Pegawai dan Bintara Bahagian dalam usaha untuk menjaga kebajikan anggota di bawah kepimpinan mereka. Di dalam pelan ini TLDM menggariskan SB TLDM sebagai satu mekanisme bagi membudayakan integriti oleh Pegawai dan Bintara Bahagian dalam menguruskan anggota di sesebuah organisasi.

a. Perwatakan Tentera. Perlakuan dan akhlak yang murni selaras dengan peranan dan tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Selain dari itu perwatakan tentera adalah melaksanakan tugas dengan penuh kejujuran dan tidak mementingkan diri sendiri dan sedia berkorban apa sahaja sama ada harta atau nyawa sekalipun demikian mempertahan maruah ketenteraan.

b. Pergaulan & Esprit de Corps. Hubungan antara anggota yang amat kuat dan mempunyai semangat kekitaan atau setia kawan yang amat kuat dalam organisasi.

c. Tatasusila. Merupakan sikap yang mencerminkan adat sopan santun dan budi pekerti yang baik dalam diri anggota, walaupun sikap tegas diterapkan membentuk keperibadian dalam ketenteraan.

d. Pemerintahan & Tadbir Urus yang Baik. Menanamkan azam untuk terus berlatih dan berusaha meningkat kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing serta meningkatkan tadbir urus dalam organisasi. Ini adalah penting bagi memastikan TLDM sentiasa dilandasan profesionalisme, efisien dan efektif.

e. Kewibawaan & Kualiti Kepimpinan. Pemimpin di pelbagai peringkat terus menguatkuasakan peraturan dan disiplin di kalangan anggota. Selain dari itu para pemimpin di pelbagai peringkat juga mampu dijadikan contoh teladan atau role model dalam menghayati disiplin ketenteraan di kalangan anggota.

f. Amanah. Sifat kebolehpercayaan yang perlu diwujudkan dalam diri anggota dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang diberi.

2. Penerangan bagi setiap mekanisme pembudayaan integriti dalam TLDM seperti berikut:

g. Pengetahuan & Kemampuan. Anggota TLDM haruslah mempunyai kemahiran dan kemampuan yang tinggi sesuai dengan peranannya mempertahankan negara. Hal ini dapat dijelaskan apabila seseorang anggota itu adalah mahir dalam operasi tempur atau manuver atau sentiasa peka serta mampu menghadapi segala ancaman yang membahayakan dan kelangsungan hidup bangsa dan negara. Anggota TLDM juga harus memiliki kemampuan berfikir, matang serta bertanggungjawab terhadap keselamatan bangsa dan negara serta berfikir dan bertindak secara komprehensif, kreatif, produktif, efektif dan memiliki semangat juang yang tinggi.

h. Tatacara Pemakaian Tentera. Setiap anggota TLDM akan disertakan dengan uniform tentera namum pemakaian yang betul akan memperlihatkan kesegakan kekemasan dan keterampilan sebenar anggota tentera.

i. Agama & Adat Resam. Anggota TLDM diberi kebebasan dalam beragama dengan kepercayaan kepada Tuhan dan kebiasaan yang lazim dilakukan sejak turun-temurun dengan harmoni dan tolarensi.

k. Aktiviti Regimental. Merupakan aktiviti yang dicipta oleh pemerintah untuk mengekalkan tradisi dan adat resam ketenteraan. Aktiviti regimental juga melibatkan sesuatu penugasan ketenteraan yang dilaksanakan melalui sistem yang tetap dan teratur yang diwarisi berabad lamanya tetapi masih sesuai mengikut perkembangan dan peredaran semasa.

l. Aktiviti Sukan. Dijadikan aktiviti harian dan penglibatan anggota akan mampu melahirkan anggota yang sihat tubuh badan, cergas dan minda yang baik untuk melaksanakan tugas yang dipertanggingjawabkan.

m. Penyuburan Nilai & Ethos Ketenteraan. Sentiasa menghargai dan mempertabatkan anggota yang memberikan sepenuh kehidupan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang disandang sepanjang berkhidmat.

n. Mendekati Anggota Bawahan. Peringkat atasan atau yang terkanan perlu sentiasa menghampiri anggota bawahan dalam memahami kebajikan, keperluan dan permasalahan yang disembunyikan oleh anggota dan ini menyebabkan kekurangan tumpuan anggota dalam tugas yang diberi.

o. Membenteras Salah Guna Tenaga Manusia. Perbuatan atau tindakan anggota TLDM yang tidak menggunakan sesuatu sebagaimana yang sepatutnya.

Ini membuat anggota hilang pertimbangan dan menggunakan kekerasan dalam tindakan.

KRITERIA

Dalam dokumen PELAN INTEGRITI ORGANISASI (Halaman 21-25)

Dokumen terkait