• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4 - KA W ASAN KAHAN DAN UNIT UNTUK ANALISIS:

4.4 Fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Pihak Berkuasa Tempatan seperti yang dimaksudkan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ertinya "Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran/Majlis Daerah, mengikut mana yang berkenaan dan berhubung dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah Seksyen 3 Akta lbukota Persekutuan, 1960". Pihak berkuasa tempatan ada1ah satu badan yang diwujudkan me1alui perundangan dan aktivitinya terhad kepada kuasa-kuasa dan tugas-tugasnya yang diperuntukkan di dalam undang-undang tersebut. Jika mereka bertindak tanpa menurut undang-undang itu, tindakan adalah ultra vires ( di luar kuasa) dan mahkamah boleh menghalangnya. Prinsip ini merupakan asas yang menentukan status fungsi kerajaan tempatan. Akta Kerajaan Tempatan 1976 menggariskan banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ini termasuklah fungsi-ti.mgsi mandatori dan juga berdasarkan atas budi bicara (discretion) sesebuah penguasa itu. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan

boleh menerima fungsi tambahan dengan mengadakan undang-undang berkenaannya. Terdapat empat jenis fungsi yang lazim dijalankan oleh sesebuah pihak berkuasa tempatan iaitu fungsi:

(a) Perlindungan - iaitu kawalan atas keselamatan dan kesihatan awam. Ini termasuklah perlindungan individu daripada berbagai bahaya yang boleh dikaitkan dengan kesihatan awam harta benda, atau perkhidmatan pembersihan;

(b) Awam (communal)- iaitu fungsi yang memberi faedah kepada semua. Ini termasuklah alam sekitar iaitu usaha mewujudkan keadaan ekologi yang seimbang seperti perancangan guna tanah yang optimum dan mengadakan keadaan lanskap yang baik serta kawasan rekreasi iaitu mengadakan kemudahan-kemudahan sosial yang mencukupi untuk membolehkan penduduk menjalankan kegiatan riadah;

(c) Individu- iaitu fungsi yang melibatkan pemberian perkhidmatan bantuan secara terus kepada orang persebrangan seperti kebaj ikan;

~ I

(d) Perdagangan- iaitu melibatkan aktiviti-aktivit yang mendatangkan hasil kepada penguasa tempatan serta memesatkan ekonomi setempat. Walau baaimanapun ini agak terhad dan hanya pihak berkuasa yang benar-benar berupaya dari segi tenaga dan kewangan berani menerokai aktiviti ini.

Penyelarasan tanggungjawab di antara Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu diberi perhatian dalam mencari kesepakatan antara satu sama lain. Bila wujud dua pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk merancang dan mengawal pembangunan maka terbitlah isu-isu yang boleh membawa kepada konflik di antara kedua-duanya. Akta 172 membuat beberapa peruntukkan khusus bagi menangani perkara ini. Sebagai contoh dalam aktiviti kawalan perancangan walaupun kuasa memberi kebenaran merancang terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa perancang tempatan, ia terbatas apabila terdapat arahan-arahan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri terhadap perkara itu. Walau bagaimanapun, bagi mencapai suatu kesepakatan dalam pentadbiran, pihak-pihak berkuasa yang terlibat seharusnya mengamalkan sikap saling berunding. Dalam hubungan ini, pihak

berkuasa perancang tempatan seharusnya membuat rujukan dan mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa negeri seperti berikut:

(a) Terdapat sesuatu pembangunan itu akan mengakibatkan percanggahan atau menjejaskan perlaksanaan apa-apa dasar yang berlawanan dengan rancangan pemajuan yang telah dikuatkuasakan;

(b) Terdapat cadangan pembangunan yang berlawanan dengan rancangan pemajuan yang telah lama wujud tetapi masih berkuatkuasa; dan

(c) Terdapat pembangunan yang atas sifatnya atau ciri-cirinya atau lokasinya menjadikan ia sebagai berkepentingan Negeri.

Apabila perkara-perkara di atas dipenuhi maka segala keputusan di peringkat tempatan akan sentiasa menuruti·dasar yang ditetapkan di peringkat Negeri. Tugas-tugas asas pi~ak berkuasa tempatan pada amnya seperti yang diperuntukkan di dalam I . ' ,·.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah berkaitan dengan pencegahan, kesihatan awam, melaksanakan perkhidmatan - perkhidmatan pembangunan, melaksanakan semua perkhidmatan sosial. Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) pula, peranan pihak berkuasa tempatan dilihat sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di mana ia bertanggungjawab bagi merancang dan memajukan kawasan pentadbirannya dalam konteks pembangunan nasional.

4.5 Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, kajian ini lebih bertumpu kepada peranan dan sating hubungan PBT-IPT agar dapat merealisasikan ideopolis ini. Daripada huraian dalam bab ini wilayah-bandar Kuala Lumpur sedang melalui fasa pertumbuhan yang amat mencabar. Sumbangan wilayah-bandar Kuala Lumpur dalam pembangunan negara memang sudah diakui sebelum ini tetapi RMKe-1 0 menekankan peranannya

dalam meletakkan Malaysia di landskap global. Peranan PBT dalam pembangunan infrastruktur dan menyediakan kemudahan sememangnya sudah termaktub. Tetapi persoalan yang ingin ditimbulkan dalam kajian ini ialah apakah peranan semasa sesuai dengan hasrat untuk mengerakkan wilayah-bandar Kuala Lumpur ke tahap yang lebih tinggi, iaitu sebagai sebuah ideopolis. Untuk menjawab persoalan seperti yang telah diajukan dalam bah pengenalan tesis ini, maka unit untuk analisis, iaitu PBT akan dikaji secara mendalam. Konteks analisis ini ialah hasrat untuk merealisasikan ideopolis Kuala Lumpur melalui peranan positif PBT dari segi perancanganl pembangunan dan urus tadbir yang melibatkan aktiviti IPT seperti penyelidikan, inovasi serta kerjasama IPT dengan swasta seperti dan pengkomersialan hasil penyelidikan.

BAB5

ANALISIS DATA DAN PENEMUAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-1 0) yang telah dilancarkan dan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen pada hari Khamis, 10 Jun 2010 menggariskan program pembangunan lima tahun negara iai{u dari 2011 sehingga 2015. An tara lain RMKe-1 0 menekankan matlamat untuk mengangkat status wilayah-bandar Kuala Lumpur di mata dunia.

Oleh itu, peruntukan dalam RMKe-1 0 sudah pasti turut melibatkan agihan kepada

: '

pihak-pihak yang berkenaan (PBT dan lain-lain) dalam memastikan matlamat ini tercapai.

Paling utama strategi ini akan memberi fokus kepada pembangunan wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan, yang mana wujudnya Greater Kuala Lumpur (Greater KL) seterusnya memberikan sepenuh perhatian kepada institusi pertumbuhan ekonomi, strategi keupayaan hidup, IPT, sektor swasta (industri), PBT dan sebagainya agar dapat membantu wilayah-bandar Kuala Lumpur merealisasikannya (Kerajaan Malaysia, 2010: 123-135). Namun demikian, adakah Malaysia sudah bersedia melangkah ke arah ideopolis ataupun wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan tersebut? Bagaimana PBT berfungsi dalam menyokong IPT dalam aspek inovasi dan pengkomersialan yang ada kaitannya dengan matlamat untuk menjadikan wilayah-bandar Kuala Lumpur sebuah ideopolis? Bab ini akan menjawab persoalan seperti di atas.

5.2 Kaedah Analisis

Dalam kajian ini, kaedah analisis yang digunakan adalah kaedah diskriptif interpretasi yang akan memerihalkan dan menginterpretasi sejauhmana wilayah-bandar Kuala Lumpur boleh dianggap sebagai ideopolis. Justeru itu, analisis akan memfokus kepada hal-hal yang menjelaskan kolaborasi di antara PBT, IPT dan industri. Namun begitu, unit analisis ialah PBT. Hasil pemerhatian dan juga hasil temubual ditranskrip secara manual kerana proses transkripsi menggunakan perisian Nvivo 7 tidak praktikal. Bahasa temubual dengan responden yang bercampur-campur menyulitkan analisis menggunakan perisian Nvivo 7.

. .

Oleh yang demikian, bagi memudahkan pemahaman mengenai kajian tm, analisis data dan penemuan kajian akan dikelaskan kepada beberapa bahagian supaya ia dapat menjelaskan objektif utama kajian ini. Pengkelasan analisis tersebut adalah seperti analisis pemahaman responden terhadap ideopolis, perletakan IPT dalam pembangunan wilayah, peranan PBT dalam membangunkan kuala lumpur sebagai ideopolis (analisis persepsi PBT terhadap IPT dan analisis persepsi dan penilaian PBT terhadap IPT dan industri sebagai penjana inovasi dan pengkomersialan) serta kekangan dan halangan yang dialami oleh PBT.

5.3 Profil Responden

Para responden merupakan indikator utama dalam memastikan kejayaan kajian ini. Responden-responden mewakili sepuluh PBT yang berkait secara langsung dengan objektif kajian ini. Seperti yang telah dijelaskan dalam Bab 4,

kajian ini melibatkan kawasan wilayah-bandar Kuala Lumpur sahaja maka, beberapa PBT yang berada di luar kawasan tidak diambilkira dalam kajian. Antara PBT yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2. Majlis Bandaraya Shah Alam 3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 4. Majlis Perbandaran Kajang 5. Majlis Perbandaran Klang 6. Majlis Perbandaran Subang Jaya 7. Majlis Perbandaran Sepang 8. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 9. Majlis Perbandaran Seremban 1 0. Maj lis Perbandaran· Nilai

Setiap PBT pula akan mewakilkan pegawai-pegawai yang telah ditetapkan

' '

untuk ditemubual agar maklumat yang diperolehi lebih tepat dan jitu. Setiap responden tersebut memberikan jawapan yang pelbagai hasil daripada soalan yang telah diolah dalam bentuk kualitatif. Jumlah responden yang mewakili PBT adalah seramai tiga belas orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan yang bersesuaian untuk diadaptasikan dalam kajian wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan ini.

Oleh kerana di antara objektif kajian ini adalah untuk mendalami aspek proses dan mekanisme kolaborasi PBT dengan pihak lain maka bilangan responden tidak penting. Tetapi yang penting ialah responden yang mewakili PBT boleh menjelaskan dengan teliti proses dan mekanisme kolaborasi, iaitu pokok persoalan kajian.

Merujuk kepada Jadual 5.1, berikut adalah wakil PBT yang telah memberikan

ke~jasama bagi mendapatkan maklumat kajian iaitu:

Jadual 5.1: Senarai Responden Kajian.

No. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jabatan/ Bahagian (Responden)

1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Pelan Induk

(DBKL) Perancang Bandar

2. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Korporat

3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Penguatkuasaan dan Keselamatan Perancangan Pembangunan 4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Perancangan Korporat dan

Perhubungan A warn

5. Majlis Perbandaran Klang (MP Klang) Rancangan Pembangunan Unit GIS dan Maklumat

Perhubungan A warn 6. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Perancang Bandar 7. Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) Perancangan Korporat 8. Majlis Perbandaran Ampang Jaya Perancang Bandar dan Desa

'(MPAJ) - '

9. Majlis Perbandaran Nilai Perancang Bandar dan Desa I 0. Majlis Perbandaran Seremban Perancang Bandar

5.4 Analisis Pemahaman Responden Terhadap ldeopolis

Semasa temubual ini dijalankan, perbincangan utama tersebut adalah mengenai pemahaman responden tentang ideopolis ataupun wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan. Ia adalah penting agar segala jawapan bagi soalan temubual seterusnya adalah menepati objektif kajian ini. Sebelum sesi temubual berlangsung pada waktu yang ditetapkan, soalan temubual dan penerangan mengenai Jatar belakang ideopolis telah dibcrikan terlebih dahulu supaya mereka lebih bersedia dan memahami konsep kajian ini. Interaksi melalui surat, telefon dan emaiJ melancarkan lagi perhubungan antara penyelidik dan responden, memandangkan jarak antara

kedua-dua belah pihak adalah jauh. Namun demikian, sejauhmanakah pemahaman mengenai konsep ideopolis? Adakah PBT berperanan penting dalam menentukan halatuju wilayah-bandar Kuala Lumpur sebagai wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan?

Berdasarkan kajian yang dijalankan, responden-responden tersebut faham konsep ideopolis dan menyedari kewujudan fenomena ideopolis ini di luar negara.

Namun demikian, responden menyatakan ia merupakan fenomena baru serta masih tidak meluas dibincangkan di Malaysia. Maka, maklumat sepenuhnya mengenai ideopolis masih lagi samar-samar. Justeru itu, terdapat juga seorang responden di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang tidak menyedari perkembangan terkini dalam korpus perancangan bandar, lebih-lebih; dalam hal berkaitan ideopoiis 'ini. Ini bukan sesuatu yang menghairankan kerana responden adalah Penolong Pengarah di Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan. Namun begitu, beliau masih memberikan maklumat semasa perbincangan tersebut dijalankan tetapi, jawapan yang diberikan tidak utuh untuk diadaptasikan dalam analisis ini. Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan tiga PBT ini, yang mana masih mampu menerangkan latar belakang ideopolis serta melihat masa depannya di Malaysia kelak. PBT tersebut adalah terdiri daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Respons Pegawai Perancang Bandar di Jabatan Pelan lnduk DBKL (responden 1) amat menarik pendapatnya. Menurut beliau ideopolis telah tersebar luas di iuar negara dan ia merupakan fenomena yang perlu diberi perhatian supaya wilayah-bandar Kuala Lumpur khususnya, mampu diangkat sebagai wilayah-bandar

yang berasaskan pengetahuan seterusnya menggalakkan pembangunan dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Menurut beliau lagi, hal ini dijelaskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, yang mana menyatakan bahawa trend globalisasi akan mempengaruhi pertumbuhan negara dan peningkatan kepentingan terhadap aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan. Wilayah-bandar Kuala Lumpur juga akan menjadi fokus bagi pembangunan berasaskan pengetahuan dan industri yang tinggi nilai tambahnya. Merujuk Foto 5.1, Foto 5.2, Foto 5.3 dan Foto 5.4, Kuala Lumpur akan terus menampung kemudahan-kemudahan institusi pendidikan (knowledge-based), keagamaan dan kebudayaan. Selaras def!gan statusnya di peringkat nasional dan antarabangsa, institusi dan kemudahan ini perlu ditingkatkan sewajarnya (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2004: 1 ).

Foto 5.1: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah nadi pentadbiran dan pembangunan Wilayah Kuala Lumpur. Dalam RMKe-1 0 ia akan memairikan

peranan penting untuk mencapai matlamat Greater Kuala Lumpur. ·

Foto 5.2: Bangunan Sultan Abdul Samad adalah mercu tanda Kuala Lumpur sebelum Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur City Center (KLCC).

Foto 5.3: Perpustakaan Kuala Lumpur: Gedung Ilmu untuk Masyarakat Setempat.

Foto 5.4: Pengangkutan awam dalam dan antara bandar yang efisien seperti KTM Komuter menyumbang kepada pembangunan Ideopolis.

Selain itu, sesi temubual bersama Responden 4, wakil daripada MPKj, memperlihatkan bagaimana Bandar Baru Bangi, Selangor telah diangkat sebagai

"Bandar Ilmu" dan sekali gus ini boleh mengukuhkan lagi peranan Kuala Lumpur sebagai ideopolis. Ideopolis di luar negara jelas hubungkaitnya dengan bandar raya berhampiran dalam aspek ekonomi dan sosial. Pengiktirafan Bandar Ilmu Bangi ini pada 22 Jun 2008, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu. Sehubungan dengan itu, semua pihak yang berada di sekeliling Bandar Baru Bangi ini harus digemblengkan untuk merealisasikan gagasan ini supaya ianya tidak hanya sekadar suatu slogan tetapi harus dibuktikan dengan program-program serta agenda bertindak bagi membentuk suasana Bandar Ilmu.

Kewujudan Bandar Ilmu Bangi ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan IPT, Institut Kemahiran dan pelbagai Pusat Penyelidikan yang pesat membangun. Maka, pengisytiharan Bandar Ilmu Bangi ini bukanlah satu propaganda tetapi ia akan menjadi titik permulaan dalam Malaysia bagi merealisasikan wilayah-bandar Kuala Lumpur sebagai ideopolis. Dalam kata lain, sudah ada unsur-unsur awal ideopolis yang telah dimulakan di wilayah-bandar Kuala Lumpur. Antara Pusat Pendidikan yang menghasilkan ilmuwan di kawasan tersebut adalah seperti berikut:

1. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) 2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 3. Kolej Komuniti Hulu Langat

4. Universiti Kuala Lumpur Malaysia 5. Kolej Profesional Mara

6 .. Kolej Kejururawatan Dan Kesihatan Masterskill 7. ' Universiti Nottingham Kampus ·

8. Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) 9. Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd

10. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) 11. Institut Kemahiran Belia Negara 12. Kolej New Era

13. Institut Latihan Kehakiman & Perundangan

14. Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) 15. Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)

Selaras dengan itu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui Draf Rancangan Tempatan MPKj 2007-2020 telah menyediakan garis panduan khusus rekabentuk bandar pembangunan 'cyber centre'. Pembangunan 'cyber centre' dicadangkan selaras dengan matlamat pembentukan Bandar Ilmu bagi Konurbasi Bandar Baru Bangi serta melengkapkan pembangunan Multimedia Super Corridor di Putrajaya-Sepang-Bangi. Kawalan pembangunan di pusat bandar Bandar Baru Bangi perlu dibuat dalam memastikan keharmonian bandar dan keselesaan pengguna. Oleh

yang demikian, satu garis panduan khusus disediakan untuk mengawal pembangunan perdagangan serta rekabentuk bandar.

Justeru itu, rekabentuk bangunan moden dan bercirikan 'intelligent building' adalah digalakkan. Ciri-ciri 'intelligent building' melibatkan bangunan atau kompleks yang dapat menghasilkan persekitaran yang lebih produktif dan kos yang efektif melalui penggunaan optimum empat komponen utamanya iaitu struktur, sistem telekomunikasi, perkhidmatan dan pengurusan yang mengawal semua aktiviti dalam bangunan tersebut (Majlis Perbandaran Kajang, 2007: 1-2).. Situasi berkenaan jelas menggambarkan bahawa MPKj mampu membentuk 'Pelaburan fizikal dalam membentuk bandar raya berasaskan pengetahuan' sepertimana yang terdapat dalam salah satu 'daripada sembilan pemacu ideopolis. Jika MPKj melaksanakan lebih banyak perancangan berasaskan pemacu ataupun ciri-ciri ideopolis maka, wilayah-bandar Kuala Lumpur mampu merealisasikan ideopolis kelak. Foto 5.5, Foto 5.6, Foto 5.7 dan Foto 5.8 menggambarkan persekitaran yang pelbagai di bawah jagaan MPKj.

Justeru itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga turut menyedari kewujudan ideopolis pada masa ini. Responden 3 daripada Jabatan Perancangan Pembangunan yang juga merangkap sebagai Penolong Pengarah di jabatan tersebut menyatakan bahawa ideopolis sememangnya telah wujud di luar negara tetapi ia masih tidak diberi sepenuh perhatian di Malaysia. Walau bagaimanpun, MBPJ terus mendokong peranan bagi meningkat pembangunan dan perancangan di kawasan di bawah tadbirannya dengan menjadikan Petaling Jaya sebagai Bandaraya 'Knowledge City'. Pada masa ini banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang sudah

Foto 5.5: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Selangor perlu berperanan dalam merealisasikan Ideopolis Kuala Lumpur walaupun skop tugasnya adalah untuk

Selangor.

Foto 5.6: Penyampaian maklumat yang tepat dan betul penting dalam konteks Ideopolis.

Foto 5.7: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah salah satu institusi penjana dan diseminasi ilmu di kawasan kajian.

Foto 5.8: German-Malaysia Institute (GMI) berperanan dalam mengeluarkan pekerja berkemahiran teknikal.

lama beroperasi dan yang baru bertapak di Petaling Jaya. Program-program pengajian tinggi swasta yang sebahagiannya mengadakan program berkembar dengan IPT di luar negara telah menarik lebih ramai pelajar dari dalam dan luar negara yang kini tinggal di Petaling Jaya untuk menimba ilmu.

Fenomena ini di Petaling Jaya, menuntut agar MBPJ merebut peluang yang ada bagi memartabatkan Bandar Petaling Jaya sebagai 'knowledge city'. Usaha-usaha giat sedang dilakukan bagi membantu golongan ini supaya mereka terus mendapat sokongan daripada MBPJ bagi mengekalkan pelaburannya di Petaling Jaya dan mereka dapat menikmati persekitaran yang menuju kepada sebuah masyarakat beri!mu. Majlis j]lga akan berunding dengan institusi pengajian tinggi di sekitar Petaling Jaya untuk mencafi jalan yang paling baik untuk'merijadikan Petaling Jaya · sebagai "knowledge city". Program-program seperti pementasan teater, 'lifelong learning' dan sebagainya akan diaturkan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi tertentu. Untuk menyokong industri ini sebanyak RM 2.2 juta telah disediakan di dalam bajet 2009 berbanding hanyak RM 1.3 juta sahaja pada tahun semasa (Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 2009: 31). Berikut adalah Foto 5.9 yang menggambarkan bangunan pihak MBPJ yang terletak di Petaling Jaya yang memacu Petaling Jaya dalam menggalakkan pertumbuhan Bandar Petaling Jaya kelak.

Foto 5.9: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mentadbir konurbasi utama Kuala Lumpur (Petaling Jaya) perlu mewujudkan sinergi dengan Kuala

Lumpur.

5.5 Peranan PBT dalam Membangunkan Kuala Lumpur Sebagai Ideopolis 5.5.1 Perletakan IPT Dalam Pembangunan Wilayah

Statistik permohonan pelan dan maklumat perancangan dari pelbagai kategori permohon dijelaskan melalui Jadual 5.2. Situasi ini menggambarkan bahawa maklumat mengenai perancangan di wilayah-bandar mempunyai kepentingan bagi setiap agensi, individu ataupunjabatan-jabatan yang memerlukan. Kategori pemohon yang tertinggi untuk permohonan terse but adalah tergolong daripada pelajar IPT A dan IPTS iaitu sebanyak 318 permohonan. Oleh yang demikian, perancangan terhadap pembangunan wilayah-bandar mesti selaras dan tepat supaya pembangunan wilayah-bandar Kuala Lumpur lebih seimbang serta maklumat yang diberikan kepada komuniti tersebut lebih tepat. Keseimbangan pembangunan tersebut tidak hanya merujuk kepada pembinaan dan perletakan industri, ruang pemiagaan, kemudahan awam dan sebagainya, tetapi ianya haruslah selaras dengan

pembangunan IPT juga. Hasil daripada temubual bersama semua responden di PBT, pihaknya mengambil kira dan menitikberatkan perletakan IPT dan kawasan tersebut dilihat sebagai kawasan "sensitif', memandangkan lambakan IPT di Malaysia mampu menghasilkan komunti yang intelek bagi memacu pertumbuhan negara kelak.

Jadual 5.2: Statistik Permohonan Pelan dan Maklumat Perancangan.

Bil. KA TEGORI PEMOHON JUMLAH PERATUS(%)

PERMOHONAN

1. Agensi Swasta 85 14.5

2. Agensi Kerajaan 31 5.3

3. DBKL 38 6.5

4. Pelajar Sekolah 63 10.8

5. Pelajar IPT AIIPTS 318 54.5

6. Individu , 50 8.5

JUMLAH 585 100

(Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

PBT memberikan komitmen yang tinggi dalam pembangunan perancangan wilayah-bandar, yang mana PBT akan mengambil kira perletakan IPT dan tidak akan mengganggu pembangunan IPT di kawasan tersebut kecuali menerima arahan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun pihak IPT itu sendiri. Pihak PBT juga tidak akan menolak sebarang permohonan untuk pembinaan IPT di mana-mana kawasan tetapi, pihak tersebut perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan PBT.

Keengganan pihak IPT mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT akan menyebabkan permohonan untuk p~mbinaan tersebut akan ditolak. Sebagai contoh, pembinaan IPTS di Shah Alam yang berada di bawah pentadbiran MBSA iaitu Management Science University (MSU). Perletakan IPTS tersebu~ di kenalpasti berada di kawasan sensitif alam sekitar (iaitu kejadian banjir). Permohonan untuk

pembinaan IPTS tersebut tidak ditolak kerana jika permohonan tersebut tidak diluluskan kawasan tersebut akan menjadi terbiar dan terpinggir jauh dari arus pemodenan. Walau bagaimanapun, pihak MBSA tidak akan meluluskan dengan sewenang-wenangnya kerana MBSA akan menilai kembali sejauhmana pro dan kontra perletakan MSU di kawasan tersebut serta mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengatasi bencana banjir tersebut. Permohonan untuk pelan pembangunan dapat dilihat di Carta 5.1.

Selain itu, berdasarkan temubual bersama responden MP Sepang, perletakan IPT akan ditetapkan oleh pihak MP Sepang sendiri sebelum memberi kebenaran merancang untuk penubuhan IPT._ Pemaju juga dikehendaki melantik konsultan dalam melak~anakan , penubuhan IPT dan sijil layak menduduki (C:F) akan dikeluarkan. Sebagai contoh ialah proses pembinaan Kolej Teknologi Timur, Sepang. Justeru itu, penubuhan IPT di sekitar pentadbiran MBPJ perlu mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam Akta Kerajaan 171 dan MBPJ perlu mendapat kelulusan daripada agensi luar seperti Polis dan Bomba serta Kementerian

Selain itu, berdasarkan temubual bersama responden MP Sepang, perletakan IPT akan ditetapkan oleh pihak MP Sepang sendiri sebelum memberi kebenaran merancang untuk penubuhan IPT._ Pemaju juga dikehendaki melantik konsultan dalam melak~anakan , penubuhan IPT dan sijil layak menduduki (C:F) akan dikeluarkan. Sebagai contoh ialah proses pembinaan Kolej Teknologi Timur, Sepang. Justeru itu, penubuhan IPT di sekitar pentadbiran MBPJ perlu mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam Akta Kerajaan 171 dan MBPJ perlu mendapat kelulusan daripada agensi luar seperti Polis dan Bomba serta Kementerian