Jadual 3.2: Perolehan Data Kajian secara Pemerhatian
3.2.3 Kaedah Perolehan Data
Pemerolehan data merupakan peringkat yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah kajian.205 Kaedah pemerolehan data menggambarkan bagaimana penyelidik mengumpul data dan dari siapa data itu diperolehi. Penyelidik menggunakan beberapa kaedah untuk tujuan pengumpulan data bagi menyiapkan tesis. Data tersebut diperolehi daripada pelbagai sumber yang umumnya merupakan sumber
203 Ibid.
204
Sharan B. Merriam, Case Study Research in Education A Qualitative Approach (San Francisco: Jossey-Bass, 1990), 21.
pertama di samping pemerolehan data dari sumber kedua. Oleh yang demikian, tesis ini diharap mempunyai nilai yang boleh dipertanggungjawabkan dari sudut objektif dan sah daripada segi status sebagai hasil penulisan ilmiah.
Penyelidik juga berusaha menerokai, mencari, mengumpul dan melakukan pentafsiran terhadap data-data yang telah dikumpulkan. Untuk memperolehi data-data yang relevan, beberapa sumber dikumpulkan oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisa dokumen. Hal ini bertepatan dengan penyelidikan kualitatif yang memerlukan tiga jenis pengumpulan data iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.206 Penggunaan pelbagai teknik pengumpulan data dapat memberi triangulation atau pengukuhan data.207 Perkara ini selari juga dengan pendapat Sabitha yang menyatakan bahawa pengumpulan data boleh menggunakan satu cara pengumpulan data atau secara gabungan kerana lebih banyak cara pengumpulan data maka dapat memperolehi dapatan kajian yang lebih jitu.208
3.2.3.1 Temu bual Mendalam
Penyelidikan kualitatif banyak bergantung kepada temu bual untuk mengumpul maklumat.209
De Marrais mendefinisi temu bual sebagai suatu proses perbualan antara penyelidik dan peserta kajian yang memberi fokus perbincangan kepada soalan kajian yang berkaitan dengan kajian tersebut.210
Temu bual juga berhubung rapat dengan pemerhatian dan menjadi sumber utama bagi mengumpul data dengan menemu bual
206 Sabitha, Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik, 83.
207
Marohaini, “Pertimbangan Kritikal dalam Pelaksanaan Kajian Kes Secara Kualitatif,” 88.
208 Sabitha, Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik, 155.
209Othman Lebar, Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada teori dan Metod (Tanjong Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2009), 119.
210
DeMarrais, K. “Qualitative interview studies: learning trough experience,” In Qualitative Research A Quide to Design and Implementation, K. deMarrais & S.D. Lapan ed., F.merriam, (Mahwah, NJ: Erlbaum, 2004), 55.
tokoh-tokoh atau orang perseorangan. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan keterangan secara lisan dari peserta kajian secara berhadapan atau bersemuka. 211
Terdapat tiga jenis temu bual yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk mengumpulkan data iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi berstruktur, temu bual tidak berstruktur. Temu bual berstruktur bermaksud penyelidik telah menemu bual peserta kajian menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan berdasarkan objektif kajian. Jenis temu bual kedua pula ialah temu bual semi berstruktur. Temu bual ini adalah gabungan temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam temu bual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan yang dikemukakan adalah terbuka dan mengikut budi bicara penyelidik dan peserta kajian untuk dikembangkan. Seterusnya temu bual tidak berstruktur pula bermaksud penyelidik meneroka dengan terperinci sesuatu situasi untuk meningkatkan pengetahuannya sendiri. Maka soalan-soalan yang dikemukakan untuk temu bual jenis ini menggunakan soalan terbuka yang tidak terikat dengan jawapan tertentu.212
Sehubungan dengan itu, penyelidik melaksanakan temu bual semi berstruktur yang mendalam dengan pensyarah Tamadun Islam di IPG Lembah Klang untuk mendapatkan data mengenai pelaksanaan pengajaran Tamadun Islam di IPG Lembah Klang. Temu bual yang dijalankan oleh penyelidik secara bersemuka iaitu menemu bual sebanyak dua kali secara langsung dengan peserta kajian. Melalui temu bual secara langsung ini, penyelidik dapat beramah mesra, melihat emosi yang dizahirkan dan memberi penjelasan sekiranya soalan yang dikemukakan kurang jelas.213 Data temu bual diperolehi adalah berdasarkan soalan-soalan kajian yang diutarakan kepada
211
Koentjaraningrat, Metode-Metode Penelitian Masyarakat (Jakarta: P.T.Gramedia, 1986), 7.
212Othman Lebar, Penyelidikan Kualitatif Pengenalan kepada Teori dan Metod, 122-124.
mereka yang terlibat. Temu bual ini penting bagi melengkapkan kajian, khususnya dalam bab dua, tiga, empat dan lima.
3.2.3.2 Pemerhatian Pengajaran
Menurut Sabitha, pemerhatian digunakan bagi mengungkap data sebagai metod ilmiah melalui kaedah pengamatan terhadap perkara-perkara yang sedang berlangsung. Ia juga salah satu cara mengumpul data tanpa melibatkan komunikasi secara langsung dengan peserta kajian. Penggunaan kaedah ini bertujuan melengkapkan data yang diperolehi melalui penggunaan kaedah-kaedah yang lain. 214
Othman Lebar pula menyatakan bahawa metod yang sangat penting dalam penyelidikan kualitatif ialah pemerhatian. Pemerhatian merupakan perkara yang dilakukan setiap hari sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Walau bagaimanapun pemerhatian ’orang biasa’ dengan pemerhatian seorang penyelidik adalah berbeza. Oleh itu, seorang penyelidik dapat melatih dirinya agar mahir dalam metod ini dengan menjadi pemerhati di tempat awam, pemerhati dalam tugas atau latar sosial yang lain, menonton filem atau pita video, dan belajar daripada penyelidik yang berpengalaman.215
Tujuan pemerhatian adalah untuk merekodkan perlakuan yang sedang berlaku. Kebiasaannya rekod pemerhatian dirujuk sebagai nota lapangan yang mencatatkan apa yang diperhati tanpa konkrit. Bagi mendapatkan kesahan dan keboleh percayaan kajian yang dijalankan, pemerhatian dilakukan bersama temu bual dan analisis dokumen agar data yang diperolehi dapat diriangulasikan. Semua deria terlibat seperti deria bau, dengar, sentuh dan rasa dalam metod pemerhatian. Pemerhatian merupakan
214 Ibid., 151.
perlakuan merekod fenomena yang biasanya menggunakan instrumen, dan merakamkannya untuk tujuan saintifik.216
Melalui metod ini, penyelidik dapat meneliti secara keseluruhan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam di keempat-empat IPG. Hasil pemerhatian secara tidak langsung tersebut mengukuhkan data temu bual yang diperolehi.
3.2.3.3 Analisa Dokumen
Analisis dokumen ialah cara pengumpulan data dengan melakukan penyelidikan terhadap dokumen-dokumen yang ada kaitannya dengan masalah yang diteliti.217
Analisis dokumen juga merupakan satu kaedah untuk memahami sejarah serta konteks persekitaran tempat kajian. Kajian ini dilakukan berpandukan dokumen-dokumen yang relevan. Seterusnya maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen yang dikaji dapat menyokong data temu bual dan pemerhatian sesebuah kajian.218 Antara dokumen yang digunakan dalam kajian ini ialah sukatan pelajaran Tamadun Islam KPLI SR, rancangan pengajaran semester, soalan tugasan pelajar, dan minit mesyuarat jabatan. Menurut Merriam, dokumen merupakan data yang baik berbanding temu bual dan pemerhatian bagi pelbagai sebab yang hendak dikaji.219
Terdapat dua jenis dokumen yang biasa digunakan dalam kajian kualitatif iaitu rekod awam dan dokumen peribadi.220 Seorang penyelidik hendaklah kreatif meneroka dokumen yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian.221
216
Ibid., 110-111.
217 Abdul Halim Mat Diah, Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi (Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1987), 115.
218Merriam, Qualitative Research A Quide to Design and Implementation,150.
219
Ibid., 155.
220 Ibid., 140.
Menurut Patton, analisis dokumen ialah “Content analysis requires considerably more than just reading to see what’s there”.222 Terdapat beberapa perkara penting yang seringkali gagal dijelaskan oleh penyelidik tentang analisis dokumen ialah tujuan dari analisis dokumen, apakah dokumen yang dianalisis cukup, apa yang dicari dari dokumen yang dianalisis, apakah sama dengan central theme yang dikaji dari teknik pengumpulan data yang lain, di mana data atau contoh data dari analisis dokumen disimpan di tesis atau disertasi dan apa makna dari data yang diperolehi dari dokumen, bagaimana data itu dibandingkan dengan data yang diperoleh dari sumber lain.223