• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dengan kajian takhrῑj, kita dapat mengetahui sama ada seseorang perawi meriwayatkan ḥadῑth itu secara berseorangan atau ada perawi lain yang turut

HAMKA DAN TAFSIR AL-AZHAR

3.1.5 Karya-Karya Hamka

Hamka meninggalkan banyak karya yang ditulisnya sepanjang hayatnya. Berikut adalah antara karya beliau dalam pelbagai kategori :

Agama

1. Khatib al-Ummah jilid 1, 2 dan 3 ( 1925, 1926,1927 M ).

2. Pembela Islam ( 1929 M ).

3. Adat Minangkabau Dan Agama Islam ( 1929 M ).

4. Ringkasan Tarikh Umat Islam ( 1929 M ).

5. Kepentingan Melakukan Tabligh ( 1929 M ).

6. Hikayat Isra͛ dan Mikraj ( 1930 M ).

7. Arkanul Islam ( 1932 M ).

8. Mati Mengandung Malu ( 1934 M ).

9. Pedoman Mubaligh Islam ( 1937 M ).

10. Di Dalam Lembah Kehidupan ( 1939 M ).

11. Agama Dan Wanita ( 1939 M ).

12. Tasauf Moderen ( 1939 M ).

13. Falsafah Hidup ( 1939 M ).

14. Lembaga Hidup ( 1940 M ).

15. Lembaga Budi ( 1940 M ).

57 16. Islam Dan Demokrasi ( 1946 M ).

17. Negara Islam ( 1946 M ).

18. Revolusi Agama ( 1946 M ).

19. Falsafah Ideologi Islam ( 1950 M ).

20. Keadilan Sosial Dalam Islam ( 1950 M ).

21. Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad ( 1952 M ).

22. Sejarah Umat Islam 1, 2, 3 dan 4 ( diterbitkan jilid demi jilid dari 1938 M hingga 1955 M ).

23. Pelajaran Agama Islam ( 1956 M ).

24. Cemburu / Ghirah ( 1949 M ).

25. Soal Jawab (1960 M ).

26. Pandangan Hidup Muslim ( 1960 M ).

27. Studi Islam ( 1973 M ).

28. Himpunan Khutbah-Khutbah ( 1973 M ).

29. Mengembalikan Tasauf Ke Pangkalnya ( 1973 M ).

30. Doa-Doa Rasulullah ﷺ ( 1974 M ).

31. Islam Dan Kebatinan ( 1972 M )

32. Cita-Cita Kenegaraan Dalam Ajaran Islam ( 1970 M ).

34. Hak-Hak Asasi Manusia Dipandang Dari Segi Islam ( 1968 M ).

58 35. Dari Dalam Lembah Cita-Cita28

36. Bohong Di Dunia ( 1952 M ).

37. Sejarah Islam Di Sumatera ( 1953 M ).

38. Tafsir Al-Azhar jilid 1-30 ( diterbitkan secara beransur-ansur sehingga 1981 M ).

Novel

1. Si Sabariyah ( 1928 M ).

2. Laila Majnun ( 1932 M ).

3. Di Bawah Lindungan Kaabah ( 1936 M ).

4. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ( 1937 M ).

5. Tuan Direktur ( 1939 M ).

6. Dijemput Mamaknya ( 1939 M ).

7. Keadilan Ilahi ( 1939 M ).

8. Merantau Ke Deli ( 1940 M ).

9. Terusir ( 1940 M ).

Biografi Dan Kisah Hidup

2. Mandi Cahaya Di Tanah Suci ( 1950 M ).

3. Mengembara Di Lembah Nil ( 1950 M ).

4. Di Tepi Sungai Dajlah ( 1950 M ).

28 Ini catatan Rusydi Hamka. yang meletkan judul ini dalam senarai buku yang pernah ditulis oleh Hamka. Pengkaji tidak dapat mencari tahun terbit buku ini. Judul ini memiliki persamaan dengan judul Di Lembah Cita-Cita yang diterbitkan pada tahun 1952. Ada kemungkinan ini merujuk kepada buku yang sama.

59

5. Kenang-Kenangan Hidup jilid 1, 2, 3 dan 4 ( 1950 M ).

6. Empat Bulan Di Amerika jilid 1 dan 2 ( 1953 M ).

Terjemahan

1. Margaretta Gauthier ( 1940 M ).

Lain-lain

1. Revolusi Fikiran ( 1946 M ).

2. Merdeka ( 1946 M ).

3. Dibandingkan Ombak Masyarakat ( 1946 M ).

4. Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi ( 1946 M ).

5. Muhammadiyah Melalui Tiga Zaman ( 1946 M ).

6. Sesudah Naskhah Renville ( 1947 M ).

7. Pidato Pembelaan Tiga Mac ( 1947 M ).

8. Menunggu Beduk Berbunyi ( 1949 M ).

9. Peribadi ( 1950 M ).

11. Di Lembah Cita-Cita ( 1952 M ).

12. Urat Tunggang Pancasila ( 1952 M ).

13. Pengaruh Ajaran Muhammad Abduh Di Indonesia ( 1958 M ).

14. Dari Perbendaharaan Lama ( 1963 M ).

15. Lembaga Hikmat ( 1963 M ).

60 16. Ekspansi Ideologi ( 1963 M ).

17. Sayid Jamaludin Al-Afghani ( 1966 M ).

18. Fakta Dan Khayal Tunku Rao ( 1970 M ).

19. Muhammadiyah Di Minangkabau ( 1975 M ).

Dalam buku 70 Tahun Kenang-Kenangan Buya Hamka, jumlah buku yang diterbitkan atas nama beliau ialah 113 buah. Berdasarkan senarai buku yang tercatat dalam buku Rusydi Hamka pula iaitu Hamka Pujangga Islam, jumlah buku yang dikarang oleh Hamka ialah 118 buah buku. 29Perbezaan jumlah ini berlaku kerana cetakan pertama buku 70 Tahun Kenang-Kenangan Buya Hamka diterbitkan terlebih dahulu pada tahun 1976 semasa hayat Hamka masih hidup, sedangkan buku Hamka Pujangga Islam diterbitkan pada tahun 1983 iaitu selepas kematian Hamka. Dalam tempoh itu, ada beberapa buah buku Hamka yang telah diterbitkan sehingga menjadikan jumlahnya bertambah kepada 118 buah. Senarai yang ditulis oleh Rusydi Hamka juga sebenarnya tidak lengkap kerana masih banyak lagi buku Hamka yang telah diterbitkan tetapi tidak terdapat dalam senarai itu.30 Senarai itu tidak lengkap berkemungkinan kerana Rusydi Hamka tidak melakukan semakan semula terhadap buku beliau setelah menerbitkannya buat pertama kali pada tahun 1983.

Berdasarkan senarai di atas, buku-buku Hamka boleh dibahagikan sebagai berikut :

1. Agama – 38 buah ( 52.8 % )

2. Novel – 9 buah ( 12.5 % )

3. Biografi dan perjalanan hidup – 6 buah ( 8.3 % )

4. Lain-lain – 19 buah ( 26. 4 % )

29 Lihat Solihin Salam et.al, 70 Tahun Kenang-Kenangan Buya Hamka, bandingkan dengan Rusydi Hamka, Pujangga Islam.

30 Contoh buku yang tidak terdapat dalam senarai yang telah disebutkan oleh Rusydi Hamka ialah buku yang bertajuk Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor.

61 Jumlah keseluruhan = 72 buah31

Kategori buku yang paling banyak ditulis oleh Hamka ialah buku-buku yang berkaitan bidang agama iaitu berjumlah 38 buah ( 52.8 %). Buku-buku yang ditulis dalam kategori ini meliputi bidang tafsir, sejarah, falsafah, tasawuf dan lain-lain. Buku beliau yang dianggap sebagai karya monumental beliau dalam bidang agama ialah Tafsir Al-Azhar.32 Walau bagaimanapun, beliau tidak menulis sebarang buku khusus dalam bidang ḥadῑth. Hal ini tidaklah menghairankan kerana beliau sendiri tidak memiliki latar belakang pengajian dalam bidang ḥadῑth. Pada masa yang sama, bidang ḥadῑth juga belum begitu popular di Indonesia ada zamannya. Akan tetapi, beliau ada menyentuh beberapa isu dalam bidang ḥadῑth dalam tulisan-tulisannya secara sepintas lalu sahaja.

Kategori buku kedua yang paling banyak ditulis oleh Hamka ialah novel iaitu sebanyak 9 buah (12.5 % ). Penglibatan Hamka dalam penulisan novel pada mulanya mendapat kritikan kerana pandangan masyarakat yang sukar untuk menerima bahawa orang agama boleh menulis novel. Novel- novel beliau mengandungi kritikan sosial terhadap situasi masyarakat di zamannya. Penulisan novel adalah satu cara kreatif bagi Hamka untuk menarik minat masyarakat di zamannya terhadap isu-isu yang dibangkitkannya. Walau bagaimanapun, novel-novel beliau juga terdedah kepada kontroversi. Antaranya novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck pernah dikritik sebagai menciplak karya Manfaluthi.

Kritikan ini berlaku kerana dua sebab. Pertama kerana terdapat beberapa persamaan plot dalam karya mereka. Kedua, kritikan ini sebenarnya untuk menjatuhkan kredibiliti Hamka kerana beliau menyokong parti Masyumi yang tidak pro pemerintah. Pengkaji berpandangan dalam isu ini ialah Hamka tidak menciplak karya tersebut kerana Hamka menulis novel tersebut berdasarkan latar Indonesia. Hanya beberapa plot dalam cerita beliau yang sama dengan karya Manfaluthi itu. Istilah yang lebih tepat ialah penulisan Hamka dalam novel

31 Jumlah keseluruhan buku yang terdapat dalam kajian ini tidak mencapai 118 buah kerana pengkaji menganggap buku-buku yang memiliki banyak jilid seperti Tafsir Al-Azhar dan Kenang-Kenangan Hidup sebagai sebuah buku manakala Rusydi Hamka menyenaraikannya sebagai buku yang berasingan.

32Tafsir Al-Azhar akan dibahas dibawah sub topik yang khusus tentang tafsir tersebut.

62

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dipengaruhi oleh karya Manfaluthi. Tambahan lagi, tuduhan ciplak itu sebenarnya lebih bermotifkan politik kerana datangnya dari penyokong parti pemerintah ( Parti Komunis Indonesia ) dan bersifat bias.33

Buku-buku Hamka terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama ialah buku-buku yang ditulis oleh Hamka sendiri. Judul buku-buku dan isi-isi dalam buku-buku kategori ini disusun oleh dirinya sendiri. Kebanyakan buku-buku dalam kategori pertama ini diterbitkan semasa beliau masih hidup sehingga 24 Julai 1981.Contohnya buku-buku seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Tafsir Al-Azhar.. Kategori kedua ialah buku-buku yang diterbitkan dengan mengumpulkan tulisan-tulisan Hamka dalam pelbagai medium penulisan. Ada antara buku-buku ini yang diterbitkan semasa Hamka masih hidup tetapi kebanyakannya diterbitkan selepas beliau meninggal dunia. Justeru sebahagian judul dan isi-isi dalam buku kategori ini tidak disusun oleh Hamka tetapi oleh penyusun lain. Contohnya buku yang bertajuk Membahas Kemusykilan Agama yang disusun oleh Rusydi Hamka. Usaha pengumpulan dan penyusunan karya-karya Hamka ini dilakukan oleh Rusydi Hamka dengan bantuan ahli keluarga Hamka, sahabat-sahabatnya yang masih hidup dan beberapa syarikat penerbitan buku. Pada masa yang sama, Rusydi Hamka mengakui bahawa masih banyak lagi karya Hamka yang belum dibukukan. Antaranya siri tulisan Hamka dalam majalah Panji Masyarakat seperti Pandangan Hidup Muslim, Dari Hati ke Hati, Dakwah Islam dan sebagainya.34

Usaha untuk mengumpulkan karya-karya beliau bukanlah suatu usaha yang mudah, kerana karya-karya Hamka tidak disimpan secara sistematik sewaktu beliau masih hidup. Di samping itu, terdapat juga karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit yang tidak lagi wujud. Tulisan Hamka yang terakhir, berjudul „ 17 Ramadhan 1401 ‟ dimuatkan dalam buku

33 Kamal Azmi Abd Rahman Syarifah Nur Aminah Che Kassim, Idea-Idea Kritikan Sosial Hamka Dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, hlm. 4.

34Ibid., hlm. 389

63

yang bertajuk Kesepaduan Iman Dan Amal Salih. Tulisan ini ditulis beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia pada 22 Ramadhan 1401.35

Antara karya Hamka yang hilang dan baru sahaja diterbitkan semula ialah sebuah tulisan yang bertajuk Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor. Buku ini tidak terdapat dalam mana-mana daftar buku yang pernah diterbitkan sepanjang hayatnya. Buku ini pernah diterbitkan oleh Persatuan Muhammadiyah Singapura pada tahun 1958 dalam bentuk tulisan jawi. Tulisan ini ditulis oleh Hamka dalam tempoh 5 hari untuk menjawab kritikan Mufti Johor ketika itu, Syeikh Tahir Alwi Al- Haddad yang dimuatkan dalam media cetak “ Semenanjung “ bertarikh 14Julai 1958. Kenyataan mufti ini ialah respon terhadap buku Ibadah Rasulullah karya Abū Bakar Asyaari.36

Oleh sebab tempoh meninggalnya Hamka masih belum mencecah 50 tahun, menurut undang-undang hakcipta, waris-waris beliau masih berhak menerima royalti daripada buku-bukunya. Pada masa dahulu, warisnya yang menguruskan urusan penerbitan karya beliau ialah Rusydi Hamka, anak kedua beliau. Di Malaysia, penerbit yang telah diberi kebenaran untuk menerbitkan buku-buku Hamka yang telah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia ialah Pustaka Dini. Setelah kematian Rusydi Hamka, kebanyakan buku Hamka telah diterbitkan oleh syarikat PTS.