• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH KAJIAN 3.1 Pengenalan

3.7 Kebolehpercayaan Data

Kebolehpercayaan data dilakukan dengan uji kredibiliti data kajian ke atas budaya kerja etnik kakitangan awam etnik Minangkabau, etnik Mandailing, dan etnik Jawa, maka dilakukan langkah-langkah antaranya mengguna kaedah ketekunan pemerhatian dan kaedah triangulasi.

3.7.1 Kaedah Pemerhatian

Kajian ini mencari perkara-perkara, unsur-unsur atau maklumat-maklumat dalam situasi yang relevan dengan persoalan kajian. Kemudian pengkaji memfokus perkara-perkara tersebut secara lebih terperinci guna memperoleh hasil yang sesuai dengan objektif kajian. Dengan kata lain dalam penulisan data dilakukan sejak mula pemerhatian tidak ikut serta di lapangan secara berterusan. Hasil dapatan ditelaah dan dianalisis secara mendalam sampai pada suatu titik tepu. Pemerhatian ikut serta dilakukan secara berstruktur disesuaikan dengan objektif kajian. Pemerhatian ikut serta dilakukan dengan panduan yang dibuat dari instrumen kajian ini.

Hasil pemerhatian ikut serta dibuat dalam nota dan dikumpulkan serta dilakukan pengolahan data. Oleh itu, kesimpulan sementara boleh berubah selama pemerhatian dilakukan termasuk perbaikan ke atas instrumen kajian sehingga data yang diperoleh benar-benar sah. Temu bual dijalankan dengan kakitangan awam ketiga-tiga etnik yang dipilih secara rawak ini telah dilakukan secara bersemuka dan perseorangan. Temu bual ini telah dilakukan lebih satu kali berjumpa, dengan melakukan semakan agar data yang diperolehi tinggi kesahannya. Pemerhatian ikut

146

serta difokuskan ke atas budaya kerja ketiga-tiga etnik bagi mencari bentuk budaya kerja positif dan negatif dalam kalangan kakitangan awam itu. Panduan pemerhatian yang berstruktur ini boleh dirujuk pada Lampiran E.

3.7.2 Kaedah Triangulasi

Kaedah triangulasi merupakan kaedah pemeriksaan data yang memanfaatkan sesuatu yang lain di luar data itu bagi keperluan mendapatkan maklumat balas atau sebagai bahan pembanding ke atas data itu.

Triangulasi ini digunakan untuk memperoleh kebolehpercayaan data yang telah diperoleh dalam pengutipan data oleh pengkaji. Kaedah triangulasi menurut Denzin (1994;1995; dan dalam Moleong, 2007) dan Cresswel (2009) dapat meningkatkan dan mengukuhkan kebolehpercayaan data, yang mana triangulasi dapat dilakukan dengan 3 bentuk ialah triangulasi sumber, kaedah penyiasatan dan teori.

Dalam menjalankan kajian ini menggunakan teknik triangulasi sumber, iaitu sumber yang berasal etnik Minangkabau, etnik Jawa dan etnik Mandailing.

Kemudian masing-masing etnik menjadi sumber bagi etnik lain dalam rangka perbandingan dan pemeriksaan semula maklumat ketiga-tiga etnik tersebut.

Di samping itu, perbandingan dan pemeriksaan maklumat dilakukan dengan triangulasi kaedah iaitu, dokumentasi, pemerhatian dan temu ramah secara mendalam (depth interview), kemudian dilakukan member check. Pengkaji menamatkan usaha pengutipan data selepas semua titik tepu maklumat dalam setiap kes.

Member check dilakukan untuk memeriksa lagi maklumat yang telah diperolehi daripada pemberi maklumat yang sama, ke atas maklumat yang telah disampaikan/didedahkan sebelumnya kepada pengkaji.

147

Maklumat yang telah diperoleh sebelumnya tersebut telah dihimpun dan dibuat dalam nota, diperlihat balik kepada pemberi maklumat sama untuk dibaca atau apabila pemberi maklumat ingin dibaca oleh pengkaji maka pengkaji membaca untuk didengar oleh pemberi maklumat tersebut. Selepas itu, pemberi maklumat tersebut boleh menegaskan dan memperkukuh hasil temu ramah sebelumnya ataupun boleh menyampaikan membaiki atau menambahkan lagi yang dianggapnya perlu. Sehingga kenyataan yang diperoleh sememangnya sesuai dengan hasil keterangan dalam temu ramah yang pernah dilakukan oleh pengkaji dengan pemberi maklumat tersebut.

Melalui kaedah ini, pengkaji memilih kakitangan awam yang kompeten dari ketiga-tiga etnik di organisasi kerajaan tempatan Pasaman Barat. Kakitangan awam yang dipilih diberi keutamaan pemberi maklumat yang pernah dilakukan pemerhatian dan temu ramah serta member check sebelumnya.

Jadual 3.2. Profail dan Demografi Informan No Inisial

148

Inisial Nama = Nama disingkat guna kerahsiaan informan

M = Etnik Minangkabau

J = Etnik Jawa

Md = Etnik Mandailing

BKE M = Budaya Kerja Etnik Minangkabau BKE J = Budaya Kerja Etnik Jawa

BKE Md = Budaya Kerja Etnik Mandailing

Bagi mengelakkan subjektif pengkaji, dilakukan nota secara terperinci maklumat yang didedahkan oleh subjek kajian ini. Dalam pencatitan diberi kod terhadap maklumat bentuk budaya kerja etnik yang disampaikan subjek kajian atau pemberi maklumat, kemudian dilakukan peperiksaan balik kepada yang bersangkutan tentang apa-apa yang dicatit oleh pengkaji. Pembuatan sistem koding dalam kajian ini supaya memudahkan pengolahan dan analisis data.

149

Contoh penggunaan sistem koding dalam kajian ini dapat dilihat dalam rajah 3.2 dibawah ini.

Rajah 3.2. Pengunaan Sistem Koding Kajian KA (EM,EMd,EJ)/NR/K (S/P)/J/LJ/M (BKE M/Md/J)

Kakitangan Awam Nombor Kedudukan Jantina Lokasi Maklumat Budaya (EM= Etnik Minangkabau Informan (Staf/Penjawat) Jabatan Kerja

EMd= Etnik Mandailing, Etnik

EJ= Etnik Jawa)

Berdasarkan contoh penggunaan sistem koding di atas dapat dibuat peneranganya iaitu umpama KAEM /1/PIV/1/BKEM, bermakna informan yang ditemu bual merupakan informan pertama berasal dari etnik Minangkabau, berkedudukan sebagai penjawat tingkat IV, lokasi jabatan dalam kajian ini dengan kod 1, memberi maklumat tentang Budaya Kerja Etnik Minangkabau. Apabila dilakukan member check maka ditambahkan lagi dibahagian kanan kod mc.

Selain itu dalam semasa tertentu pengkaji menggunakan gabungan kaedah-kaedah di atas kerana kajian perhubungan antara ucapan lisan yang dicatit oleh pengkaji dengan bahasa tubuh kakitangan awam yang menjadi informan di kerajaan tempatan Pasaman Barat semasa mendedahkan perkara ehwal yang berkenaan panduan panduan temu bual. Kesan daripada kata-kata yang disampaikan bukan lagi berlaku segera. Namun disesuaikan dengan keadaan perkitaran, perkara-perkara lainnya yang berkaitan. Hal ini bagi mengenal pasti bahawa yang disampaikan itu bukan sesuatu perkara yang pura-pura sahaja ataupun jawaban yang berkenaan sahaja. Seperti mana pandangan Blumer (dalam Moleong, 2007) menekankan bahawa penerimaan mestilah dikaji dengan mengambil kira perkaitannya dengan latar dan perkitaran individu.

Temu bual yang dilakukan pengkaji dengan informan turut serta pula para pembantu pengkaji (tenaga lapangan) agar diperoleh data secara menyeluruh.

150

Apabila wujud dalam yang dicatit atau kurang jelas hasil rakam dengan tape recorder atau telefon bimbit maka dilihat perbandingan yang ditulis dalam note book

masing-masing.

Walau bagaimanapun hasil temu bual harus lebih mendalami idea-idea yang diberikan oleh pemberi maklumat. Mengatasi ini pengkaji juga dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda dalam setiap tiga-tiga kumpulan etnik. Penggunaan bahasa ibunda yang lain daripada Bahasa Indonesia untuk penjawat awam dan kakitangan awam etnik Mandailing serta etnik Jawa, dengan penggunaan pembantu pengkaji terlatih yang berasal dari kedua-dua kumpulan etnik. Bentuk panduan dalam proses temu bual yang melaporkan data dalam kajian ini, boleh dirujuk dalam Lampiran A. Bentuk garis panduan temu bual yang dijalankan dengan kumpulan sasaran dalam masyarakat, boleh dirujuk dalam Lampiran B. Pemprosesan data itu panduannya boleh dirujuk dalam Lampiran C.