• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keluar dari kereta dengan dibantu Teknik Asas

TONGKAT SENSOR

Soalan 5. Tongkat putih dapat membantu P & P guru dalam aktiviti Orientasi dan Mobiliti pelajar-pelajar pendidikan khas

25. Keluar dari kereta dengan dibantu Teknik Asas

1. Juru pandu berhenti di hadapan kereta dan memberitahu klien arah kereta (berhenti mengarah ke kiri atau ke kanan klien).

2. Letakkan tangan klien pada pintu yang terbuka.

3. Klien perlu merasai bumbung kereta dan bahagian atas pintu sebelum duduk.

4. Klien akan memusingkan sedikit badan untuk kedua-dua belah kaki klien masuk.

5 Klien perlu memasuki kereta dahulu dengan diikuti oleh juru pandu. Nota:

a. Klien jangan ditolak supaya segera mamasuki kereta.

b. Klien akan meletakkan tongkat ditepi pintu jika tongkat tersebut tidak boleh dilipat.

c. Tentukan tali pinggang keledar telah siap dipasang sebelum kereta bergerak.

25. Keluar dari kereta dengan dibantu Teknik Asas.

1. Juru pandu akan keluar dahulu.

2. Klien akan mengeluarkan kedua-dua belah kaki dahulu. 3. Klien akan memegang bahagian atas pintu sebelum berdiri.

4. Juru pandu akan memegang tangan klien dan terus berdiri pada kedudukan biasa untuk membawa klien.

Nota:

58

b. Untuk tujuan keselamatan, klien adalah penumpang yang pertama masuki ke dalam kereta dan yang terakhir untuk keluar dari kereta.

Refleksi daripada pensyarah IPG Kent, pelajar PISMP pendidikan khas IPG Kent, kakitangan sokongan IPG Kent, guru program inklusif bermasalah penglihatan (Buta) SMK Badin Tuaran, pelajar bermasalah penglihatan (Buta) SMK Badin Tuaran, dan Guru Pendidikan Khas Masalah Ppenglihatan (Buta) SRPKhas Tansau Putatan Kota Kinabalu.

1. Sensorkat vevrate mudah digunakan dan dapat membantu mengesan awal halangan-halangan di hadapan atau di persekitaran semasa aktiviti Orientasi dan Mobiliti.

2. Sensorkat vevrate dapat memberi keseronokkan dan keyakinan serta menarik minat individu buta dalam aktiviti Orientasi dan Mobiliti.

3. Sensorkat vevrate memudahkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran individu buta.

4. Sensorkat vevrate dapat mengaplikasikan teknologi terkini khususnya kepada individu buta.

5. Sensorkat vevrate amat sesuai digunakan dalam program transisi kanak – kanak prasekolah berkeperluan khas ke alam sekolah rendah.

Kesimpulan

Hasil daripada dapatan kajian penggunaan Tongkat putih dan Tongkat Sensor Vevrate, didapati penggunaan tongkat Sensorkat Vevrate lebih berkesan penggunaannya untuk memberi peringatan awal tentang halangan yang akan dihadapi oleh individu masalah penglihatan atau buta semasa amali orientasi dan mobiliti. Dapatan kajian soalselidik ini disokong oleh kajian Lepas (Literature Review) yang telah dilaksanakan di negara luar mengenai teknologi baru untuk masalah penglihatan iaitu tongkat elektronik bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan. Kajian itu menyatakan, walaupun terdapat pelbagai jenis alat bantuan mobiliti elektronik untuk individu yang mempunyai masalah penglihatan dibuat sebagai salah satu alternatif kepada tongkatputih akan tetapi masih terdapat pengguna yang mempunyai keraguan terhadap penggunaan keberkesanan dan kebolehgunaan alat yang baru diperkenalkan ini. Untuk mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan kepercayaan kebolehgunaan dan keberkesanan tongkat elektronik adalah dengan mengadakan satu kajian kes dijalankan untuk mengkaji tahap keboleh gunaan dan keberkesanannya. Tongkat elektronik yang digunakan untuk bahan kajian ini mempunyai sensor (infra-merah, laser

59

dan ultrasonic). Fungsi sensor ini adalah untuk memmberikan informasi kepada pengguna mengenai sekelilingnya. Tongkat elektronik ini di inovasikan untuk mengesan halangan-halangan yang berada di paras lutut dan pada jarak 2 meter. 20 orang informan masalah penglihatan yang mempunyai pengalaman menggunakan tongkat putih dan tidak mempunyai pengalaman menggunakan tongkat putih dikaji yang mana mereka menggunakan 2 jenis tongkat yang berbeza iaitu tongkat putih dan tongkat elektronik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tongkat elektronik adalah lebih berkesan dalam mengesan halangan-halangan diluar jangkauwan daripada tongkat putih. Kedua-dua pengguna yang berpengalaman dan tidak berpengalaman melaksanakan amali orientasi dan mobiliti menggunakan tongkat. (Sung Yeon Kimet.al, 2012).

Panduan cara penggunaan sensorkat vevrate

1. Jelaskan cara penggunaan sensorkat vevrate secara beperingkat-peringkat dengan dengan menggunakan deria sentuh, rasa seperti meraba dan meramas

2. Beri penerangan secara verbal secara mudah difahami

3. Jelaskan cara memegang ulu tongkat sensor vevrate dengan tepat dan kekal

Gambar a.

60

Nota: pastikan cara menggemgam ulu tongkat sensorkat vevrate sentiasa kekal kedudukannya.

Nota: Ulu tongkat sensorkat vevrate mestilah selari kedudukannya dengan sensor yang dipasangkan pada batang tongkat.

Proses membuat Sensorkat Vevrate

Gambar 1 Gambar 2

Gambar 3 Gambar 4 Gambar aktiviti penyebarluasan Sensorkar Vevrate.

61 Gambar 5 Gambar 6 Gambar 7 Gambar 8 Gambar 9 Gambar 10

62

Gambar 11 Gambar 12

BIBLIOGRAFI

Abel. S. 1959. Educating pupils with special needs in the ordinary school. Windsor: NFER-Nelson.

American foundation for the blind. 2001. Facts about blindness. New York: American Foundation for the blind, Inc. http: //www.afb.org/JVIB

Augusto, C.R. & McGraw, J.M. 1990. Humanizing blindness through public education. Journal of Visual Impairment and Blindness 84: 397-400.

Barraga, N. 1983. Teacher's guide for 'Utilization' of low vision. Austin: University of Texas.

Bartram, D. 1992. The personality of UK managers: 16PF norms for short-listed applicants. Journal of Occupational and Organizational Psychology 65: 159-172.

Bina, M.J. 1991. Overcoming current obstacles to our hopes for the future: Lessons from our pioneer ancestors. Journal of Visual Impairment & Blindness 85 (5): 4-10.

Brolin, D.E. 1989. Life Centered Career Education: A Competency Based Approach (3rd.ed.). Reston, V.A.: The Council for Exceptional Children.

Brolin D.E. & Kokaska, C.J. 1979. Career education for handicapped children and youth. Columbus. Ohio: Charles E. Merril.

Burleson, L. 1975. Functional skills in programs for students with mild handicaps. Madison: University of Wisconsin and Madison Metropolitan School District.

DeMario, N. 1990. Non-academic competencies for elementary level students with visual impairments. Toronto: Council for Exceptional Children.

63

Edgar. E. 1987. Secondary programs in special education: Are many of them justifiable? Exceptional Children 53: 555-561.

Hodges. J.S. & Keller, M.J. (1999). Visually impaired students' perceptions of their social integration in college. Journal of Visual Impairment & Blindness 93(7): 153-165.

Independent Living Research Utilization Project. 1978. Final draft. Houston: Texas Institute for Rehabilitation and Research. Lewis, S. & Iselin S.A. 2002. A comparison of the independent living

skills of primary students with visual impairments and their sighted peers: a pilot study. Journal of Visual Impairment & Blindness 96(5): 1-12

Millar. L.R. 1997. Personality assessment of early visually impaired persons using the CPI and the MMPI. Journal of Visual Impairment and Blindness 76: 172-178.

Rusch, F. & Phelps, L.A. 1987. Secondary special education and transition from school to work: A national priority. Exceptional Children 53: 487-92.

Warren, D.H. 1984. Blindness and Early Childhood Development. New York: American Foundation for the Blind.

Wehman, P. & Kregel, J. 1988. Adult Employment Programs: Vocational Education for Persons with Special Needs. Palo Alto, CA: Mayfield: 205-233.

Hill, E.W. (1986)" Orientation and Mobility". In Foundations of Education for Blind and Visually Handicapped Children and Youth: Theory and Practice. New York: American Foundation for the Blind.

Orientation and Mobility for the Visually Impaired. Resource Book. Juliet Stone. (1995). Mobility For Special Needs. British Library

64 OUTSIDE IN Low Kee Sun Teh Ah Huat

Jabatan Sains & Matematik

ABSTRAK

Inovasi ini bertujuan untuk menghasilkan bahan inovasi Outside In bagi meningkatkan kemahiran menolak sebarang dua nombor dengan mengumpul semula. Sesi uji cuba telah dilaksanakan di sebuah sekolah rendah, responden terdiri daripada 7 orang murid tahun 2 yang lemah dalam menguasai kemahiran penolakan dengan mengumpul semula. Didapati secara keseluruhan terdapat peningkatan skor sebanyak 63.1%, peningkatan yang paling ketara berlaku pada murid sederhana dan murid lemah. Ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan inovasi Outside In amat berkesan dalam meningkatkan kemahiran operasi tolak dengan mengumpul semula.

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran Abad ke 21 menekankan penambahbaikan pada reka bentuk organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk KSSR. Inovasi ini telah fokus kepada penambahbaikan pada pedagogi, iaitu inovasi terhadap kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran kemahiran operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula. Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi seseorang murid kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan harian yang memerlukan kemahiran matematik untuk menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik agar mereka boleh menjalani kehidupan dengan lebih terancang dan selesa.Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi

65

tambah. Kemahiran yang ditekanka dalam inovasi ini menolak secara spontan fakta asas tolak. Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit daripada nombor 1 digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit. Inovasi yang dilakukan akan membantu murid-murid menjawab soalan tolak dengan kumpul semula dengan lebih cepat dan lebih yakin.

2.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi inovasi ini adalah murid tahun 2 yang lemah dalam kemahiran penolakan dengan mengumpul semula.

3.0 LATAR BELAKANG

Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan

Sebeluminovasi ini, beberapa kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar penolakan dengan mengumpul semula ialah penggunaan “based ten block” yang diperkenalkan oleh Hiebert dan Wearner (1996), rajah 1 berikut merupakan langkah-langkah dan contoh cara penyelesaian yang ditunjukkan oleh Hiebert dan Wearner tersebut.

Rajah 1 : Cara Penyelesaian Hiebert dan Wearner (1996). Setelah membuat beberapa penilaian terhadap penggunaan “based ten block” tersebut, kami telah mendapati kaedah tersebut melibatkan langkah yang banyak dan memakan masa yang panjang, murid kecil akan mudah terkeliru dan kerap berlaku kesilapan semasa membilang.

Kaedah lain yang digunakan oleh cikgu di sekolah ialah kaedah membilang jari, kaedah ini lambat kerana murid perlu mengimaginasikan nombor yang kena ditolak dalam otak dan teruskan membilang untuk menolak bilangan atau nombor yang perlu ditolak, kaedah ini kurang sesuai kerana murid kecil sukar untuk membuat imaginasi dengan baik. Maka kami telah mengambil keputusan untuk

66

menghasilkan satu inovasi dari segi kaedah dan Bahan Bantu Belajar (BBB) untuk mengajar penolakan dengan mengumpul semula yang mampu mengurangkan langkah penyelesaian dan melibatkan nilai kecil sahaja supaya lebih mudah dikuasai murid.

Inovasi yang dibuat berdasarkan beberapa faktor, iaitu memudahkan langkah yang rumit dan memberikan pengalaman kepada murid untuk merasa seronok seterusnya menimbulkan minat dengan aktiviti belajar sambil bermain yang akan dijalankan melalui penggunaan Outside In tersebut. Murid sering melakukan kesalahan kerana keliru dengan langkah pinjaman (lend) serta penukaran nombor dari satu nilai tempat ke nilai tempat yang lain. Apabila kaedah tradisi digantikan dengan kaedah Outside In, murid tidak menghadapi masalah dalam kumpul semula dan nilai tempat.

4.0 MASALAH YANG DIHADAPI

1. Murid menyelesaikan masalah penolakan berkumpul dengan cara membilang objek atau jari. (mengambil masa lama dan senang berlaku kesilapan)

2. Murid menggunakan banyak langkah penyelesaian. (Lambat dan mudah terkeliru)

3. Murid mengguna kaedah Counting on yang memerlukan murid mengimaginasikan nombor dalam otak. (kurang mahir mengimaginasikan pada tahap umur yang kecil, murid tidak yakin kerana melibatkan nombor yang besar)

5.0 OBJEKTIF INOVASI

Memandangkan kaedah tradisional yang digunakan melibatkan banyak langkah, nombor yang besar, kemahiran imaginasi nombor dan cara membilang yang menyebabkan mudah berlaku kesilapan, maka satu inovasi telah dilakukan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pada kaedah tradisional.

Objektif Inovasi seperti berikut :

a. Mengurangkan langkah dalam operasi penolakan dengan mengumpul semula.

b. Menggantikan proses penolakan yang melibatkan nombor yang besar dengan operasi tambah yang melibatkan nombor yang kecil sahaja.

c. Penggunaan BBB yang menekankan kaedah hands on dan menarik minat murid.

d. Meningkatkan minat dan keyakinan murid terhadap matematik dalam menjawab soalan-soalan penolakan dengan mengumpul semula.

67

6.0 INOVASI YANG DILAKSANAKAN

Inovasi Outside In ialah satu inovasi yang merangkumi tiga fasa, iaitu fasa pertama yang melibatkan mereka bentuk dan pembinaan satu set soalan operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor satu digit yang berbentuk respon terbuka, ia sesuai digunakan untuk murid tahap awal persekolahan (operasi penambahan dan penolakan nombor satu digit) sehingga ke tahap tinggi persekolahan (janjang aritmetik).

Fasa kedua inovasi dilakukan dengan mereka bentuk dan pembinaan satu alat bantu mengajar (bahan konkrit) yang bertujuan membantu murid lemah untuk memahami konsep nilai nombor serta membantu murid yang pintar untuk menjawab soalan dengan lebih tersusun dan sistematik (mengecam pola perubahan nombor).

Fasa ketiga, iaitu penghasilan “Outside In” dihasilkan setelah mempertimbangkan maklum balas pengguna “Outbox Inbox” yang mengharapkan satu inovasi yang mampu memudahkan operasi penolakan dengan mengumpul semula dibuat. Inovasi “Outside In” dibuat untuk memudahkan langkah bagi operasi penolakan dengan mengumpul semula. “Outside In” mampu mengurangkan langkah penolakan dengan mengumpul semula dari 4 langkah yang rumit kepada 2 langkah yang mudah. Inovasi ini juga mampu menggantikan operasi tolak nombor besar kepada operasi tambah nombor yang kecil supaya meningkatkan keyakinan murid semasa menjawab soalan. Penerangan penggunaan “ Outside In” .

Langkah penggunaan kaedah Outside In terdiri daripada 2 langkah sahaja seperti berikut :

Dokumen terkait