• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPERLUAN ASAS

Dalam dokumen Perjalanan Haram Pekerja Migran Indonesi (Halaman 119-125)

PERBINCANGAN DAN HURAIAN

1) KEPERLUAN ASAS

Keperluan asas ini tidak hanya membabitkan kepada keperluan makanan, pakaian dan kediaman, tetapi ianya juga meliputi keselamatan individu pekerja migran tidak berdokumen semasa bekerja. Meskipun mereka tidak memiliki dokumen, majikan memerlukan tenaga dan kepakaran mereka untuk melakukan kerja-kerja peniagaanyang dijalankan oleh majikan. Oleh itu, keperluan asas merupakan hak setiap individu dan perlu dilengkapkan oleh majikan dan kerajaan. Walhal, menjadi pekerja migran tidak berdokumen merupakan bukan pilihan utama individu tersebut, tetapi lebih kepada keterpaksaan atas keadaan yang sukar di kampung halaman mereka.

Secara umumnya, keperluan nutrisi bagi pekerja migran tidak berdokumen dapat diperolehi dengan mudah. Di kawasan kediaman tempat pekerja migran tidak berdokumen, terdapat kedai yang berdekatanmenjual pelbagai keperluan makanan. Kedai tersebut juga membekalkan keperluan makanan tambahan untuk nutrisi kesihatan para pekerja. Semua keperluan sangat mudah diakses oleh pekerja migran.

Penggunaan perkataaan “mudah” di sini bermaksud pekerja migran tidak memerlukan wang yang banyak untuk digunakan. Sebagai contoh pekerja migran buruh binaan mampu membeli makanan 10 sehingga 15 kali berdasarkan upah perkerjaan yang diterimanya dalam tempoh sehari. Makanan yang diambil mengandungi pelbagai nutrisi, seperti sayur, daging dan lain-lain. Didapati bekalan makanan seperti ikan adalah mahal bagi pekerja migran tersebut. Sedangkan buah-buahan adalah sangat mudah dan murah yang mampu diperolehi pada kedai–kedai di kawasan tapak pembinaan.

Rawatan kesihatan merupakan perkara serius yang dihadapi oleh pekerja migran tidak berdokumen ini. Statusnya yang tidak berdokumen menyukarkan bagi mereka untuk memperolehi rawatan kesihatan daripada hospital awam kerajaan mahupun swasta. Pihak hospital perlu merekodkan nama pesakit yang diberi rawatan. Permasalahan yang jelas kelihatan di mana pekerja migran tidak berdokumen terpaksa merahasiakan identiti mereka dengan cara mendaftarkan nama pesakit ke atas nama pekerja migran lain yang memiliki dokumen. Maka, identiti berbeza dikemukakan, perkara tersebut adalah diperlukan oleh pihak hospital bagi menghubungi waris terdekat yang bertanggungjawab terhadap pesakit. Namun, kebanyakan pekerja migran tidak berdokumen tidak memilih untuk dirawat ke hospital kerana khuatir akan ditangkap oleh pihak berwajib. Sekiranya pekerja migran tidak berdokumen berada dalam keadaan yang sangat kronik, barulah mereka mendapatkan rawatan ke hospital.

“Ya, saya cuma baca doa la. Baca doa saja. Biar selamat sampai keluar. Itu saja saya” (transkripsi, MW6)

Status tidak berdokumen membawa kepada ketakutan pekerja migran. Kekuatan doa selalunya digunakan apabila sesuatu perkara itu di luar daripada kuasanya. Bahkan mereka tidak berani mengubati diri sendiri sekiranya merasakan kesakitan. Persekitaran tempat kerja pekerja migran tidak berdokumen telah mempengaruhi ketakutan psikososial yang teramat dalam. Sehinggakan mereka adalah sangat takut untuk keluar dari tempat mereka tinggal sekiranya berlaku kemudaratan dan memerlukan rawatan khusus terhadap diri sendiri. Status tidak berdokumen pekerja migran menghalang segala hak yang sepatutnya dimiliki oleh setiap manusia.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, terdapat kekurangan bekalan air bersih di tempat tinggal pekerja migran tidak berdokumen khususnya pada sektor binaan dan kelapa sawit. Kadangkala bekalan air masih sering terputus semasa para pekerja memerlukan air terawat. Pekerja migran sektor sawit terpaksa mandi pada sungai berhampiran dengan kebun kelapa sawit. Namun tidak semua pekerja migran tidak

berdokumen sektor sawit terpaksa mengalami perkara tersebut. Bagi pekerja migran sektor sawit yang tinggal di dalam estet atau kediaman khas, mereka memperolehi bekalan air yang mencukupi. Tetapi bagi mereka yang bekerja dalam sektor kebun kecil dan mendiami kawasan separa tetap di tengah-tengah kebun, mereka terpaksa menggunakan air daripada sungai dan tadahan air hujan dan bekalan minuman terpaksa dibeli dari luar

Rajah 5.3 Bekalan air bersih yang terhad yang digunakan oleh ratusan pekerja migran untuk keperluan mandian dan mencuci

Kumbahan dan air longkang bertakung merupakan masalah serius pada kediaman pekerja migran sektor pembinaan kerana ketiadaan infrastruktur saliran khas bagi membuang kumbahan tersebut. Akibatnya, terdapat banyak nyamuk dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Persekitaran rumah kongsi tersebutsangat berpotensi kepada endemik nyamuk aedes yang menyebarkan wabak denggi. Meski tidak banyak kes yang dilaporkan, keadaan ini dilihat adalah berpotensi kepada penularan wabak denggi.

Pekerja migran tidak berdokumen sektor binaan biasanya tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Keadaan ini menyebakan pencampuran tempat kediaman dengan barangan bangunan yang tajam, berbau, gelap dan sangat berbahaya. Barangan keras dan berbahaya adalah merata-rata dan berdekatan dengan tempat tinggal pekerja

migran. Dalam konteks ini tidak hanya pekerja migran yang berdokumen sahaja yang mendiami tempat seperti itu, malah mereka yang memiliki dokumen turut juga mendiami tempat yang berbahaya tersebut yang biasanya dikenali sebagai rumah kongsi. Istilah rumah kongsi tidak hanya kepada pekerja sektor binaan sahaja, malah digunakan oleh sektor perkebunan yang mendiami sesuatu tempat di tengah-tengah ladang.Selain rumah kongsi terdapat rumah kontena yang sememangnya diperbuat daripada kontena terpakai. Kediaman pekerja migran di Malaysia yang dipanggil sebagai rumah kongsi dan rumah kontena biasanya mewakili keadaan persekitaran yang kotor, berbau, gelap, separa tetap atau setinggan dan berbahaya.

Rajah 5.4 Kediaman pekerja migran tidak berdokumen bagi sektor kelapa sawit di tengah-tengah kebun di daerah Banting, Klang

Pekerja migran menganggap sekiranya mendiami rumah kongsi atau rumah kontena dapat menggurangkan kos kediaman. Majikan menyediakan peralatan dan barangan bagi membuat kediaman tersebut. Faktor penjimatan adalah perkara yang penting bagi perkeja migran dan menjadi punca mereka rela mendiami tempat tinggal yang tidak selesa selain tempoh masa yang panjang. Mereka menetap di sana bukan sekadar satu atau dua bulan bahkan bertahun-tahun lamanya. Selain bertahun-tahun mendiami rumah kongsi, mereka juga amat jarang keluar dari tapak di mana mereka kerja. Puncanya amat jelas iaitu ketakutan psikososial terhadap pihak yang berwajib.

Adakalanya pekerja migran tidak berdokumen mendiami rumah pangsapuri awam. Mereka bercampur dengan penghuni tempatan dan pekerja migran lain yang

berdokumen. Percampuran ini menghasilkan keadaan yang sangat kondusif daripada serbuan pihak yang berwajib. Tempat yang dipenuhi oleh masyarakat yang tidak bermasalah merupakan tempat yang selamat bagi pekerja migran tidak berdokumen. Namun, permasalahan mereka ialah semasa menuju ke tempat kerja mereka. Seringkali pekerja migran tidak berdokumen menjumpai pihak berwajib seperti polis atau agensi kerajaan yang sedang melakukan pemeriksaan.

Menurut pemerhatian penyelidik daripada segala jenis kediaman pekerja migran tidak berdokumen, kediaman bagi pekerja sektor kelapa sawit adalah paling selamat daripada pihak berkuasa. Kedudukan yang jauh daripada kediaman penduduk tempatan dan berada di tengah-tengahladang membuat pihak berkuasa, jarang melakukan serbuan ke atas mereka. Namun mereka terpaksa berhadapan kesukaran dalam mendapatkan bekalan air bersih. Seperti yang telah dinyatakan di atas bahawa mereka terpaksa menggunakan bekalan air sungai di dalam kebun, di mana air sungai adalah tidak terawat dan sering tercemar dengan bahan-bahan kimia beracun seperti racun serangga dan baja perladangan kelapa sawit.

“Ya ok kalau tidak ada operasi/serbuan [gelakan] mahu buat permit itu susah” (transkripsi, MW5).

Pekerja migran tidak berdokumen terbiasa mendiami tempat tinggal yang terletak di dalam tempat kerja mereka. Oleh demikian, faktor keselamatan merupakan suatu ancaman selain serbuan daripada pihak berkuasa iaitu merujuk kepada keselamatan daripada persekitaran dan tempat kerja mereka. Semasa terjadi sesuatu kemalangan yang dialami oleh pekerja migran tidak berdokumen, akses kepada rawatan kesihatan amat sukar diperolehi oleh pekerja migran tidak berdokumen tersebut. Maka, keselamatan individu pekerja migran tidak berdokumen amat bergantung kepada jaringan mereka. Jaringan berstruktur dan tersusun mampu dibentuk meskipun ketiadaan pentadbiran bagi melaksanakannya. Namun aspek ini dilihat cukup cekap bagi menyelesaikan setiap permasalahan keselamatan yang dihadapi oleh pekerja migran tidak berdokumen tersebut.

Jaringan menguruskan setiap tindakan pencegahan pihak berkuasa bagi mengurangkan penyiasatan dan serbuan. Pola yang biasa mereka amalkan ialah dengan cara mengumpulkan wang daripada semua pekerja tidak berdokumen. Dana tersebut biasanya dikumpulkan dan diserahkan kepada ketua kerja sektor mereka. Selepas itu, ketua kerja menghulurkan dana tersebut kepada ketua kerja tapak binaan. Ketua tapak binaan biasanya merupakan warganegara yang berasal daripada Indonesia. Ketua tapak binaan ini seterusnya memberikan wang tersebut kepada pihak berkuasa. Terjadi pergeseran berkenaan keselamatan bagi pekerja migran tidak berdokumen. Keselamatan individu pekerja migran tidak berdokumen diperolehi dengan cara yang haram kerana melakukan tindakan rasuah kepada pihak berwajib.

Keadaan ini tidak hanya berlaku pada masa pekerja migran tidak berdokumen sedang berada di tempat kerjanya, malah berlaku semasa mereka melakukan perjalanan menuju tempat kerja dari kediamannya. Terdapat ramai pekerja migran tidak berdokumen mendiami tempat-tempat awam yang bercampur dengan penduduk tempatan dan pekerja migran berdokumen. Sekiranya ketika menjumpai pihak berkuasa di sepanjang jalan, pekerja migran tidak berdokumen sudah terbiasa merasuah pihak berkuasa tersebut. Berlaku proses tawar menawar oleh pihak masing- masing. Pola ini menunjukkan bahawa rasuah antara pekerja migran tidak berdokumen dengan pihak berwajib terjadi tanpa ada kerahsiaan. Semua pekerja migran tidak berdokumen menganggap perkara itu merupakan perkara biasa sahaja hingga mereka merasakan ketidakperluan mendapatkan dokumentasi yang sah. Selain kos dokumentasi yang sangat mahal, pihak berwajib turut mendatangkan masalah terhadap pekerja migran yang berdokumen. Hakikatnya, mereka hanya menginginkan wang daripada pekerja migran, sama ada yang berdokumen mahupun tidak berdokumen. Sebab, penyelidik kadangkala menjumpai pekerja migran tidak berdokumen yang memberikan wang kepada pihak yang berwajib dengan alasan keselamatan.

“Ya, kasi tahu [dibagitahu] saja keselamatan, tapi tali tidak dipakai (transkripsi, MW2)

Faktor keselamatan di tempat kerja juga menjadi perhatian serius bagi pekerja migran tidak berdokumen. Pekerja tidak berdokumen tidak menggunakan peralatan keselamatan kerja yang disarankan kerana ianya tidak dibekalkan oleh majikannya. Pekerja migran tidak berdokumen juga kadang kala berdegil untuk tidak menggunakan peralatan keselamatan kerja walaupuns emuanya telah disediakan oleh pihak majikan. Sememangnya pekerja migran tidak berdokumen menjadikan keadaan tersebut bertambah rumit meskipun statusnya tidak berdokumen. Peraturan dan panduan keselamatan kerja juga sering diendahkan oleh pekerja migran tidak berdokumen. Situasi ini menguatkan pendapat yang menunjukkan status tidak rasmi atau rasmi seseorang migran sering mempengaruhi kepada sesuatu tindakan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.

Dalam dokumen Perjalanan Haram Pekerja Migran Indonesi (Halaman 119-125)