Bangkok Nonthaburi
Peta 2.6 Kerajaan Ayutthaya (1351M-1767M)
Sumber: http://www.onlychaam.com/thailand-history.php
Hubungan kerajaan Melayu dengan kerajaan Ayutthaya dipercayai telah wujud sejak awal kewujudan Ayutthaya. Walau bagaimanapun corak hubungan kedua-dua kerajaan itu tidaklah begitu jelas. Menurut maklumat dalam “พระราชพงศาวดารกรุงศรีอ ยุท ธยสฉบับพั นจันท นุมาศ ” (Hikayat Krung Sri Ayutthaya edisi Phancantanumas) menyatakan bahawa kawasan Ayutthaya pada zaman Somdej Pra Ramathibbodi I
(U-Thong)34 sudah mempunyai 16 negeri naungan termasuk Melaka. Tetapi maklumat
mengikut hikayat tersebut tidak boleh dipercayai kerana kerajaan Ayutthaya ditubuhkan pada tahun 1351M sedangkan kerajaan Melayu Melaka ditubuhkan pada tahun 1403. Ia adalah mustahil untuk kerajaan yang belum ditubuhkan menjadi negeri naungan Ayutthaya pada zaman tersebut.
Penubuhan kerajaan Ayutthaya pada tahun 1350M menyebabkan seluruh Semenanjung hingga Temasik (Singapura) mulai tunduk kepada kekuasaan Siam. Negeri-negeri Melayu seperti Terang, Chumpon, Ujong Sanglang, Berdelung dan Singgora di Utara Semenanjung hingga Segenting Kra, negeri-negeri Patani, Teluban, Kedah, Kelantan, Pahang, dan Melaka didakwa menjadi negara naungan Siam dan harus
menghantar ufti kepada Ligor atau Nakorn Srithammarat.35
Dalam catatan dinasti Ming III, sewaktu Yin Ching mengunjungi Melaka pada tahun 1403M, Melaka sudah pun menjadi naungan Siam dan menghantar ufti Bunga
Mas seberat 40 tahil setahun kepada istana Ayutthaya. Keengganan meneruskan
pengiriman ufti itu berlaku apabila Melaka berkembang menjadi sebuah Empayar Melayu. Ini menyebabkan raja Siam Barommaraja pada tahun 1445M bertindak menyerang Melaka dan serangan keduanya pula dilancarkan sewaktu pemerintahan
Raja Baromma Trailokanat pada tahun 1456M.36
Maklumat yang paling jelas tentang hubungan antara negeri-negeri Melayu dengan Siam adalah lawatan rasmi Sultan Muzaffar Syah yang menguasai kerajaan Patani pada tahun 1530M-1564M. Baginda memberi kepentingan kepada hubungan antara Patani dengan Siam yang menjajah negeri-negeri Melayu Utara Semenanjung. Suatu hari, ketika bersemayam di balairung baginda Sultan Muzaffar Syah bertitah, “apa bicara Bendahara kerana kita hendak ke Ayutthaya dan Raja Siam Beracau (Phra
Chao) itu pun tiada orang lain daripada kita dan daripada sebuah negeri baiklah dua”37
Maka Laksamana telah ditugaskan membuat persiapan. Sepeninggalan baginda nanti adinda bongsu Raja Mansur akan memangku takhta Kerajaan Patani. Setelah beberapa lama dalam pelayaran, angkatan Raja Patani tiba di muara Sungai Chaophraya lalu
dari Patani yang dibawa mengadap Raja Siam Maha Chakrapat (1548M-1569M). Semasa berada di ibu kota Siam, Sultan Muzaffar Syah telah dilayan dengan sempurna dan menginap di sebuah istana khas di Kota Wang. Sultan Muzaffar berada di negeri Siam selama dua bulan lebih, di samping menjalinkan hubungan di peringkat tertinggi antara kedua-dua kerajaan berkenaan. Akhirnya Raja Patani memohon keizinan untuk pulang. Dalam persiapan untuk berangkat pulang itu tiba-tiba Raja Siam telah menitahkan pembesar Cakrinya menghadiahkan seramai 60 orang tawanan Pegu, Burma dan 100 orang tawanan Lan Xang, Laos untuk dibawa pulang bersama-sama rombongan dari Patani itu. Apabila tiba di kota Patani, para tawanan ditempatkan di Bendang Pari, daerah Gerisik.39
Pada tahun 1563M sekali lagi Raja Bayingnuang telah memimpin tentera Burma menyerang kota Ayutthaya, menyebabkan Raja Siam Maha Chakraphat mengundurkan diri lari keluar kota. Negeri Kedah dan Patani yang dianggap sebagai Negara naungan Siam semenjak zaman Sukhothai lagi telah diminta memberikan bantuan ketenteraan. Angkatan dari Patani pimpinan Sultan Muzaffar Syah, terdiri daripada 200 buah perahu perang bersama-sama 1,000 orang pejuang Islam Patani dan 100 orang perempuan tiba di muara Sungai Chao Phraya kali kedua untuk membantu raja Siam. Ketibaan raja Patani dan angkatannya dikatakan adalah sewaktu tentera-tentera Burma telah pulang. Kesempatan daripada kelemahan itu Sultan Muzaffar Syah dan adindanya Raja Mansur menukar fikiran untuk bertidak menyerang kota Ayutthaya. Hikayat Patani menceritakan serangan hebat ini dilakukan oleh baginda berdua, “Maka segala hulubalang dan rakyat Patani pun keluar dari kota Wang itu lalu bertikamlah dengan rakyat Siam itu sekalian, diamuknya oleh segala menteri hulubalang, dan baginda kedua bersaudara pun masuk mengamuk sendiri. Maka segala rakyat Siam pun terhisabkan
sendiri mengakui akan adanya serangan daripada pejuang-pejuang pimpinan raja Patani. Menurut sumber itu, akibat daripada serangan tersebut Raja Maha Chakraphat sekali lagi terpaksa berundur diri keluar kota bersembunyi di Pulau Mahaphram. Raja Patani menunggang gajah putih, dan apabila sampai di perkarangan istana baginda lantas turun dan mengamuk di medan pertempuran (taleng-Keng). Orang-orang Siam yang semakin tertekan itu terpaksa menahan serangan dengan meregang tali pada laluan pertempuran itu menyebabkan ramai pejuang-pejuang Patani gugur terkorban. Walau bagaimanapun raja Patani akhirnya berjaya mendapatkan sebuah perahu lalu belayar menyelamatkan diri.41
Sebenarnya menurut Hikayat Patani lagi, “Dan akhirnya maka baginda pun luka lengan sebelah kiri tembus kena bedil.”42 Sambil itu sempat juga baginda berpesan kepada adindanya Raja Mansur, “Jikalau adinda tiada pulang juga, apa halnya dengan rakyat kita dan negeri inilah tiada berketahuan dan salasilah etnik pun putuslah.”43 Mendengarkan pesanan itu Raja Mansur begitu terharu untuk meninggalkan kekandanya yang tercedera itu. Seramai 1,500 orang pejuang Patani telah ditinggalkan untuk meneruskan percubaan mereka menawan kota Ayutthaya, selebihnya seramai 40 orang dan orang-orang perempuan telah belayar pulang bersama-sama Raja Mansur. Dalam pada itu sekumpulan orang Siam sempat juga mengejar mereka di laut, meriam Mahalela telah digunakan untuk menembak perahu-perahu Siam yang mengekori angkatan tersebut. Mengenai Sultan Muzaffar Syah yang ditinggalkan dalam peperangan itu tidak diketahui nasib yang menimpanya. Ada sumber yang menyatakan kecederaannya semakin parah dan baginda akhirnya mangkat. Baginda dimakamkan di
Keadaan ini menjelaskan hubungan negeri-negeri Melayu dengan kerajaan Siam zaman Ayutthaya. Walau bagaimanapun kedudukan orang Melayu di Bahagian Thailand Tengah ini tidak begitu jelas. Berdasarkan serangan Siam oleh Sultan Muzaffar Syah tersebut dipercayai bahawa beberapa pejuang Patani ditangkap sebagai tawanan dan diperhambakan. Kemudian mereka menubuhkan perkampungan Melayu di kota itu.
Selain daripada hubungan politik antara kedua-dua buah kerajaan, terdapat juga hubungan ekonomi yang dianggap sebagai punca kedudukan orang Melayu di kawasan Tengah Thailand dalam zaman Ayutthaya. Pada zaman itu, Ayutthaya merupakan pusat perdagangan yang didatangi ramai pedagang asing untuk berniaga. Pedagang-pedagang asing tersebut termasuklah dari negeri Melayu seperti Patani, Melaka, Kedah, dan lain-lain. Begitu juga dengan maklumat yang didapati daripada Muzium Istana Kesultanan Melaka yang menyatakan tentang hubungan perdagangan ini, “walaupun catatan sejarah menyatakan tentang kerenggangan antara Melaka dengan Siam, tetapi disebabkan oleh faktor ekonomi kedua-dua negeri ini meneruskan perhubungannya. Menurut Tom Pires dan Ray de Brito, hubungan dua hala ini dilihat dari segi kepentingan dan keperluan bahan-bahan dan makanan yang diperlukan oleh Melaka dari Siam. Fakta ini
menjelaskan bahawa hubungan ekonomi di antara dua kerajaan ini adalah baik.45
Berdasarkan hubungan perdagangan ini, dipercayai bahawa beberapa pedagang dari negeri-negeri Melayu mula mendiami kawasan Tengah ini. Sawvanee Jitmout pernah menyatakan bahawa di Ayutthaya terdapat bukti dijumpai bahawa orang Melayu dari Patani dan negeri-negeri Melayu naungan Siam lain di Semenanjung mendiami
kota Ayutthaya. Mereka dipanggil sebagai Khaek Tani47. Kumpulan Khaek Tani ini
berbeza dengan Khaek Thet atau Khaek Pae sebab Khaek Thet atau Khaek ini beretnik Parsi. Kebanyakan mereka merupakan pegawai kerajaan dalam istana dan beberapa orang merupakan pedagang. Mereka mendiami kawasan di dalam kota Ayutthaya dan daerah Phakhai. Manakala, Khaek Tani yang beretnik Melayu mendiami kawasan di
mukim Klong Ta Kean.48 Kemudiannya pada tahun 1767M kerajaan Ayutthaya
dikalahkan oleh Burma. Tentera Burma membakar istana dan memusnahkan kota Ayutthaya habis-habisan. Para penduduk Ayutthaya melarikan diri daripada angkatan tentera Burma ke kawasan lain. Kumpulan Khaek Thet yang beretnik Parsi dan Sultan Sulaiman Syah melarikan diri ke kawasan Khlong Bang Luang (Bangkok Yai), Khlong
Bangkok Noi, Bang Oo dan di tebing sungai Chaophraya sampai Talad Kaew49.
Kumpulan penduduk Parsi membina beberapa buah masjid di kawasan tersebut iaitu Masjid Phadungtham Islam, Masjid Fadil Fallah (Kudi Playna) dan Masjid Kudi Luang.
Manakala kumpulan yang beretnik Sultan Sulaiman Syah50 membina dua buah Masjid
iaitu Masjid Ton Son (Kudi Yai) yang tidak jauh dari istana Thonburi dan Masjid Kudi Daeng dekat dengan Wat Kallayanamit di daerah Thonburi. Kumpulan penduduk beretnik Melayu juga mendiami kawasan tersebut dan membina sebuah masjid di tebing
Klong Bang Luang bahagian Barat iaitu Masjid Kudi Khaw.51
Berdasarkan semua maklumat yang dinyatakan, pada zaman Ayutthaya terutamanya pada penghujung zaman dijumpai orang Melayu yang mendiami kawasan ini, tetapi jumlah mereka belum ramai. Penduduk Melayu pada masa itu dikenali sebagai Khaek Tani yang merujuk kepada negara asal mereka iaitu Patani. Selepas kerajaan Ayutthaya kalah terhadap Burma, mereka juga ikut lari ke kawasan atas sungai Chaophraya iaitu kawasan wilayah Nonthaburi dan Bangkok untuk menyelamatkan diri bersama-sama kumpulan Muslim beretnik lain seperti Parsi, dan Muslim keturunan
Sultan Sulaiman Syah. Mereka melarikan diri melalui Sungai Chao Phraya sehingga sampai ke kawasan tersebut. (Sila lihat peta 2.4 yang menjelaskan tentang pelarian mereka dari kota Ayutthaya ke kawasan yang mereka diami kemudian.)