Pedoman Transliterasi
1.9 Kerangka Konseptual
Kerangka kajian memfokuskan beberapa karakteristik pelajar tahfiz yang merangkumi jantina, lokasi tempat tinggal, kesediaan dalaman, strategi pembangunan dalaman, strategi latihan dan strategi mengahafaz al-Qur‟an. Dalam hukum Thorndike (2001), terdapat tiga hukum yang mendasari proses untuk mencapai sesuatu matlamat pembelajaran, iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan. Bagi menghuraikan kandungan aspek-aspek tersebut, cadangan Pintrich, et al. (1991) berkenaan aturan kendiri dan strategi pembelajaran telah digunakan. Selain menggunakan cadangan Pintrich, et al. (1991) dan Thondike (1914), model al-Qābisī (1955) serta panduan oleh al-Masyāʿīlah (2010) turut diserasikan.
Rajah 1.6 menunjukkan kerangka konseptual kajian. Terdapat lima ideogram anak panah yang memaksudkan bahawa kesemua faktor, iaitu aspek demografi, kesediaan dalaman, strategi pembangunan dalaman, strategi latihan dan strategi menghafaz al-Qur‟an sebagai pemboleh ubah bebas. Manakala pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah pencapaian subjek Ḥifẓ al-Qurʾān. Gambaran konseptual yang
42
diterangkan berteraskan falsafah pendidikan tahfiz, iaitu melahirkan generasi al-Qur‟an yang bertakwa, berilmu dan bermanfaat kepada ummah dan pembangunan negara. Falsafah pendidikan tahfiz yang digariskan oleh Darul Quran ini bersifat sejajar dengan teori al-Qābisī (1955) yang meletakkan nilai tauhid sebagai paksi utama dalam pendidikan tahfiz (maʿrifatuddīn).
Rajah 1.6. Kerangka konsep kesediaan dalaman, strategi pembangunan dalaman, strategi latihan dan strategi menghafaz al-Qur‟an terhadap pencapaian subjek Ḥifẓ al-Qurʾān
Perbincangan aspek demografi menumpukan kepada latar belakang pelajar tahfiz; jantina dan lokasi tempat tinggal. Kesediaan dalaman dirujuk sebagai atribut nilai, jangkaan dan afektif, manakala strategi pembangunan dalaman dimaksudkan dengan gabungan ketiga-tiga atribut dalam kesediaan dalaman, iaitu nilai, jangkaan dan afektif. Atribut-atribut ini diketengahkan oleh Pintrich, et al. (1991) sebagai motivasi. Sementara al-Masyāʿīlah (2010) menghuraikan gabungan ketiga-tiga atribut ini sebagai satu aplikasi yang perlu dibangunkan secara praktis. Bagi strategi
PEMBOLEH UBAH BERSANDAR PEMBOLEH UBAH BEBAS
*ASPEK DEMOGRAFI Jantina
Lokasi tempat tinggal PENCAPAIAN SUBJEK
ḤIFẒ AL-QURĀN
(Pointer keseluruhan; lisan (syafawī) dan bertulis (taḥrīrī)
* KESEDIAAN DALAMAN
*STRATEGI PEMBANGUNAN DALAMAN
*STRATEGI LATIHAN
43
latihan pula merujuk kepada atribut strategi kognitif, metakognitif dan pengurusan sumber, manakala strategi menghafaz al-Qur‟an dimaksudkan dengan empat peringkat, iaitu peringkat sebelum menghafaz al-Qur‟an, peringkat semasa menghafaz al-Qur‟an, peringkat selepas menghafaz al-Qur‟an dan peringkat amalan para penghafaz al-Qur‟an. Perincian strategi latihan dicadangkan oleh Pintrich, et al. (1991), manakala strategi menghafaz al-Qur‟an melibatkan empat peringkat yang digarapkan berdasarkan kajian-kajian lepas seperti Abdul Hafiz dan Hasimah (2003), Mohd Nazri (2010), Sedek (2012) serta beberapa panduan khusus melalui buku-buku berkenaan pengajian tahfiz sebagai sumber yang akan dijelaskan dalam bab tiga.
Dalam memperkatakan tentang kajian-kajian lepas berkenaan kesediaan dalaman, Sedek, et al. (2011) menerangkan bahawa pelajar tahfiz seharusnya mempunyai persediaan menghafaz yang perseptif. Murihah, Abdul Hafiz, Arieff dan Mohd Faeez (2015) memperkuat kenyataan tersebut dengan menjelaskan persediaan mental dan fizikal sebagai perkara asas dalam menghafaz al-Qur‟an. Berdasarkan hukum kesediaan Thorndike (2001), Dewi (2009) menganalogikan aktiviti sebelum menghafaz al-Qur‟an sebagai persediaan yang harus dipersiapkan secara esensi. Pelajar yang mempunyai persediaan mantap digambarkan sebagai memiliki penguasaan yang total terhadap stimulus-repons (Dewi, 2009). Persediaan ini harus dibangunkan melalui satu strategi yang dijelaskan oleh al-Masyāʿīlah (2010) sebagai strategi pembangunan dalaman.
Bagi strategi latihan pula, Bayu (2008)misalnya telah menggunakan teori Thorndike (2001) ke atas para pelajar yang mengambil bidang bahasa Arab. Kajian tersebut mengajukan beberapa soalan (problem posing) ke atas para pelajar sebagai metod
44
latihan. Dalam perkembangan yang lain, Muslihatul Umami (2013) mengambil teori Thorndike dalam aplikasi taʿzir. Aplikasi tersebut dijadikan sebagai budaya berdisiplin para pelajar Pondok Pesantren Al-Huda di Semarang, Indonesia. Menurut beliau, pencapaian dipengaruhi oleh hubungan positif antara penerapan hukum taʿzir dengan disiplin. Sementara Fitrotul Laili (2014) menghubungkan metod Drill dengan hukum latihan Thorndike (2001). Hasil dapatan menyimpulkan bahawa metod Drill dapat meningkatkan pencapaian membaca dan menulis.
Kajian yang mengambil tiga hukum Thorndike (2001) sebagai satu konsep menyeluruh masih kurang dilakukan terutamanya di Malaysia. Hal ini kerana, kebanyakan kajian hanya menggunakan salah satu komponen dalam Teori Thorndike. Justeru, kajian ini menumpukan idea Thorndike (2001) yang disesuaikan secara menyeluruh kerana proses menghafaz al-Qur‟an mempraktikkan konsep sebelum kejadian, semasa kejadian dan selepas kejadian. Strategi latihan pelajar tahfiz juga dijelaskan sebagai strategi pembelajaran yang diatur oleh pelajar. Dalam hukum Thorndike (2001), strategi latihan digambarkan sebagai tindak cuba-jaya secara aktif dari seseorang pelaku. Usaha ini dikaitkan dengan tindakbalas atau stimulus-respon (S-R) yang menuntut latihan secara bertubi. Secara analogi, penghafazan al-Qur‟an merupakan suatu proses yang melibatkan bentuk pengulangan bacaan (tikrār maʻa talwīn) secara kognitif ingatan. Pembacaan berbentuk ulangan mempunyai perkaitan dengan usaha mengingat (Dahlin Karin, 2005). Menurut Atkinson dan Shiffrin (1968), aktiviti kognitif ingatan terbahagi kepada dua jenis ingatan, iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Bacaan ulangan yang diterima dalam ingatan jangka pendek akan berpindah ke dalam ingatan stor jangka panjang sekiranya pengulangan fakta diaplikasi secara konsisten.
45
Usaha pembacaan yang dilakukan dengan teknik ulangan ini juga menunjukkan strategi latihan telah digunakan secara aktif (the law of use) (Thorndike, 2001). Sementara ketiadaan usaha untuk melatih mutu hafazan al-Qur‟an menggambarkan ketiadaan kepenggunaan strategi latihan secara aktif (the law of disuse). Umumnya, implikasi positif menggambarkan manifestasi suatu tindak balas stimulus-respon (S-R) yang bersifat saling mengukuhkan di antara satu sama lain (Thorndike, 2001). Thorndike (2001) menerangkan aktiviti ini sebagai reinforcement (pengukuhan) yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu ganjaran. Konsep ganjaran ini diterangkan sebagai gred pencapaian pelajar tahfiz yang merangkumi penilaian lisan (syafawī) dan bertulis (taḥrīrī).
Secara keseluruhannya, kerangka konsep memaparkan beberapa variabel utama seperti kesediaan dalaman, strategi pembangunan dalaman, strategi latihan dan strategi menghafaz al-Qur‟an yang dijangkakan memberi impak kepada hukum kesan. Konsep utama yang diketengahkan dalam variabel-variabel kajian menonjolkan satu pendekatan pemusatan pelajar sebagai peranan utama dalam meraih hasil dalam sesuatu pembelajaran. Hasil dalam suatu pembelajaran merupakan salah satu contoh hukum kesan. Keadaan ini selaras dengan Thorndike (2001) yang menilai hukum kesan sebagai manifestasi dalam suatu usaha pembelajaran. Contoh manifestasi tersebut ialah berhubung dengan konsep talqin dan al-fahm. Menurut konsep al-talqin, aplikasi talaqqī dan tasmiʿ merupakan perkara utama dalam menghafaz al-Qur‟an (al-Qābisī, 1955). Manakala dalam konsep al-fahm, aktiviti menulis kembali setiap apa yang dihafaz merupakan pendekatan yang melibatkan pengeluaran semula subjek yang dihafaz (al-Qābisī, 1955).
46 1.10 Limitasi Kajian
Kajian ini memfokuskan kepada para pelajar tahfiz peringkat diploma. Para pelajar tahfiz tersebut merujuk kepada para pelajar yang sedang mendalami bidang hafazan al-Qur‟an. Mereka dikehendaki menghafaz 30 juz al-Qur‟an yang merupakan subjek teras di institusi tahfiz. Selain daripada subjek hafazan lisan (Ḥifẓ al-Qurʿān (syafawī)) dan hafazan bertulis (Ḥifẓ al-Qur‘an (taḥrīrī)), subjek-subjek lain yang berkaitan dengan silibus pengajian tahfiz turut dipelajari, iaitu subjek ʿIlmu tajwīd,
Qirāat (ʿilmī), Qirāat (ʿamalī), ʿUlum al–Quran, Tarīkh al-Qurra‘, Ḍabt al-Qur‘an,
al-fawāṣil, al-Tarannum dan sebagainya (Darul Quran, 2016).
Kajian ini mengetengahkan aspek demografi, faktor dalaman dan faktor luaran pelajar tahfiz. Aspek demografi ialah perkara-perkara yang melibatkan asal-usul ataupun latar belakang individu. Demografi juga dikaitkan dengan taburan ciri-ciri individu dari segi lingkungan, kelahiran dan sebagainya di dalam waktu serta tempoh tertentu. Aspek demografi dibataskan kepada faktor jantina dan lokasi tempat tinggal. Manakala bagi faktor dalaman pelajar tahfiz terdiri daripada kesediaan dalaman dan strategi pembangunan dalaman pelajar. Faktor luaran pelajar tahfiz pula dimaksudkan dengan strategi latihan dan strategi menghafaz al-Qur‟an.
Dari segi kaedah pengumpulan data, kajian ini mendominasikan instrumen soal selidik sebagai bahan utama. Manakala instrumen temu bual separa berstuktur dan kaedah pemerhatian dijalankan bagi menyokong hasil pemerolehan data kuantitatif soal selidik.
47
Selain itu, bagi mendapatkan representasi yang adil, kajian ini membataskan penilaian pelajar tahfiz berdasarkan kepada penilaian subjek Ḥifẓ al-Qurʿān secara lisan (syafawī) dan bertulis (taḥrīrī). Sehubungan dengan itu, penyelidik memberikan sempadan kepada responden-responden yang masing-masing memenuhi beberapa kriteria yang berikut.
a) Kategori responden: pelajar semester lima Diploma Tahfiz al-Qur‟an kelolaan JAKIM
b) Lokasi: Malaysia Timur dan Malaysia Barat.
c) Penentuan sampel: Sampel mewakili pelajar tahfiz di seluruh Malaysia
Pemilihan responden semester ini dianggap sesuai untuk dinilai kerana kebanyakan pelajar telah menghafaz keseluruhan kandungan al-Qur‟an. Selain itu, secara majoriti, kuantiti hafazan para pelajar semester ini adalah lebih tinggi berbanding dengan semester-semester yang lain. Pemilihan sampel pelajar yang berdasarkan penelitian ke atas seluruh negara, iaitu Malaysia Timur dan Malaysia Barat akan dapat menjelaskan lagi karakteristik pelajar tahfiz dalam pencapaian subjek Ḥifẓ
al-Qurʾān secara tepat dan lebih menyeluruh. Jadual 1.3 menunjukkan lokasi dan
alamat bagi responden-responden yang terlibat dalam kajian.
Jadual 1.3
Lokasi dan alamat responden
Lokasi Alamat Responden
i) Malaysia Timur
Zon barat Darul Quran Kuala Kubu Selangor
Maahad Tahfiz al-Qur‟an Negeri Perak
Zon Utara Maahad Tahfiz al-Qur‟an Wal-Qiraat Negeri Kedah Maahad Tahfiz al-Qur‟an Wal-Qiraat Negeri Perlis Maahad Tahfiz al-Qur‟an Wal-Qiraat Negeri Pulau Pinang
48
Sambungan…
Zon Timur Maahad Tahfiz al-Qur‟an MAIK Negeri Kelantan Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Zon Selatan Maahad Tahfiz al-Qur‟an Wal-Qiraat Negeri Sembilan (ITQAN)
Maahad Tahfiz Saidina Ali Negeri Melaka ii) Malaysia Barat
Zon Sabah Maahad Tahfiz al-Qur‟an Wal-Qiraat Negeri Sabah