• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP STRATAFIKASI SOSIAL DAN MOBILITI SOSIAL

Dalam dokumen Bahan Bengkel KMK P2 2017.docx (Halaman 56-60)

Jati Diri

KONSEP STRATAFIKASI SOSIAL DAN MOBILITI SOSIAL

Mobiliti sosial mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan stratifikasi sosial. Dengan wujudnya stratafikasi sosial, maka akan lahirlah mobiliti sosial. Oleh yang demikian untuk memahami konsep mobiliti sosial dalam konteks Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, guru dan pelajar harus mengetahui dan memahami konsep stratafikasi sosial terlebih dahulu. Perbezaan individu atau kelompok masyarakat telah menyebabkan munculnya satu hieraki yang terdiri dari lapisan atau strata yang berlainan kedudukannya yang disebut sebagai stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial melibatkan satu sistem nilai yang dikenakan ke atas sesuatu masyarakat dan menghasilkan satu hieraki sosial yang menegak sifatnya. Setiap hieraki membawa satu nilai yang berbeza antara satu sama lain. (Sohaimi Abdul aziz, 1992:12).

Dalam kajian sosiologi Barat, stratifikasi sosial yang berasaskan teori Karl Marx amat memberi penekanan kepada aspek ekonomi atau penguasaan ekonomi untuk membezakan antara satu kelas sosial dengan kelas sosial yang lain (kelas borjuis – kapitalis dan berkuasa serta mempunyai punca-punca pengeluaran, dan kelas proletar(marhain) – tidak berada, tiada kuasa, tertindas). Selain daripada Marx, seorang lagi tokoh yang banyak memperkatakan tentang stratifikasi sosial ialah Weber. Apa yang membezakan antara Marx dan Weber ialah, Marx memberi penekanan kepada kelas dengan mengaitkan organisasi ekonomi dan politik, manakala Weber hanya membataskan konsep kelas kepada ruang lingkup ekonomi sahaja (1992:14). Selain daripada kelas, Weber menjadikan status dan parti (kuasa) sebagai kayu ukur dalam menentukan sesuatu stratifikasi sosial. Status bagi Weber berada dalam lingkungan sosial, manakala kelas berada dalam lingkungan ekonomi.

Mengikut Sohaimi Abdul Aziz (1992), beliau menyatakan bahawa konsep status mengikut Weber ialah penghormatan masyarakat berdasarkan nilai yang dipersetujui bersama. Setiap status sosial itu dilihat dari segi superiority (yang lebih tinggi) atau inferiority (yang lebih rendah). Justeru setiap status sosial diberikan penilaian dan disusun dalam satu hieraki. Weber juga menyatakan bahawa parti (kuasa) juga penentu kepada kedudukan sosial individu atau kelompok masyarakat.Ting Chew Peh pula menyatakan secara kasar, status sosial boleh dikelompokkan kepada dua jenis, iaitu status warisan dan status perolehan. Status warisan adalah status yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi, seperti keturunan, bangsa, ataupun ras. Status perolehan tidak mempunyai kaitan dengan keturunan seseorang. Ia ditentukan oleh kebolehan, daya usaha, dan pengetahuan seseorang individu.

Berdasarkan sosiologi Barat, piramid stratafikasi sosial Barat ditentukan oleh kelas dan status sosial yang membawa nilai kebendaan. Individu atau masyarakat yang berharta dan berprestij diletakkan dalam strata sosial yang tinggi. Justeru itu, individu atau kelompok masyarakat yang ingin mengalami mobiliti sosial hanya mendapatkan faktor-faktor yang memancarkan nilai kebendaan, seperti kekayaan, pekerjaan, dan pendidikan sekular. Sosiologi Islam amat jauh bezanya dengan sosiologi Barat dalam menentukan stratifikasi sosial individu atau kelompok masyarakat. Asas penetapan sosiologi Islam dalam menentukan stratifikasi sosial ialah al-Quran (surah Al Hujrat: 13) dan Sunnah Nabi. Berdasarkan al-Quran dan Sunnah, aspek ketaqwaan individu atau kelompok masyarakat sebagai kriteria utama bagi menentukan kedudukan individu itu di sisi Allah. Kriteria yang sama telah digunakan oleh masyarakat Islam dalam menentukan kedudukan sosial individu atau kelompok masyarakat.( Sohaimi Abdul Aziz, 1992:19)

Ali Syari’ati menyatakan manusia tidak dibezakan antara satu sama lain berdasarkan kelas sosial, dan menurut Alia Syari’ati lagi dalam sosiologi Islam masyarakat atau (al nas) adalah masyarakat tanpa kelas(1992:19)Ketiadaan kelas sosial dalam sosiologi Islam tidak bermakna bahawa sosiologi Islam tidak memperlihatkan masyarakat itu berstratifikasi. Sosioligi Islam masih memperlihatkan yang masyarakat Islam mempunyai stratifikasi sosial, tetapi dengan menggunakan nilai yang berbeza. Nilai yang digunakan dalam sosiologi Islam sebagai kayu ukur untuk menentukan stratifikasi sosial ialah ketaqwaan individu atau kelompok masyarakat pada Allah. Ketaqwaan itu dilihat daripada tingkahlakunya. Individu yang bertaqwa diletakkan dalam lapisan atau strata yang tinggi tanpa mengira kelas sosialnya sama ada dia kaya, miskin, ataupun seorang hamba. Yang diambil kira ialah ketaqwaannya pada Allah.(1992:21). Dalam konteks mata pelajaran KMK, lihat stratifikasi sosial yang gambarkan oleh Haron Daud (1989:53) seperti rajah 1 di bawah sebagai contoh;

Diraja

Bangsawan

Rakyat

Hamba Rajah 1: Lapisan Masyarakat Mengikut Golongan dalam

Rajah 2: Lapisan Masyarakat Mengikut Golongan dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Berdasarkan konsep startafikasi yang dinyatakan di atas, maka di sini akan dinyatakan pula beberapa panndangan berkaitan mobiliti sosial. Ting Chew Peh menjelaskan mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam dalam lapisan yang sama. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja. (Haron Daud, 1989: 62)

Menurut Ting Chew Peh lagi, mobiliti sisial biasanya ditinjau dalam hubungan pekerjaan, kerana (i)pekerjaan berkait rapat dengan faktor-faktor penting yang menentukan kedudukan dan status sosial, seperti pendapatan, pola penggunaan, pekerjaan dan gaya hidup, (ii) pekerjaan merupakan satu kategori penting untuk membahagikan dan menentukan kedudukan tinggi rendah anggota sesuatu masyarakat. (1992: 23) Menurut Haron Daud pula, dalam masyarakat Melayu Tradisional mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu sama ada melalui perkahwinan, tawanan perang, kekayaan atau bakti. (1989: 62)

Konsep mobiliti sosial juga merujuk kepada proses seseorang watak/individu berubah atau bergerak posisi atau kedudukan mereka daripada satu tahap ke tahap yang lain sama ada secara menurun atau menaik dalam sesebuah masyarakat. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya.

Seperti yang disarankan oleh al-Quran bahawa individu yang paling mulia di sisi Allah ialah individu yang bertaqwa. Oleh itu, sosiologi Islam yang bertolak daripada konsep yang sama dalam menentukan kedudukan sosial seseorang. Ketaqwaan menjadi satu kriteria penting untuk meletakkan individu itu pada kedudukan sosial yang tinggi. Pendidikan keagamaan adalah sesuatu yang mempunyai prestij dan usaha untuk mencapainya akan dapat mempertingkatkan status social mereka. Oleh itu golongan yang arif tentang agama Islam seperti para ulama, ahli sufi, tuk guru dan imam mendapat kedudukan sosial yang tinggi dalam masyarakat Islam kerana mereka dipercayai mempunyai tahap ketaqwaan yang tinggi. (1992:24)

 Rumusannya mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu atau kelompok masyarakat antaranya melalui:

 Mobiliti mendatar berlaku ke atas watak-watak di bawah:  Tun Perak

 Hang Tuah  Tun Mutahir  En. Muhammad  Datuk Tan dan lain-lain

Tun Perak (perubahan jawatan/pangkat melalui baktinya terhadap Melaka)

 Tun Fatimah  Tun Teja  Raja Mandeliar  Maulana Yusof  Kadi Munawar  Khoja Baba

 Bendahara Tun Ahmad (Pahang) dan lain-lain

 Badang (perubahan kedudukan melalui kekuatan dan baktinya terhadap Singapura)

 NOTA: Mobiliti dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur di atas adalah sekadar cadangan. Guru digalakkan menyenarai fakta lain yang wujud dalam kedua-dua teks.

LATIHAN

1. Kedudukan ahli masyarakat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) bukanlah statik kerana berlakunya mobiliti sosial. Bincangkan mobiliti sosial secara menegak pada watak-watak yang berkaitan dalam konteks pembangunan masyarakat pada zaman tersebut. [25] 2. Mobiliti sosial jelas tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Berikan ulasan anda tentang mobiliti sosial sebagaimana yang digambarkan Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) dalam konteks

pembangunan masyarakat. [25]

HULUBALANG

HAMBA

Dalam dokumen Bahan Bengkel KMK P2 2017.docx (Halaman 56-60)