• Tidak ada hasil yang ditemukan

JADUAL TRANSLITERASI

1. Hipotesis Utama HO 1;

2.2 Pendekatan Analisis Kontrastif

2.2.3 Kritikan dan Implikasi Analisis Kontrastif Dalam Pedagogi

Sungguhpun analisis kontrastif telah banyak menyumbang dalam bidang pengajaran bahasa asing namun analisis kontrastif dikritik oleh golongan linguis. Kritikan itu adalah berkenaan dengan andaian analisis kontrastif. Analisis kontrastif mengutamakan perbezaan antara B1 dan B2 kerana perbezaan tersebut akan menimbulkan masalah dalam proses pembelajaran B2. Selain itu, konsep ramalan (prediction) yang merupakan tumpuan dalam penyataan Lado juga menjadi tanda tanya kepada linguis yang lain yang mempersoalkan kuasa ramalan analisis kontrastif . Pokok persoalan yang menjadi kritikan utama ialah :

1. Kesahan tentang kuasa ramalan analisis kontrastif

Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar bukan sahaja berlaku apabila terdapat perbezaan B1 dan B2 iaitu bukan sahaja disebabkan oleh gangguan B1 tetapi disebabkan oleh faktor lain. Dulay dan Burt (1974) menamai kesalahan ini sebagai ‘unique goofs’. Menurut Dulay dan Burt ‘ unique goofs’ ialah kesalahan yang bukan disebabkan oleh gangguan B1 dan juga tidak terdapat dalam data pemerolehan B2. Kesalahan-kesalahan seperti intralingual dan 'developmental errors' juga tidak

University

46 dapat diramal oleh analisis kontrastif. Faktor lain yang menyebabkan berlakunya kesalahan mungkin seperti berikut:

a) Generalisasi melampau B2 (over-generalization)

Generalisasi melampau B2 bermakna seseorang pelajar cuba mencipta struktur yang menyimpang dalam B2 berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang terhad dalam B2.

“…the leaner creates a deviant structure on the basis of his experience of other structures in the target language.”

Menurut Jobokovits ialah “ The use of previously available in new situations… In second language learning…some of strategies will prove helpul in organising the facts about the second language, but others, perhaps due to superficial similarities, will be misleading and inapplicable”.

Menurut Hamdi (dalam Mohammad:2002), generalisasi melampau ini kadang-kadang berfaedah dan kadang kala menyesatkan. Fenomena ini merangkumi keadaan-keadaan yang dibawa oleh pelajar dengan struktur yang salah berasaskan pengalamannya bersama struktur bahasa yang dipelajarinya sebelum ini. Sebagai contoh pelajar menggunakan bentuk kata kerja kala kini (al- fi‘l al-muḍāri‘) tanpa menggunakan morfem bersama semua ganti nama. Ini sudah tentu mengurangkan beban tetapi ia menyesatkan.

b) Kejahilan tentang sekatan peraturan (Ignorance of rule restrictions)

Seseorang yang mempelajari B2 itu tidak mengetahui sekatan peraturan dalam B2 dan mengaplikasikan peraturan yang tidak sesuai.

University

47 “Closely related to the generalization of deviant structures is failure to obverve the restrictions of existing structures, that is, the application of rules to contexts where they do not apply”

Kejahilan atau tidak menjaga kaedah atau peraturan serta sekatan-sekatannya, atau perlaksanaan sesetengah kaedah dalam konteks yang tidak sesuai mempunyai kaitan dengan generalisasi melampau, dan mungkin boleh ditafsirkan sesetengah kesalahan seperti kesalahan analogi. Menurut Jack C.Richard (1974) analogi merupakan faktor utama dalam kesalahan penggunaan preposisi, seperti “he said to me” menghasilkan “he asked to me” atau “we talked about it” menghasilkan “we discussed about it”. Asmah Hj Omar (1980) menyatakan bahawa faktor ini berlaku berdasarkan pola bahasa yang sudah dipelajari, di mana pelajar membentuk bentuk-bentuk yang baru berdasarkan peraturan yang telah dikuasai oleh mereka sebelumnya.

c) Penggunaan peraturan secara tidak sempurna (Incomplete application of rules)

Dalam situasi di mana seseorang pelajar yang mempelajari B2 mengetahui peraturan secara umum dan dapat menggunakan dengan betul tetapi tidak mempelajari peraturan itu dengan sempurna. Contohnya dapat membina ayat dengan menggunakan kata tanya tetapi tidak tahu bahawa ayat tanya juga boleh dibentuk tanpa penggunaan kata tanya.

“…the occurrence of structures whose deviancy represents the degree of development of rules required to produce acceptable utterances… a statement form may used as a question, one of the transformations in a series may be omitted, or a question word may simly be added to the statement form.”

University

48 d) Andaian salah konsep (False concept hypothesized)

Andaian salah konsep bermakna pemahaman yang salah dalam B2. Ini kadang kala berlaku disebabkan oleh pengajar tidak dapat mengajar dengan betul.

“…these is a class of developmental errors which derive from faulty comprehension of distinctions in the target language. These are sometimes due to poor gradation of teaching items.”

Kajian-kajian yang dilakukan oleh H.V. George dan D.Lance dapat membuktikan bahawa kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh unsur-unsur lain daripada gangguan B2. Sebagai contoh, kata sandang dalam bahasa Arab seperti

َنﺎ َﻛ

(kāna) digunakan bersama kata kerja kala kini untuk menunjukkan kala lepas seperti

َﺮ ُأ َـﻳ ْﻘ َنﺎ َﻛ

kāna yaqra’ membawa maksud ( dia telah dia sedang membaca) dia telah

membaca. Pelajar Melayu mungkin melakukan kesalahan apabila meletakkan kata kerja kala lampau selepasnya seperti َﺃ

َﺮ َـﻗ َنﺎ َﻛ

kāna qara’a ( dia telah dia telah membaca). Kesalahan seperti ini adalah disebabkan pelajar tidak memahami konsep kata sandang bahasa Arab dengan betul.

Abdul Halim Mohammad (2002) dalam kajiannya menjelaskan di antara faktor kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar Melayu dalam membina ayat-ayat bahasa arab tidak tertumpu pada andaian gangguan B2 tetapi dapatan beliau menunjukkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar Melayu berkait rapat dengan teknik pengajaran guru, kelemahan kurikulum SMU, YIK, penggunaan buku teks keluaran al-Azhar yang tidak sesuai dengan pelajar Melayu, sikap pelajar yang memandang bahasa Arab adalah bahasa yang sukar dan kurangnya aktiviti kebahasaan yang boleh meningkatkan penguasaan pelajar.

University

49 2. Perbezaan linguistik antara B1 dan B2

Perbezaan lingistik antara B1 dan B2 tidak sama dengan kesulitan yang dihadapi dalam proses pembelajaran. Ciri-ciri B2 tidak semestinya akan mewujudkan kesulitan dalam proses pembelajaran.

Kesimpulannya, hipotesis analisis kontrastif mempunyai pengaruh langsung dalam pengajaran, iaitu berkaitan dengan pembetulan kesilapan. Kaedah audi-lingual yang berasaskan linguistik struktur telah memberikan wawasan terhadap kaedah pengajaran tertentu. Guru-guru telah diberi arahan untuk melaksanakan pembetulan terhadap kesilapan kesalahan pelajar serta merta dengan menggunakan kaedah pengukuhan, latihan perulangan dan ajukan sehingga pelajar dapat mengatasi masalah dan seterusnya mengelakkan diri daripada membuat kesalahan atau kesilapan.

Selain dari itu, hasil dari analisis kontrastif yang dilakukan oleh guru-guru dapat membantu mereka membina dan mereka bahan pengajaran seperti modul pengajaran bahasa yang lebih sistematik dan efisyen mengikut proses reka bentuk yang dicadangkan dalam teknologi instruksi untuk mencapai matlamat pengajaran yang disasarkan.