• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dengan kajian takhrῑj, kita dapat mengetahui sama ada seseorang perawi meriwayatkan ḥadῑth itu secara berseorangan atau ada perawi lain yang turut

HAMKA DAN TAFSIR AL-AZHAR

3.1.3 Latar Belakang Pendidikan

Sewaktu berusia 7 tahun, Hamka dimasukkan ke sebuah sekolah desa di Padang Panjang yang hanya memiliki 3 kelas. Pada tahun 1916, Engku Zainuddin Labai El-Yunus19 mendirikan Sekolah Diniyah yang beroperasi di waktu petang di Pasar Usang dan Hamka

15 ibid., hlm. 10-14

16 Hamka dilarang oleh ayahnya mengikuti datuknya ke muara tetapi larangan itu tidakdipatuhinya.

Pernah juga beliau hampir dihukum kerana menyebabkan anak-anak orang lain menangis apabila bermain permainan Mantri Cacar. Mantri cacar ialah pegawai perubatan yang datang ke kampung-kampung untuk merawatpenyakit cacar. Dalam peristiwa ini, Hamka mengumpulkan beberapa orang anak-anak lalu menoreh bahu mereka dengan duri limau sehingga berdarah-darah. Hal ini dilakukannya kerana mencontohi tindakan Mantri Cacar apabila merawat pesakit cacar. Peristiwa ini mencetuskan kemarahan ayahnya dan menyebabkan Hamka semakin takut dengan ayahnya selepas itu. Lihat ibid., hlm. 14-15.

17Ibid., hlm. 17-20. Pada tahun 1954, Hamka bertemu kembali dengan Khamsinah yang ketika itu sudah bersuami dan memiliki anak ketika ingin menaiki kapal laut dari Teluk Bayur ke Jakarta.

18Ibid., hlm. 21-22

19 Beliau anak kepada Syeikh Muhammad Yunus al-Khalidiyah dan Rafi‟ah. Lahir daripada keturunan ulama pada 10 Julai 1924. Adik beliau bernama Rahmah El-Yunusiyah, seorang tokoh agama wanita yang terkenal di Indonesia.Beliau anak murid kepada ayah Hamka iaitu Haji Rasul. Beliau pengasas kepada Sekolah Diniyah di Pasar Usang. Lihat : http://www.darulfunun.or.id/11/zainuddin-labay-el-yunusi/.

51

turut bersekolah di situ. Untuk beberapa waktu, beliau menjalani kehidupan itu iaitu bersekolah pagi di sekolah desa dan bersekolah petang di sekolah agama.20

Pada tahun 1918, ketika berumur 10 tahun, dan beliau sudah berada di kelas II di sekolah desa dan sekolah agama, keluarganya membawanya pulang ke kampung, 2 bulan sebelum bulan puasa. Beliau kemudian dikhatankan. Selepas bulan puasa berlalu, beliau di bawa semula ke Padang Panjang. Sekolah desanya tidak dapat ditamatkan. Sebaliknya beliau dimasukkan ke Madrasah Thawalib, sekolah model baru yang diasaskan oleh ayahnya setelah kembali dari Jawa. Meskipun sekolah yang dibahagikan mengikut kelas-kelas tertentu itu tergolong dalam model pendidikan yang baru di zaman itu, silibus yang digunakan masih silibus yang lama dan amat menekankan kaedah hafazan. Jiwa Hamka yang tertekan dengan sistem pengajian itu memberontak dan menyebabkan beliau lebih banyak bermain berbanding dengan belajar.

Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan kursus Bahasa Inggeris di waktu malam di bawah bimbingan Sutan Marajo. Di sini, minat Hamka untuk belajar mulai bertunas kerana gurunya pandai mengajar. Tetapi apabila Sutan Marajo berpindah ke tempat lain, kursus itu terpaksa dihentikan. Hal ini menyebabkan Hamka lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca buku di sebuah perpustakaan milik Zainuddin Labai. Pemikirannya mulai terbuka dan berkembang apabila membaca pelbagai genre buku yang terdapat di situ. Kegemarannya membaca itu pula rupa-rupanya kurang digemari oleh ayahnya. Ayahnya bertanya :

“Apakah engkau akan menjadi orang alim nanti atau akan jadi tukang cerita?

21

Sewaktu usianya 12 tahun, ayahnya bercerai dengan ibunya. Perceraian ini menyebabkan hubungan beliau dengan ayahnya menjadi renggang buat seketika. Beliau kemudian dihantar untuk menyambung pengajian di Parabek di bawah bimbingan Syeikh Ibrahim Musa. Kemahiran pidatonya diasah di sini, dan ada masa yang sama dia mendapat

20Ibid., hlm. 23 dan hlm. 27

21Ibid., hlm. 41

52

gelaran Datuk Indomo daripada sukunya. Walau bagaimanapun, hubungannya dengan ayahnya masih belum pulih sepenuhnya. Hal ini menyebabkan dia ingin melarikan diri ke Jawa secara senyap-senyap. Percubaannya gagal kerana dia ditimpa penyakit cacar di Napal Putih lalu dihantar pulang ke rumah ayahnya semula. Peristiwa ini tidak mematahkan semangatnya. Sekali lagi beliau cuba pergi ke Jawa, kali ini dengan menyatakan hasratnya secara berterus terang dengan ayahnya. Oleh sebab ketika itu umur Hamka sudah mencecah 15 tahun, ayahnya membiarkan dirinya membuat pertimbangan sendiri tanpa terlalu berkeras seperti dahulu.

Dalam perjalanan ke Jawa beliau singgah ke beberapa tempat terlebih dahulu. Di kampong Ngampilan, beliau bertemu dengan adik ayahnya, Jaafar Amrullah. Bapa saudaranyaini membawanya mempelajari ilmu di beberapa tempat. Di sinilah beliau mempelajari ilmu dengan beberapa orang tokoh terkenal di waktu itu seperti Kiai Haji Hadikusumo, H.O.S Cokroaminoto, R.M Suryopranoto, H Fakhruddin dan lain-lain.22Kemudian beliau pergi ke Pekalongan bertemu dengan menantu ayahnya A.R Sutan Mansur.

Pada tahun 1925 beliau pulang ke kampung. Kemahiran pidatonya semakin terserlah.

Tetapi keilmuannya masih belum mendapat pengiktirafan daripada ayahnya dan rakan-rakannya. Tunangannya di waktu kecil pula telah ditunangkan dengan orang lain. Semua kejadian ini membulatkan tekadnya untuk belajar agama di Mekah. Pemergiannya ke Mekah telah memperkayakan perbendaharaan Bahasa Arabnya. Beliau juga diberi kebenaran untuk mengajar di masjid oleh Syeikh Abū Samah, Imam Besar Masjidil Haram ketika itu. Beliau kemudiannya bekerja di sebuah kedai percetakan milik Syeikh Hamid Kurdi. Pekerjaannya ini membolehkan dirinya membaca banyak buku yang belum pernah diketahuinya sebelum ini sekaligus meningkatkan keilmuannya.23

22 Semua nama-nama yang disebutkan ini adalah tokoh-tokoh Persarikatan Islam.

23Ibid., hlm. 92-93

53

Apabila tiba musim haji, beliau mengerjakan haji. Pada mulanya beliau berhasrat untuk bermukim lebih lama di Mekah, tetapi pertemuannya dengan Haji Agus Salim, seorang tokoh nasional di Indonesia waktu itu telah mengubah pendiriannya. Haji Agus Salim menasihatkan beliau untuk pulang ke tanah kelahirannya dan berbakti kepada negaranya.

Kepulangannya dari Mekah kali ini disambut dengan gembira oleh ayahnya dan masyarakat di kampungnya. Hal ini kerana pada zaman itu, orang amat memandang tinggi kepada sesiapa yang telah menunaikan haji di Mekah atau belajar di sana.

Begitulah serba ringkas tentang latar pengajian beliau, meskipun tidak menamatkan pengajian secara formal di mana-mana pusat pengajian, tetapi tidak bermakna beliau tidak memiliki asas yang kukuh dalam bidang agama. Asas yang kukuh inilah kemudiannya dikembangkan sendiri oleh beliau sehingga beliau menjadi tokoh yang terkenal di kemudian hari.