Nak cari rumah sewa ni boleh jadi nightmare untuk sesetengah orang.
Mungkin ada yang first time nak cari rumah sewa. Mungkin juga ada yang dah ada pengalaman tak best menyewa sebelum ni. Jadi nak cari rumah sewa ni boleh jadi perkara yang renyah untuk sesetengah orang.
Tak kira lah anda pertama kali nak menyewa atau tengah nak cari rumah sewa baru, anda boleh buat langkah - langkah ni. Jom baca lebih lanjut.
1. Lokasi bekerja anda kat mana?
Katakan anda bekerja di KL Sentral. Rumah sewa yang anda bakal cari mestilah berdekatan dengan kawasan KL Sentral supaya anda boleh pergi ke tempat kerja dengan mudah. Perjalanan dari rumah sewa ke tempat kerja mestilah kurang daripada sejam perjalanan. Anda mestilah tak nak terlalu lama spend masa dalam perjalanan ke tempat kerja kan? Lama -kelamaan, anda bakal penat dan burnout jika rumah sewa jauh dari tempat kerja.
Pilih lokasi rumah sewa yang buatkan anda rasa selamat dan mudah ke mana - mana. Ini sangat penting untuk anda yang masih bujang. Ye lah katakan anda terpaksa balik malam daripada tempat kerja, anda tak nak lalu kawasan yang merbahaya kan. Buat survey di kawasan yang bakal anda tinggal dan tengok apa kemudahan yang ada, akses jalan raya, sekolah, kawasan kejiranan dan keselamatan.
2. Berapa bajet sewaan anda?
Sebelum nak cari bilik atau rumah sewa, pastikan anda tahu dulu berapa bajet yang anda sanggup letakkan untuk bayar bulanan sewa. Katakan bajet yang anda ada hanyalah RM500, jadi cari bilik sewa yang tawarkan ikut bajet anda. Sewa ikut kemampuan kewangan anda. Ada je bilik sewa yang berharga RM500 sebulan siap ada fasiliti gym, aktiviti setiap minggu lagi.
Anda juga perlu pastikan sewa yang anda bayar tidak terlalu tinggi sehingga menelan 50% daripada pendapatan bulanan anda. Contohnya gaji RM3,000. Jangan pula sewa bulanan anda RM1,500. Tinggi sangat tu.
Buat bajet dulu berapa yang anda bayar setiap bulan untuk sewa bulanan, bil elektrik, bil air, bulanan kereta dan komitmen lain. Dari sini sebenarnya anda dah boleh tengok berapa banyak duit anda habis setiap bulan.
Selain itu juga, lebih baik anda memilih unit yang dah fully furnished berbanding dengan unit kosong. Walaupun unit kosong lebih murah sewa bulanannya, namun perbelanjaan untuk membeli perabot dan hias rumah boleh tahan besar jumlahnya.
Katakan anda ada pilihan di antara unit kosong sewa RM400 sebulan dengan unit fully furnish RM600 sebulan, yang mana satu patut anda pilih?
Lebih baik anda pilih unit fully furnish RM600 sebulan. Nampak macam mahal RM200 berbanding dengan unit kosong. Namun anda perlu mengambil kira kos yang diperlukan untuk beli perabot asas.
Kebiasaannya kos untuk beli perabot dan hias rumah boleh menelan sehingga RM5,000.
Bila anda menyewa unit yang dah fully furnish, anda boleh pindah bila - bila masa tanpa perlu bersusah payah cari jalan macam mana nak angkut perabot sekali dengan anda.
3. Gaya hidup anda macam mana?
Adakah anda sukakan shopping atau makan di luar? Atau anda merupakan seorang yang suka bersendiri dan buat hal sendiri? Ataupun anda merupakan seorang yang aktif?
Kenapa gaya hidup ni sangat penting? Supaya anda boleh memilih unit rumah yang ada ciri - ciri yang anda nak. Contohnya katakan anda seorang yang suka makan luar, anda perlulah mencari unit rumah sewa yang berdekatan dengan pusat membeli - belah (senang nak cari tempat makan dan beli barang). Malah cari juga yang berdekatan dengan stesen LRT atau MRT.
Katakan anda merupakan seorang yang bersendiri dan tak ramai kawan.
Mungkin anda tak tahu nak buat apa di hujung minggu. Nak ajak kawan keluar pun tak tahu nak buat apa. Jadi, cari rumah sewa yang menawarkan aktiviti hujung minggu bersama penyewa.
Untuk orang yang aktif dan fitness person, kemudahan seperti gym dan kolam renang memang antara ciri yang perlu di ambil kira. Kalau anda jumpa rumah sewa yang ada gym dan kolam renang, tanyakan sama ada anda boleh guna tak kemudahan tersebut atau perlu di bayar. Ada rumah sewa yang berikan akses ekslusif kepada penyewa untuk gunakan kemudahan yang ada di bangunan rumah sewa (gym dan kolam renang).
Tak payah dah anda bayar yuran gym kat luar.
4. Jenis rumah sewa
Ada banyak jenis rumah sewa yang anda boleh pilih. High rise dan juga landed. Adakah anda nak menyewa di flat, apartment, semiD ataupun teres? Setiap jenis rumah ni berbeza berapa kadar sewa yang ditetapkan.
Ada tuan rumah yang tetapkan harga tinggi untuk flat A, dan ada tuan rumah yang tetapkan harga biasa untuk flat B. Walaupun masuk dalam kategori flat, harga masih bergantung kepada tuan rumah untuk tetapkan.
Tak kisahlah rumah high rise ataupun landed, setiap rumah sewa ada kebaikan dan keburukan masing - masing. Sebelum bersetuju untuk menyewa, tengok betul - betul tau!
-4 tips ini anda boleh gunakan dalam mencari bilik sewa yang bersesuaian dengan kewangan anda. Jangan main setuju je dengan tawaran bilik sewa sehingga anda tengok sendiri bilik tu sama ada melalui online (view melalui zoom) ataupun pergi sendiri ke unit rumah sewa tersebut. Selain itu, carilah rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja anda supaya anda dapat jimat masa perjalanan ke sana. Ada banyak rumah sewa yang berdekatan
dengan stesen LRT dan MRT sesuai untuk anda yang menggunakan kemudahan pengangkutan awam.
Ada orang menyewa sampai mati. Ada orang boleh menyewa sambil dapat miliki rumah yang tengah disewa. Untuk miliki rumah sendiri ni kalau tak ada ilmu dan strategi yang betul, memang nampak impossible je nak dapat. Namun, bagi orang yang dah belajar macam mana nak dapatkan rumah sambil menyewa, possible je.
Anda nak tahu lebih lanjut? Teruskan baca ebook ni sampai habis.