Selaras dengan usaha menggalakkan perbankan “online” oleh Bank Negara Malaysia, kami telah melaksanakan pembayaran agihan pendapatan (dividen) melalui akaun bank Pemegang Unit sejak tahun 2012 lagi.
Oleh itu, bagi para Pemegang Unit yang masih belum memaklumkan nombor akaun bank masing-masing kepada Pengurus adalah dipohon berbuat demikian selewat-lewatnya pada 31 Mei 2022.
Ketiadaan nombor akaun bank mungkin menyebabkan Pemegang Unit tidak akan menerima bayaran agihan pendapatan dalam bentuk tunai. Sebaliknya agihan pendapatan tersebut akan dibuat dalam bentuk unit yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun Pemegang Unit masing-masing berdasarkan harga semasa.
Salinan mukasurat bahagian nombor akaun buku simpanan bank / nombor akaun pada penyata akaun semasa / slip maklumat nombor akaun bank perlu dilampirkan sebagai pengesahan akaun Pemegang Unit. Kemaskini maklumat nombor akaun bank hendaklah menggunakan BORANG MAKLUMAT NOMBOR AKAUN BANK PEMEGANG UNIT seperti yang dilampirkan di dalam laporan ini atau dimuat turun melalui laman sesawang www.phgunitrust.com.my atau boleh juga didapati di pejabat Pengurus.
2. TEMPOH LAKU CEK AGIHAN PENDAPATAN
Cek Agihan Pendapatan KUMIPA Balanced Fund laku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh cek.
3. MELABUR SEMULA AGIHAN PENDAPATAN
Pemegang Unit digalak melaburkan semula agihan pendapatan untuk menambah pelaburan dengan memberi arahan awal atau mengembalikan semula cek agihan pendapatan kepada Pengurus.
4. KEMASKINI MAKLUMAT DAN TANDATANGAN PEMEGANG UNIT
I. Pemegang Unit diminta memaklumkan sebarang perubahan maklumat seperti berikut:
i. Alamat Terkini
ii. Nombor Telefon (talian tetap atau telefon bimbit)
iii. No. Kad Pengenalan (Sila lampirkan salinan Kad Pengenalan yang disahkan dari salinan asal dan hendaklah dipalang untuk kegunaan PKB sahaja)
iv. Pekerjaan v. Pendapatan
II. Pihak kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan tandatangan/cop ibu jari kanan terkini para Pemegang Unit.
Kemaskini maklumat hendaklah menggunakan BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PEMEGANG UNIT dan kemaskini tandatangan/cop ibu jari hendaklah dibuat di dalam BORANG KEMASKINI TANDATANGAN PEMEGANG UNIT INDIVIDU yang dilampirkan di dalam laporan ini atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.phgunitrust.com.my.
5. MANFAAT TAMBAHAN PEMEGANG UNIT i. Pelan Takaful Keluarga Berkelompok
Jenis perlindungan : Kematian atau keilatan kekal seluruh tubuh badan.
Syarat-syarat tuntutan :
• Makluman kematian atau keilatan mestilah tidak melebihi tempoh 90 hari dari tarikh kejadian.
• Umur Pemegang Unit tidak melebihi 65 tahun.
• Pegangan unit ketika kejadian mestilah 10,000 unit atau lebih.
Perlindungan Takaful ini adalah percuma dan pihak pengurusan berhak membuat sebarang pindaan tanpa memaklumkan kepada pemegang unit.
ii. Khairat Kematian
Khairat Kematian akan dibayar dengan syarat yang berikut :
• Maklumat kematian tidak melebihi tempoh 90 hari dari tarikh kejadian.
• Umur Pemegang Unit melebihi 65 tahun.
• Pegangan unit ketika kejadian mestilah 10,000 unit atau lebih.
Sila hubungi pejabat pengurusan untuk maklumat lanjut.
6. PENAMAAN PEMOHON BERSAMA
Pemegang Unit adalah digalakkan untuk membuat Penamaan Pemohon Bersama untuk mengelakkan masalah proses tuntutan harta pusaka pada masa akan datang. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat Pengurusan KUMIPA Berhad.
BORANG MAKLUMAT NO AKAUN BANK PEMEGANG UNIT BAGI PEMBAYARAN AGIHAN PENDAPATAN KUMIPA BALANCED FUND
No. Akaun KUMIPA UNTUK KEGUNAAN
JABATAN OPERASI
Nama Pemegang Unit Berdaftar (seperti dalam Kad Pengenalan) Maklumat/ Borang Diterima
Tarikh Terima :
(Sila sertakan salinan buku akaun simpanan / penyata akaun semasa / dokumen berkaitan) Tandatangan
No. Telefon (H/P) : Dengan ini, saya seperti nama dan No K/P di atas ingin memaklumkan No. Akaun Bank saya serta memberi
kebenaran kepada pihak Pengurusan KUMIPA Berhad agar agihan pendapatan KUMIPA Balanced Fund Tarikh :
dibayar melalui No. Akaun Bank tersebut bagi tahun ini dan seterusnya. No ID :
……….. ……….
Tandatangan / Cop Ibu Jari Kanan Tarikh
Pemegang Unit Berdaftar
BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PEMEGANG UNIT TABUNG KUMIPA BALANCED FUND
No. Akaun KUMIPA Untuk Kegunaan
Jabatan Operasi
Nama Pemegang Unit (seperti dalam Kad Pengenalan) Terima & Semak :
Pekerjaan (Sila nyatakan) Gred (Bagi kakitangan Kerajaan) Jawatan (Nyatakan jika Gred 52 dan ke atas) Tarikh :
Catatan
--- --- ---
Jika berniaga sila nyatakan jenis perniagaan Organisasi / Jabatan / Pejabat (Sila nyatakan) --- ---
Saya bekerja dalam kumpulan : KERAJAAN / SWASTA / BADAN BERKANUN / SENDIRI (Bulat / Garis yang berkenaan)
Pendapatan Tahunan (Tandakan √ ) Pengalaman Melabur (Tandakan √ )
Kurang dari RM24,000 RM24,000 - RM60,000 < dari 1 tahun 1 - 3 tahun
RM60,000 - RM100,000 Lebih dari RM100,000 3 - 5 tahun > dari 5 tahun
Saya mengaku bahawa maklumat yang saya nyatakan di atas adalah benar.
……….. ………..
BORANG KEMASKINI TANDATANGAN PEMEGANG UNIT (INDIVIDU) TABUNG KUMIPA BALANCED FUND
No. Akaun KUMIPA
Nama Pemegang Unit (seperti dalam Kad Pengenalan)
Saya mengaku bahawa tandatangan atau cop ibu jari 1 Saya mengesahkan kenyataan yang dibuat
yang diturunkan di borang ini adalah milik saya. Pemohon dalam borang ini adalah benar.
2 Tandatangan / cop jarinya telah diturunkan
Nota : 1. Para Pemegang Unit Berdaftar diminta melengkapkan borang ini bagi tujuan mengemaskini tandatangan / cop ibu jari.
2. Rujuk mukasurat sebelah bagi senarai Saksi Pengesah yang layak.
3. Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 30 Jun 2020.
SENARAI SAKSI / PENGESAH Syarat-Syarat Saksi / Pengesah Salinan Dokumen :
(1) Semua saksi / pengesah hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
(2) Semua saksi / pengesah hendaklah daripada pegawai kerajaan yang menjawat jawatan tetap dan terdiri daripada kumpulan tersenarai di bawah ini.
(3) Semua saksi / pengesah hendaklah menurunkan nama dan cop rasmi jawatan yang disandang.
Kategori saksi/pengesah yang layak bagi pemohon individu ialah :
(a) Semua Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah
(b) Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)/Senator (c) Orang perseorangan yang dianugerahkan pingat Jaksa Pendamai yang bermastautin di
daerah/mukim/ kampung / taman tempat pemegang unit tinggal (d) Penggawa / Penghulu / Temenggung / Tuai Rumah
(e) Bagi Badan Berkanun seperti FELDA, FELCRA, RISDA, MARA, MIDA, KWSP dan yang setaraf, saksi / pengesah hendaklah Pegawai di peringkat pengurusan dan ke atas seperti Pengurus / Penolong Pengurus / Ketua Jabatan dan ke atas sahaja.
MAKLUMAT KORPORAT PENGURUS