• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENUJU KE HADAPAN DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

1.3.1 PENGENALAN

Pengajian Tinggi negara perlu dikukuhkan secara berterusan untuk memastikan kesejahteraan dan daya saing Negara. Dalam unit ini peserta dapat berbincang secara kritikal berkaitan peranan P&P untuk menjamin kelestarian negara.

1.3.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, peserta dapat menganalisis isu kritikal isu dalam pembelajaran dan pengajaran pengajian tinggi untuk kelestarian Negara. (C5, A3)

1.3.3 KANDUNGAN PEMBELAJARAN Kandungan pembelajaran adalah seperti berikut, a. Isu dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Perancangan pengajian tinggi negara telah mendapat perhatian yang serius oleh pemimpin negara melalui pelbagai pelan, rancangan dan juga gagasan seperti,

i. Rancangan Malaysia

ii. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iii. Transformasi Politeknik 2020

iv. Halatuju Sektor Pengajian Tinggi Negara

Sebagai contoh, Hala tuju Sektor Pengajian Tinggi Negara adalah merupakan pelan strategik yang memberikan gambaran jelas mengenai strategi sektor pengajian tinggi Negara membantu Malaysia menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Namun begitu untuk menuju ke hadapan, beberapa isu yang penting berkaitan P&P di peringkat pengajian tinggi Negara perlu diberi perhatian yang tinggi. Antaranya ialah:

i. Reka bentuk Kurikulum

Reka bentuk kurikulum adalah merupakan agen perubahan efektif yang boleh membentuk tenaga kerja berkualiti. Pelaksanaan PBH dalam pengajian tinggi negara adalah bertujuan untuk merancang tenaga kerja negara mengikut acuan yang diperlukan. Untuk mencapai tahap ekonomi

berpendapatan tinggi, sistem pengajian tinggi negara perlu menyediakan kurikulum yang dapat menghasilkan tenaga kerja beretika, kreatif dan inovatif. Walau pun hasil pembelajaran yang termaktup dalam Kerangka Kelayakan Malaysia mewajibkan lapan domain hasil pembelajaran terhadap semua program akademik, impaknya masih belum dapat dilihat dengan jelas. Oleh itu, pensyarah bertanggungjawab untuk merealisasikannya menerusi proses P&P.

ii. Penyampaian Pembelajaran

Pernyataan bahawa kaedah penyampaian adalah sama pentingnya dengan isi kandungan menunjukkan bahawa penekanan terhadap kaedah penyampaian SCL (Students Centred Learning) seperti yang tercatat dalam PSPTN. Program latihan yang dijalankan oleh AKEPT telah membantu dalam usaha IPT melahirkan Master Trainer yang bertindak sebagai agen perubahan dalam P&P pengajian tinggi Negara. Perkembangan ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar sangat menggalakkan dengan ada usaha bersepadu antara IPT dan juga Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian pengajian Tinggi. Pengiktirafan Anugerah Akademik Negara (AAN) dalam P&P kepada pensyarah yang mencapai kriteria adalah penggerak kepada pensyarah untuk bersedia memberikan perkhidmatan terbaik dalam pembelajaran dan pengajaran. Isu spoon feeding dan juga kurangnya budaya kreativiti dalam kalangan pelajar sepatutnya akan berakhir dengan adanya inisiatif SCL ini. Keperluan yang mendesak ketika ini ialah bagaimanakan kesediaan pensyarah untuk menjalankan aktiviti SCL? Di samping itu, kurikulum juga perlu lebih fleksibel untuk mengambil kira perubahan kecil dalam penyampaian dan juga penaksiran.

iii. Penaksiran

Kecenderungan terhadap rote learning dalam kalangan pelajar di pengajian tinggi negara adalah berpunca daripada sistem pengajian negara melaksanakan penaksiran yang memberikan impak yang besar ke dalam prestasi pencapaian pelajar. Apabila budaya meminati ilmu dan kompetensi belum dapat dihayati oleh pelajar, maka penumpuan mereka terhadap peperiksaan akan menjadi lebih tinggi dan peperiksaan hanyalah aktiviti peperiksaan dan bukan peperiksaan sebagai sebahagian proses pembelajaran (Assessment for Learning). Kecenderungan ini dapat dibendung sekiranya sistem penaksiran adalah sahih, boleh dipercayai dan menjurus kepada penaksiran kompeten berbanding penaksiraan berasaskan isi kandungan.

iv. Penambahbaikan Kualiti Berterusan

Antara perkara yang sukar diamalkan oleh IPT ialah proses penambahbaikan kualiti berterusan (continual quality improvement) yang merupakan proses yang biasanya dapat memberikan input baru yang akan menambahnilai program akademik. Usaha closing the loop sekiranya dilaksanakan dengan baik akan dapat menjamin kualiti program. Proses ini perlu diberi perhatian oleh pengurus pendidikan Negara untuk mencapai tahap pendidikan yang berkualiti dan lebih matang.

v. Profesionalism Akademik

Profesionalisme akademik merujuk kepada keupayaan dan kecekapan melaksanakan tang-gungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu, kepakaran dan juga amalan akademik.

Pembelajaran Pengajian Tinggi__Modul 1

Etika bekerja di mana-mana sektor termasuk sektor pengajian tinggi adalah penting untuk mencapai kecemerlangan yang hakiki. Penerapan nilai integriti dalam etika bekerja di IPT akan menjurus Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Institusi pengajian tinggi (IPT), harus menerap dan memperkasakan nilai integriti dikalangan akademia, pegawai tadbir, kakitangan sokongan serta para pelajar kerana IPT adalah pusat perkembangan ilmu yang akan melahirkan generasi cerdik pandai, Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi serta berakhlak mulia, maka akademia semestinya menjalankan tugas dengan beretika dan ber-integriti. Kepincangan masyarakat dari aspek integriti dan etika boleh dibaiki sekiranya suasana kondusif yang bermoral, beretika dan berintegriti dapat dihidupkan disetiap kampus IPT.

1.3.4 AKTIVITI a. Refleksi

Bincangkan pernyataan berikut dan berikan pandangan anda dalam konteks kualiti P&P pengajian tinggi negara.

i. “P&P pengajian tinggi yang baik akan dapat membantu kecemerlangan Institusi pengajian tinggi.”

ii. “Kecemerlangan pensyarah dalam P&P pengajaran tidak memerlukan latihan profesional atau ikhtisas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran”

Berikan pandangan anda mengenai status integriti akademik bagi setiap kes berikut.

i. Anda telah menghantar tugasan yang telah anda hantar sebelum ini. Adakah ini menyalahi integriti akademik?

ii. Dalam ujikaji makmal yang telah anda lakukan, sebahagian kecil data didapati tidak menyokong hipotesis kajian. Anda telah bertindak dengan mengenepikan data tersebut.

iii. Dua pelajar anda telah membahagikan tugasan individu yang anda berikan kepada dua bahagian. Mereka telah bertukar jawapan dan menghantar tugasan tersebut.

iv. Anda telah membenarkan rakan anda untuk menggunakan sebahagian besar dari tugasan yang telah anda hantar sebagai tugasannya?

v. Anda telah menulis kembali perenggan dalam sebuah artikel dan menjadikanya sebagai hujah utama dalam buku anda.

b. Tugasan 2

Sediakan Jadual Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman (SWOT analisis) bagi IPT anda dalam P&P menggunakan Jadual berikut dan bincangkan peranan yang anda perlu mainkan untuk mengukuhkan lagi inisiatif pembelajaran dan pengajaran di IPT anda.