Izinkanlah saya meminjam judul yang di atas dari sebuah makalah
yang ditulis “Ihsan” di harian Misri, di mana ia memulai tulisannya sebagai berikut:
“Apakah politik luar negeri Mesir?” “Bagaimanakah cara-cara politik ini?”
“Suatu hal yang telah disepakati semenjak zaman baru ini, adalah bahawa politik luar negeri Mesir itu politik Mesir. Bukan politik Arab, bukan politik Timur, dan bukan pula menggambarkan suatu pandangan politik salah satu blok internasional. Ia adalah suatu politik Mesir murni. Ertinya semua persoalan dibahas berdasarkan kepentingan Mesir saja, dan bahawa pengertian “kehormatan” di bidang internasional harus diberi pengertian baru. Menjaga kepentingan nasional tidak bertentangan dengan kehormatan itu. Tetapi dakwaan-dakwaan kehormatan mungkin dalam hal bertentangan dengan kepentingan nasional”.
Saya meras gembira sekali dapat mengetahui bahawa semenjak dari zaman baru ini telah ada kesepakatan bahawa politik luar negeri Mesir itu adalah politik Mesir, bukan suatu politik yang menggambarkan segi pandangan salah satu dari dua blok internasional.
Tetapi saya ingin agar ada pula kesepakatan tentang pengertian kata- kata “Mesir”.
Barangkali baiklah bagi kita kiranya dalam hal ini kita meminta pertolongan dengan sikap politik internasional kita, dan dengan prinsip- prinsip umum yang kita gunakan sebagai dasar bagi hubungan kita dengan Blok Barat mahupun dengan Blok Timur. Dengan begitu kita dapat memperhatikan apakah prinsip-prinsip ini memandang kepada kita bahawa kita ini memang “Mesir”, atau kita merupakan bahagian dari front “Arab”, atau “Timur”, atau “Islam”, terlepas dan apakah kita menginginkan hal itu atau tidak dalam politik kita.
Mengetahui prinsip-prinsip itu adalah persoalan penting. Kalau kita merupakan bahagian dari suatu front, kita tidak akan dapat melepaskan diri daripadanya. Rencana kita yang bersifat defensif atau ofensif harus dibuat berdasarkan suatu bidang kecil yang menjadi bidang kita, kerana penjagaan bidang yang kecil ini tidak dapat dilakukan, kalau bidang-bidang yang lain
tidak mempunyai pengertian yang lebih luas daripada pengertian yang tampak pada pandangan pertama.
Tuan Ihsan dalam makalahnya berkata:
“Seandainya Jerman tidak mempunyai kepentingan dalam membayarkan wang ganti rugi ini, tentulah ia menderita suatu tekanan yang amat besar.
“Tidak akan mungkin suatu negarapun memberikan tekanan kepada Jerman dalam bentuk seperti ini, selain daripada Amerika Syarikat.
“Jadi sesungguhnya Amerika Syarikatlah yang memberikan wang pampasan itu kepada Israel. Jadi ialah yang merupakan seorang ibu yang amat pengasih yang masih memelihara anak tunggalnya, menyuntiknya dengan segala macam vitamin jika telah mulai kelihatan kurus.
“Apakah kita akan mencela Jerman dan menganggap Amerika tidak bertanggungjawab?
“Apakah kita akan menghukum yang tidak bersalah dan membebaskan yang bersalah?
“Di sini kita harus menjelaskan arah politik Mesir dan politik negara Arab. Politik ini dapat mengarah kepada meletakkan tanggungjawab pampasan ini kepada bahu Amenka Syarikat. Kalau tidak begitu kita tidak akan sampai kepada apapun, walaupun bagaimana juga putusan khusus yang kita ambil tentang politik kita terhadap Jerman Barat”.
Pendapat ini benar sekali. Amerikalah yang pertama-tama bertanggungjawab terhadap berdirinya Israel, terhadap masih bertahannya Israel sampai sekarang ini, dan terhadap wang pampasan Jerman yang sekarang menjadi pokok perselisihan. Jadi harus kita mempunyai gambaran yang jelas dalam fikiran kita, dari atas dasar gambaran yang jelas itu kita membentuk politik kita terhadap Amerika.
Tetapi ini bukan pokok masalah yang saya bicarakan di sini. Yang penting adalah agar kita mengetahui garis besar politik Amerika terhadap kita dan terhadap kita di Mesir, sehingga dengan demikian kita dapat mengetahui apa kita memang mempunyai suatu politik “Mesir” dengan pengertiannya yang sempit terhadap masalah ini dan masalah lainnya? Atau apakah kita memperluas pengertian kata-kata “Mesir” itu sehingga mencakup semua bidang front?
Tuan Ihsan dalam makalahnya itu berkata:
“Sampai sekarang Mesir belum pernah menerima apa-apa dari Amerika selain dari hanya harapan saja.
“Harapan yang baru saja timbul, telah hancur berantakan. Lalu digantikan oleh harapan lain, dan lalu hancur pula berantakan.
“Tadinya kita mengharapkan agar Amerika berdiri di samping kita dalam persoalan persenjataan tentera kita. Harapan ini juga buyar.
“Tadinya kita berharap Amerika berdiri di samping Mesir dalam menyelesaikan masalah perekonomian dan pembangunan. Harapan ini juga buyar.
“Tadinya kita berharap agar Amerika berdiri di samping Mesir dalam persoalan Palestin, atau sekurang-kurangnya dalam masalah para pengungsi. Harapan ini ikut buyar.
Walaupun demikian, harapan itu selalu saja timbul. Tetapi hanya harapan saja. Amerika masih saja memainkan peranan seorang diplomat yang selalu memelihara senyumnya, dan berusaha untuk memeluk temannya dengan kedua tangannya, agar musuh temannya tadi dapat bersembunyi di belakangnya, agar selamat dari serangan teman yang dipeluknya itu.
“Kenapa Amerika tidak menjalankan politik terhadap Mesir dan negara-negara Arab sama dengan politik yang dijalankannya terhadap Israel?
“Kenapa ia tidak membantu kita dengan persenjataan, wang pampasan perang dan hutang-hutang, sebagaimana yang telah diberikannya kepada Israel?
“Antara Israel dan Amerika Syarikat tidak terdapat suatu perjanjian politik, sehingga dapat orang berkata: Bantuan-bantuan itu adalah harga yang harus dibayar Amerika terhadap perjanjian itu.
“Tidak mungkin bahawa bahaya komunisme lebih besar bagi Israel dibandingkan dengan bagi negara-negara Arab, sehingga orang dapat berkata: Amerika mencuba memelihara Israel dari bahaya komunis.
“Juga tidak mungkin kalau kepentingan Amerika di Israel lebih besar daripada kepentingan Amerika di negara-negara Arab, sehingga orang dapat berkata: Amerika bertindak demi untuk kepentingannya.
“Lalu, kenapa?”
Saya sebenarnya berhak mengajukan pertanyaan ini kepada Dr. Ahmad Husein, kepada Organisasi al-Falah, atau kepada empat atau lima orang menteri dari Organisasi itu, dan kepada konco-konco Amerika yang lain. Tetapi saya ingin memberikan jawapan sendini secara pendek.
Jawapan terhadap persoalan inilah yang menentukan garis-garis besar politik luar negeri kita.
Amerika tidak memperlakukan kita, atau negara negara Arab yang lain, sebagaimana ia memperlakukan Israel, kerana kita hanya merupakan suatu bidang dan satu front yang benama front Barat. Atau kalau dilihat dari hakikatnya sebenarnya adalah front Islam. Front ini jauh lebih luas daripada front Arab seluruhnya. Kita hanya merupakan bidang kecil dalam Imperium “Orang Kulit Putih” yang pada saat ini dipersonifikasikan oleh Amerika, Inggeris, Perancis dan Belanda. Imperium ini berdiri bertolong-tolongan dalam menghadapi Blok Islam di setiap tempat, dengan menjalankan satu politik, walaupun dalam perincian-perinciannya mereka berbeza-beza.
Kita kenal sekali kepada politik Barat dalam masalah Lembah Nil. Kita mempunyai pengetahuan yang cukup dalam tentang persoalan Palestin.
Mengenai masalah Afrika Utara, Mr. Philip Jessup, Ketua Delegasi Amerika di PBB, berkata:
“Amerika Syarikat sekarang sedang berusaha untuk meyakinkan Blok Asia Arab agar jangan terlalu keras dalam memusuhi Perancis. Ia merasa “bahagia” kerana para anggota blok ini, telah mulai menarik diri dari pendirian yang amat ekstrim dalam permusuhannya terhadap Perancis. Amerika Syarikat ingin agar rencana keputusan yang dikemukakan kepada PBB bersifat moderat, sehingga hanya terbatas dalam masalah meminta agar kedua belah pihak melanjutkan perundingan”.
Dalam masalah Kashmir, kita tahu ke pihak mana pihak Barat memihak. Tentu saja ia berdiri di pihak India.
Sedangkan Inggeris, negara ini telah berusaha untuk mengobarkan semangat Afghanistan agar berselisih dengan Pakistan dalam persoalan tapal batas.
Politik “Orang Kulit Putih” lah yang memerintah. Politik inilah yang menganggap Mesir sebagai suatu bidang kecil dari suatu front yang besar, mempunyai hubungan dengan bidang-bidang yang lain.
Bidang Mesir saja secara tersendiri tidak akan mendapat serangan, tanpa mengenai seluruh front. Mempertahankannya harus berhubungan pula dengan mempertahankan bidang-bidang yang lain.
Jadi persoalannya bukan persoalan “kehormatan” atau reaksi yang bersifat emosional. Persoalannya adalah persoalan pandangan yang lebih dalam terhadap hakikat sikap internasional kita.
Terdapatnya tentera Inggeris di Yordania, di Libya, tidak kurang pengaruhnya terhadap kemerdekaan kita daripada beradanya tentera ini di pinggir Terusan Suez atau di Lembah Nil bahagian selatan.
Demikian pula, dan dengan tingkat yang sama pula, maka ancaman yang disebabkan oleh adanya Perancis di Afrika Utara, tidak kurang daripada berdirinya Israel di tapal batas negara kita. Seluruhnya merupakan lingkaran penjajah.
Saya setuju sekali kalau kita mempunyai suatu politik Mesir yang terikat oleh batas-batas kekuasaannya, tetapi saya dengan ikhlas sekali berpendapat bahawa garis-garis besar politik ini tidak hanya dimulai dari batas-batas geografi tanah air Mesir.
Orang-orang Barat dan Timur yang berhubungan dengan kita memperlakukan kita bahawa kita ini hanya suatu bidang dan satu front. Kita juga harus memperlakukan mereka demikian pula.