ORGANISASI KANDUNGAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN NOTA ISTILAH
1.2
Mensintesis idea tentang faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
Memerhatikan spesimen seperti roti segar, roti berkulat, susu segar dan susu basi. Kemudian membincangkan perkara berikut: a) mengapa roti dan susu
menjadi rosak, b) faktor-faktor yang
mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
Merancang dan menjalankan eksperimen untuk mengkaji bagaimana faktor-faktor berikut mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma: a) nutrisi, b) kelembapan, c) cahaya, d) suhu, e) nilai pH. Membincangkan bagaimana setiap faktor tersebut
mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
Murid dapat:
mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma,
merancang eksperimen untuk mengkaji kesan nutrien ke atas pertumbuhan
mikroorganisma,
merancang eksperiman untuk mengkaji kesan kelembapan ke atas pertumbuhan
mikroorganisma,
merancang eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya ke atas pertumbuhan
mikroorganisma,
merancang eksperimen untuk mengkaji kesan suhu ke atas pertumbuhan
mikroorganisma,
merancang eksperimen untuk mengkaji kesan pH ke atas pertumbuhan
mikroorganisma,
menerangkan bagaimana setiap faktor tersebut
mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. Mengingatkan pelajar sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen yang menggunakan mikroorganisma. Mengingatkan pelajar mikroorganisma boleh menyebabkan penyakit. Mikroorganisma juga dikenali sebagai mikrob.
22
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN NOTA ISTILAH
1.3 Mengaplikasi pengetahuan tentang mikroorganisma berfaedah
Menonton tayangan video atau simulasi komputer dan
membincangkan kegunaan dan peranan mikroorganisma: a) pencernaan makanan, b) pereputan,
c) bidang perubatan, pertanian dan perindustrian.
Menjalankan aktiviti berkaitan kegunaan dan peranan mikroorganisma dalam pembuatan roti dan dadih. Melawat kilang-kilang untuk mengkaji bagaimana
mikroorganisma digunakan untuk menghasilkan makanan atau produk perindustrian yang lain. Mengumpul maklumat daripada majalah, buku dan internet dan membincangkan potensi
kegunaan mikroorganisma dalam pelbagai bidang.
Murid dapat:
menyatakan contoh
kegunaan mikroorganisma,
menerangkan dengan contoh peranan dan kegunaan mikroorganisma,
mencadangkan potensi kegunaan mikroorganisma dalam pelbagai bidang.
Nama saintifik bagi mikroorganisma tidak diperlukan. proses pereputan – decaying process pencernaan makanan – food digestion 1.4 Menganalisa kesan mikroorganisma berbahaya kepada manusia
Memerhati spesimen, model atau carta tentang pereputan gigi dan membincangkan bagaimana mikroorganisma menyebabkan proses pereputan. Murid dapat: menyatakan kesan mikroorganisma berbahaya ke atas manusia,
Nama saintifik bagi mikroorganisma tidak diperlukan. selesema – common cold sentuhan – contact
23
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN NOTA ISTILAH
Mengumpul maklumat daripada akhbar, buku, majalah dan internet atau menemuramah pakar perubatan dan
membincangkan lain-lain kesan berbahaya mikroorganisma ke atas manusia seperti
menyebabkan keracunan makanan dan penyakit-penyakit lain.
Membuat folio atau buku skrap tentang kumpulan
mikroorganisma yang
menyebabkan penyakit-penyakit yang berikut dan simptom-simptom utamanya:
(a) tuberkulosis, kolera dan pelbagai penyakit kelamin seperti gonorea dan sifilis- disebabkan oleh bacteria, (b) selesema, demam denggi,
hepatitis dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit(AIDS)- disebabkan oleh virus,
(c) panau dan kurap- disebabkan oleh kulat,
(d) malaria – disebabkan oleh protozoa.
menghubungkaitkan jenis mikroorganisma dengan penyakit,
memerihalkan simptom utama penyakit yang disebabkan oleh microorganisma,
memerihalkan pelbagai cara bagaimana mikroorganisma boleh menyebabkan jangkitan. jangkitan – infection kurap – ringworm penyakit jangkitan kelamin / penyakit jangkitan seks – sexually transmitted disease panau – tinea
batuk kering / tibi
24
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN NOTA ISTILAH
Menonton tayangan video atau simulasi komputer dan
membincangkan pelbagai cara jangkitan penyakit yang
disebabkan oleh mikroorganisma iaitu melalui udara, air, makanan, sentuhan dan vektor.
1.5 Menganalisa cara-cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan mikroorganisma
Mengumpul maklumat dari buku, akhbar, majalah, internet ataupun melawat institusi seperti Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kawalan Vektor. Membincangkan langkah-langkah pencegahan jangkitan seperti pengawalan vektor, pensterilan dan imunisasi.
Menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
(a) melukis kitaran hidup vektor seperti nyamuk dan lalat, (b) memerihalkan tabiat vektor, (c) menghubungkaitkan kitaran
hidup dan tabiat vektor dengan pengawalan dan pencegahan jangkitan penyakit.
Murid dapat:
menyenaraikan langkah-langkah untuk mencegah jangkitan,
menghubungkaitkan kawalan vektor dengan tabiat dan kitaran hidup vektor,
menerangkan dengan contoh pelbagai kaedah pensterilan,
menyatakan maksud keimunan,
menyatakan contoh jenis keimunan,
membandingkan dan
membezakan pelbagai jenis keimunan, menyatakan kepentingan imuniti. disinfektan / bahan penyahjangkit – disinfectant imuniti / keimunan – immunity imunisasi / pengimunan – immunization radiasi / sinaran – radiation pensterilan – sterilization vector / agen pembawa penyakit –
25
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN NOTA ISTILAH
Membincangkan pelbagai kaedah pensterilan seperti berikut:
(a) penggunaan haba iaitu melalui pendidihan dan autoklaf,
(b) penggunaan bahan kimia iaitu antiseptik dan disinfektan, (c) penggunaan sinaran iaitu
sinaran gama dan sinaran ultra ungu.
Menonton tayangan video atau simulasi komputer dan
membincangkan perkara yang berikut:
(a) maksud keimunan,
(b) jenis keimunan dan contoh-contohnya,
(c) kepentingan keimunan. Menjalankan aktiviti untuk
membandingkan jenis keimunan. Mempersembahkan persamaan dan perbezaan dalam bentuk paparan grafik.
vectors
ultralembayung / ultraungu -
26
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN NOTA ISTILAH
1.6 Memahami cara merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
Membincangkan cara merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma seperti
penggunaan antibiotik dan antifungi
Menjalankan eksperimen
mengkaji kesan antibiotik ke atas bakteria.
Membincangkan kesan antibiotik ke atas bakteria.
Menjemput pegawai perubatan untuk memberi ceramah tentang pengambilan ubat tanpa
preskripsi dan nasihat pegawai perubatan.
Murid dapat:
menyatakan langkah-langkah untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh
mikroorganisma,
menyatakan kesan antibiotik ke atas mikroorganisma,
memerihalkan bahaya penggunaan ubat-ubatan tanpa pengawasan dan preskripsi doktor. anti kulat – antifungi antibiotik – antibiotic preskripsi - prescription 1.7 Menyedari kewujudan mikroorganisma yang dapat memberikan kesan yang mendalam ke atas kehidupan manusia dan keseimbangan alam Membincangkan kesan mikroorganisma terhadap : (a) kehidupan manusia,
(b) keseimbangan alam sekitar.
Murid dapat:
memerihalkan peranan dan kesan mikroorganisma kepada manusia dan keseimbangan alam.
keseimbangan alam – balance
27
TEMA :
PENYELENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUPBIDANG PEMBELAJARAN : 1. NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN