1. 2. 3. 4. a) b) 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.
Program ini terbuka kepada semua pemegang Kad Kredit UOBM yang baru atau sedia ada (“Ahli Kad”), tidak termasuk Ahli Kad korporat, Ahli Kad label persendirian.
Program ini membenarkan Ahli Kad memilih untuk membuat pembelian minimum sebanyak RM1,000 dan bayaran boleh dibuat mengikut bayaran ansuran selama 6, 12 atau 18 bulan (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Untuk menyertai Program ini, Ahli Kad dikehendaki mengisi Borang Pelan Pembayaran Ansuran (“Borang”). Semua Borang akan diproses atas dasar siapa cepat, dia-dapat.
Dengan menandatangani Borang ini, Ahli
Kad:-Ansuran pertama akan bermula sebaik saja permohonannya diluluskan. Ansuran berikutnya akan dibilkan berperingkat-peringkat secara bulanan tanpa merujuk kepada Ahli Kad. Setiap ansuran yang dibilkan akan dipaparkan dalam Akaun Penyata bulanan sebagai caj biasa kepada Akaun Kad dan mesti dibayar selaras dengan Perjanjian Ahli Kad.
Setelah Borang selesai diproses, had kredit tersedia Ahli Kad akan dikurangkan dengan memperuntukkan suatu amaun bersamaan dengan amaun pembelian. Bila setiap ansuran dibayar, amaun pembelian akan dikembalikan secara berperingkat kepada had kredit Ahli Kad. Ahli Kad boleh menyertai Program ini jika Had Kredit tersedia bagi Akaun Kad mencukupi untuk peruntukkan amaun pembelian dan tidak melanggar Perjanjian Ahli Kad.
Semua Borang akan diproses atas dasar siapa-cepat, dia-dapat, dan penjualan produk adalah tertakluk kepada bekalan stok.
UOBM tidak bertanggungjawab kepada Ahli Kad atas sebarang pembelian yang dilakukan oleh mana-mana Ahli Kad tambahan di bawah Ahli Kad utama.
UOBM tidak akan melayan sebarang permintaan untuk membatalkan pembelian atau penukaran barangan yang dibeli.
Ganjaran UNIRinggit atau SMART$ tidak akan ditawarkan di bawah Program ini.
Ahli Kad dengan ini memperkenankan dan memberi izin kepada UOBM untuk memberitahu atau memaklumkan kepada pembekal sebarang maklumat mengenai Ahli Kad. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa kebenaran selanjutnya tidak perlu diperolehi daripada Ahli Kad dan UOBM terlepas daripada sebarang tanggungan kerana memberitahu maklumat tersebut.
Ahli Kad boleh membatalkan penyertaan dalam Program ini tertakluk kepada penerimaan notis empat belas (14) hari terlebih dahulu oleh UOBM. Ahli Kad boleh memberi notis melalui faks di 03-2690 0121 atau e-mel kepada [email protected] atau dengan menghubungi Pusat Panggilan UOB di 03-26128 121 (Kuala Lumpur),
bersetuju mematuhi terma dan syarat dalam dokumen ini dan sebarang peraturan, tatacara atau arahan lain yang mungkin diterimapakai oleh UOBM pada bila bila masa pada budi bicara mutlaknya; dan
dianggap telah bersetuju secara muktamad dan tanpa syarat bahawa setiap amaun ansuran akan dibilkan kepada Akaun Kad Kredit anda.
Melanggar salah satu terma ini atau mana-mana peruntukan Perjanjian Ahli Kad.
Ahli Kad gagal membayar mana-mana jumlah yang kena dibayar di bawah Perjanjian Ahli Kad atau terma ini.
UOBM membatalkan atau menamatkan Akaun Kad berkenaan. Ahli Kad membatalkan Akaun Kadnya.
Ahli Kad membatalkan urusniaga Program.
Ahli Kad meninggal dunia, jatuh muflis atau hilang upaya di sisi undang-undang.
mana-mana peruntukan di sini diisytiharkan oleh mana-mana pihak berkuasa kehakiman atau kompeten sebagai batal, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan.
04-2401 121 (Pulau Pinang), 07-2881 121 (Johor Bahru), 082-287 121 (Kuching) atau 088-477 121 (Kota Kinabalu). Jumlah yang tertunggak dan perlu dibayar oleh Ahli Kad berhubung dengan jumlah pembelian yang berkaitan akan didebitkan kepada Akaun Kad Kredit Ahli Kad, dan ditunjukkan sebagai caj dalam Penyata, dan dibayar oleh Ahli Kad selaras dengan Perjanjian Ahli Kad.
Jika salah satu perkara berikut berlaku, jumlah amaun pembelian atau jumlah agregat bagi apa-apa amaun tunggakan hendaklah dijelaskan serta-merta:
Jumlah amaun belum selesai yang kena dibayar oleh Ahli Kad bagi amaun pembelian akan didebitkan kepada Akaun Kad dan ditunjukkan sebagai caj dalam Penyata Akaun dan kena dibayar oleh Ahli Kad selaras dengan Perjanjian Ahli Kad.
UOBM tidaklah bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsir atau salah nyata fakta berhubung dengan barangan seperti tersiar dalam sebarang bahan media massa, pemasaran atau pengiklanan. Semua aksesori atau peralatan yang ditunjukkan bersama dengan barangan dalam bahan media massa, pemasaran atau pengiklanan hanyalah untuk tujuan hiasan semata-mata dan bukan sebahagian barangan yang ditawarkan kepada Ahli Kad.
UOBM tidak membuat pernyataan atau jaminan berkenaan dengan barangan yang dibeli dalam Program ini dan khususnya, tidak membuat sebarang jaminan berkenaan dengan kualiti atau kesesuaian untuk apa tujuan pun. UOBM tidak bertanggungjawab atau memikul sebarang tanggungan berkenaan dengan kematian atau kecederaan atau kehilangan atau kerosakan akibatnya, tanpa mengira sifat dan puncanya, yang ditanggung oleh Ahli Kad.
UOBM berhak pada bila-bila masa mengubah, menambah atau menggugurkan terma dan syarat dalam dokumen ini, dengan memberi 21 hari notis pendahuluan kepada Ahli Kad. Sebarang pengubahan dalam terma dan syarat boleh dilihat dalam laman web UOBM di www.uob.com.my.
Sebarang pertukaran dalam fi dan caj boleh dilakukan oleh UOBM pada bila-bila masa pada budi bicara mutlaknya dengan memberi Ahli Kad notis pendahuluan 21 hari.
UOBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kekurangan, kerosakan atau kecacatan barangan ataupun mengambil tahu sebarang pertikaian di antara Ahli Kad dan saudagar.
Semua harga yang tersiar dalam sebarang bahan media massa, pemasaran atau pengiklanan berhubung dengan Program ini adalah betul pada masa dicetak.
UOBM tidak akan dipertanggungjawabkan untuk dan menafikan semua liability bagi sebarang tindakan, tuntutan, kerugian, ganti rugi, kos, caj dan perbelanjaan yang mungkin dialami, dihadapi atau ditanggung oleh seorang Ahli Kad melalui penyertaan beliau dalam Program.
14. a) b) c) d) e) f) g) 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21.
UOBM berhak untuk menambah, memotong, menggantung atau mengubah terma dan syarat program, dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi dua puluh (21) hari notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui laman web UOBM, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM dan/atau memasukkan pernyataan ke dalam penyata Akaun.
Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan pemegang kad bersetuju menyerahkan kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah di Malaysia.
22.
64