• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELAN TAKLIMAT/ LATIHAN PENGENDALIAN DAN PEMBERIAN

6.1 Objektif Latihan

Memberikan kefahaman tentang pelan vaksin covid-19 kepada anggota kesihatan

a) Menerangkan pelan tindakan pemberian dan pengambilan vaksin Covid-19

kepada anggota kesihatan

b) Memberi pengetahuan kepada anggota kesihatan tentang pelaksanaan

pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia

c) Melatih anggota kesihatan, agensi kerajaan dan agensi swasta dalam proses

pemberian imunisasi Covid-19 kepada populasi penduduk Malaysia di lapangan.

6.2 Kumpulan Sasaran

Latihan perlu diberikan secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan

pemberian vaksin Covid-19 di negara ini dijalankan dengan sistematik dan

berkesan. Oleh itu, terdapat TIGA kumpulan sasaran yang perlu menghadiri

latihan ini iaitu:

1. Kumpulan Pengurusan

Pengurusan tinggi KKM, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang

terlibat dalam pengurusan untuk Pelan Pemberian Vaksin Covid-19 di

peringkat negeri dan daerah. Antara kementerian terlibat secara

langsung adalah agensi yang terlibat dalam pemberian imunisasi

contohnya KKM, Kementerian Pertahanan, Hospital Universiti,

Persatuan Hospital Swasta dan Persatuan pengamal Perubatan

Swasta. Manakala kementerian yang terlibat secara tidak langsung

adalah seperti Kementerian Dalam Negeri (PDRM, Imigresen, Kastam,

RELA, Pertahanan Awam) Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak

Berkuasa Tempatan

2. Kumpulan Pengurusan Pertengahan

Pengurusan pengoperasian di peringkat negeri dan daerah seperti

Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Daerah, Kem-kem Tentera yang

mempunyai fasiliti kesihatan. Kumpulan di peringkat ini perlu

membangunkan pelan pengoperasian imunisasi COVID 19 berdasarkan

keperluan khusus negeri dan daerah. Kumpulan ini juga memantau

pencapaian liputan pemberian vaksin, kejadian AEFI dan keberkesanan

imunisasi.

vaksini COVID 19 di lapangan. Kategori yang perlu dilatih adalah

anggota pelaksana di KKM, pusat latihan KKM, institut latihan

kejururawatan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, NGO dan sukarelawan

(sumber manusia dari bahagian latihan)

6.3 Senarai Agensi Kerajaan Yang Perlu Diberi Latihan

1. Latihan pemberian suntikan dan borang kebenaran

i. Kementerian Kesihatan Malaysia

1. Pegawai perubatan

2. Pegawai pergigian

3. Jururawat

4. Penolong Pegawai Perubatan

5. Pelatih jururawat

6. Pelatih Penolong Pegawai Perubatan

7. Kader kesihatan

8. Pegawai Kesihatan Pekerjaan (OSH)

ii. Kementerian Pertahanan Malaysia

1. Pegawai perubatan

2. Pegawai pergigian

3. Jururawat

4. Penolong Pegawai Perubatan

iii. Kementerian Pendidikan Tinggi

1. Pegawai perubatan/Master Student in medical field

2. Pegawai pergigian

3. Jururawat

4. Penolong Pegawai Perubatan

5. Pelatih jururawat

6. Pelatih Penolong Pegawai Perubatan

iv. Sukarelawan

1. IMARAC

2. MERCY

3. Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam

4. Persatuan Jururawat Malaysia (MNA)

5. Persatuan Pembantu Perubatan

6. Pesara KKM

2. Latihan pengendalian umum

1. Pegawai Tadbir dan Diplomatik

2. Pegawai Rekod

3. Pegawai Dietetik

4. Pegawai Farmasi

5. Penolong Pegawai Farmasi

6. Optometrist

7. Audiologist

8. Kaunselor

9. Pegawai Khidmat Sosial

10. Pembantu Tadbir

11. Pegawai Sains Pemakanan

12. Pegawai Teknologi Makanan

13. Pegawai Jurupulih Anggota/Carakerja

14. Pembantu Am Rendah

15. Pembantu Perawatan Kesihatan

16. Jururawat Pergigian

17. Juru X-Ray

ii. Kementerian Dalam Negeri

1. PDRM

2. ATM

3. Jabatan Pertahanan Awam

4. RELA

iii. Kementerian pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat

iv. Kementerian Perpaduan

3. KRT (Rukun Tetangga)

i. Kementerian Luar Bandar

4. FELDA

5. RISDA

6. FELCRA

7. KETENGAH

8. KESEDAR

i. Agensi Bukan Kerajaan dan NGO

1. Persatuan Bulan Sabit Merah

2. Persatuan St John Ambulance

3. Jawatankuasa Kemajuan Penduduk (JKKK)

4. JK Kariah Masjid

5. JK Keagamaan Bukan Islam

6. Sukarelawan

8. Rotary Club

6.4 Tempoh Latihan

FASA PEMBERIAN

VAKSIN JANGKA MASA LATIHAN

Fasa 1 Februari – Mac 2021

Fasa 2 April – Mei 2021

Fasa 3 Jun – Julai 2021

6.5 Peringkat Latihan

Terdapat TIGA peringkat latihan iaitu:

a) Latihan Pengurusan Tertinggi dan Pertengahan

b) Latihan Penatar

c) Latihan Negeri dan Daerah

Latihan Pengurusan Tertinggi dan Pertengahan

1. Latihan akan dilaksanakan mengikut zon

2. Kandungan latihan

3. Kandungan latihan

4. Dasar

5. Perancangan pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah

Latihan Penatar

1. BPKK akan mengendalikan latihan penatar dalam minggu pertama Februari

2021.

2. Latihan ini akan disertai oleh semua agensi kerajaan (peringkat ibupejabat dan

semua Jabatan Kesihatan Negeri) dan agensi bukan kerajaan seperti yang

dinyatakan dalam Kumpulan Pengurusan.

3. Latihan ini akan diadakan secara fizikal dan maya. Latihan ini akan diadakan

secara hybrid.

4. Latihan ini akan merangkumi aspek pengurusan dalam pelaksanaan

pemberian vaksin Covid-19 di negara inii menggunakan Panduan Latihan

Kumpulan Pengurusan Vaksin Covid-19.

Latihan Negeri dan Daerah

1. BPKK akan mengendalikan latihan pemberian vaksin Covid-19 mengikut

Panduan Latihan Kumpulan Pelaksana Pemberian Vaksin Covid-19.

2. Latihan ini akan melibatkan anggota kesihatan yang terlibat secara langsung

di lapangan dalam pemberian vaksin Covid-19 kepada masyarakat.

3. Latihan ini dijalankan secara hybrid melibatkan peringkat negeri dan daerah.

6.6 Pengendali Latihan

1. Latihan pemberian vaksin Covid-19 akan dikendalikan oleh Bahagian

Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk

peringkat kebangsaan.

2. Latihan di peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri

masing-masing.

6.7 Teknik Latihan

Latihan kepada kedua-dua kumpulan sasaran ini akan diadakan dalam tiga bentuk.

Tiga bentuk latihan tersebut adalah seperti berikut:

a) Latihan secara fizikal

b) Latihan secara maya

c) Latihan secara hybrid

6.8 Lokasi Latihan

Latihan diadakan di tempat yang akan ditentukan oleh penganjur dari semasa ke

semasa.

6.9 Bahan Latihan

a) Panduan Latihan untuk Kumpulan Sasaran I

b) Panduan Latihan untuk Kumpulan Sasaran II

c) Bahan cetakan seperti risalah

d) Bahan media elektronik seperti slide powerpoint dan lain-lain

e) Set pemberian suntikan

f) Set PPE dan bahan sisa klnikal

g) Peralatan rangkaian sejuk

6.10 Cadangan Peruntukan Latihan

a) Lokasi

b) Makan-minum

c) Peralatan perubatan

d) Peralatan teknikal latihan

Latihan pemberian imunisasi di lapangan merangkumi beberapa skop yang bermula

daripada pengambilan vaksin daripada ULTF sehingga pengurusan sisa klinikal.

Skop-skop latihan adalah seperti di bawah:

a) Pengambilan vaksin Covid-19 daripada pusat penyimpanan vaksin (ULTF)

b) Penjagaan dan pemantauan rantaian suhu semasa pengambilan vaksin daripada

ULTF, top loading pusat imunisasi dan cold-box semasa proses suntikan vaksin.

c) Kaedah penyediaan dan pemberian vaksin (thawing, bancuhan vaksin, syringe

vaksin, suntikan vaksin, pelupusan sisa klinikal)

d) Proses Imunisasi Di Fasiliti Imunisasi

e) Pelupusan sisa klinikal

6.12 Hasil Latihan

a) Anggota kesihatan berupaya untuk merancang pengoperasian dan memantau

pelaksanaan pusat dan fasiliti pemberian vaksin

b) Memastikan anggota faham mengenai MySejahtera

c) Memastikan proses mengintergrasikan MySejahtera sebagai aplikasi utama dalam

pelaksanaan pemberian vaksin ini berjaya

d) Anggota kesihatan mempunyai kefahaman yang tepat dan jelas tentang pelan

pengoperasian COVID-19 Yang berdaya saing dan dinamik

e) Anggota kesihatan faham dan yakin untuk melaksanakan pemberian vaksin

kepada masyarakat di lapangan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan.

7. SISTEM PELAPORAN VAKSIN COVID-19

Dokumen terkait