• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN PEKERJA BERKELAYAKAN

Dalam dokumen BBPP1103 Prinsip Pengurusan (Halaman 114-119)

Melalui proses pemilihan, organisasi akan mendapat calon yang sesuai bagi mengisi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Langkah seterusnya yang perlu dipertimbangkan oleh pengurus adalah untuk memperkenalkan organisasi dan kerja mereka kepada pekerja yang baharu. Latihan mesti diberi untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan pekerja yang sedia ada

5.4

Nyatakan dua proses utama yang terlibat dalam pemilihan calon yang berkelayakan.

LATIHAN 5.5

Demi meningkatkan kemahiran seseorang pekerja, Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah memperkenalkan skim yang dikenali sebagai „Skim Sangkutan dan Latihan (SSL)‰ untuk graduan dan pekerja yang diberhentikan. Pada pendapat anda, sejauhmanakah skim ini dapat membantu dalam menentukan keperluan-keperluan latihan dan kaedah-kaedah latihan yang diperlukan oleh sesebuah organisasi? Bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan anda.

pekerja. Apa yang telah dibincangkan lebih awal adalah beberapa aspek penting bagi majikan untuk membangunkan pekerja-pekerja yang berkelayakan dalam sesebuah organisasi.

5.4.1 Orientasi

Orientasi adalah satu proses memperkenalkan pekerja-pekerja baharu kepada program, polisi dan budaya organisasi. Orientasi akan membantu mereka mempelajari tentang organisasi dan membiasakan diri dengan persekitaran yang baru. Kadang-kala, orientasi cuma akan menumpukan kepada perkara yang mudah misalnya waktu bekerja, keutamaan parkir dan jadual pembayaran gaji. Pekerja-pekerja akan menjalani orientasi dengan menonton filem, membaca buku panduan dan diperkenalkan kepada rakan sekerja mereka.

Orientasi akan dijalankan dengan mengajar pekerja tentang budaya korporat dan memberi garis panduan kepada mereka untuk berjaya dalam organisasi tersebut. Di dalam sesetengah organisasi, orientasi juga digabungkan dengan program latihan. Ini adalah untuk menentukan bahawa pekerja akan mengetahui ilmu dan kemahiran asas yang perlu diketahui untuk menjalankan kerja yang ditugaskan kepada mereka.

5.4.2 Latihan

Latihan bermaksud memberi peluang kepada pekerja untuk membangunkan kemahiran kerja mereka, pengalaman dan ilmu mereka yang diperlukan untuk melaksanakan kerja mereka atau meningkatkan prestasi kerja. Latihan bukan sahaja diperlukan oleh pekerja baharu bahkan juga pekerja yang sudah lama bekerja di sesebuah organisasi. Selain itu, latihan bukan sahaja diperlukan untuk pekerja bawahan tetapi juga untuk pekerja di peringkat pertengahan dan atasan.

5.4.3 Menentukan Keperluan Latihan

Organisasi tidak seharusnya bertindak terburu-buru dalam mengendalikan program latihan untuk para pekerja. Ia boleh menyebabkan organisasi terbabit terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat ketidakberkesanan program latihan tersebut. Ini adalah kerana pada masa itu, latihan mungkin sudah tidak diperlukan lagi. Bagi mengelakkan perkara ini, organisasi mesti menentukan keperluan latihan. Proses ini adalah untuk mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada keperluan pengajaran kepada pekerja. Keperluan latihan boleh diuruskan dengan mengenal pasti prestasi pekerja yang tidak berkesan,

mendengar aduan pelanggan, menjalankan pemerhatian atas pekerja dan pengurus atau menilai kemahiran dan pengetahuan pekerja.

Tambahan lagi, penilaian keperluan latihan adalah alat yang penting untuk menentukan siapa patut atau tidak patut menghadiri program latihan yang dikendalikan. Pemilihan calon untuk latihan mesti berdasarkan matlamat yang ada kena-mengena dengan bidang kerja seseorang.

(a) Membangunkan Objektif Latihan

Selepas keperluan latihan telah ditentukan, objektif latihan mesti dibangunkan untuk memenuhi keperluan tersebut. Kebanyakan program latihan dikendalikan tanpa sebarang objektif. Objektif yang berkesan mesti menyatakan apa akan terjadi kepada organisasi, jabatan atau pekerja-pekerja selepas latihan diselesaikan. Keputusan yang diharapkan mesti dinyatakan dalam bentuk tulisan. Objektif latihan boleh dikategorikan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5.3 berikut.

Jadual 5.3: Kategori Objektif Latihan Kategori Objektif Soalan-soalan Utama

Objektif Panduan  Apakah prinsip, fakta atau konsep yang akan dipelajari di dalam latihan itu?

 Siapakah yang akan diajar?

 Bilakah pengajaran akan bermula? Objektif Jabatan

dan Organisasi

 Apakah impak kepada organisasi dan jabatan apabila pekerja tidak hadir, kadar pusing ganti pekerja (turnover rate), pengurangan kos dan kenaikan produktiviti terjadi?

Objektif

Pertumbuhan dan Prestasi Individu

 Apakah kesan latihan ke atas perlakuan dan sikap pekerja?  Apakah kesan ke atas pembangunan personel bagi seorang

pekerja yang tertentu?

Apabila objektif latihan dinyatakan dengan jelas dan berkesan, program latihan dapat dijalankan dengan jayanya dan membuahkan hasil yang dijangkakan. Program latihan yang mencapai objektifnya akan meningkatkan tahap produktiviti, mengatasi sebarang ketidakcekapan dan membantu pekerja pada masa hadapan terutamanya dalam pembangunan kerjayanya.

5.4.4 Kaedah Latihan

Beberapa kaedah latihan boleh digunakan untuk memenuhi keperluan dan objektif latihan. Di bawah ini disenaraikan beberapa kaedah latihan yang kerap digunakan oleh pihak majikan:

(a) Latihan Semasa Kerja

Jenis latihan ini selalunya diberi oleh pekerja-pekerja senior atau penyelia. Pelatih akan ditunjukkan beberapa cara untuk menjalankan sesuatu kerja dan akan diberi peluang bekerja di bawah seorang penyelia. Satu daripada cara latihan semasa bekerja ialah pusingan kerja atau kadangkala dipanggil latihan silang. Dalam pusingan kerja ini, pekerja akan mempelajari beberapa tugas yang berlainan dalam sesebuah unit atau jabatan dan menjalankan tugas untuk sesuatu masa yang ditetapkan.

Satu daripada kebaikan pusingan kerja ialah ia memberi fleksibiliti dalam sesebuah unit atau jabatan. Jika seseorang pekerja tidak hadir bekerja, kerjanya boleh dilaksanakan oleh pekerja yang lain. Satu daripada kebaikan latihan sambil kerja adalah ia tidak memerlukan kemudahan tertentu.

Selain itu, pekerja baharu akan dapat menjalankan pekerjaan yang produktif semasa proses pembelajaran. Namun demikian, satu daripada kelemahan cara latihan ini adalah tekanan di tempat kerja boleh menjadikannya merbahaya atau mudah dilupakan.

(b) Latihan Perantis

Ini adalah sistem program latihan yang memerlukan seseorang perantis bekerja untuk suatu masa yang ditetapkan sebelum dia dibenarkan menjalankan sesuatu kerja yang tertentu. Pelatih akan diberi arahan dan memperoleh pengalaman semasa kerja atau di luar kerja, dalam segala aspek kerja yang dikehendaki secara praktikal mahupun teori. Selalunya, seorang pelatih akan ditempatkan di bawah penyeliaan seorang mentor yang berpengalaman luas dan telah lama terlibat dalam sesuatu bidang kerja. Mentor ini akan memberi panduan dan berkongsi pengalamannya dengan pelatih tersebut dalam membantu pekerja berjaya dalam kerjayanya.

(c) Latihan di Luar Kerja

Berlainan dengan latihan semasa kerja, latihan di luar kerja dijalankan di luar lokasi tempat kerja. Lokasi latihan mungkin di dalam kelas dengan kemudahan yang sama ataupun di lokasi lain. Cara latihan ini membenarkan pemudah cara menumpukan perhatian kepada mata

pelajaran tertentu tanpa sebarang gangguan dan di dalam satu persekitaran yang terkawal. Kelemahan teknik ini pula adalah pelatih tidak dapat menggambarkan keadaan sebenar sewaktu bekerja.

(d) Latihan Pendahuluan atau Vestibul

Latihan yang dilakukan di luar tempoh kerja dengan menggunakan prosedur dan alat-alat yang serupa di tempat kerja di panggil vestibul. Pelatih akan diajar oleh pekerja yang berpengalaman tentang cara untuk melaksanakan sesebuah kerja dengan menggunakan perkakas yang berkaitan. Ini akan menolong mereka mempelajari bidang kerja mereka dalam keadaan yang selesa tanpa tekanan daripada jadual pengeluaran. Kebaikan utama cara ini adalah pihak pengajar boleh menitikberatkan teori dan menggunakan teknik yang sesuai jika dibandingkan dengan pengeluaran dan pelatih akan belajar bagaimana kerja sebenarnya dilaksanakan. Walau bagaimanapun, cara ini melibatkan kos yang tinggi dan pekerja masih terpaksa membiasakan diri dengan persekitaran pekerjaan latihan vestibul telah digunakan untuk melatih operator menaip dengan komputer, orang yang menerima dan membayar wang di bank, kerani dan kerja-kerja lain yang berkaitan.

Anda telah mempelajari tentang kaedah-kaedah latihan yang sedia ada, sekarang cuba senaraikan kebaikan dan keburukan bagi setiap kaedah latihan. Berikan jawapan anda dalam bentuk jadual.

AKTIVITI 5.4

Senaraikan kaedah-kaedah latihan yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi.

Dalam dokumen BBPP1103 Prinsip Pengurusan (Halaman 114-119)