• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN Soalan 4 :

Dalam dokumen SEJARAH STPM SEJARAH STPM SEJARAH STPM P (Halaman 33-43)

Bincangkan sistem percukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 11 Masihi.

 Pada zaman Khalifah Abbasiyah, wujud dua buah diwan terpenting iaitu Diwan al-Jund dan Diwan al Kharaj. Selain itu wujud juga pelbagai diwan lain seperti Diwan Rasai’l Khatam, Barid, al-AZimmah as-Sawafi, al-Sirr dan lain-lain.

 Setiap dewan diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab menjalankan urusan mengikut keperluan negara

 Sistem percukaian pada zaman kerajaan ini meliputi tiga sumber utama iaitu Kharaj, jizyah dan usyur

Pendahuluan

Isi 1 Diwan al-Kharaj Fakta

Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan pentadbiran cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Diketuai oleh pegawai yang berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai mengikut kawasan. Pegawai tersebut bertanggungjawab memastikan seua pihak mematuhi peraturab dan pelaksanaan kutipan cukai tersebut

Huraian

Khalifah al-Mahdi menubuh Jabatan Akauntan Negara mengawal-selia setiap akaun setiap jabatan khasnya

mengenai hasil pungutan dan perbelanjaan Contoh Penubuhan jabatan ini memang bersesuaian dengan situasi

semasa memandangkan sektor pertanian merupakan bidang yang diceburi majoriti penduduk.

Sektor pertanian menjadi nadi kepada jentera pentadbiran kerajaan bani Abbasiyah

Penegasan Isi

Isi 2 Seterusnya, pelaksanaan Kharaj Fakta

Kadar Kharaj tidak sama antara kawasan. Kadarnya mengikut lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih. Setiap unit tanah pertanian biasanya dikenakan kharaj minima sebanyak 10 dirham. Bayaran Kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan harta benda seperti haiwan ternakan dan hasil tanaman.

12

Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj antara pemilik tanah golongan zimmi, tanah kharaj yang disewa atau dipajak dan pengecualian kharaj jika tanaman musnah akibat bencana alam.

Sistem percukaian Muqasamah iaitu cukai sebahagian hasil

pertanian diperkenalkan oleh Khalifah al-Mahdi. Contoh Kharaj satu sumber terpenting Baitumal ekoran kemajuan

pesat ekonomi dalam pertanian Penegasan Isi

Isi 3 Selain itu, pelaksanaan Jizyah Fakta

 Pungutan cukai jizyah dipraktikkan semula oleh Kerajaan Bani Abbasiyah daripada zaman Khulafah Rasyidin. Kadar jizyah tahunan ialah 48 dirham untuk golongan kaya, 24 dirham golongan pertengahan dan 12 dirham untuk miskin.

 Gabenor memantau pelaksanaan punguntan cukai jizyah mengikut wilayah masing-masing. Golongan dikecuali daripada cukai jizyah ialah perempuan, kanak-kanak, orang tua, hamba dan sakit berpanjangan.

Huraian

Pelaksanaan cukai ziyah ini meliputi kawasan taklukan bekas wilayah Parsi dan Turki. Hasil pungutan disimpan

di Baitulmal. Contoh Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam

pelaksanaan jizyah Penegasan Isi

Isi 4 Akhir sekali, pelaksanaan Usyur Fakta

 Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga islam dan bukan islam apabila menjalankan perniagaan dalam Negara Islam.

 Kadar usyur berbeza mengikut jenis pedagang dan nilai

dagangan. Cukai 2,5% dikenakan katas peniaga islam, 5% peniaga kafir zimmi dan 10% keatas peniaga kafir harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar nisabnya

Huraian

 Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi pesat dalam sektor perdagangan, perindustrian dan pertanian

 Baghdad muncul pusat perdagangan tersibuk ketika itu

13

Bermula zaman pemerintahan khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah mengenakan cukiai perniagaan di pasar dan kedai-kedai sekitar kota Baghdad dan wilayah kekuasaan Islam.

Contoh

Usyur adalah cukai penting keatas peniaga atau pedagang. Hasil pungutan usyur amat bermanfaat untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan tempat-tempat perniagaan dan sebagainya

Penegasan Isi

 Sistem percukaian sistematik dan terancang menyumbang pembangunan dan kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.

 Sumber cukai yang stabil dan banyak membolehkan banyak prasarana dapat dibina bagi kepentingan rakyat

14 Soalan 5 :

Huraikankan sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke 7 hingga 8 Masihi

 Perkembangan pesat pendidikan berlaku dalam Zaman Bani Umayyah didorong oleh perkembangan kerajaan itu sendiri, perkembangan ilmu pengetahuan dan masyarakat, gerakan agama, falsafah dan sejarah.

 Galakan dan kecintaan para khalifah bani Umayyah terhadap pemdidikan merupakan asas utama berlakunya perkembangan ilmu keagamaan dan keduniaan

 Usaha memperkasa bidang pendidikan dilihat melalui peranan khalifah yang menjadikan kota-kota utama seperti Damsyik, Kufah dan Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu

Pendahuluan

Isi 1 Dasar Pendidikan Fakta

 Dasar pendidikan percuma dipraktikan keatas golongan miskin di khuttab dan pengajian terbuka di masjid-masjid. Tumpuan kurikulum diberikan kepada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Pendidikan formal berlangsung di istana dan kuttab manakala tidak formal di masjid.

 Kebanyakan umat islam ghairah/berlumba-lumba menuntut ilmu manakala putera-putera khalifah diberi pelajaran wajib sama ada didatangkan guru-guru khas ke istana atau dihantar ke halaqah pengajian.

 Bentuk pendidikan berubah mengikut keadaan semasa ekoran pengaruh falsafah Yunani dan Nasrani

Huraian

 Khalifah Abdul Malik Marwan memberi garis panduan kepada guru yang mengajar puteranya dalam bidang rohani dan jasmani. Khalifah Hisyam Abdul Malik menyuruh Sulaiman al-Kalibi mengajar puteranya al-Quran, fiqh, syair dan sejarah

Contoh

 Dasar dan panduan pendidikan yang ditekankan menunjukan bahawa ilmu pendidikan semasa amat dititikberatkan bagi mengelakan daripada ketinggalan.

Penegasan Isi

15 Isi 2 Seterusnya, sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah dilihat dari segi institusi pendidikan dan bentuk

pengajaran Fakta

 Pada zaman Kerajaan Bani Umyyah terdapat tiga institusi pendidikan terpenting iaitu masjid, istana khalifah dan sekolah iaitu kuttab.

 Kurikulum yang diajar dimasjid adalah ilmu-ilmu naqli iaitu tafsir dan hadis. Kaedah pengajaran di masjid adalah dalam bentuk syarahan bebas.

 Masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Damsyik adalah pusat perkembangan dan penyebaran ilmu agama. Masjid Kufah dan Basra pusat bahasa dan nahu.

 Tanda-tanda bunyi dalam tulisan Arab seperti dhammah, fathah dan kasrah diperkenalkan.

 Istana khalifah dijaikan pusat pendidikan – tempat belajar putera khalifah dan anak pembesar.

 Mata pelajaran utama adalah sejarah, kesusteraan, ilmu pidato dan akhlak.

 Kuttab merupakan sekolah permulaan yang menekankan pengajian al-Quraan dan asas ilmu agama sebagai persedian kepada pengajian lebih tinggi

Huraian

 Khalifah Abu Sufyan mengundang para cendekiawan ke istananya di Damsyik untuk membincangkan disiplin ilmu sejarah. Pada Zaman Bani Ummyah terdapat dua jenis kuttab iaitu kuttab untuk awam (dikenakan yuran) dan kuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin

Contoh

 Peranan institusi pendidikan tersebut telah membolehkan masyarakat zaman ini menerima ilmu pengetahuan secara sistematik dan menyeluruh

Penegasan Isi

Isi 3 Selain itu, kemunculan bandar-bandar utama yang menjadi pusat perkembangan pendidikan. Fakta  Pada zaman Khalifah Bani Ummyah, terdapat banyak bandar

yang menjadi pusat perkembangan pendidikan, intelektual dan tamadun Islam.

 Damsyik adalah ibu kota pentadbiran Kerajaan Ummyah turut menjadi tumpuan aktiviti pendidikan dan intelektual. Pelbagai kemudahan pendidikan disediakan iaitu sekolah dan masjid.

16  Bandar Madinah, Basrah dan Kufah menjadi tumpuan

seluruh penduduk Negara Islam mempelajari bahasa Arab seperti memperbaiki sebutan dan deklamasi sajak.

 Basrah tempat lahirnya Abdul Aswad Du’ali, Khalid bin Ahmad iaitu tokoh nahu Arab. Khalid al Walid menjadikan

Kufah sebagai pusat ilmu pengetahuan Contoh

 Kemunculan bandar-bandar intelektual diatas menyebabkan tempat tersebut menajdi tumpuan tokoh-tokoh ilmuan bukan sahaja dikalangan ilmuan Islam bahkan bukan Islam

Penegasan Isi

Isi 4 Sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah juga dilihat dari sudut tenaga pengajar. Fakta  Peranan kerajaan melantik guru-guru dan diberikan gaji

merupakan usaha murni untuk membuktikan kepentingan ilmu pengetahuan.

 Guru-guru di institusi pendidikan terdiri daripada mahzab berbeza dan pengetahuan serta kemahiran berbeza mengikut tahap pendidikan

 Ulama terkenal mendapat menarik perhatian ramai pelajar yang dikatakan mencecah ribuan orang.

 Guru-guru dimasjid terdiri dari golongan ulama yang mengajar secara ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Guru-guru yang mengajar di istana khalifah dikenali muaddih bertanggung jawab mengajar kerabat diraja dan pembesar berkenaan dengan aspek sahsiah

Huraian

 Tokoh-tokoh ulama terkenal di Masjidil Haram ialah Abdullah bin Abbas mahir ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama terkenal lain ialah seperti Abu Musa Asya’ari, Hasan al-Basri, Ubaidillah bin Zubayr.

Contoh

 Kemunculan tenaga pengajar terkenal iaitu ulama telah menarik minat ramai pelajar dari seluruh pelusuk Negara Islam bagi menuntut ilmu pengetahuan dalam zaman Bani Ummyah

Penegasan Isi

Isi 5 Disamping itu, sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah berkaitan bidang-bidang pengajian yang

17  Bidang-bidang pendidikan yang berkembang pesat adalah

pengajian ilmu keagamaan seperti tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya.

 Pengajian seni muzik dan puisi berpusat di kota Makkah, Madinah dan Damsyik menjadikan istana sebagai tempat mendapatkan ganjaran. Puisi berperanan menyampaikan sesuatu penerangan dan propaganda bagi kerajaan.

 Para penyair diberi layanan istimewa kerana dapat membangkitkan semangat jihad dan meningkatkan kotokohan khalifah serta keagungan Kerajaan Bani Ummyah.

 Pengajian kesusasteraan dan ilmiah berkembang di masjid-masjid kota Basrah dan Kufah.

 Pendidikan seni ukir dan pahat mendapat tempat terutama ukiran ayat al-Quran pada istana, masjid, mimbar dan mihrab

Huraian

 Penyair terkenal Qays bin Mulawa pencipta puisi cinta Laila

dan Majnun Contoh

 Pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah berlaku pertambahan aktiviti ko-kurikulum.

 Penglibatan ulama dan khlifah membantu kepesatan pendidikan yang menjadi asas tamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial umat Islam.

 Perkembangan ini dilihat sebagai asas legasi kukuh bagi pendidikan pada zaman-zaman kerajaan Islam seterusnya.

Penegasan Isi

 Pemerintahan Bani Umayyah yang mementingkan pendidikan telah

mempelbagaikan mata pelajaran yg diajar di institusi pendidikan . Selain daripada ilmu agama sepertit Fiqah , Tauhid , Tafsir Al-Quran dan Hadis , mata pelajaran lain yg diajar Ialah Ilmu Hisab, Sejarah, Sastera , Ilmu Perubatan, Kesenian dan Falsafah .

 Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi

Abbasiyah, namun sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk perkembangan seterusnya

18 Soalan 6 :

Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

 Baitul Hikmah aadalah gedung ilmu pengetahuan diasaskan pada 815 M oleh Khalifah Harun al-Rashid. Menjadi tumpuan para sarjana menjalankan kegiatan akademik, mencapai kegemilangan pada zaman khalifah al-Makmum

 Baitul Hikmah juga dikenali Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah.

 Peranan utama ialah sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus professional dalam bidang sains dan falsafah

Pendahuluan

Isi 1 Antara faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat

perkembangan intelek ialah peranan Khalifah Abbasiyah Fakta

 Para Khalifah Bani Abbasiyah berpandangan terbuka dalam bidang intelektual. Penterjemah dilantik untuk Baitul Hikmah tidak terikat dengan faktor agama dan bangsa.

 Khalifah al-Makmum pencita seni dan falsafah mempertingkatkan kegiatan intelektual dalam Baitul Hikmah.

 Ganjaran wang emas kepada penterjemah merancakan lagi kegiatan keilmuan tersebut sehinggakan Zaman Bani Abbasiyah memperuntukan dana yang besar bagi Baitul Hikmah khusus perbelanjaan bayaran gaji dan sebagainya.

Huraian

 Yuhanna Musawaih beragama Kristian dan Abu Sahl al-Fadl berbangsa Parsi pernah dilantik sebagai penterjemah.

 Utusan-utusan dihantar ke Rom, Kepulauan Sicily dan Qugrus bagi mendapatkan karya-karya Yunani. Al-Makmum juga menghantar Hunain Ishak ke Konstantinopole mendapatkan karya hebat disana

Contoh

Dasar terbuka dan usaha Khalifah dalam Kerajaan Bani Abbasiyah ini menunjukkan betapa seriusnya mereka dalam memajukan bidang intelektual.

Penegasan Isi

19 Isi 2 Seterusnya, peranan para Wazir (Menteri) juga menjadi faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan

intelek Fakta

 Para wazir khasnya dalam zaman Harun Rashid dan al-Makmum gigih dan aktif menjalankan usaha membangunkan bidang ilmu.

 Peruntukan dana yang banyak oleh wazir-wazir bagi membiayai kegiatan penterjemahan dan penulisan. Mereka sering bekerjasama dengan khalifah menjalankan kegiatan penterjemahan.

Huraian

 Wazir Muhammad bin Abdul Malik memberi 2000 dinar

seorang sebagai ganjaran Contoh

 Peranan wazir tersebut membolehkan Baitul Hikmah muncul

sebagai pusat intelektual terkemuka didunia Penegasan Isi

Isi 3 Selain itu, peranan para hartawan Islam turut menjadi faktor kejayaan Baitul Hikmah. Fakta  Para hartawan turut membantu perkembangan Baitul Hikmah.

Mereka terlibat secara aktif membelanjakan sebahagian harta

bagi membiayai kegiatan penterjemahan dan penulisan Huraian

 Muhammad, Ahmad dan al-Hassan dari keturunan Bani Musa al Munajjim antara tokoh yang membayar sebahagian kos penterjkemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab. Mereka juga member ganjaran dan kepada para penterjemah dan pengarang.

Contoh

 Peranan golongan hartawan secara tidak langsung membantu

merancakan lagi usaha kegiatan intelektual di Baitul Hikmah Penegasan Isi

Isi 4 Faktor seterusnya ialah peranan penterjemah dan pengarang Fakta

 Ramai tokoh intelektual member sumbangan cemerlang dalam kegiatan penulisan dan penterjemahan di Baitul Hikmah. Fasa-fasa perkembangan kegiatan penterjemahan boleh dalam zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah Haru al- Rashid

Huraian

 Hunain bin Ishak menguasai bahasa Arab, Suryani dan Parsi adalah pakar ilmu perubatan,, falsafah dan Sejarah. Khalifah al-Makmum melantik beliau sebagai ketua Baitul Hikmah. Yuhannad bin al-Bitriq (Abu Zakaria) pakar bahasa Latin menterjemah karya falsafah dan perubatan Yunani. Tokoh-tokoh lain Sahl Harun, Yahya abi Mansur, Umar al-Farrukhan, Muhamad bin Musa al Khwarizmi

20

 Zaman kegemilangan Baitul Hikmah mencapai ke kemuncak

sehingga 1258 M ini melahirkan ramai tokoh ilmuan Islam Penegasan Isi

Isi 5 Akhir sekali, faktor kecekapan pengurusan dan pentadbiran Baitul Hikmah Fakta

 Kerjasama dan persefahaman jitu antara kakitangan Baitul Hikmah,

penterkemah dan pengarang membolehkan institusi ini berfungsi dengan baik dan berkesan.

 Ketiga-tiga kimpulan ini bertugas secra automatik dan berperanan sebagai penterjemah, penulis, penyalin, pengarang, penjilid dan pengedar. Beban tugas diagihkan berdasar kepakaran dan minat masing-masing.

 Pegawai Baitul Hikmah dan para pembantunya bertanggungjawab dalam mnguruskan penyusunan dan katalog buku-buku

Huraian

 Sahl bin Harun, said bin Harun, Hunain bin Ishak merupakan pegawai-pegawai terkenal dalam Baitul Hikmah ketika zaman Bani Abbasiyah. Mereka menghabiskan sepanjang hayat untuk berkhidmat kepada ilmu pengetahuan dmi kepentingan imu sejagat

Contoh

 Peranan para pegawai dan kakitanga yang cekap menjadikan Baitul Hikmah sebagai gedung ilmu pengetahuan terbesar dan

teragung di dunia Penegasan Isi

 Pada masa pemerintahan Khalifah Al Ma’mun Baitul Hikmah mengalami

kemajuan yang luar biasa. Pada smasa itu itu Baitul Hikmah menjadi pusat kajian yang memunculkan banyak ilmuan, baik ilmuan agama atau ilmu umum. Maka di sinilah Baitul Hikmah mempunyai peranan yang cukup besar dalam memajukan peradaban Islam, bahkan pada masa itu Islam mengalami masa

keemasanya ”The Golden Age Of Islam”.

21

TEMA 3 :

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN

Dalam dokumen SEJARAH STPM SEJARAH STPM SEJARAH STPM P (Halaman 33-43)

Dokumen terkait