• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.3 Pembelajaran Berasaskan WBL di Politeknik Malaysia

Proses pembelajaran yang mengaplikasikan pendekatan berasaskan WBL adalah satu kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada kerja dan ia dijalankan bukan di dalam suasana kelas, bilik atau dewan kuliah. Lokasi pembelajarannya adalah menggunakan platform kerja yang sebenar di mana para pelajar perlu menghadirkan diri seperti pekerja sedia ada di tempat kerja. Brennan dan Little (2006) menyatakan bahawa WBL adalah suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kurikulum yang berstruktur tetapi berorientasikan kepada keadaan kerja sebenar. Proses pembelajaran yang menggunakan kaedah ini amat baik dan mempunyai kepentingan dalam sesebuah program pengajian di institusi pendidikan tinggi (Brennan & Little, 2006). Pendek kata, ia adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang digunakan untuk menyokong pembangunan peribadi dan profesional pelajar yang berada di alam pekerjaan. Namun begitu, proses pembelajaran dan pengajaran WBL ini juga bertujuan untuk memfokuskan sesuatu pembelajaran dan pembangunan dengan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih terarah dan teratur yang melibatkan kesemua aktiviti-aktiviti pelajar di tempat kerja. Pada pendapat yang lain pula menghujahkan bahawa proses pengajian berasaskan WBL adalah suatu metodologi pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan dan membangunkan pembelajaran sepanjang hayat (Flemming, Ole & Katrina, 2007). Maka boleh

University

38

disimpulkan bahawa definisi dan pengertian WBL adalah berbeza dan ia bergantung kepada sesebuah tempat dan institusi yang mengaplikasikannya.

Jika diperhalusi secara mendalam, perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran berasaskan WBL ini dilihat mampu untuk membantu para pelajar membangunkan kemahiran kebolehpekerjaan (employability skills) ke dalam diri mereka kerana ia mampu memberi ruang kepada pelajar merasai keadaaan kerja sebenar (Wilton, 2012). Hal ini membawa maksud bahawa para pelajar yang melalui proses pengajian berasaskan WBL secara tidak langsung diajar secara praktikal kaedah menggunakan sesuatu mesin atau peralatan di dalam sesuatu sistem kerja yang sebenar. Justeru itu jelas memperlihatkan bahawa para pelajar tidak hanya tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara teoretikal di dalam kelas di mana pembelajaran secara teori ini adalah suatu pembelajaran yang berorientasikan mod pengajian berasaskan sekolah (SBL).

Jika disorot kembali terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan SBL, menunjukkan bahawa ia adalah suatu pembelajaran yang biasa dijalankan di negara kita di mana pelajar perlu untuk memasuki kelas dan bilik kuliah untuk mengikuti sesi pembelajaran sesuatu kursus atau mata pelajaran sehingga tamat sesuatu program pengajian yang diikuti. Hal ini adalah seiring dengan hujah Alseddiqi, et.al (2012) yang menyatakan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan SBL adalah suatu teknik yang bersifat tradisional dan ia tidak melibatkan penyertaan yang efektif daripada pihak industri. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah suatu kaedah yang berorientasikan pensyarah, guru dan pelajar. Namun begitu, dalam konteks program pengajian kejuruteraan di Politeknik Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan SBL ini juga turut melibatkan penggunaan mesin dan peralatan teknikal di makmal atau bengkel bagi suatu program kejuruteraan. Perbezaannya adalah proses pengajaran dan pembelajaran ini tidak

University

39

dilakukan secara langsung di tempat kerja iaitu di industri. Polemik ini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini amat bersangkut paut dengan kualiti pengajaran daripada seorang pensyarah kepada para pelajar. Maka, sekiranya kualiti pengajaran seseorang pensyarah atau guru tidak menepati standard untuk memberi kefahaman kepada pelajar maka proses pengajaran itu tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan. Hujah ini amat berkait rapat dengan penegasan yang dibuat oleh Saedah dan Nurhayati (2006) iaitu kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru atau pensyarah menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pengetahuan, konsep atau kemahiran yang mudah difahami, mudah diingati dan secara tidak langsung mampu menyeronokkan pelajar mengikuti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Proses pengajaran dan pembelajaran secara WBL telah dijalankan di Malaysia di mana Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia adalah sebagai stakeholder bagi menjalankan program pengajian bagi peringkat diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda yang berorientasikan kaedah pengajian ini. Program Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik Perubatan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi program pengajian pertama di politeknik yang menjalankan program berasaskan WBL dan program ini sudah berjaya menghasilkan graduannya. Sistem pembelajaran WBL yang dijalankan di Politeknik Malaysia ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menepati kehendak industri. Dengan kaedah perlaksanaan pengajian ini juga para pelajar dapat mengetahui dengan lebih baik dan terperinci tentang isu-isu yang terdapat di tempat kerja. Proses pengajaran dan pembelajaran WBL ini mampu untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan berharga berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan SBL atau konvensional. Maka, seharusnya perlaksanaan sebuah reka bentuk latihan yang terancang dilaksanakan bagi mempertingkatkan keberkesanan proses

University

40

pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini amat diperlukan agar ia mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berketrampilan yang sewajarnya disamping dapat mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar (Gear, McIntosh & Squires, 1994; Eraut, et. al, 2005; Felstead, et. al, 2005; Eraut & Hirsh ,2007). Walau bagaimanapun, jika dilihat secara pandangan kasar menunjukkan perlaksanaan kaedah pengajian berasaskan WBL yang dijalankan oleh pihak Politeknik Malaysia dilihat berupaya memberikan impak yang baik serta mampu memberi nilai tambah kepada para pelajar yang mengikuti program yang ditawarkan kerana para pelajar dapat merasai alam dan suasana kerja yang sebenar. Namun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang seharusnya di atasi dan dilaksanakan.