HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.4 PERUBAHAN TARAF SOSIO-EKONOMI PESERTA SEBELUM DAN SELEPAS MENYERTAI PROJEK TSK
4.4.5 Pemilikan Aset dalam Kalangan Peserta Sebelum dan Selepas Menyertai Projek TSK
Dalam meneliti perubahan sosio-ekonomi peserta bagi tempoh sebelum dan selepas menyertai projek TSK, terdapat beberapa item ujian berkaitan pemilikan aset telah digunakan termasuklah televisyen, astro, internet, telefon rumah, telefon bimbit, kereta, motosikal, tanah (dibeli), saham dan jenis rumah.
i. Aset TV, Astro, Internet rumah, Telefon rumah dan Telefon bimbit
Berdasarkan hasil kajian mendapati pemilikan aset seperti TV, rancangan astro, internet rumah, telefon rumah dan telefon bimbit mencatatkan jumlah nilai peratusan yang semakin meningkat (baik) selepas para peserta menyertai projek TSK bagi kesemua item ujian yang diukur. Situasi ini menunjukkan bahawa kehidupan peserta projek TSK adalah semakin baik kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mampu memberikan kemudahtersampaian kepada sesuatu perkara dengan lebih cepat dan mudah seperti telefon rumah, telefon bimbit, televisyen dan internet. Misalnya, bagi televisyen bagi tempoh sebelum adalah 145 orang (Ya) (59.2%) manakala
Universlti Utara Malaysia
115
selepas adalah sebanyak 153 orang (Ya) (62.4%) dan bagi rancangan astro bagi tempoh sebelum adalah 102 orang (Ya) (41.6%) manakala selepas adalah sebanyak 127 orang (Ya) (71.4%) (Rajah 4.1).
Rajah 4.1. Perbandingan jumlah pemilikan aset TV, astro, internet rumah, telefon rumah dan telefon bimbit dalam kalangan peserta sebelum dan selepas menyertai projek TSK
Seterusnya, bagi internet pula mencatatkan peningkatan iaitu seramai 85 orang (Ya) (34.7%) untuk sebelum manakala 120 orang (Ya) (49%) selepas menyertai projek TSK. Seterusnya, bagi telefon rumah bagi tempoh sebelum adalah 155 orang (Ya) (63.3%) manakala selepas adalah sebanyak 169 orang (Ya) (69%) dan bagi telefon bimbit bagi tempoh sebelum adalah 112 orang (Ya) (45.7%) manakala selepas adalah sebanyak 191 orang (Ya) (78%). Situasi ini menjelaskan bahawa terdapat peningkatan pemilikan terhadap kesemua item ujian yang diukur. Hal ini sekaligus mempamerkan kemampuan kewangan yang lebih baik dalam kalangan peserta
0 50 100 150 200 250
TV Astro Internet Telefon rumah Telefon bimbit
sebelum selepas bilangan responden
Universlti Utara Malaysia
116
Orang Asli setelah menyertai projek TSK dan memberikan perubahan atau impak positif kepada sosio-ekonomi mereka (Jadual 4.23).
Jadual 4.23.
Perbandingan Jumlah Pemilikan Aset TV, Astro, Internet Rumah, Telefon Rumah dan Telefon Bimbit dalam Kalangan Peserta Sebelum dan Selepas Menyertai Projek TSK
TV sebelum TSK TV selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 145 59.2 153 62.4
Tidak 100 40.8 92 37.6
Jumlah 245 100 245 100
Astro sebelum TSK Astro selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 102 41.6 175 71.4
Tidak 143 58.4 70 28.6
Jumlah 245 100 245 100
Internet rumah sebelum TSK Internet rumah selepas TSK Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 85 34.7 120 49.0
Tidak 160 65.3 125 51.0
Jumlah 245 100 245 100
Aset telefon rumah sebelum TSK Aset telefon rumah selepas TSK Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 155 63.3 169 69.0
Tidak 90 36.7 76 31.0
Jumlah 245 100 245 100
Aset telefon bimbit sebelum TSK Aset telefon bimbit selepas TSK Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 112 45.7 191 78.0
Tidak 133 54.3 53 21.6
Jumlah 245 100 245 100
ii. Aset peti sejuk, kereta dan motosikal
Seterusnya, bagi aset peti sejuk, kereta dan motosikal yang juga menjadi item ujian kepada pengukuran perubahan sosio-ekonomi peserta projek TSK. Berdasarkan hasil kajian mendapati secara keseluruhan bagi item ujian aset peti sejuk dan kereta adalah
Universlti Utara Malaysia
117
semakin baik manakala bagi aset motosikal sedikit menurun setelah peserta menyertai projek TSK (Rajah 4.2). Misalnya, bagi peti sejuk seramai 137 orang (Ya) (55.9%) bagi tempoh sebelum manakala adalah seramai 191 orang (Ya) (78%). Bagi pemilikan kereta pula seramai 108 orang (Ya) (44.1%) bagi tempoh sebelum sebaliknya selepas menyertai projek TSK meningkat kepada 183 orang (Ya) (74.7%) dan bagi pemilikan motosikal bagi tempoh sebelum adalah seramai 208 orang (Ya) (84.9%) manakala selepas adalah seramai 194 orang (Ya) (79.2%) (Jadual 4.24). Hal ini menjelaskan bahawa sememangnya peserta projek TSK lebih berkemampuan untuk memenuhi keperluan bagi kehidupan yang lebih baik setelah menyertai projek TSK. Kemampuan dari segi kewangan dan kehidupan yang lebih sistematik memungkinkan mereka lebih bersedia mendepani kehidupan yang semakin mencabar.
Rajah 4.2. Perbandingan jumlah pemilikan aset peti sejuk, kereta dan motosikal dalam kalangan peserta sebelum dan selepas menyertai projek TSK
0 50 100 150 200 250
Peti sejuk Kereta Motosikal
sebelum selepas bilangan responden
Universlti Utara Malaysia
118 Jadual 4.24.
Aset Peti Sejuk, Aset Kereta dan Motosikal dalam Kalangan Peserta Sebelum dan Selepas Menyertai Projek TSK
Aset peti sejuk sebelum TSK Aset peti sejuk selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 137 55.9 191 78.0
Tidak 108 44.1 54 22.0
Jumlah 245 100 245 100
Aset kereta sebelum TSK Aset kereta selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 108 44.1 183 74.7
Tidak 137 55.9 62 25.3
Jumlah 245 100 245 100
Aset motosikal sebelum TSK Aset motosikal selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 208 84.9 194 79.2
Tidak 37 15.1 51 20.8
Jumlah 245 100 245 100
iii. Aset tanah (dibeli), aset duit simpanan dan aset saham
Bagi aset berkaitan tanah yang dibeli, duit simpanan dan saham juga menjadi ukuran penilaian kepada perubahan sosio-ekonomi peserta projek TSK. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya wujud peningkatan nilai peratusan pemilikan aset dalam kalangan peserta bagi item ujian yang diukur kecuali bagi aset tanah yang dibeli (Rajah 4.3). Misalnya, bagi aset tanah (dibeli) nilai min bagi tempoh sebelum adalah seramai 163 orang (Ya) (66.5%) manakala selepas berkurangan sedikit nilainya iaitu seramai 158 orang (Ya) (64.5%).
Universlti Utara Malaysia
119
Rajah 4.3. Perbandingan jumlah pemilikan aset tanah, duit simpanan dan saham dalam kalangan peserta sebelum dan selepas menyertai projek TSK
Bagi duit simpanan pula, nilai min bagi tempoh sebelum adalah seramai 167 orang (Ya) manakala selepas menyertai menunjukkan adanya peningkatan iaitu seramai 194 orang (Ya) (68.2%) dan menjelaskan situasi peningkatan ekonomi yang semakin baik dalam kalangan peserta projek TSK (Jadual 4.25). Seterusnya, bagi item saham pula bagi tempoh sebelum adalah seramai 85 orang (Ya) (34.7%) manakala selepas adalah seramai 104 orang peserta yang bersetuju ada memiliki saham (42.4%) (Jadual 4.25).
0 50 100 150 200 250
Tanah Duit simpanan Saham
sebelum selepas bilangan responden
Universlti Utara Malaysia
120 Jadual 4.25.
Aset Tanah (dibeli), Aset Duit Simpanan dan Aset Sahan dalam Kalangan Peserta Sebelum dan Selepas Menyertai Projek TSK
Aset Tanah (dibeli)sebelum TSK Aset Tanah (dibeli) selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 163 66.5 158 64.5
Tidak 82 33.5 87 35.5
Jumlah 245 100 245 100
Aset duit simpanan sebelum TSK Aset duit simpanan selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 167 68.2 194 79.2
Tidak 78 31.8 51 20.8
Jumlah 245 100 245 100
Aset saham sebelum TSK Aset saham selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 85 34.7 104 42.4
Tidak 160 65.3 141 57.6
Jumlah 245 100 245 100
iv. Aset rumah batu, aset rumah kayu dan aset rumah separa kayu/batu Bagi aset pemilikan jenis rumah iaitu rumah batu, rumah kayu dan separa batu juga menjadi ukuran kepada impak perubahan sosio-ekonomi peserta projek TSK. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya wujud peningkatan bagi jenis rumah batu dan separa batu/kayu. Walau bagaimana pun pemilikan aset rumah kayu mencatatkan penurunan sebanyak 0.04 peratus ( satu orang) bagi tempoh selepas menyertai projek TSK (Rajah 4.4). Misalnya, bagi pemilikan rumah batu bagi tempoh sebelum adalah seramai 70 orang (Ya) (28.6%) manakala selepas adalah seramai 142 orang (Ya) (58%). Bagi pemilikan rumah kayu menunjukan bagi tempoh sebelum dan selepas tidak wujud perubahan ketara iaitu seramai 155 orang (Ya) (63.3%) dan selepas seramai 154 orang (Ya) (62.9%).
Universlti Utara Malaysia
121
Rajah 4.4. Perbandingan jenis rumah dalam kalangan peserta sebelum dan selepas menyertai projek TSK
Seterusnya, bagi pemilikan rumah separa batu pula, bagi tempoh sebelum adalah seramai 132 orang (Ya) (53.9%) manakala selepas adalah seramai 147 orang (Ya) (60%). Situasi ini menjelaskan bahawa sememangnya wujud perubahan sosio-ekonomi daripada pelbagai aspek yang lebih baik dalam kalangan peserta Orang Asli setelah menyertai projek TSK (Jadual 4.26).
Berdasarkan hasil kajian mendapati pemilikan aset dalam kalangan peserta projek TSK adalah semakin baik. Diharapkan dengan adanya projek ini dapat mengurangkan jumlah peserta projek TSK yang berada dalam kemiskinan. Selain itu, berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (2014), paras kemiskinan serta kemelaratan hidup dalam kalangan KIR Orang Asli masih berada pada tahap yang tinggi dengan hampir 80 peratus isi rumah hidup di bawah garis kemiskinan. Malah dikatakan bahawa 50
0 20 40 60 80 100 120 140 160 180
Rumah batu Rumah kayu Rumah separa batu/kayu
sebelum selepas bilangan responden
Universlti Utara Malaysia
122
peratus daripada mereka masih tergolong dalam kategori miskin tegar. Situasi ini mungkin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya tetapi keterpinggiran masyarakat Orang Asli dalam arus pembangunan seharusnya dapat diminimumkan. Oleh itu, dengan penyertaan masyarakat Orang Asli dalam projek TSK akan dapat memberikan perubahan yang baik dari segi sosio-ekonomi mereka. Ini terbukti bahawa pengaruh pemodenan dan struktur ekonomi mereka yang berasaskan pasaran wujud dan dapat dilihat dari segi pemilikan aset oleh sebahagian ahli komuniti ini seperti radio, TV, peti ais, jenis rumah, peralatan telekomunikasi dan sebagainya (Dyer et al., 2003;
Mohd Ayop Abd. Razid, 2013).
Jadual 4.26.
Aset Rumah Batu, Rumah Kayu dan Separa Batu dalam Kalangan Peserta Sebelum dan Selepas Menyertai Projek TSK
Aset rumah batu sebelum TSK Aset rumah batu selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 70 28.6 142 58.0
Tidak 175 71.4 103 42.0
Jumlah 245 100 245 100
Aset rumah kayu sebelum TSK Aset rumah kayu selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 155 63.3 154 62.9
Tidak 90 36.7 91 37.1
Jumlah 245 100 245 100
Aset Rumah Separa Batu sebelum TSK Aset Rumah Separa Batu selepas TSK
Bil. Sampel Peratusan Bil. Sampel Peratusan
Ya 132 53.9 147 60.0
Tidak 113 46.1 98 40.0
Jumlah 245 100 245 100
Universlti Utara Malaysia
123
4.4.6 Tren Mendapat Khidmat Kesihatan dalam Kalangan Peserta Sebelum