• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.7 Penganalisisan Data

Keseluruhan data yang dipungut melalui dua set soal selidik daripada responden guru Bimbingan dan Kaunseling dan klien, telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) Versi 11.0. Analisis deskriptif telah dilakukan untuk menggambar dan menghuraikan maklumat latar belakang responden seperti peratusan, bilangan, min dan sisihan piawai. Analisis inferensi seperti analisis pekali Korelasi Pearson ’r’ dan Ujian-t telah dilakukan untuk menguji hipotesis nul yang telah dibentuk.

Mohd. Majid Konting, (2000) menyatakan penggunaan Korelasi Pearson

’r’ bertujuan untuk mengenalpasti perhubungan antara pembolehubah dan Ujian t pula bertujuan untuk mencari perbezaan min pembolehubah kajian.

Statistik berkenaan adalah sesuai digunakan dalam kajian ini, untuk melihat perhubungan dan perbezaan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien.

Sehubungan itu hipotesis nul satu hingga enam menggunakan analisis inferensi Korelasi Pearson ’r’, penganalisisan hipotesis nul tujuh hingga sepuluh berdasarkan analisis inferensi Ujian t untuk mendapatkan hasil kajian daripada data kajian kuantitatif ini. Jadual 3.9 memperlihatkan dua jenis statistik yang digunakan.

Jadual 3.9: Hipotesis Kajian Dan Penggunaan Kaedah Analisis

Bil Hipotesis Nul Analisis

Ho 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling dari pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling.

Korelasi Pearson

‘r’

Ho 2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan proses Bimbingan dan Kaunseling dari pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling.

Korelasi Pearson

‘r’

Ho 3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling.

Korelasi Pearson

’r’

Ho 4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien.

Korelasi Pearson

‘r’

Ho 5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan proses Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien.

Korelasi Pearson

‘r’

Ho 6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien.

Korelasi Pearson

‘r’

Ho 7 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien tentang sifat guru Bimbingan dan Kaunseling.

Ujian t

Ho 8 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien tentang proses Bimbingan dan Kaunseling.

Ujian t

Ho 9 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien tentang pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Ujian t

Ho10 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien tentang amalan nilai murni guru Bimbingan dan Kaunseling.

Ujian t

3.8 Kesimpulan

Pengkaji telah menggunakan dua set soalan soal selidik sebagai instrumen memungut data dalam penyelidikan pendidikan ini adalah kerana ianya merupakan satu kaedah yang popular untuk mengumpulkan maklumat daripada responden yang kecil tetapi boleh digunakan untuk membuat generalisasi kepada populasi yang lebih besar. Sebanyak 25 buah sekolah menengah telah dipilih secara rawak berkelompok sebagai lokasi kajian dengan 70 orang guru Bimbingan dan Kaunseling dan 70 orang klien dijadikan responden kajian. Set pertama soal selidik adalah untuk mengenalpasti pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dalam pelaksanaan hubungan amalan nilai murni melalui Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Set kedua adalah untuk mendapatkan maklum balas klien terhadap guru Bimbingan dan Kaunseling tentang hubungan amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik kajian, satu kajian rintis telah dijalankan di lima buah sekolah.

Kesemua skala pengukuran pembolehubah menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang memadai dengan nilai pekali Cronbach Alpha yang melebihi 0.8 atau 80% tahap kepercayaannya. Pelaksanaan untuk pengumpulan data bagi kajian ini telah dapat disempurnakan dengan jayanya dan mendapat sokongan serta kerjasama yang baik daripada responden.

BAB 4

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

Bab ini menghuraikan hasil dapatan kepada kajian yang dilakukan. Hasil dapatan ini dibentangkan dalam dua bahagian. Bahagian pertama menjelaskan latar belakang responden yang terdiri daripada guru Bimbingan dan Kaunseling dan klien. Analisis deskriptif seperti peratusan dan bilangan dijalankan untuk menggambarkan maklumat latar belakang responden. Bahagian kedua membentangkan penganalisisan data tentang pengujian hipotesis kajian ini dan menghuraikan dapatan kajian yang telah diperolehi. Analisis inferensi seperti Korelasi Pearson ’r’ dan Ujian t digunakan untuk tujuan ini.

4.1 Latar Belakang Responden

4.1.1 Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Jadual 4.1 menunjukkan taburan 70 responden mengikut jantina. Ia memaparkan jumlah 33 orang (53%) guru Bimbingan dan Kaunseling perempuan dan 37 orang (47%) guru Bimbingan dan Kaunseling lelaki.

Peratusan ini menggambarkan bahawa tidak wujud bias gender kerana bilangan guru Bimbingan dan Kaunseling lelaki dan perempuan adalah hampir-hampir seimbang. Ini bermakna hasil kajian adalah seimbang dan adil dari segi dapatannya, tanpa timbul persoalan jumlah jantina.

Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 33 47.1 Perempuan 37 52.9

Jumlah 70 100

Jadual 4.2 menunjukkan taburan 70 responden mengikut kelayakan akademik. Seramai 48 orang (68.6%) guru Bimbingan dan Kaunseling didapati mempunyai ijazah, 16 orang (23%) memiliki kelayakan akademik peringkat diploma dan 6 orang (8.5%) pemegang sijil perguruan.

Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik

Kelayakan Akademik Bilangan Peratus

Ijazah 48 68.6 Diploma 16 22.9

Sijil Perguruan 6 8.5

Jumlah 70 100

Jadual 4.3 menunjukkan taburan 70 responden mengikut pengalaman berkhidmat sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 43 orang (61%) responden mempunyai pengalaman menjadi guru Bimbingan dan Kaunseling selama satu hingga lapan tahun. Sejumlah 22 orang (31%) telah berkhidmat sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling selama sembilan hingga enam belas tahun. Terdapat 3 orang (4%) guru Bimbingan dan Kaunseling yang berkhidmat antara 17 hingga 23 tahun. Didapati 2 orang (3%) guru yang paling

lama berkhidmat sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu selama lebih dua puluh empat tahun.

Jadual 4.3 : Taburan Responden Mengikut Pengalaman Sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling Pengalaman Sebagai Guru

Bimbingan Dan Kaunseling Bilangan Peratus

1 – 8 tahun 43 61.4

9 – 16 tahun 22 31.4

17 – 23 tahun 3 4.3

24 tahun ke atas 2 2.9

Jumlah 70 100

Jadual 4.4 menunjukkan taburan 70 responden mengikut perlantikan jawatan. Sejumlah 25 orang (35.7%) daripada responden dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan kelayakan akademik mereka dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 20 orang (28.6%) yang menjadi guru Bimbingan dan Kaunseling dengan menawarkan diri dan 25 orang (35.7%) ialah atas sebab arahan dan dipilih oleh pentadbir sekolah.

Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Perlantikan Jawatan Perlantikan Jawatan Bilangan Peratus Lantikan Kementerian Pelajaran 25 35.7 Arahan / Pilihan Pentadbir

Sekolah 25 35.7

Tawarkan Diri 20 28.6

Jumlah 70 100

Jadual 4.5 menunjukkan taburan 70 responden mengikut kehadiran kursus. Terdapat 49 orang (70%) yang menghadiri Kursus Khas Bimbingan dan Kaunseling selama enam hingga dua belas bulan. Sejumlah 12 orang (17%) yang mengikuti Kursus Dalam Cuti selama lapan hingga empat belas minggu. Seramai 4 orang (6%) yang pernah menghadiri Kursus Bimbingan dan Kaunseling satu hingga tujuh hari. Terdapat 5 orang (7%) yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus Bimbingan dan Kaunseling.

Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Kehadiran Kursus Bimbingan Dan Kaunseling

Kursus Bimbingan Dan Kaunseling Bilangan Peratus

Kursus Khas 6 - 12 Bulan 49 70

Kursus Dalam Cuti 8 - 14 Minggu 12 17.2

Kursus 1 – 7 Hari 4 5.7

Tidak Menghadiri Kursus 5 7.1

Jumlah 70 100

4.1.2 Latar Belakang Klien

Responden yang terlibat dalam kajian adalah pelajar yang pernah menggunakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, disebut sebagai klien. Semua pelajar yang terlibat telah dipilih secara rawak oleh guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah, tanpa mengambil kira jumlah perbezaan jantina.

Jadual 4.6 menunjukkan taburan 70 responden klien mengikut jantina.

Terdapat 56 orang (80%) klien perempuan dan seramai 14 orang (20%) klien

lelaki. Jumlah ini adalah berdasarkan bilangan responden yang diserahkan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah semasa soal selidik kajian dijalankan.

Jadual 4.6 : Taburan Klien Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus Lelaki 14 20

Perempuan 56 80

Jumlah 70 100

Jadual 4.7 menunjukkan taburan kekerapan klien menghadiri sesi kaunseling bersama guru Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 11 orang (15.7%) klien pernah berjumpa satu hingga tiga kali dengan guru Bimbingan dan Kaunseling. Sejumlah 26 orang (37%) menghadiri sesi kaunseling empat hingga enam kali. Seramai 28 orang (40%) yang mengunjungi guru Bimbingan dan Kaunseling sebanyak tujuh hingga sepuluh kali dan seramai 5 orang (7%) klien mengikuti sesi lebih daripada sebelas kali. Purata kekerapan berjumpa guru Bimbingan dan Kaunseling ialah 4.8 kali.

Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan Klien Berjumpa Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Kekerapan Berjumpa Bilangan Peratus

1 – 3 kali 11 15.7

4 – 6 kali 26 37.1

7 – 10 kali 28 40

> 11 kali 5 7.2

Min (±s.p) = 4.8(±3.4)

Jumlah 70 100

4.2 Penganalisisan Data Dan Dapatan Kajian

Bahagian ini menjelaskan tentang data yang diperolehi melalui kajian dianalisis dengan menggunakan dua jenis statistik inferensi iaitu korelasi Pearson ’r’ dan Ujian t. Analisis inferensi adalah berdasarkan kepada objektif kajian berikut :

1. Mengenalpasti hubungan antara amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling, proses Bimbingan dan Kaunseling, dan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling.

2. Mengenalpasti hubungan antara amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling, proses Bimbingan dan Kaunseling, dan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien.

3. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dan klien tentang sifat guru Bimbingan dan Kaunseling, proses Bimbingan dan Kaunseling, pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, dan amalan nilai murni dalam pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Selaras dengan objektif tersebut, pembentangan penganalisisan data dipersembahkan dalam tiga bahagian kecil mengikut tajuk-tajuk berikut :

1. Hubungan pembolehubah kajian mengikut pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling.

2. Hubungan pembolehubah kajian mengikut maklum balas klien.

3. Perbezaan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien.

4.2.1 Hubungan Pembolehubah Kajian Mengikut Pandangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Bahagian kecil ini menghuraikan penganalisisan data tentang pengujian hipotesis berikut :

Hipotesis Nul 1

Ho1 : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling dari pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 2

Ho2: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan proses Bimbingan dan Kaunseling dari pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 3

Ho3: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 1 bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan Korelasi Pearson ’r’ pada aras keertian p <.05. Jadual 4.8 memaparkan hasil analisis Kolerasi Pearson ’r’ yang berkaitan.

Jadual 4.8: Dapatan Kolerasi Pearson ’r’ Hubungan Antara Amalan Nilai Murni Dengan Sifat Guru Bimbingan Dan Kaunseling

n ‘r’ P

Amalan nilai murni dengan sifat guru

Bimbingan dan Kaunseling 70 .090 .460

* Aras keertian pada p < .05

Jadual 4.8 mencatatkan hasil pengujian iaitu nilai r = .090, dan nilai p = .460. Analisis Korelasi Pearson ’r’ ini menjelaskan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling pada aras keertian p < .05. Oleh itu Hipotesis Nul 1 ( Ho1 ) tidak ditolak. Kesimpulannya, mengikut pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling, aspek amalan nilai murni di kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling tiada perkaitan dengan sifat mereka atau sebaliknya.

Hipotesis Nul 2 bertujuan melihat sama ada wujudnya hubungan antara amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan proses Bimbingan dan Kaunseling. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan Korelasi Pearson ’r’ pada aras keertian p <.05. Jadual 4.9 memaparkan hasil analisis Kolerasi Pearson ’r’ yang berkaitan.

Jadual 4.9 : Dapatan Kolerasi Pearson ’r’ Antara Amalan Nilai Murni Dengan Proses Bimbingan Dan Kaunseling

n ‘r’ P

Amalan nilai murni dengan proses Bimbingan dan Kaunseling

70 704 000*

* Aras keertian pada p < .05

Jadual 4.9 mencatatkan hasil pengujian iaitu nilai r = 0.704, dan nilai p = .000. Analisis Korelasi Pearson ’r’ ini menjelaskan bahawa ada hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan proses Bimbingan dan Kaunseling pada aras keertian p < .05. Oleh itu Hipotesis Nul 2 ( Ho2 ) ditolak. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa mengikut padangan guru Bimbingan dan Kaunseling, amalan nilai murni berkait dengan proses Bimbingan dan Kaunseling atau sebaliknya.

Hipotesis Nul 3 ingin menentukan sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Analisis Korelasi Pearson ’r’ pada aras keertian 0.05 dijalankan bagi tujuan ini. Jadual 4.10 menunjukan hasil analisis Korelasi Pearson ’r’ yang berkaitan.

Jadual 4.10 : Dapatan Kolerasi ’r’ Antara Amalan Nilai Murni Dengan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

n r P Amalan nilai murni dengan

pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

70 .133 .273

Aras keertian pada p < 0.05

r = .090, p = .460

r = .704, p =.000*

r = .133, p = .273

Jadual 4.10 mencatatkan hasil pengujian iaitu nilai r = 0.133, dan nilai p

= 0.273. Analisis Korelasi Pearson ’r’ ini menjelaskan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling pada aras keertian pada p < 0.05. Oleh itu Hipotesis Nul 3 (Ho3) tidak ditolak. Kesimpulannya, guru Bimbingan dan Kaunseling berpendapat bahawa amalan nilai murni tiada hubungan dengan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Sebagai rumusan, pengujian ketiga-tiga hipotesis tersebut mendapati bahawa mengikut pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling, amalan nilai murni hanya mempunyai perkaitan dengan proses Bimbingan dan Kaunseling, manakala tiada hubungan dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling dan juga pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Hasil dapatan tersebut dapat diperjelaskan dengan Rajah 4.1

Rajah 4.1: Hubungan Antara Amalan Nilai Murni Dengan Sifat guru Bimbingan Dan Kaunseling, Proses Bimbingan Dan Kaunseling Dan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Dari Pandangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Amalan Nilai Murni

Sifat Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Proses Bimbingan Dan Kaunseling

Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling

4.2.2 Hubungan Pembolehubah Kajian Mengikut Maklum Balas Klien

Bahagian ini menghuraikan penganalisisan data tentang pengujian hipotesis berikut :

Hipotesis Nul 4

Ho4: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien.

Hipotesis Nul 5

Ho5: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan proses Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien.

Hipotesis Nul 6

Ho6: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien.

Hipotesis Nul 4 bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling mengikut maklum balas klien.

Hipotesis ini diuji dengan menggunakan Korelasi Pearson ’r’ pada aras keertian p <.05. Jadual 4.11 memaparkan hasil analisis Kolerasi Pearson ’r’ yang berkaitan.

Jadual 4.11 : Dapatan Korelasi Pearson ’r’ Antara Amalan Nilai Murni Dengan Sifat Guru Bimbingan Dan Kaunseling

n r P

Amalan nilai murni dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien.

70 .628 .000*

*Aras keertian pada p < 0.05

Jadual 4.11 mencatatkan hasil pengujian, iaitu nilai r = .628, dan nilai p

= .000. Analisis Korelasi Pearson ’r’ ini menjelaskan bahawa ada hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling pada aras kesignifikanan p < .05. Oleh itu, Hipotesis Nul 4 ( Ho4 ) ditolak. Dengan ini jelas menunjukkan klien menyatakan terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 5 bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan proses Bimbingan dan Kaunseling mengikut maklum balas klien.

Hipotesis ini diuji dengan menggunakan Korelasi Pearson ’r’ pada aras keertian p <.05. Jadual 4.12 memaparkan hasil analisis Kolerasi Pearson ’r’

yang berkaitan.

Jadual 4.12 : Dapatan Korelasi Pearson ’r’ Antara Amalan Nilai Murni Dengan Proses Bimbingan Dan Kaunseling

n r P

Amalan nilai murni dengan proses Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien

70 .620 .000*

Aras keertian pada p < 0.05

Jadual 4.12 mencatatkan hasil pengujian iaitu nilai r = .620, dan nilai p = .000. Analisis Korelasi Pearson ’r’ ini menjelaskan bahawa ada hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan proses Bimbingan dan Kaunseling pada aras kesignifikanan p < .05. Oleh itu Hipotesis Nul 5 (Ho5) ditolak. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa klien berpendapat wujud perhubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan proses Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 6 bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mengikut maklum balas klien. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan Korelasi Pearson

’r’ pada aras keertian p <.05. Jadual 4.13 memaparkan hasil analisis Kolerasi Pearson ’r’ yang berkenaan.

Jadual 4.13 : Dapatan Korelasi Pearson ’r’ Antara Amalan Nilai Murni Dengan Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling

Korelasi Pearson ‘r’ n r P

Amalan nilai murni dengan pengurusan Bimbingan dan Kaunseling dari maklum balas klien.

70 .622 .000*

*Aras keertian pada p < 0.05

Jadual 4.13 mencatatkan hasil pengujian, iaitu nilai r = .622, dan nilai p

= .000. Analisis Korelasi Pearson ’r’ ini menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan nilai murni dengan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling pada aras kesignifikanan p < .05. Oleh itu Hipotesis Nul 6 ( Ho6 ) ditolak. Berdasarkan maklum balas daripada klien, amalan nilai murni mempunyai hubungan dengan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

r = .628, p = .000*

r = .620, p =.000*

r = .622, p = .000*

Rajah 4.2 : Hubungan Antara Amalan Nilai Murni Dengan Sifat Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Proses Bimbingan Dan Kaunseling Dan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Dari Maklum Balas Klien

4.2.3 Perbezaan Antara Pandangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan Maklum Balas Klien Terhadap Pembolehubah Kajian

Bahagian kecil ini menghuraikan penganalisisan data tentang pengujian hipotesis berikut :

Hipotesis Nul 7

Ho7 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien tentang sifat guru Bimbingan dan Kaunseling.

Amalan

Nilai Murni Proses Bimbingan Dan

Kaunseling

Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling

*Aras keertian pada p <.05

Sifat Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Hipotesis Nul 8

Ho8 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien tentang proses Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 9

Ho9 : Tidak terdapat perbezaan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien tentang pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 10

Ho10 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien tentang amalan nilai murni guru Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 7 bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien tentang sifat guru Bimbingan dan Kaunseling. Jadual 4.14 menunjukkan hasil dapatannya.

Jadual 4.14: Analisis Ujian t Untuk Perbezaan Antara Pandangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan Klien : Sifat Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Kumpulan Min

*Aras keertian pada p < 0.05

Jadual 4.14 memperlihatkan bahawa min bagi pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling ialah 150.24 (SD = 14.43), manakala min bagi maklum balas klien ialah 150.20 (SD = 14.70). Beza min ialah 0.04. Data deskriptif ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan besar antara min pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan min maklum balas klien terhadap pembolehubah sifat guru Bimbingan dan Kaunseling. Ujian t mengesahkan bahawa perbezaan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien tentang sifat guru Bimbingan dan Kaunseling ini tidaklah signifikan pada aras keertian p <.05 (t = .017, df = 138, p

= .986). Hopotesis Nul 7 (Ho7) tidak ditolak. Ini berkmakna guru Bimbingan dan Kaunseling bersependapat dengan klien bahawa guru Bimbingan dan Kaunseling mereka sememangnya memiliki sifat-sifat sebagai seorang guru Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 8 bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien tentang proses Bimbingan dan Kaunseling. Jadual 4.15

Jadual 4.15: Analisis Ujian t Untuk Perbezaan Antara Pandangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan Klien : Proses Bimbingan Dan Kaunseling

Kumpulan Min

(SD) Beza Min t Df P

Guru Bimbingan Dan Kaunseling

117.01 (10.52)

6.16 3.108 138 .002*

Klien 110.86 (12.80)

Julat skor: 29.00 - 145.00 Aras keertian pada p < 0.05

Jadual 4.15 menunjukkan bahawa min bagi pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling ialah 117.01 (SD = 10.52) dan min bagi maklum balas klien ialah 110.86 (SD = 12.80), dengan perbezaan minnya 6.16. Perbezaan min ini agak besar dan Ujian t menjelaskan bahawa perbezaan ini adalah signifikan pada aras keertian p < .05 (t = 3.108, df = 138, p = .002). Hipotesis Nul 8 (Ho8) ditolak. Kesimpulannya, kumpulan guru Bimbingan dan Kaunseling tidak bersependapat dengan kumpulan klien terhadap pembolehubah proses Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 9 bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien tentang pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Jadual 4.16 menunjukkan hasil dapatannya.

Jadual 4.16 : Analisis Ujian t Untuk Perbezaan Antara Pandangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan Klien:

Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Kumpulan Min (SD)

Beza

Min t df P

Guru Bimbingan Dan Kaunseling

41.242 (5.433)

0.058 0.059 138 0.953 Klien 41.300

(6.008) Julat skor: 10 - 50

Aras keertian pada p < 0.05

Jadual 4.16 menunjukkan bahawa min bagi pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling ialah 41.242 (SD = 5.433) dan min bagi maklum balas klien ialah 41.300 (SD = 6.008), dengan perbezaan minnya 0.058. Perbezaan min ini adalah kecil dan Ujian t menjelaskan bahawa perbezaan ini adalah tidak signifikan pada aras keertian p < .05 (t = 0.059, df = 138, p = .953). Hipotesis Nul 9 (Ho9) tidak ditolak. Kesimpulannya, kumpulan guru Bimbingan dan Kaunseling bersependapat dengan kumpulan klien terhadap pembolehubah pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Hipotesis Nul 10 bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan guru Bimbingan dan Kaunseling dengan maklum balas klien tentang amalan nilai murni guru Bimbingan dan Kaunseling. Jadual 4.17 menunjukkan hasil dapatannya.

Jadual 4.17 : Analisis Ujian t Untuk Perbezaan Antara Pandangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Klien : Amalan Nilai Murni

Nilai Murni Min

(SD) Beza Min t Df P

Guru Bimbingan

Dan Kaunseling 68.185 (5.819)

0.71 0.594 138 0.553 Klien 68.900

(8.206) Julat skor: 16.00 - 80.00 Aras keertian pada p < 0.05

Jadual 4.17 menunjukkan bahawa min bagi pandangan guru Bimbingan

Jadual 4.17 menunjukkan bahawa min bagi pandangan guru Bimbingan