Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
TAJUK 6 PENGAWETAN SPESIMEN BIOLOGI I
6.3 Pengawetan Kering Haiwan
6.3.2 Pengawetan Serangga
i. Pengumpulan
Serangga yang terdapat di persekitaran perlu terlebih dahulu dikumpul sebelum diawetkan. Cara yang biasa digunakan dalam mengutip serangga ialah dengan menggunakan jaring (sweep net). Jaring ini digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan seperti rimbunan daun-daun, pokok-pokok renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.
Langkah-langkah pengawetan serangga adalah seperti berikut:
Rajah 6.7 : Pengumpulan serangga (sumber : http://images.google.com) ii. Membunuh
Bahan kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah etill asetat. Ianya boleh diletakkan pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di dalam sebuah botol (killing bottle). Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan sianid (syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang walau pun ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi etil asetat.
SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
10
Rajah 6.7 : Serangga dibunuh dalam botol (sumber : http://images.google.com)
Serangga-serangga yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika etil alkohol tidak dapat diperolehi. Ada sesetengah orang lebih suka menggunakan larutan Hood’s yang mana ianya boleh disediakan dengan cara berikut:-
Larutan Hood’s :
Etil alkohol 1485 ml
air suling 330 ml
asid glacial acetik 83 ml
benzol 83 ml --- larutan Hood’s
Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD
sehingga ianya kembang sepenuhnya (30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah disimpan dalam alkohol 95%.
Larutan KAAD
Kerosene 1 bahagian
Alkohol ethyl 95% 10 bahagian
SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
11
asid asetik glacial 2 bahagian
diaxane 1 bahagian
iii. Menyemat (Pinning)
Serangga yang berkulit keras (yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi badannya. Jenis Coleoptera (kumbang) disemat menerusi kepak kanannya lalat, Manakala lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat menerusi thorax dan pangkal kepaknya. Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama iaitu 1 inci dari atas hujungpin. Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) . Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading boads yang dibuat daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan dikembangkan hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan. Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas tebal (cardbord points) dengan menggunakan gam. Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke hadapan dan point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin.
Rajah 6.8 : Cara Penyematan Rama-Rama/Kupu-Kupu (sumber : http://images.google.com)
SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
12
iv. Mengering Serangga
Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak serangga. Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 45oC, keringkan sehingga beberapa hari.
Serangga boleh juga dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-semut perosak dan lainnya.
v. Melabel
Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan spesimen.
Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu tadi.
Rajah 6.9 : Spesimen serangga (sumber : http://images.google.com)
SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
13
vi. Menyimpan Serangga
Spesimen yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutup dengan kertas putih. Ianya seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut, lipas atau gegat memasukinya. Ubat gegat (Naptelena) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di bahagian bawah di sebelah tepi kotak. Ini perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke semasa. Sejenis larutan boleh disediakan sebagai rawatan kepada kotak-kotak serangga ini. Ianya disapukan di permukaan dalam kotak dan dijemur sehingga kering. Cara menyediakan adalah seperti berikut:
Bahan kuantiti
1. Serbuk Napthelene 3 lb (1360 g)
2. Kloroform 1 lb
3. Beechwood Creosolte 1 ib 4. Minyak petrol 4 1/2 pts.
Cara menyediakan :
Campurkan kloroform dengan 1 1/2 lb serbuk nepthlene, kacau hingga sekata dan tambahkan lagi 1 1/2 lb serbuk nepthlene dan diikuti dengan beechwood Cresote.
Kacau untuk melarutkan dan kemudian tambahkan petrol. Selepas disapukan pada kotak, keringkan kotak sehingga yang tinggal cuma selapis serbuk halus napthlene.
SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
14
Rajah 6.10 : Contoh Koleksi spesimen serangga (sumber : http://images.google.com)
vii. Melembutkan (relex) Serangga (dewasa)
Spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek.
Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas yang tidak masuk angin (air-tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah. Bubuh sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan.
Pada pandangan anda apakah kebaikan pengawetan kering bagi tumbuhan dan haiwan.
Latihan:
Dengan menggunakan peta minda yang sesuai daripada program ‘I
SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
15
Think’, terangkan kaedah pengawetan kumbang yang ditangkap dari perkarangan sekolah anda. Gambar-gambar yang sesuai boleh digunakan dalam peta minda anda.
Rujukan :
Lee Shok Mee. (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bdh
Poh Swee Hiang.(1998). Pedagogi Sains 4 : Pengurusan Makmal dan Sumber Sains.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bdh
Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yahya. (1982). Panduan Makmal Sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Talib, O. (2006). SBSC3303 Teknik-teknik Asas dan Keselamatan Dalam Makmal.
Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER