Omar Abdullah
Salam saudara semua,
Saya rangkumkan disini beberapa artikel yang ditulis oleh para sahabat untuk menjelaskan apa yang disebut sebagai ILMU BAPAK BAGINDO MUCHTAR ( BBM ) untuk pembaca yang baru mengenali BBM. Semuga rangkuman artikel ini memberi pencerahan. Kepada para sahabat khasnya Sdra MOHD NOH SATIBI diucapkan jutaan terimakasih. Hanya kepada Allah diserahkan utk membalasnya.
Salman Zulkiply
Soalan saya disini bagaimana bapak mengajar kite untuk begerak sampai bisa kite bertemu dengan Aku dan bagaimana kite hendak ketahui yang telah ditemui itu ialah Aku?
Mohammed Noh Satibi
dalam ilmu/teori memang dipecahkan oleh Bapak, iaitu;
"Di balik badan adalah diri. Di dalam diri adanya ‘A’-ku dan sebelum ‘A’-ku adalah hamba. Ditemuinya hamba dipertemuan kiri dan kanan." (DkYKk Edisi 2003, ms 205, perenggan terakhir.) dalam praktik/kaedah pastilah ia menuntut pengalaman yg sewajarnya, supaya ia benar-benar menjadi kenyataan. caranya adalah seperti yang Bapak nyatakan (DkYKk Edisi 2003, bermula di ms 16 perenggan terakhir); "Yang akan dicari ialah tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga yang tak sanggup kita menguasainya. Kita latih diri kita iaitu dengan mematikan badan sebelum mati. Caranya ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak-geri kita di luar dan gerak fikiran, sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah gerak yang kita tak sanggup menguasainya, iaitu gerak jalan turun-naiknya pernafasan kita. Latihan ini lakukan dan bawalah dengan berulang-ulang, sampai kita dapat menurutkan jalannya gerak pernafasan kita dari dalam. Bagi kita, adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya, dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui hendaknya bahawa ada sesuatu yang terkandung dalam batang tubuh kita."
tetapi ini bagi orang yg belum 'buka jalan'. bagi yg sudah buka jalan, dia akan dapat menemui suatu keadaan tenang (tiada apa yg ada di dalam fikiran dan di dalam hati) serta dapat berasakan suatu tenaga yg sangat kuat dari dalam, yg kemudian berkembang meliputi seluruh tubuhnya. maka pada saat ini kita haruslah mengikut gerak tenaga berkenaan. jikalau tenaga itu tak membuatkan kita bergerak, maka duduklah diam-diam sambil mengambil perhatian penuh pada apa yg sedang berlaku. tenang dan sabarlah... lagi pesan Bapak; "dudukku duduk menanti, menanti sesuatu untuk sesuatu dengan sesuatu..." inipun salah satu dari amalan duduk menanti... menanti sesuatu... dengan apa yg sedang berlaku... kemukanya Aku menjadi kita... jadi...
Aku itu hanya akan menjadi kita apabila kita sudah tidak ada (tiada yg ada dlm fikiran & hati). kalau bergerak, inilah yg Bapak istilahkan sebagai 'gerak berisi'... manakala 'gerak kosong' pula ialah gerak yang dicetuskan oleh diri yg masih dikuasai oleh alam fikiran, iaitu masih ada kebimbangan, ketakutan, harapan, sejarah (ingatan masa lalu), angan-angan, dsb. justeru di peringkat awal perjalanan/belajar membawakan, Bapak nasihatkan; "perbaikilah badan dirimu dengan apa yg ada padamu... ."
"kita berlatih sampai terlatih," nasihat Bapak. maksudnya, pengalaman2 sendiri yg akan dipakai untuk memahami tingkah-laku Aku itu, misalnya mahu bergerak atau tidak... dan apabila kita sudah biasa dengan penemuan keadaan tenang tenteram itu, kita apply (gunakan) untuk kehidupan harian... jadi jangan hanya berusaha untuk duduk pada tenang tenteram itu pada masa2 tertentu sahaja... misalnya masa nak duduk bergerak sahaja... atau masa menghadapi orang sakit ... ataupun masa mahu menghilangkan rasa cemas ataupun berharap. berada dalam keadaan tenang tenteram itu kunci bagi banyak (mungkin juga bagi semua) perkara... boleh? hehehe... ini kan pengertian saya peribadi... kalau rasanya boleh dipakai, pakailah... kalau tidak, tolak sahaja ke tepi. dan lain orang mungkin ada lain pengertian... jadi kita mintalah lain orang pula memberikan komentarnya..
Mohammed Noh Satibi ...
ya memang pernah saya tanyakan; "Kita mencari Tuhan itu untuk apa?" bagi sesetengah orang, ini soalan pelik. biasanya yang ditanyakan ialah seperti; kenapa tak menikah (berkahwin)? kenapa belajar Ilmu Ketuhanan? kenapa makan yang itu? kenapa tak minum yang ini? dsb.
dan di antara jawapan-jawapannya: mahu mencari jalan pulang;
mahu hanya untuk mengenali [mau tahu mengenai] Tuhannya;
mahu ikut-ikutan - orang mencari Tuhan, maka saya pun mau mencari Tuhan; mahu tahu kenapa dia ada di dunia ini; dan sebagainya... dan sebagainya... yang semua itu betul belaka kerana tidak ada yang salah... tak ada yang salah... kerana itu semua ikut kemahuan masing-masing, atau "tepuk dada tanya selera."
dan ada pula orang yang belajar ilmu pengetahuan Bapak juga tidak tahu atau sedar (apalagi meyakini) bahawa Bapak Bagindo Muchtar mengajar Ilmu Mengenal Diri yang memberi panduan kepada kita untuk mengetahui siapa kita yang sebenarnya (diri yang sebenar diri) serta menemukan pula 'alssirata almustaqeem' dalam menjalani kehidupan di dunia ini supaya kita dapat mengecapi (menikmati) pula kebahagiaan (berjaya, bergembira) dunia dan akhirat seperti doa yang Tuhan ajar kita [2:201. Waminhum man yaqoolu rabbana atina fee alddunya hasanatan wafee al-akhirati hasanatan waqina AAathaba alnnari]. dalam lain perkataan, Bapak menganjurkan supaya kita mendudukan diri (satu lagi huraian mengenai 'mendudukan diri') sebagai hamba Allah (abdi Allah) yang bertuhan dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
jadi, janganlah pula berasa hairan, besedih, kecewa ataupun marah jikalau melihat perbezaan-perbezaan [perbedaan] fahaman ataupun cara/kaedah [metodelogi] di kalangan orang-orang yang belajar Ilmu Mengenal Diri yang diajar oleh Bapak. apapun bezanya tidak salah... tidak salah... "Jangan salah-menyalahkan," pesan Bapak (Koleksi Kuliah edisi 2003, ms 275.). kalau mahu menemukan kebijaksanaannya, kita akur sahaja dulu dengan pesanan Bapak ini. nanti insya-Allah kita akan diberi pengertian akan kebijaksanaan pesan Bapak ini.
oleh itu saya sebenarnya memprovokasi (ah... sang provokatur lagi.. hehehe...) supaya kita memperbetulkan niat kalau rasanya niat kita tak lengkap, terkurang, tersilap, atau kesasar [tersasar]. sekali-sekala itu renungkanlah apa yang diperintahkan oleh Tuhan
6:162. Qul inna salatee wanusukee wamahyaya wamamatee lillahi rabbi alAAalameena La shareeka lahu wabithalika omirtu waana awwalu almuslimeena dan lagi... bagi yang dianugerahi izin oleh Tuhan, apabila 'bertemu' dengan Tuhan itu dia sebenarnya sudah tak ada lagi... tak ada fikiran (tak ada ingatan, tak ada kesadaran masa, tak ada harapan) dan tak ada rasa perasaan di hati (tak ada rasa takut, tak ada rasa cemas, tak ada rasa gembira, tak ada rasa senonok, tak ada rasa nikmat, tak ada apa-apa rasa) kerana dia sudah tak ada... tak ada, tak ada... jadi apa pula yang dapat 'disebut' oleh yang dah tak ada lagi... maka tak adalah... hehehe... nol. di ketika itu, dia tak ada... kerana yang ada hanyalah Dia. tau-tau nanti dia berjasad (berbadan) pula lagi... lantas menjadi manusia semula ... dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah 3 kali.
dan ini akan hanya boleh (mungkin) berlaku setelah seseorang itu berserah total (sepenuhnya), atau menyerahkan sepenuhnya apa yg selama ini dianggap (disangka) 'kepunyaan' dia kepada Dia, baik fikirannya, hatinya mahupun dirinya.
ini proses yang kadang-kadang amat sulit untuk dilakukan. untuk menyerahkan alam fikiran kepada Tuhan itu sulit, menyerahkan apajua buah fikiran yang terbit dari alam fikiran itupun juga sulit. tetapi kalau mahu menjadi hamba Allah, ia perlu (wajib?) dilakukan.
kata orang meditasi "detachment from attachment", kata Bapak "bebaskan diri daripada ikatan-ikatan dan hambatan-hambatan". mengenai hal ini, lain kali sahajalah kita cuba untuk mengupasnya, insya-Allah.
PENGENALAN KPD ILMU BBM
jikalau mahu mengetahui apa yang saya bicarakan atau tulis itu sebagai salah atau benar, tanyalah pada Aku (diri yang sebenar diri) masing-masing. jikalau bertanyakan lain orang yang tak berdiri pada ke-Aku-an masing-masing (meskipun bertaraf guru dalam ilmu pengetahuan ini ataupun lain-lain ilmu) maka jawapan yang akan diperdapat pasti berbagai-bagai.
dan bagi yang mahu bereksperimen (mencuba, try, test), caranya mudah sahaja, iaitu:
a. duduk dalam keadaan tenang tenteram;
b. 'ambil' itu rasa di hujung-hujung jari/kuku kalau belum terasa, dan duduk dalam rasa perasaan tenang kalau belum tenang;
c. tanyakan kepada Aku masing-masing misalnya, "Abdullah, betukah yang disampaikan oleh mohammed noh ini? pandulah aku untuk mengerti betul salahnya apa yang dia tulis." [umpama mengirim surat kena tepat nama penerima, bertanya kepada diri sendiri pun kena sebut nama sendiri di peringkat awalnya.]
d. kemudian barulah membaca dalam keadaan tenang tenteram, tetapi jangan dibaca dengan fikiran (nanti menghukum saja), tetapi bacalah dengan rasa perasaan tenang tenteram itu.jikalau apa yang dibaca itu memberi/menimbulkan/mencetuskan/membangkitkan ketenangan dalam rasa perasaan sehingga seolah-olah menyerap terus, maka ia adalah benar, tetapi jikalau apa yang dibaca itu memberi/menimbulkan/mencetuskan/membangkitkan rasa kacau-bilau (tak enak di rasa, berdebar-debar di hati, jantung berdegup dengan derasnya) sehingga seolah-olah ditolak pula oleh rasa perasaan, maka ia adalah tidak benar.
jikalau mahu, pergunakanlah cara/kaedah/metodologi ini dalam apajua keadaan dan perkara, dan lama-kelamaan nanti tak perlu lagi kita bertanya-tanya, kerana
Aku kita akan segera memberikan tanda-tanda (signals, signs, 'ayat') yang jelas dan pasti, apabila perlu atau wajar (as and when necessary).
ini cara/kaedah/metodologi saya belajar secara berguru dengan Aku, iaitu diri yang sebenarnya diri. cuba kita renungkan petikan-petikan ini:
a. "Tanya diri sendiri. Kita tenang saja...." (Koleksi Kuliah ms. 84, perenggan 5) b. "... Jadi bagi kita, segala persoalan kita kembali kepada pepatah-pepatah atau ajaran dari orang tua-tua. “Segala persoalan, nak,” katanya, “letakkan dihujung kuku!” (Koleksi Kuliah ms. 97, perenggan 6)
c. "...Cubalah tanya ke diri masing-masing.“Betulkah apa yang kami katakan ini? Semuanya yang telah kami bukakan?” (Koleksi Kuliah ms. 168, perenggan 4 &5 selanjutnya, kalau kita mahu mengerti/memahami apa yang dibaca (buku) atau didengar (kuliah), kita ubah (tweak, tukar, sesuaikan) sedikit dialog kita, sesuai dengan siapa penulis buku atau penceramahnya (orang yang bercakap) misalnya, "Bapak (kalau membaca buku karya Bapak, misalnya), berilah saya faham sebagaimana yang Bapak mahu saya memahaminya." dan jikalau membaca lain-lain buku, buku pelajaran misalnya, maka bercakaplah kita dengan si penulis buku itu
bagi yang mahu, bagi mereka yang tahu bahasa Arab (meskipun hanya asas atau rudimentary, atau hanya Arab modern bukan Arab klasik) pula misalnya, jikalau mahu tahu apa maksud sebenar yang terkandung di dalam alqur-an (makna bahasa Arabnya) itu pun, tanyakan sahaja pada Tuhan, misalnya, "Tuhan, berilah kami kefahaman mengenai maksud-Mu sebagaimana yang Engkau mahu kami fahami."
jadi dari pengamatan saya, Bapak sudah mengajar kita suatu cara/kaedah/metodologi yang boleh menjadikan kita orang yang berpendirian pada ke-Aku-an masing-masing. inilah orang merdeka iaitu orang yang tidak dijajah oleh iblis yang merajalela (bermaharajalela) di alam fikiran, ataupun dirasuk oleh syaitan yang bertakhta di alam perasaan. selanjutnya kita boleh menjadi orang yang merdeka pula dari apajua ikatan atau hambatan (detachment from attachment) terutamanya dari kesilapan (kesalahan) masa lampau baik yang berupa kalam (ucapan baik bersuara ataupun tidak) ataupun tingkah-laku hinggalah kepada hambatan-hambatan hawa (keinginan) nafsu, janji (nazar), rasa cinta tertentu (suami-isteri, anak-anak, kereta, wang, harta benda, pekerjaan), ilmu-ilmu yang dipelajari, kefahaman-kefahaman, amal perbuatan, dan sebagainya... dan sebagainya. orang merdeka adalah orang yang bergantung sepenuhnya kepada Tuhannya, kerana kebergantungan semata-mata kepada Tuhan itulah yang membebaskan dia dari apajua ikatan atau hambatan.
namun Bapak juga memperingatkan bahawa kita ini "bebas tetapi tak lepas", iaitu tak lepas dari kemanusiaan (selagi berbadan/berjasad, iaitu yang hanya berlaku selagi kita hidup di dunia yang indah ini). jadi, nikmatilah kehidupan dunia ini sebagaimana kita dipandu oleh Aku masing-masing. dan sekumpulan orang yang berpendirian sebegini akan sentiasa betul (mesra, akrab, saling hormat-menghormati meskipun berbeza, memahami, compassionate, full of empathy, dsb.) pula dalam hubungannya dengan apajua ciptaan Tuhan, manusia umpamanya. dia tidak akan sibuk mengintip-intip (kesalahan) orang, ataupun sibuk menghukum serta memperbetulkan orang, kerana dia tahu tugas utamanya ialah memperbaiki diri sendiri (membetulkan cara sendiri, atau "to reform his/her ways"). "Perbaiki badan dirimu dengan apa yang ada padamu..." kata Bapak.
dan seperti biasa, apa yang saya tulis ini adalah pengertian peribadi saya sendiri berdasarkan pada pengalaman-pengalaman saya sendiri dan sahabat-sahabat dengan berpandukan pada apa yang telah Bapak jelaskan dalam buku-buku serta kuliah beliau, namun tetaplah ia bukan sesuatu yang wajib dipakai/pergunakan ataupun ditolak bulat-bulat sebelum merenungkannya. cubalah...
bagi sahabat-sahabat yang mempunyai lain kefahaman atau pengertian, silalah berikan komentar. saya sangat mengalu-alukannya, dan dahului dengan terima kasih.
PERTANYAAN Omar Abdullah
salam kpd semua khasnya kepada anak anak bapak yg SENIOR. sebagai org yang baru dibuka jalan saya mohon izin untuk bertanya beberapa soalan sebagai panduan kpd saya dan juga orang BARU yang lain berkaitan mengamalkan GERAK..Diharap mendapat penjelasan / pencerahan dari saudara semua..
pertama berkaitan TENANG..sebelum beramal bapak kata kita mestilahTENANG..apakah sebenarnya yang dikatakan TENANG itu..dan apakah yg wajar kita lakukan untuk mendapatkan SUASANA TENANG itu ? kedua sebelum BERGERAK apakah perkara perkara yang wajar kita lakukan..umpamanya adakah perlu kita berwudhu...dan apakah yang perlu DIBACA..umpamanya adakah kita perlu beristighafar , berhauqalah , membaca selawat , fatihah atau cukuplah sekadar membaca KALIMAH SYAHADAH sahaja ketiga...adakah perlu kita menyuarakan sebarang LAFAZ..umpamanya adakah digalakkan kita minta Allah jelaskan ..siapa aku..dimana aku dan kemana kau..
keempat ..bagaimanakah CARA BERGERAK YANG DISYORKAN ..umpamanya adakah kita letakkan kedua tapak tangan kita diatas lutut atau kita padukan kedua tapak tangan kita didada bertepatan dengan jantung kita...
kelima ..apabila BERGEAK apakah ..CARA GERAK KEDUA TANGAN yang sepatutnya..umpamanya adakah kedua tangan harus bergerak sekali gus atau satu demi satu ..atau kedua tangan naik keatas kepala atau terus mendepa dan sebagainya..
keenam semasa BERGERAK apakah ada yang perlu kita SEBUT atau INGATKAN umpamanya adakah apa apa zikir yg perlu dibaca spt Alllah , Allah , atau Subhanallah atau kita diam saja mengikut gerak atau rasa ketujuh semasa BERGERAK bolehkah kita TUTUP MATA atau mata kenalah dibuka.. Akhirnya ..ingin juga ditanyakan ..berapa lamakah harus kita BERGERAK atau adakah GERAK itu berhenti sendiri ?...Jika kita mahu berhenti dari bergerak adakah apa apa yang perlu kita lakukan atau sebut ?
JAWAPAN
Osman Hadi
salam sdr semua,…Saya cubalah menjawab soalan sdr omar tetapi kalau ada sdr sdr yang lain mempunyai jawapan yang lebih jelas dan baik, sangat sangat lah di alukan.
Tenang yang maksudkan di sini ialah pertama suasana sekeliling haruslah tenang tanpa gangguan apa apa. Kedua ialah tenang dari segi fikiran kita atau pun kosongkan fikiran kita dari segala pemikiran pemikiran selain dari ingat kepada dia di dalam sahaja..
Tidak perlu berwudhuk tetapi adalah satu kebaikan jika kita berwudhuk.
Tertibnya letakkan kedua tapak tangan di tengah tengah dada, tetapi mencukupi dengan mengangkat tangan saperti berdoa.
untuk mula kan gerak kita haruslah membaca Istifar 3x
mengucap 3x selawat 3x
semasa bergerak boleh zikir Allah Allah dan lain lain dalam hati, cuma saya lebih gemar mengucap dua kalimah syahadat berterusan semasa bergerak.
Masa bergerak sebaiknya buka mata
kita bergerak sehingga ianya berhenti sendiri, walau bagaimanapun kalau terlampau lama kita boleh arahkan dia supaya kembali...harap maaf dengan penjelasan yang agak kurang sempurna ini.
Imam Supangat
Alhamdulillah Abang Osman secara umum tentu yang diajarkan Bapak Bagindo Muchtar adalah sama, izinkan saya saharing dikit, karena gerak ini bersifat qudratulloh dan berisi rasa yang terasa yang mengandung rahasia maka ia akan bergerak sendiri dan berhenti sendiri namun kalau kita bermaksud menghentikan juga akan bisa.
Di rasa yang terasa itu terdapat obat segala macam penyakit, terdapat juga pemisah antara hawa nafsu dan rasa Allah, terdapat juga media kita menghadap Allah SWT dan banyak lagi rahasia yang terkandung di dalamnya. Semoga Gusti Allah senantiasa membimbing kita di Jalan-NYA untuk menuju Cahaya-NYA. Amin. Sharing lain dari rekan sekalian kami nantikan.
Imam Supangat
Izinkan hamba sebagai pendapat pribadi berkomentar atas soal diatas. Tentu perkara diatas akan lebih jelas dan terang apabila kita bertanya langsung kepada Guru yang mengalirkan langsung kepada kita dan atau kepada bahan - bahan yang ditinggalkan Bapak Bagindo Muchtar( buku & audio ) dan atau kepada tetua - tetua yang dulu sempat berjumpa Beliau dan atau kepada ahli keluarga Beliau yang melihat langsung bagaimana Beliau mengamalkan ilmu ini dan atau kalau Allah mengizinkan bertanya langsung kepada Beliau akan hakikat pengetahuan ini. Semoga Gusti Allah membimbing kita sekalian di jalan-NYA untuk menuju kepada Cahaya-NYA. Amin. Salam.
Mas Tono
Alhamdulillahirabbil alamiin, semoga Alloh SWT memberikan hidayah dan tambahan ilmu bagi kita semua yg mau terus belajar dan belajar terutama ilmu mengenal diri ini.Amin...Berdasarkan pengalaman saya, waktu awal mengenal ilmu ini posisi tangan saya letakkan di dada dengan maksud agar kita dapat merasakan gerak awal dari sesuatu yg hidup ( jantung ) dan dengan mata tertutup agar bisa lebih fokus merasakan rasa yg terasa. Pergerakan tangan terjadi secara otomatik dan tidak kita buat2 bisa ke depan, ke belakang, ke atas atau berpusing2 atau
kesamping dan otomatik pula dia akan berhenti dan kembali ke dada kita. Mohon maaf bila ada yg salah karena saya juga baru mengenal ilmu ini. Thanks
HuluBalang Kelate
Gunakanlah gerak yang ada padamu itu untuk membawa segala apa yg ada padamu samada tangan,kaki,hati,fikiran dan juga lainnya agar kita mendapat rahmat dr nya.gunakanlah daya kekuatan yg ada itu untuk melenyapkan segala ajakan dan pengaruh2 jahat yg sentiasa mendampingi kita sejak dari lahir.
Pisahkanlah akal fikiranmu dan jiwamu dari sifat pergantungan kpd hal yg bersifat mati, dan gunakanlah tenaga ghaib itu untuk melakukan pemecahan2 yang mendatangkan manfaat kpd mu,dirimu dan badanmu.dan sesungguhnya gerak yg kita dapati itu adalah suatu hal yg ajaib dari allah,makanya kita perlu mengambil manfaat dari gerak itu sendiri,
Kalau nabi muhammad dibawa oleh allah dalam sejarah israk dan mikraj suatu perjalan luar biasa bagi manusia dan nabi di angkat ke langit tg ke 7 dan sampai kehadirat allah,,,,,,,,maka dengan ini jalan yg kita dapati dari BBM ini adalah satu hal yg sama akan tetapi berlainan pada keadaan nya.oleh itu lakukanlah itu dengan terbaik.marilah kita sama2 bahu membahu utk mencapai redha allah di dunia dan juga akhirat,lakukanlah pengakuan dan penyaksian kpd tuhan pada setiap masa dengan ucapan kalimah syahadah.
Perbezaan ilmu tenaga Dalam & ilmu tenaga Rohani
Ilmu tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda.Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak.Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi.(Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)
Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan.Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik.Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.
Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya.Ini disebabkan pengamalan
mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata.Inilah yang disabdakan Nabi saw:
Bermula amal itu dengan niat.”
Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.
Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui.Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.
Firman Allah swt:
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan