Peranan OMS
Jadual 11: Jenis dan Jumlah Mangsa DOM
4.3 Peranan Organisasi Masyarakat Sivil dalam Perdamaian Aceh
Usaha mewujudkan damai Aceh berlangsung sejak era konflik. Namun, usaha yang dilakukan semakin kuat pasca reformasi di Indonesia. Ichsan Malik (2009) menjelaskan bahawa meskipun pendekatan dari atas sangat signifikan untuk penyelesaian konflik di Aceh, namun bukan bermakna tidak ada sumbangan masyarakat sivil dalam usaha wujudnya perdamaian di Aceh. Salah satunya boleh difahami menerusi ACSTF.
Pelbagai usaha yang dilaksanakan OMS di Aceh berujung pada membina proses dialog antara GAM dan Pemerintah Indonesia. Sokongan ini memperoleh tindakbalas kerana berlakunya perubahan polisi di peringkat nasional pasca reformasi.
351 Sebelum pengesahan UU tentang Pemerintahan Aceh, bahagian wilayah pemerintahan terendah disebut Desa.
Namun, pasca pengesahan UU tersebut bahagian wilayah pemerintahan terendah ini disebut Gampong (kampung) atau nama lain sebagai kesatuan masyarakat hukum yang berada di bawah Mukim dan dipimpin oleh Keuchik atau nama lain yang berhak menyelenggarakan urusan rumah tangga sendiri.
Menurut Boy Abdaz dan Iskandar Nourman (2015) bahawa keterbukaan Presiden Abdurrahman Wahid yang bersedia membuka jalan dialog dengan GAM merupakan sebuah langkah yang patut dipuji secara kemanusiaan walaupun mendapat banyak kritikan dari dalam negeri Indonesia352.
Berikut huraian aktiviti dan momentum penting penyertaan OMS di Aceh dalam perdamaian :
4.3.1 Duek Pakat Inong Aceh
Pada penghujung tahun 1999 dibincangkan sebuah pertemuan antara pertubuhan perempuan. Perkara ini merupakan tindakbalas atas dinamika yang cukup tinggi kerana keadaan konflik yang semakin meruncing dan semangat masyarakat Aceh untuk menyuarakan referendum setelah peristiwa SIRA RAKAN pada bulan September 1999353. Kempen referendum ini sudah dimulakan sejak Februari 1999 oleh Sentral Informasi Referendum Aceh (SIRA) bagi Aceh. Pada waktu ini, Aceh telah melewati tahap dicabutnya status DOM pada 7 Ogos 1998.
Salah satu saranan penting yang dihasilkan pada DPIA I adalah mendorong agar pemerintah dan pihak berkonflik segera melakukan usaha perdamaian dan memastikan penglibatan perempuan di dalam usaha tersebut.
Saranan tersebut berbeza dengan suara umum masyarakat Aceh yang menginginkan pelaksanaan referendum. Namun dalam pemikiran kelompok perempuan, referendum tidak akan menyelesaikan persoalan yang dihadapi oleh
352 Lihat Boy Abdaz – Iskandar Norman (2015) Proses Damai Aceh: Model Resolusi Konflik Indonesia. Aceh Besar: Yayasan Transisi. Halaman. 5.
353 Sentral Informasi Referendum Aceh (disingkat SIRA) adalah salah satu pertubuhan gerakan sipil masyarakat Aceh yang berjuang demi terlaksananya Referendum di Aceh. Pertubuhan ini dideklarasikan dalam sebuah pertemuan/kongres yang melibatkan 106 lembaga pemuda, mahasiswa, dan pelajar sama ada di Aceh mahupun di luar Aceh. Pertemuan itu diberi nama Kongres Mahasiswa dan Pemuda Aceh Serantau (KOMPAS) yang dilaksanakan pada 31 Januari 1999 sampai 4 Februari 1999.
perempuan kerana dalam proses referendum pun akan ada pihak yang bersetuju dan tidak sehingga nasib perempuan tetap tidak dalam keadaan aman354.
Sejak tahun 1999 hingga awal tahun 2000, suara tuntutan agar diselenggarakan referendum di Aceh semakin kuat. Saat itu, perhatian masyarakat sama ada tempatan mahupun nasional lebih banyak memfokus pada isu tersebut. Pada Februari 1999, SIRA telah memulakan kempen referendum bagi Aceh. Pada waktu ini, Aceh telah melewati tahap dicabutnya status DOM pada 7 Ogos 1998. Aceh memasuki era baru mengiringi proses reformasi di peringkat nasional yang tentunya memberi impak pada perubahan-perubahan yang siginifikan dalam pengambilan keputusan nasional yang terkait dengan keadaan di Aceh355.
Dalam keadaan demikian, sejumlah pertubuhan perempuan dan pertubuhan penyokong gerakan perempuan berinisiatif untuk mengumpulkan perempuan Aceh dalam satu kongres besar perempuan Aceh. Bersamaan dengan itu, Badan Koordinasi Organisasi/Pertubuhan Wanita (BKOW) di tingkat provinsi berencana akan menyelenggarakan peringatan Hari Ibu pada 22 Disember 1999356.
Kongres akhbar ini berlangsung pada Februari 2000 dengan mengusung tema perempuan dan perdamaian ―Krue Seumangat Ureung Inong Aceh Bak Duek Pakat Keu Aceh yang Aman, Damai ngon Ade‖ (Semangat bagi Perempuan Aceh yang Duduk Bersama untuk Aceh yang Aman, Damai dan
354 Temu bual dengan Nursiti, SH., M.Hum, Ketua Presidium Balai Syura Ureung Inong (BSUI) Aceh, 27 Februari 2014.
355 Ibid. Temu bual dengan Nursiti, SH., M.Hum, 27 Februari 2014.
356 Ibid.
Adil) yang dikenal sebagai Duek Pakat Inong Aceh (Kongres Perempuan Aceh Pertama)357.
Menurut Nursiti (2015) kegiatan DPIA secara rasmi dihadiri 437 orang dengan peserta dari pelbagai peringkat pekerjaan mencuba duduk bersama untuk berdialog358. Bagi matlamat pertemuan yang efektif, para peserta dikelompokkan ke dalam lima tema perbincangan, iaitu :
1. Perempuan dan politik;
2. Perempuan dan perdamaian;
3. Perempuan, syariat Islam dan hukum adat, 4. Perempuan dan ekonomi; dan
5. Perempuan dan perubahan sosial.
Pihak-pihak yang hadir terdiri dari 14 bahagian, iaitu Ulama perempuan, pensyarah, NGO/Ornop/LSM, legislatif, pelarian/mangsa, eksekutif/ birokrasi/
pemerintahan, Ormas, Guru, Profesi (peguam, paramedic, pengusaha, notaries, journalis), golongan minoriti (etnik Tionghoa, non-Muslim), Ibu rumah tangga, petani/nelayan, perempuan kepala rumah tangga, dan pelajar/pertubuhan kepemudaan359.
Cadangan yang dihasilkan dalam DPIA disampaikan pada pelbagai pihak termasuk pada Presiden Republik Indonesia Abdurrahman Wahid (Gus Dur).
Pemerintah diharapkan menamatkan konflik di Aceh secara damai menerusi proses dialog dan bukannya operasi ketenteraan360.
357 Lihat Analiansyah, dkk (2015) dalam Kiprah Perempuan dalam Mewujudkan dan Memelihara Perdamaian di Aceh, halaman 230-231.
358 Ibid., halaman 231.
359 Temu bual dengan Nursiti, SH., M. Hum, Ketua Presidium Balai Syura Ureung Inong (BSUI) Aceh, 27 Februari 2015.
360 Analiansyah (2015), ibid., halaman 233.
Seterusnya, Nursiti (Ketua Presidium Balai Syura Ureung Inong (BSUI) Aceh menyatakan bahawa usaha yang dilakukan sebagai salahsatu adanya tindakbalas dari Presiden, seperti berikut ini:
―Presiden bertindak balas dengan antara lain mengirimkan Bondan Gunawan Sekretaris Presiden untuk melakukan usaha-usaha damai tanpa kekerasan di Aceh dengan berjumpa dengan Panglima GAM, Abdullah Syafei. Tentu saja kedatangan Bondan Gunawan ini tidak dengan serta merta sebagai kejayaan dari DPIA, namun juga menerusi pelbagai pertubuhan lainnya. Walau bagaimanapun aspirasi perempuan menerusi DPIA yang menghendaki adanya dialog tanpa kekerasan telah disampaikan kepada kerajaan. Bagaimanapun golongan perempuan dalam menyuarakan perdamaian dengan pendekatan alternatif telah memberikan pengaruh yang luar biasa‖ (Temu bual, tarikh 27 Februari 2015).
.
Kesepakatan yang dicapai dalam DPIA berjumlah 22 butir dan pada intinya meletakkan perdamaian dan keadilan di atas segala-galanya dan menjadi hal penting dalam setiap usaha menamatkan konflik di Aceh. Kesepakatan-kesepakatan dalam DPIA inilah yang kemudian menjadi sumbangan gerakan perempuan terhadap perdamaian. Pada momentum ini gerakan perempuan juga meminta terlibat dalam kancah politik di Aceh dengan komposisi 30% dan institusi pengambil polisi. Hal ini disokong pula oleh cadangan konkrit mengenai strategi keterlibatan perempuan dalam pembangunan yang merangkumi politik, ekonomi, perubahan sosial, pencapaian perdamaian dan realisasi hukum Islam dan adat361.
Berikutnya, hasil DPIA juga menubuhkan Balai Syura Ureung Inong Aceh (BSUIA) untuk mengawal hasil-hasil kesepakatan dalam DPIA I.
Meskipun wujudnya pada saat konflik, namun dapat dikatakan bahawa DPIA I ini merupakan sebuah gerakan yang mempertemukan pelbagai elemen dan merupakan bakal gerakan perempuan Aceh pasca kemerdekaan Indonesia362.
361 Ibid.
362 Analiansyah, 2015, op.cit., halaman. 233.
4.3.2 Jeda Kemanusiaan
Pasca pencabutan DOM pada 7 Ogos 1998, berbagai-bagai usaha mewujudkan perdamaian mula dilakukan. Usaha ini disokong oleh pelbagai pertubuhan, yang terdiri dari pertubuhan perempuan, pelajar, pensyarah, serta pertubuhan lainnya.
Kumpulan pertubuhan seperti Forum LSM Aceh menerusi sokongan Yappika melaksanakan sebuah penyelidikan363. Hasil penyelidikan ini turut disampaikan pada Presiden Gus Dur. Fokusnya mengenai usaha untuk menamatkan konflik Aceh dengan mengutamakan proses dialog termasuk menyampaikan pihak-pihak tempatan yang strategik sebagai penengah (mediator) iaitu pihak Thaliban dan Ulama Dayah (HUDA)364. Komponen dan pihak yang ditawarkan untuk turut serta dalam dialog adalah: (1) Mahasiswa, (2) LSM, (3) GAM, (4) Parpol, (5) Ulama, (6) Intelektual, (7) Thaliban, (8) Tokoh Adat, (9) Birokrat, (10) Pemerintah Pusat, dan (11) Tentera365.
Usaha untuk mendamaikan konflik di Aceh berterusan dengan penyertaan banyak pihak sejak tahun 2000. Pada masa pemerintahan Presiden Gus Dur, untuk pertama kalinya kerajaan Indonesia melibatkan pihak ketiga untuk mendamaikan konflik di Aceh. Gus Dur meminta Henry Dunant Centre (HDC)366 berperanan sebagai mediator perdamaian antara Pemerintah Indonesia
363 Penyelidikan dilaksanakan sebagai usaha untuk mengetahui akar permasalahan dan alternatif proses penamatan konflik di Aceh dan Papua. Penyelidikan ini dilaksanakan pada bulan Julai 1999, tepat setelah pelaksanaan Pilihan Raya, yang berlanjut dengan meluasnya konflik dan semakin kuatnya permintaan referendum di Aceh. Penyelidikan ini dilakukan sebuah tim dari Aceh, iaitu Dr. Muhammad Gade Ismail, MA (pensyarah di Universitas Syiah Kuala), Dr. Yusny Saby (pensyarah di Universitas Islam Negeri-UIN Ar-Raniry, sekarang sudah Profesor), Otto Syamsuddin Ishak (Direktur Cordova, pensyarah di Universitas Syiah Kuala, saat ini Komisioner Komisi Nasional Hak asasi Manusia), serta anggota tim penyelidikan lainnya. Hasil penyelidikan dituliskan dalam sebuah buku ―Aceh Jakarta Papua‖. Khas untuk bahagian ini, huraian yang dihujahkan terkait mengenai kes Aceh. Penyelidikan di Aceh, dilaksanakan bersama antara pensyarah dan aktivis OMS.
364 Lihat Yappika (2001). Aceh Jakarta Papua, halaman 33.
365 Ibid., halaman 78.
366 HDC ditubuhkan pada Januari 1999 di Geneva, merupakan pertubuhan yang memudahkan dialog isu-isu kemanusiaan, penyelesaian konflik serta penanganan pasca konflik. HDC menjalankan program kemanusiaan di Afghanistan, Myanmar, dan Indonesia (Aceh). Penanganan konflik Aceh merupakan program HDC terbesar.
Diawali dengan sekadar memudahkan pertemuan antara pejabat Republik Indonesia dan GAM, peluncuran Jeda Kemanusiaan I dan II, pengaruh dan wewenang HDC menjadi semakin besar setelah mereka berhasil melibatkan para ‗tokoh dunia‘ dalam proses konsultasi yang diadakan di Tokyo pada 7 Disember 2002 (lihat Forum LSM Aceh dan The Aceh Institute, halaman 5).
dan Aceh367. Terbukanya jalan damai di Aceh berlangsung saat meluasnya permintaan referendum yang dipelopori mahasiswa sebagai tindak balas kekerasan dan ketidakadilan yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat Aceh.
Pergerakan mahasiswa berhasil mengumpulkan hampir 1 juta rakyat dari seluruh Aceh untuk berkumpul di Banda Aceh pada 8 November 1999 untuk menuntut referendum bagi Aceh. Selain itu meluasnya pengaruh GAM di kalangan rakyat Aceh membuat kerajaan semakin kehilangan pegangannya di Aceh. Keadaan ini menjadi lebih mudah dengan kehadiran Abdurrahman Wahid yang tergolong reformis dan baru terpilih sebagai Presiden Indonesia pada Oktober 1999368.
Langkah awal yang ditangani HDC di Aceh adalah menjadi fasilitator penandatangan ―Jeda Kemanusiaan‖ yang berlangsung di Bavois – Switzerland, pada tanggal 12 Mei 2000. Kedua pihak, sama ada GAM mahupun Pemerintah Indonesia sepakat menandatangani sebuah dokumen yang disebut ―Kesepakatan Saling Pengertian bagi Jeda Kemanusiaan untuk Aceh (Joint Understanding on Humanitariaan Pause for Aceh)‖369.
Berdasarkan Kawilarang (2010), proses penandatanganan dilakukan secara tertutup. Pemerintah RI diwakili oleh Duta Besar/Wakil Tetap RI untuk PBB Dr Hassan Wirajuda dan Dr. Zaini Abdullah mewakili GAM370.
Nota kesefahaman itu berlaku secara rasmi tiga minggu setelah ditandatangan selama tiga bulan. Untuk mengawasi lebih terperinci hal-hal yang disepakati maka dibentuk Forum Bersama di Switzerland. Bagi mengawasi pelaksanaannya, telah dibentuk Komite Bersama Aksi Kemanusiaan (KBAK/Joint Committee on Humanitariaan Action) dan Komite Bersama
367 Forum LSM Aceh dan The Aceh Institute (2012) dalam Kekerasan dalam Bingkai Demokrasi. Halaman 5.
368 Aspinall and Crouch (2003), halaman 8 dan dalam Lukman (2007), halaman 100.
369 Forum LSM Aceh, 2012, op.cit., halaman 6.
370 Kawilarang, 2010, op.cit, halaman 162.
Modalitas Keamanan (KBMK/Joint Committee on Security Modalities).
Seterusnya, ditubuhkan Komite Modalitas Pemantauan Keamanan (KMMK/Monitoring Team on Security Modalities). Jawatankuasa ini dikoordinasikan oleh HDC dan setiap pencabulan memperoleh sokongan politik dari negara-negara pendukung pertubuhan ini seperti Jepun, Switzerland, Sweden, Denmark dan Norway371.
Walaupun Kesefahaman Bersama Jeda Kemanusiaan untuk Aceh sudah ditandatangan di Bavois, ternyata kekerasan tetap saja berlanjutan oleh kedua pihak. Impaknya dalam tiga bulan setelah penandatanganan Bavois hingga akhir Ogos 2000, hampir setiap minggu terjadi konflik bersenjata antara TNI dengan GAM, kerosakan pusat pemantauan tentera, rumah-rumah penduduk dan terbunuhnya penduduk tempatan.372
Salah satu kes yang berlaku adalah pertempuran sengit antara TNI dengan GAM menyebabkan ExxonMobil mengumumkan perusahaan berada di luar kendali (force mayeure) dan menghentikan kegiatan operasinya di Aceh Utara sejak Mac 2001 sampai waktu yang ditentukan. Juru cakap ExxonMobil, Julia Tumengkol mengatakan alasan penghentian ini kerana keadaan keamanan yang tidak menentu dan pelbagai insiden yang terjadi di luar kawalan yang tidak dapat diatasi oleh perusahaan373.
Jeda Kemanusiaan tamat pada awal 2001, sekaligus dibubarkannya jawantankuasa yang telah dibentuk, impak dari meluasnya aksi kekerasan dengan dilaksanakan Operasi Cinta Meunasah (OCM) oleh polis Republik Indonesia. Proses ini juga turut melemahkan usaha dialog yang sedang dilaksanakan.
371 Ibid., halaman 162.
372 Ibid., halaman 162-163.
373 Ibid, halaman 164.
4.3.3 Damai Melalui Dialog
Dengan keadaan yang berlaku dan ditambah percanggahan pendapat di Jakarta akan perlu tidaknya perundingan dengan GAM, proses Jeda Kemanusian berjalan sampai awal tahun 2001. Pada Mac 2001, Jeda Kemanusian diganti dengan perjanjian baru dengan nama Damai Melalui Dialog (DMD) yang menekankan pada pembentukan zon-zon damai di wilayah-wilayah yang sentiasa berlaku peperangan374. Kesannya, ditubuhkan Tim Monitoring Masalah Keamanan (TMMK) yang bertugas untuk memantau perjanjian zon damai sekaligus menggantikan peranan KMMK.
TMMK berpusat di Banda Aceh terdiri dari perwakilan RI dan perwakilan GAM. Perwakilan RI adalah M. Daim dan Dr. Yusny Saby.
Perwakilan GAM pula terdiri dari Nasrullah Dahlawy, Ir. Abdul Gani Nurdin, dan Imam Syuja‘375. Selain itu, ditubuhkan juga TMMK pada sejumlah kabupaten di Aceh.
Pembentukan zon damai berlaku di Aceh Utara yang diawali dengan deklarasinya di Aceh Besar pada April 2001. Matlamatnya untuk menghentikan konflik bersenjata antara TNI dan GAM. Pembentukan hanya berlaku selama 1 bulan kerana kekerasan yang dilakukan kedua belah pihak juga tak berkurang bahkan kenderaan TMMK376 juga ditembak pada April 2001 ketika saat pemantauan zon damai di Aceh Utara.
Selain itu, Rizal Usman (2015) menyatakan :
―Selain pembentukan zon damai, pula bersetuju mengenai All Inclusive Dialogue (AID) akan dilakukan di Aceh dengan melibatkan semua komponen. Usaha HDC diawali dengan melaksanakan pelbagai pertemuan menerusi komponen masyarakat Aceh termasuk Pertubuhan Masyarakat Sivil Aceh. Hal ini dilakukan dalam rangka persiapan
374 Lukman, 2007, op.cit, halaman 102.
375 Temu bual dengan Rizal Usman pada 5 Februari 2015, penterjemah untuk HDC (2000-2003).
376 Ibid.
pelaksanaan AID. Namun, kesepakatan tidak berhasil dilaksanakan kerana pihak kerajaan Indonesia tidak mengirimkan perwakilannya dalam tim bersama antara GAM dan Pemerintah RI. Walaupun GAM sudah mengirimkan perwakilannya iaitu Drs. Hasbi Abdullah dan Faizal Putra, SH (Temu bual, tarikh, 5 Februari 2015).
OMS di Aceh menyampaikan tindakbalas mengenai rencana pelaksanaan AID. Berdasarkan Rizal (2015), komponen masyarakat yang aktif terlibat dalam persiapan AID itu, di antaranya Forum LSM Aceh, Koalisi NGO HAM Aceh, Yayasan Peduli HAM (YPHAM), ACSTF, RPUK, Himpunan Ulama Dayah Aceh (HUDA), Rabithah Thaliban Aceh (RTA), serta pertubuhan pelajar seperti SMUR, Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Universitas Syiah Kuala dan IAIN Ar-Raniry377.
4.3.4 Cessation of Hostilities Agreement
Beberapa pertemuan RI-GAM di Switzerland telah dilakukan. Pada 11 Februari 2001 delegasi Indonesia dengan GAM duduk semeja di Pejabat Sekretariat HDC di Hotel Kuala Tripa, Banda Aceh. Mereka sepakat menghentikan aksi kekerasan hingga 20 Februari 2001. Dengan adanya pertemuan itu, perundingan Indonesia-GAM pasca Jeda Kemanusiaan memasuki babak baru. Dalam perundingan dua hari di Aceh, 11-12 Februari 2001, mereka sepakat menghentikan kekerasan, menjaga ketertiban umum dan bertindak ke atas pelaku jenayah378.
Namun, persekitaran politik dan keamanan tetap sama semasa Jeda Kemanusiaan, bahkan pada 30 Mac 2001, Tengku Kamal ahli TMMK wilayah Aceh Selatan ditembak mati bersama peguam dan pemandunya. Ahli politik di Jakarta yang merasa GAM tidak akan merubah permintaan kemerdekaannya terus mendesak agar perundingan dihentikan. Pada 5 Julai 2001, Ketua Juru
377 Ibid.
378 Kawilarang, 2010, op.cit. halaman 163-164.
Runding Indonesia membekukan jawatankuasa perundingan yang telah ditubuhkan. Berikutan dengan itu enam juru runding GAM di Banda Aceh ditangkap pihak polis379.
Pemerintahan Gus Dur terus mendapat tekanan oleh parlimen hingga akhirnya beliau terpaksa turun dari kerusi Presiden RI pada awal Ogos 2001.
Gus Dur digantikan oleh timbalannya, Megawati Soekarno Putri. Sejak itu, semangat untuk membina perdamaian di Aceh melalui jalur diplomasi semakin luntur380.
Pada masa Pemerintahan Megawati, HDC memang sempat berjaya memfasilitasi kesepakatan penamatan permusuhan (Cessation of Hostilities Agreement/CoHA) pada 9 Disember 2002 di Geneva, Switzerland. Kesepakatan tersebut ditandatangan oleh Ketua Utusan GAM, Dr. Zaini Abdullah dan juru runding Pemerintah Indonesia, Wiryono Sastrohandoyo381.
Berikutnya Kawilarang (2010) menghuraikan bahawa pertemuan yang saling mempercayai antara kedua pihak itu cukup lancar. Menkopolhukam Widodo AS (Menteri Undang-undang) memaparkan faktor-faktor utama yang perlu diperhatikan agar pelaksanaan kesepakatan penghentian permusuhan berjaya. Pertama, harus menghentikan operasi ketenteraan untuk menjayakan proses rundingan. Namun, ketika TNI/POLRI dan GAM melakukan operasi menghentikan tindakan ketenteraan, jika terdapat pihak ketiga yang mengganggu peace keeping dan demiliterisasi maka akan diambil tindakan tegas. Kedua, peranan Pemerintah Daerah Aceh dan unsur masyarakat Aceh, seperti LSM, industri, dan masyarakat agama adalah sangat penting. Ketiga, kepemimpinan di lapangan sangat penting dan jangan dibiarkan dalam keadaan tidak terkelola atau
379 Lukman, 2007, op.cit, halaman 102.
380 Kawilarang, 2010, ibid., halaman 168.
381 Ibid, halaman 165.
ada motivasi penyimpangan dan pencabulan kesepakatan kerana hal ini dapat menghancurkan proses jangka panjang yang susah payah dicapai. Keempat, jika ada perselisihan harus diselesaikan melalui mekanisme yang telah diatur baik dengan KKB (Komite Keamanan Bersama), tripartit (Indonesia, GAM, HDC, Filipina dan Thailand) dan melalui Joint Council (Dewan Bersama) sebagai elemen kesefahaman tertinggi382.
Keadaan di Aceh menjadi aman setelah GAM dan Pemerintah Indonesia menandatangani perjanjian penghentian permusuhan pada 9 Disember 2002 di Geneva. Harapan perdamaian muncul ketika kedua pihak bersepakat dan Indonesia memberikan autonomi khas dan pemilihan umum dengan balasan pejuang GAM meletak senjata. Namun, pemberontakan masih lagi berlangsung dan mengabaikan gencatan senjata. Justeru, dibentuk Komite Keamanan Bersama yang terdiri dari RI, GAM dan Henry Dunant Center (HDC) sebagai penengah. Komite ini terkenal dengan nama Joint Security Committee (JSC) diketuai oleh Jenderal Thanongsouk Tuvinum dari Thailand383.
Berikutnya Kawilarang (2010) menyatakan bahawa pertubuhan International Crisis Group (ICG) mengungkapkan perkembangan ekonomi dan politik di Aceh sama sekali tidak menguntungkan dan mengancam keamanan.
Oleh itu, pihak tentera telah meminta ditetapkan status quo kerana mereka bimbang Aceh akan bebas dari NKRI yang akan sangat merugikan kerana kekayaan sumber bumi Aceh384.
Berikutnya, berlangsung penambahan pasukan dari Jakarta yang dilakukan ketika perusahaan ExxonMobil Indonesia menamatkan pengeluarannya pada Mac 2001 kerana diancam oleh GAM. Dalam sebuah
382 Ibid, halaman 165-166.
383 Ibid, halaman 168.
384 Ibid., halaman 167.
pertempuran sengit di Aceh Utara antara GAM dengan Brimob, lebih dari 10 orang terbunuh, baik dari GAM dan Brimob385. Impaknya, TNI memusnahkan 200 rumah di kota itu yang menyebabkan 2,000 orang hilang tempat tinggal386.
Menurut Kawilarang (2010), pada 6 Mei 2002, kembali berlangsung demonstrasi permintaan cease fire (genjatan senjata) dan menghentikan aksi kekerasan yang berakhir dengan penangkapan semua peserta aksi HANTAM387. Mereka yang ditahan adalah MTA, 22, Taufik M. Ali, 20, Asmara Diah, 21, Askalani, Imam Juwaini, 23, Misdarul Ihsan, 20, Muksalmina, 21, Habibie, 20, dan Asqlani, 22. Sasaran aksi ini adalah untuk mendesak PBB menjadi mediator mengatasi konflik Aceh388.
Kesepakatan ini mengalami jalan buntu pada pertemuan Mei 2003 kerana kedua pihak saling berkeras. Bagi mencegah konflik, RI dan GAM melakukan pertemuan di Tokyo pada 17-18 Mei 2003, membahas bersama Joint Council.
Pada 17 Mei 2003, Joint Council Meeting mengalami kegagalan kerana kedua belah pihak tetap pada pendirian masing-masing. GAM tidak mahu menyerahkan senjata, dan TNI tidak mau menarik pasukan. Ternyata tidak ada pihak yang mahu mengalah dan GAM menolak menyerahkan senjata serta TNI menolak menarik pasukan389. Apatahlagi, sebelum perundingan dilaksanakan, pada 16 Mei 2003, para juru runding GAM ditangkap ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang Sultan Iskandar Muda untuk menghadiri Joint Council Meeting di Jepun. Juru runding ini, kemudian dilepas pada malam 17 Mei 2003 kerana adanya tekanan antarabangsa390.
385 Ibid., halaman 167 dalam The Jakarta Post, 27 Mei 2001. ‗Fresh bout of violence kills 10 in restive Aceh‘.
386 Ibid., halaman 167.
387 HANTAM adalah Himpunan Aktivis Anti Militer. Pertubuhan ini pada umumnya adalah aktivis mahasiswa IAIN Ar-Raniry. Lihat juga akhbar Waspada.com, 7 Mei 2002.
388 Kawilarang, 2010, Ibid., halaman 167. Lihat juga Waspada.com, 7 Mei 2002.
389 Ibid., halaman 168.
390 Temu bual dengan Rizal Usman, Banda Aceh, 5 Februari 2015.
Keadaan semakin keruh pada 18 Mei 2003 apabila Presiden Megawati membatalkan semua kesepakatan yang ditandatangani dengan GAM. Kemudian beliau mengeluarkan Keputusan Presiden Nombor 28 Tahun 2003 mengenai Keadaan Darurat Militer di Aceh. Berdasarkan Kawilarang (2010), Darurat Militer (DM) dicetuskan oleh Presiden Megawati Soekarnoputri pada 19 Mei 2003391.
Sepanjang waktu ini, aktivis OMS di Aceh tidak banyak melaksanakan aktiviti secara terbuka, sama ada berkenaan advokasi mahupun pendampingan masyarakat. Hal ini selari dengan pernyataan Faisal Hadi (Direktur Koalisi NGO HAM Aceh, jangka masa 2003-2009):
―Beberapa aktiviti pertubuhan OMS tidak boleh melaksanakan program berdasarkan visi dan misinya, termasuk agenda di masyarakat. Pelbagai agenda kembali dilaksanakan secara sembunyi kerana penguasa DM memandang sejumlah aktivis OMS mempunyai kaitan dengan GAM‖
(Temu bual, tarikh 27 Februari 2015).
Pernyataan DM ini sekaligus merupakan isyarat perang melawan pasukan GAM yang terus berlangsung di hutan pedalaman. Keadaan DM di Aceh terus berlangsung hingga Pilihanraya Umum (Pemilu) bulan April 2004.
Kebiasaanya negara manapun seharusnya Pemilu berlangsung secara demokrasi tetapi untuk Aceh, Pemilu 2004 adalah Pemilu yang paling unik kerana berlangsung dalam keadaan darurat. Pada Pemilu 2004 ini, Forum LSM Aceh
Kebiasaanya negara manapun seharusnya Pemilu berlangsung secara demokrasi tetapi untuk Aceh, Pemilu 2004 adalah Pemilu yang paling unik kerana berlangsung dalam keadaan darurat. Pada Pemilu 2004 ini, Forum LSM Aceh