2.3.6 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Tamadun Islam di IPG
2.3.6.8 Perbincangan Kumpulan / Soal Jawab / Dialog / Perdebatan
Noraini dan Shuki menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan kaedah ini dalam menyampaikan imu pengetahuan, kefahaman dan pendidikan. Perbincangan antara baginda dengan para sahabat telah berlaku dalam tawanan perang Badar. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, tujuan kaedah ini adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar mengenai sesuatu tajuk.
150 ‘Ajak Lenga’, “Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan”, dicapai 25 Julai 2014, http://personajohor.blogspot.com/2009/10/pengajaran-berasaskan-kajian-masa-depan.html.
151 Noraini dan Shuki, Pengajaran dan Pembelajaran, Teori dan Praktis, (Kuala Lumpur: Mc Graw Hill, 2009), 92.
Guru biasanya memulakan sesuatu perbincangan dengan mengemukakan tajuk perbincangan. Sebahagian besar daripada pelajar mengambil bahagian dalam perbincangan. Ia juga bertujuan menyelesaikan masalah yang mana para pelajar perlulah menyedari bahawa mereka sebenarnya bukan berada dalam satu sesi sumbang saran. Perbincangan memerlukan setiap pelajar memberi sumbangan, manakala pelajar-pelajar lain dalam kumpulannya bertindak balas terhadap idea yang dikemukakan. Ini bererti, sesuatu idea dinilai apabila dikemukakan dalam perbincangan.152
Aktiviti bersoal jawab terdapat dalam kaedah perbincangan. Maka kaedah soal jawab juga merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran pelajar. Namun strategi-strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakan guru. Kaedah menyoal boleh juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.
Menurut Ahmad Mohd Salleh yang memetik daripada Salihan Siais, kaedah menyoal dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Ini kerana ianya dapat menumpukan perhatian dan pemikiran terhadap apa yang sedang diingati. Ia juga dapat mengelakkan daripada memikirkan perkara lain yang tidak berkaitan. Kaedah soal jawab harus dilihat sebagai cara mengajar yang melibatkan kedua-dua pihak, guru dan pelajar, bertukar-tukar soalan dan jawapan, di mana guru menyoal pelajar untuk menilai tahap kefahaman pelajar. Selain itu juga untuk memerhatikan proses berfikir dan memberi jawapan, manakala pelajar pula menyoal guru untuk mendapatkan
penjelasan lanjut atau untuk mengetahui mengenai sesuatu maklumat berkaitan dengan isi pengajaran.153
Kaedah perbincangan juga melibatkan dialog antara dua orang atau lebih. Oleh itu, kaedah dialog merupakan kaedah yang amat popular pada masa kini. Sebenarnya kaedah ini telah pun ditonjolkan oleh al-Quran dan menjadi tradisi pembelajaran Islam yang biasa diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.154 Kaedah ini adalah kaedah yang berdasarkan perbincangan melalui soal jawab untuk mendapatkan fakta yang tidak meragukan, dikritik dan dibantah lagi.
Rasullulah SAW banyak menggunakan kaedah dialog dengan sahabat-sahabat baginda dan dengan musuh-musuh Islam dalam kalangan golongan Musyrikin dan ahli kitab. Rasulullah SAW menggunakan kaedah ini dalam banyak perkara abstrak sehingga para sahabat tidak sanggup menjawabnya. Secara umumnya kaedah ini berpusatkan pelajar dan guru bertindak sebagai pengantara. Melalui kaedah ini, guru berupaya mengesan tahap kefahaman pelajar mengenai sesuatu perkara, fakta, prinsip dan generalisasi.
Guru juga dapat mengenal pasti kelemahan pelajar apabila gagal memberi jawapan yang tepat bagi soalan yang dikemukakan. Para guru digalakkan untuk mempraktikkan kaedah interaksi dua hala ini kerana membawa kesan positif dalam menjana kefahaman yang lebih jelas dalam diri pelajar, berbanding dengan kaedah satu hala seperti kuliah.155
Kaedah perbincangan juga boleh dilakukan dalam bentuk perdebatan. Al-Qu’ran dengan jelas telah mengesahkan perdebatan antara Nabi Ibrahim dengan Raja
153 Ahmad Mohd Salleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. 198.
154
Abdullah Ishak, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), 70.
Namrud, mengenai kekuasaan mutlak pencipta alam. Kaedah ini secara positif dapat melatih seseorang dalam perdebatan kerana perdebatan yang sempurna amat bergantung pada kepetahan bercakap dan kecerdasan minda.Ia juga dapat mengeluarkan idea dan hujah yang konkrit dan lojik secara serta merta bagi mengalahkan lawan di samping membuktikan hakikat kebenaran. Kaedah ini sangat berkesan jika guru ingin penglibatan pelajar dengan isi pengajaran yang bersifat kompetitatif dan melatih pelajar agar mencari sendiri maklumat yang diperlukan mengenai sesuatu bidang yang sedang dipelajari. Pelajar kemudian dibiarkan memberi hujah mereka sendiri mengenai perkara tersebut. Ketika itu, guru hanya bertindak sebagai pemudah cara. Kaedah ini berupaya menampilkan pelajar yang berketerampilan, kreatif, berani mengemukakan idea dan inovatif. Selain berperanan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar juga dapat menilai diri sendiri dan mengenali pendirian masing-masing.156
2.3.6.9 Pembentangan
Menurut Shahabudeen Jalil, pembentangan menentukan siapa diri anda dan adakah mesej yang disampaikan boleh difahami oleh pendengar. Ianya juga menentukan kejayaan pembentang sama ada beliau berjaya atau tidak untuk mendapatkan kontrak, jualan, pinjaman, markah dan kelulusan yang diperlukan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam persediaan pembentangan. Perkara pertama pemilihan jenis huruf agar tulisan yang dipaparkan mudah dibaca oleh pendengar. Perkara kedua pula warna huruf dan latar belakang yang dipilih hendaklah warna yang tidak menyakitkan mata seperti huruf warna warna merah manakala latar belakang hitam. Contoh yang sesuai ialah huruf berwarna hitam manakala latar belakang berwarna putih. Perkara ketiga ialah power point yang dipaparkan hendaklah isi penting sahaja sama ada
dalam bentuk tulisan atau diagram atau peta minda bukan seluruh perenggan kerana penerangan yang terperinci dilakukan oleh pembentang. Perkara keempat ialah pembentang memberi penerangan berdasarkan power point yang disediakan.
Langkah yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang pembentang ialah membaca isi penting yang dicatatkan, memberi definisi terhadap isi penting tersebut, membuat huraian terhadap isi penting serta memberikan contoh ringkas terhadap isi penting tersebut. Perkara kelima pula pembentang hendaklah menggunakan kaedah bercerita agar pembentangan menarik minta para pendengar. Perkara keenam ialah pemilihan gambar, video dan diagram yang sesuai agar pembentangan mudah difahami dan menarik. Perkara ketujuh dalam pembentangan yang perlu diambil perhatian ialah pembentang hendaklah membuat persediaan awal sebelum pembentangan agar penyampaian menepati masa dan kesemua isi penting dapat disampaikan dalam masa yang ditetapkan. Perkara kelapan yang berkaitan dengan pembentang semasa melaksanakan pembentangan hendaklah berpakaian kemas dan sesuai, berdiri di sebelah kanan skrin, menggunakan penunjuk skrin untuk menunjuk isi penting yang terdapat pada skrin ketika memberi penerangan, bercakap dengan sistematik, memberi penerangan tanpa melihat skrin tetapi melihat pendengar dan akhiri pembentangan
dengan member penerangan.157