Leksis yang mampu untuk membentuk sesuatu konsep bermakna merupakan leksis tunggal bermaknadānyìcí 单义词 . Leksis ini boleh terdiri daripada ekasuku (satu suku kata) bermakna, dwisuku (dua suku kata) bermakna atau trisuku (tiga suku kata) bermakna (Ge, 2009). Contoh-contohnya boleh rujuk pada jadual 2.1. Makna leksis tunggal bermakna adalah nyata dan tidak mengelirukan kerana hanya memiliki satu makna sahaja. Kebanyakan leksis yang digunakan dalam bidang sains merupakan leksis tunggal bermakna. Leksis yang baharu atau yang direka cipta juga kebanyakannya terdiri daripada leksis tunggal bermakna.
Homonim duōyìcí 多义词merupakan leksis yang terdiri daripada leksis sebunyi, mempunyai pelbagai makna tetapi makna di antaranya saling berkaitan. Contohnya: cǎipái 彩 排 (raptai) bermakna (1) latihan drama, tarian dan sebagainya sebelum persembahan yang sebenar; (2) latihan perarakan peristiwa kebudayaan, atau perhimpunan secara besar-besaran sebelum pertunjukkan yang sebenar. Kedua-dua makna leksis cǎipái 彩排 merujuk kepada bidang yang berbeza tetapi berkaitan dengan latihan persembahan, (Ge, 2009).
Leksis yang baharu dihasilkan merupakan leksis tunggal bermakna. Apabila leksis berkenaan telah melalui proses perkembangan secara sinkronik, ia mungkin akan beralih daripada leksis tunggal bermakna kepada leksis homonim yang memiliki pelbagai makna yang saling berkaitan atau akan berubah menjadi morfem terikat yang
Perubahan Makna Leksis
Makna Peluasan Makna Metafora Makna Pinjaman
27
tidak bermakna. Sebagai contoh, leksis guān 观 bermakna (1) tengok; (2) pemandangan atau pandangan; (3) pengetahuan atau pandangan terhadap sesuatu perkara. Ketiga-tiga makna leksis guān 观 berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama yang lain. Peredaran masa menyebabkan guān 观 kini tidak lagi wujud sebagai leksis tunggal bermakna, (Ge, 2009).
Daya pemikiran pengguna bahasa semakin berleluasa dan kreatif. Ekoran aktiviti keperluan harian pengguna, mereka mempunyai pendedahan yang kerap dengan masyarakat setempat mahupun masyarakat luar menyebabkan makna asas sesuatu leksis mengalami perubahan makna demi keperluan sosial. Homonim bermakna boleh dihasilkan melalui beberapa cara, iaitu melalui makna yang diperluas yǐnshēn yì 引申义, makna metafora bǐyù yì 比喻义, dan makna pinjaman jièdài yì 借代义, (Ge, 2009).
Makna yang diperluas yǐnshēn yì 引申义 adalah makna baharu yang dihasilkan daripada makna asas dengan cara menghubung kait ciri-ciri leksis asas dengan leksis baharu. Contohnya: leksis lǎo 老 (tua) bermakna (1) usia tua; (2) wujud sejak dahulu; (3) sudah lama; (4) yang asal. Daripada 4 makna yang dinyatakan, makna yang pertama adalah makna asas, yang selebihnya merupakan makna yang diperluaskan. Lǎo 老 (usia tua) bermakna memerlukan masa yang lama untuk melalui proses berkenaan, lǎo 老 (usia tua) bermakna sudah wujud sejak dulu lagi, mengalami tempoh yang lama untuk mencapai peringkat uzur, lǎo 老 (usia tua) juga merupakan antonim bagi muda dan baru. Melalui proses hubung kait dan kesinambungan antara makna leksis, maka terhasillah beberapa makna yang diperluas daripada leksis asas, (Ge, 2009).
Cara membandingkan ciri-ciri yang seakan-akan sama di antara makna asas dengan pengibaratan makna telah menghasilkan makna yang digelar sebagai makna
28
metaforabǐyù yì 比喻义. Contohnya: yùnniàng 酝酿 (penapaian) bermakna (1) proses penapaian arak; (2) mengibaratkan membuat persediaan atau perancangan awal. Makna leksis yùnniàng 酝酿 yang kedua dikatakan sebagai makna metafora adalah disebabkan proses penapaian arak memerlukan persediaan awal untuk menghasilkan arak yang berkualiti. Makna asas yùnniàng 酝酿 dengan makna metaforanya mempunyai ciri-ciri persamaan, yang digunakan untuk menghasilkan makna leksis metafora.
Leksis pinjaman makna jièdài yì 借代义 adalah menonjolkan ciri utama makna asas sesuatu leksis, iaitu menggunakan sebahagian makna leksis untuk melambangkan makna keseluruhan. Leksis jenis ini mempunyai hubungan yang rapat antara makna A dengan makna B, untuk menghasilkan makna yang baharu. Contohnya, huā 花(bunga) bermakna (1) bahagian tumbuhan untuk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum; (2) tumbuhan yang boleh dinikmati kecantikannya. Makna yang pertama merupakan makna asas huā 花, makna yang kedua merupakan makna pinjaman kerana melalui makna asas, makna pinjaman telah menggunakan lambang sebahagian tumbuhan huā 花 (bunga) untuk menghasilkan keseluruhan makna iaitu tumbuhan cantik yang menyedapkan pandangan pancaindera.
Antara makna asal běnyì 本义, makna asas jīběn yì 基本义, makna yang diperluas yǐnshēn yì 引申义, makna metafora bǐyù yì 比喻义, dan makna pinjaman jièdài yì 借代义 yang dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji, penggolongan makna leksis Fu (2004) dan Ge (2009) merupakan panduan kajian untuk menjelaskan perubahan makna leksis BC dibanding dengan makna asas dalam kempen PRU Ke-13 Malaysia.
29
2.4 Kesimpulan
Bab ini telah membincangkan tinjauan kesusasteraan yang relevan dengan kajian ini. Huraian istilah leksis, kajian lampau leksis, pengkategorian leksis mengikut suku kata, pengklasifikasi leksis majmuk mengikut enam kategori utama telah ditunjukkan dengan jelas dalam bentuk jadual. Tidak ketinggalan juga rajah, huraian dan contoh peluasan makna, makna metafora, dan makna pinjaman diperjelaskan dengan teliti. Semua proses penghuraian dan pengkategorian leksis menurut Ge (2009) menjadi garis panduan utama dalam bab ini. Rangka kerja teori yang digunakan dalam kajian ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab seterusnya iaitu metodologi kajian ini.
30
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Reka Bentuk Kajian
Bogdan & Biklen dipetik dari Noraini Idris (2010:285) menyatakan reka bentuk penyelidikan kualitatif dalam penyelidikan berbeza mengikut disiplin, ideologi, dan pengaruh politik. Penyelidikan yang menggunakan pendekatan ini lazimnya berfokuskan persekitaran atau konteks tertentu. Bryman (2004:266) menegaskan penyelidikan kuantitatif biasanya menekankan kuantifikasi dalam pengumpulan dan analisis data. Johnson & Onwuegbuzie (2004:15), matlamat kaedah campuran strategi penyelidikan adalah percubaan untuk memaksimumkan kekuatan dan meminimumkan kelemahan kualitatif dan kuantitatif .
Kaedah gabungan metode kualitatif dan kuantitatif telah digunakan untuk memperoleh keputusan pengumpulan data dan cara analisis data dalam kajian ini. Menurut Argyrous (2000), penggunaan lebih dari satu pendapat atau penggunaan pelbagai kaedah dalam strategi pengumpulan data, seperti menggunakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif dalam kes-kes tertentu akan dapat menerangkan lebih nyata, kekayaan dan kerumitan kelakuan manusia.
31
Kerangka Konseptual Kajian