• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB II DINAMISME HUKUM ISLAM DI INDONESIA

3.2. Latar Belakang Lahirnya KHI

3.2.2. Proses Perumusan KHI

3.2.2.1. Pihak-pihak Yang Terlibat

Secara terperinci, susunan jawatankuasa pelaksana projek yang ditunjuk melalui SKB iaitu sebagai Pimpinan Umum adalah Prof. Dr. H. Bustanul Arifin, SH. (Ketua Muda Urusan Lingkungan Peradilan Agama Mahkamah Agung) dengan dibantu oleh dua Wakil Pimpinan Umum iaitu HR. Djoko Sugianto, SH (Ketua Muda Urusan Lingkungan Peradilan Umum Bidang Hukum Perdata Tidak Tertulis Mahkamah Agung) dan H. Zaini Dahlan, MA (Direktur Jeneral Pembinaan Kelembagaan Agama Islam Departemen Agama).

Sedangkan sebagai Pimpinan Pelaksana Projek adalah H. Masrani Basran, SH (Hakim Agung Mahkamah Agung) dengan satu wakil pimpinan pelaksana iaitu H. Muchtar Zarkasih, SH (Direktur Pembinaan Badan Peradilan Agama Islam Departemen Agama). Sebagai sekretaris adalah Ny. Lies Sugondo, SH (Direktur Direktorat Hukum dan Peradilan Mahkamah Agung) dengan dibantu satu wakil sekretaris Drs. Marfuddin Kosasih, SH. Sebagai Bendahara adalah Alex Marbun dari Mahkamah Agung dan Drs. Kadi dari Departemen Agama.

Di samping pelaksana harian, ada pula pelaksana bidang yang meliputi : a. Pelaksana Bidang Kitab / Yurisprudensi:

1. Prof. H. Ibrahim Hosein LML (Majelis Ulama Indonesia) 2. Prof. H. MD. Kholid, SH (Hakim Agung Mahkamah Agung) 3. Wasit Aulawi MA (Pejabat Departemen Agama)

b. Pelaksana Bidang Temu bual:

1. M. Yahya Harahap, SH (Hakim Agung Mahkamah Agung) 2. Abdul Gani Abdullah, SH (Pejabat Departemen Agama) c. Pelaksana Bidang Pengumpulan dan Pengolahan Data:

2. Drs. Muhaimin Nur, SH (Pejabat Departemen Agama)167

Dari pada susunan di atas, dapat dilihat bahawa kedua-dua pihak Mahkamah Agung dan Departemen Agama sebagai perwakilan dari pada Pemerintah Indonesia dan sekali gus sebagai pengasas dan pencetus pembentukan KHI, mempunyai peranan yang sangat penting, di mana kedua-duanya merupakan jawatankuasa inti dalam pembentukan KHI, sehingga mereka dapat dikatakan sebagai penentu kebijaksanaan (decision maker). Sedangkan pihak-pihak yang lain yang juga terlibat dalam pembentukan KHI berkenaan bersifat menunjang, membantu dan melengkapi sahaja. Beberapa kelompok lain, selain pihak dari beberapa pejabat negara, yang terlibat pula dalam pembentukan KHI iaitu :

1. Ulama Indonesia: selain satu orang yang menduduki satu jabatan dalam susunan jawatankuasa pelaksana harian mewakili MUI, iaitu dalam bidang Kitab atau Yurisprudensi, beberapa ulama yang lain juga banyak yang diikutkan dalam pembuatan KHI, iaitu sebagai responden dan peserta dalam seminar dan lokakarya “Pembangunan Hukum Islam Melalui Yurisprudensi”. Dalam hal ini temu bual terhadap ulama berkenaan dilaksanakan oleh anggota jawatankuasa Pelaksana Projek dengan dibantu oleh perwakilan dari pada Pengadilan Tinggi Agama PTA setempat, dan tercatat dilaksanakan di 10 lingkungan PTA dengan mengikutkan seramai 185 ulama yang secara terperincinya adalah sebagai berikut :168

1. Wilayah Banda Aceh seramai 20 ulama 2. Wilayah Medan seramai 19 ulama 3. Wilayah Padang seramai 20 ulama 4. Wilayah Palembang seramai 20 ulama

167

Susunan Pelaksana Projek tersebut tertulis dalam SKB tersebut.

168

5. Wilayah Bandung seramai 16 ulama 6. Wilayah Surakarta seramai 18 ulama 7. Wilayah Surabaya seramai 18 ulama 8. Wilayah Banjarmasin seramai 15 ulama 9. Wilayah Mataram seramai 20 ulama

Sedangkan dalam acara lokakarya, selain sebagai peserta, beberapa ulama diikutsertakan dalam jawatankuasa perumus komisi, iaitu :169

1. KH. Ali Yafie, KH Halim Muhammad dan KH. Nahji Ahyad, dalam komisi A tentang Hukum Perkahwinan

2. KH. Azhar Basyir, dalam komisi B tentang Hukum Kewarisan 3. KH. Ibrahim Husein dan KH. Aziz Masyhuri, dalam komisi C

tentang Hukum Wakaf

2. Intelektual atau Cendekiawan Muslim: kelompok ini sebenarnya dapat dikategorikan sebagai ulama, akan tetapi berbeza dengan ulama yang lebih cenderung bergerak secara sosial budaya, mana ada dalam kehidupan masyarakat mahupun dalam pendidikan, kelompok ini lebih kepada para pakar hukum Islam melalui jalan pendidikan yang formal, dan dalam kebiasaannya mereka menjadi Pensyarah di berbagai-bagai Perguruan Tinggi Islam.

Beberapa pihak Intelektual ataupun cendekiawan Muslim, dalam penyusunan KHI, lebih banyak berperan sebagai penyelidik dan juga sebagai peserta dalam acara lokakarya Pembangunan Hukum Islam melalui yurisprudensi. Penyelidikan ini dilakukan di 10 IAIN (Institut Agama Islam Negeri) di seluruh Indonesia dengan melakukan penyelidikan terhadap 38

169

Kitab Klasik dan dengan 160 perincian masalah pokok hukum Islam dalam bidang hukum keluarga. Secara terperincinya, pembahagian penyelidikan dan berbagai-bagai kitab yang diselidik iaitu :170

1. IAIN Arraniri Banda Aceh, menyelidik 6 kitab iaitu,

al-Ba>ju>ri>,

Fath} al-Mu’i>n, Syarqa>wi> ‘ala> al-Tah}ri>r, Mughni> al-Muh}ta>j,

Niha>yah al-Muhta>j

dan kitab

al-Syarqa>wi>

2. IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta menyelidik 6 kitab iaitu,

I’a>nah

al-T{a>libi>n, Tuh}fah, Targhi>b al-Musyta>q, Bulghah al-Sa>lik,

Syamsuri> fi> al-Fara>’id,

dan kitab

al-Mudawwanah

3. IAIN Antasari Banjarmasin menyelidik 6 kitab iaitu,

al-Qulyu>bi>/Mah}alli>, Fath} al-Wahha>b

berserta

Syarah}

nya

, al-Umm,

Bughiyah al-Mustarsyidi>n, Bida>yah al-Mujtahid

dan kitab

‘Aqidah

wa al-Syari>’ah

4444.... IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta menyelidik 5 kitab iaitu,

Muh}alla>, Waji>z, Fath} Qa>dir, Fiqh ‘ala> Madha>hib

al-Arba’ah

dan kitab

Fiqh as-Sunnah

5. IAIN Sunan Ampel Surabaya menyelidik 5 kitab iaitu,

Kasyf

al-Qina>’, Majmu>’ah Fata>wa> Ibn Taymiyyah, Qawa>ni>n as-Syar’iyyah

li al-Sayyid ‘Uthma>n bin Yahya>, al-Mughni>,

dan kitab

al-Hida>yah

Syarh} al-Bida>yah al-Taymiyyah al-Mubtadi>

6. IAIN Imam Bonjol Padang menyelidik 5 kitab iaitu,

Bada>’i

al-Sana>’i, Tabyi>n al-Haqa>’iq, al-Fata>wa> al-Hindiyyah, Fath} al-Qa>dir

dan kitab

Niha>yah

170

Selain hal berkenaan di atas, di samping para intelektual ataupun cendekiawan Muslim berkenaan menjadi peserta dalam lokakarya Pembangunan Hukum Islam melalui yurisprudensi, salah satu dari pada mereka iaitu H. Rahmat Djatmika ikut dalam jawatankuasa perumus pada komisi C yang membidangi hukum wakaf.171

Rajah III

Susunan Personil Dalam Struktur Organisasi Jawatankuasa Pelaksana Projek Pembuatan KHI

171

Lihat susunan tim Perumus dalam Abdurrahman (2004), op.cit., h. 47-48 Pimpinan Umum

Prof. Dr. H. Bustanul Arifin, SH

Wakil Pimpinan Umum I HR. Djoko Sugianto, SH Wakil Pimpinan Umum II

H. Zaini Dahlan, MA

Pimpinan Pelaksana H. Masrani Basran

Sekretaris Ny. Lies Sugondo, SH

Bendahari I Alex Marbun Bendahari II Drs. Kadi Wakil Pimpinan Pelaksana H. Muchtar Zarkasih, SH Wakil Sekretaris Drs. Marfuddin Kosasih, SH Pelaksana Bidang Kitab / Yurisprudensi Prof. H. Ibrahim Hosein LML Prof. H. MD. Kholid, SH Wasit Aulawi MA Pelaksana Bidang Temu bual Abdul Gani Abdullah, SH M. Yahya Harahap, SH Pelaksana Bidang Pengumpulan dan Pengolahan Data Drs. Muhaimin Nur, SH H. Amiroeddin Noer, SH