METODOLOGI KAJIAN
19. Bapa Murid-Murid LINUS SK D
3.6 Prosedur Penganalisisan Data
Terdapat dua peringkat analisis data dilakukan pengkaji iaitu analisis semasa pengumpulan data dan analisis selepas data dikumpulkan.
Analisis data pada peringkat pertama itu dilakukan serentak dan berterusan semasa dan di luar lapangan. Hal ini bermakna pengkaji membuat analisis semasa kaedah temubual dan pemerhatian dijalankan. Contohnya semasa pemerhatian ada perkara tersirat yang memerlukan penjelasan daripada peserta kajian, pengkaji akan bertanya menerusi temubual dan begitu juga sebaliknya. Pengkaji juga berusaha mendapatkan dokumen yang berkaitan bagi tujuan triangulasi. Data-data yang terkumpul di lapangan disusun dalam bentuk catatan lapangan. Rakaman temubual menggunakan MP3 perlu melalui peringkat pembersihan data, memahami data dan menganalisis data untuk pembentukan kod dan kategori.
Pembersihan Data
Pengkaji melakukan proses transkripsi sendiri atas data yang dikumpul menerusi kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hal ini membolehkan pengkaji feel the data atau membiasakan diri dengan data yang dikumpul. Proses ini dijalankan sebaik sahaja pengkaji menjalankan pemerhatian, temu bual atau menganalisis dokumen berkaitan. Tindakan segera ini membolehkan pengkaji memberi nilai
130 tambah kepada data secara menambah andai ada perkara-perkara yang tidak sempat dicatat semasa proses pengumpulan data.
Bagi memudahkan transkripsi rakaman temu bual, pengkaji menggunakan Digital Voice Editor di mana perisian ini memudahkan transkripsi (Rujuk Lampiran E).
Dalam kajian ini sebanyak 42 transkripsi dilakukan. Bilangan ini merupakan transkripsi yang dibuat hasil daripada pengumpulan data menerusi temu bual, dan pemerhatian. Transkripsi yang lengkap dengan butir-butir seperti nama sekolah, nama peserta kajian dan tarikh diberikan kod dan indeks bagi membezakan data pemerhatian, data temubual dan data daripada dokumen serta memudahkan proses mendapatkan semula data asal dan membuat rujukan silang maklumat ketika menulis dan membuat laporan.
Analisis Data Pelaksanaan Program LINUS
Ada enam langkah dalam analisis dan interpretasi data kualitatif kajian pelaksanaan Program LINUS ini iaitu:
i. Menyediakan dan mengorganisasi data- temu bual, transkripkan temu bual.
ii. Mengeksplor dan koding data- membaca transkrip, menulis nota mewakili first impression pengkaji tentang data, ulang baca transkrip, bina pertanyaan dalaman diri - apakah penyataan responden dalam temu bual membantu pengkaji menjawab soalan kajian. Menggunakan kod untuk membangun gambaran umum tentang data, huraian dan tema.
iii. Membentuk tema dan menghuraikan dapatan - daripada koding awal, bina tema, buat rumusan tema dalam jadual, nyatakan bagaimana tema refleks atau berbeza daripada pengalaman pengkaji lain dalam sorotan kajian.
131 iv. Mempersembah dan melapor dapatan- melalui laporan naratif dan visual.
v. Menginterpretasi makna dapatan - secara merefleks atas impak dapatan daripada sorotan lalu.
vi. Mengesah ketepatan dapatan- gunakan pelbagai strategi.
Pengekodan
Pengekodan membawa makna proses melabel, memberi kod tertentu kepada unit data. Dalam kajian ini, mula-mula pengkaji membuat transkripsi rakaman temubual secara verbatim. Setelah transkripsi temu bual disiapkan, pengkaji berjumpa dengan semua peserta kajian untuk mendapatkan persetujuan mereka terhadap kandungan transkripsi tersebut.
Apabila semua transkripsi temu bual telah disahkan oleh semua peserta kajian, pengkaji mulai mengekodnya dengan tema-tema tertentu dan membuat analisis berdasarkan ‖chunks‖ yang diperoleh. Pengkaji menggunakan hasil dapatan catatan pemerhatian, catatan bagi analisis dokumen bagi tujuan mengukuhkan dapatan kajian.
Tujuan pengkodan ialah untuk memudahkan pengkaji menganalisis dan melakukan ‖audit trail‖ sekiranya perlu. Dalam kajian ini, nama dan latar belakang peserta kajian tidak didedahkan untuk menjaga kredibiliti dan organisasi yang diwakilinya.
Contoh pengkodan temubual ialah seperti yang berikut:
132 Rajah 3.2 Contoh Pengkodan Data Kajian Kualitatif
Pengkodan juga dilakukan bagi pemerhatian pembelajaran guru literasi di kelas dan semakan dokumen fail LINUS. Selepas pengkodan dilakukan kepada data kualitatif, tema-tema dibentuk bagi memudahkan pengkaji membuat triangulasi antara temubual, pemerhatian dan analisis dokumen.
Data yang dianalisis digunakan untuk mencapai objektif dan menjawab soalan kajian ini. Data kualitatif seperti temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen digunakan. Rasional pemilihan temu bual separa berstruktur adalah untuk memastikan proses tersebut berjalan lancar dan tidak kaku.
Analisis ini dapat menerangkan pelaksanaan Program LINUS berdasarkan Teori Masalah Pembelajaran, Model Analisis Dunn dan ciri-ciri yang terdapat dalam model pelaksanaan program Van Meter & Van Horn. Tumpuan kajian ini berdasarkan ciri-ciri dalam model tersebut. Dapatan dirumuskan berdasarkan ciri dalam model ini iaitu standard dan objektif program, sumber, ciri-ciri organisasi pelaksana, komunikasi antara organisasi, sikap pelaksana, situasi sosial, ekonomi, politik dan pelanggan iaitu murid-murid LINUS.
Sikap guru literasi
Kajian ini mengenal pasti sikap guru-guru literasi terhadap program ini. Hal ini penting untuk menggambarkan reaksi mereka terhadap reformasi KPM. Menurut
GURUBESAR
133 Model Van Meter & Van Horn (1994), sikap penerimaan dan penolakan guru-guru sangat mempengaruhi kejayaan pelaksanaan program. Pengkaji mengkaji bilangan guru yang menerima dan menolak perubahan ini.
Menerusi pemerhatian dan temu bual kepada pentadbir, pengkaji menyelami sikap dan pandangan pelaksana terhadap Program LINUS dari sudut pengetahuan dan pemahaman, respons dan intensiti.
Kajian ini turut menganalisis masalah dalam pelaksanaan Program LINUS. Pengkaji menemu bual pelaksana, memerhati P&P mereka seterusnya menganalisis dokumen seperti buku rancangan pengajaran harian mereka. Hasil temu bual ditranskripsi untuk melihat kategori yang muncul.
Antara persoalan yang diberi tumpuan ialah pengajaran guru iaitu tahap keyakinan guru-guru mengajar LINUS berdasarkan sukatan yang dirancang, jangka masa, pembahagian murid-murid, peralatan- kelengkapan Kelas LINUS dan peralatan di sekolah- dalam P&P LINUS, kelengkapan kelas dan peralatan penting kerana guru perlu menempatkan murid-murid di kelas yang terpisah daripada murid-murid aliran perdana, tempat, pentadbiran- guru tiada pembantu dan kewangan, Pelaksanaan Jadual Waktu, Sokongan Guru Besar, kemahiran guru mengajar topik yang ada dalam sukatan LINUS dan pengetahuan guru tentang topik yang ada dalam sukatan LINUS. Strategi P&P LINUS- Bagaimanakah guru menggunakan strategi P&P dengan cara yang betul? Bagaimanakah cara guru menjalankan ujian saringan LINUS? Bagaimanakah objektif LINUS tercapai? Apabila objektif pendidikan jelas, perlu dibina alat penilaian yang sesuai untuk menentukan pengalaman pembelajaran yang bernilai dalam meningkatkan perkembangan objektif dan yang mana tidak bernilai langsung (Bloom, 1992). Pentadbir di sekolah memainkan peranan penting meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Program LINUS.
134 Pelaksanaan Program LINUS memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah tersebut. Sokongan padu ini dapat meningkatkan peratusan perubahan yang positif di sekolah. Menurut kajian lalu, langkah-langkah seperti persediaan, analisis kerja dan kesihatan pekerja, pemilihan langkah penyelesaian, pelaksanaan dan penilaian terbukti memberi kesan dalam melaksanakan program.
Oleh itu, pengkaji turut melihat bagaimanakah pelaksanaan Program LINUS dapat meningkatkan kepuasan kerja dan mengurangkan stres guru kerana mereka terlibat dengan pihak pentadbir dalam menjayakannya.
Selain itu, majikan yang memenuhi keperluan pekerja, memberi layanan secara adil, melaksanakan disiplin dan hukuman secara efektif, menyatakan matlamat bagi setiap tugas yang dijalankan dan memberi penghargaan berdasarkan prestasi kerja dapat meningkatkan semangat pekerja (Shaliza, 2007). Shaliza mengatakan bahawa produktiviti dan mutu kualiti kerja pekerja mempunyai hubungan dengan keadaan persekitaran bekerja. Oleh itu berasaskan dapatan kajian ini, pengkaji mendapati ada keperluan agar isu persekitaran bekerja pentadbir dan guru-guru LINUS di sekolah dikaji untuk melihat bagaimanakah faktor ini mempengaruhi prestasi LINUS di sekolah tersebut.
Bagaimanakah pelaksanaan Program LINUS? Bagaimanakah Program LINUS mampu melahirkan murid-murid yang kompetens dan memenuhi hasrat FPK? Bagaimanakah Program LINUS mampu memastikan semua murid-murid Tahun 3 pada tahun 2012 menguasai literasi? Disebabkan pelaksanaan Program LINUS melibatkan pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM cabaran utama dalam pelaksanaannya adalah komitmen semua.
135 Ketidakmampuan pihak sekolah memberikan komitmen terbaik dan kegagalan pihak PPD, JPN dan KPM mewujudkan situasi selesa dalam kerjasama hubungan dua hala dengan pihak sekolah merupakan permasalahan utama yang berlaku dalam pelaksanaan Program LINUS. Komitmen pihak sekolah dan situasi selesa merupakan faktor penting bagi kejayaan pelaksanaan Program LINUS. Permasalahan ini dikaji dalam pelaksanaan Program LINUS di sekolah terpilih kerana keputusan LINUS di sekolah ini tidak memberangsangkan.
Penghasilan Kategori
Untuk menghasilkan kategori, pengkaji membandingkan data antara 19 orang peserta kajian dari keempat-empat kes kajian secara manual. Data yang terkumpul dilabelkan dengan satu kategori. Hal ini dilakukan secara membanding beza pola tema dan sub tema yang muncul daripada data dengan berpandukan kerangka konsep kajian ini. Nama kategori yang diperoleh adalah daripada sorotan kajian dan ada juga kategori yang muncul daripada peserta kajian sendiri.
Pelabelan pada kategori juga disesuaikan agar relevan dan selari dengan kerangka konsep yang digunakan. Hal ini demikian kerana pelabelan kategori haruslah menggambarkan tujuan kajian, mewakili keseluruhan data, saling melengkapi, mendapat tarikan dan konsepsi yang kongruen (Merriam, 2002).
Dalam kajian ini ratusan sub kategoritelah dikelompokkan kepada pengekodan peringkat pertama dan pengekodan peringkat kedua dan akhirnya pengekodan pilihan yang bersesuaian dengan soalan kajian. Secara manual agar pengkaji lebih dekat dengan data dan dapat merasai data dengan lebih dekat, pengkaji menjalankan coding dalam mendapat dan membezakan pola yang terdapat pada setiap peserta kajian untuk mendapatkan tema seterusnya menjawab soalan kajian.
136 Kaedah Pelaksanaan Program LINUS
Kajian Pelaksanaan Program LINUS di sekolah dibuat berasaskan Model Analisis Dasar Dunn dan Model Pelaksanaan Program Van Meter dan Van Horn. Menerusi temu bual dengan pelaksana, pengkaji menjawab soalan kajian tentang pelaksanaan Program LINUS mengikut Model Dunn iaitu sama ada masalah yang menyebabkan murid-murid tidak menguasai literasi dan numerasi dikenal pasti dan diatasi. Apakah masalah itu benar wujud dan diatasi.
Pengkaji turut menganalisis bagaimana kaedah Program LINUS dilaksana berasaskan tujuh ciri dalam Model Van Meter dan Van Horn iaitu pertama, sama ada terdapat standard dan objektif yang ditetapkan dalam pelaksanaan Program LINUS, apakah standard dan objektif tersebut, apakah pihak pelaksana jelas tentang standard dan objektif itu dan bagaimana tanggapan pelaksana tentang standard dan objektif ini. Kedua, sama ada sumber manusia, kewangan, teknologi, kemahiran dan masa telah dimanfaatkan dengan baik dalam pelaksanaan Program LINUS.
Apakah faktor-faktor yang dapat diubah agar diperoleh hasil yang lebih baik untuk memberikan perubahan pelaksanaan atau program baharu? Apabila sumber kewangan cukup, pelaksana faham peranan yang perlu dimainkan, pelaksanaan program masih gagal apabila struktur birokrasi yang ada menghalang koordinasi dalam melaksanakan program.
Program yang kompleks memerlukan kerjasama ramai. Perubahan yang dilakukan mempengaruhi individu dan sistem dalam birokrasi.Sebaik sahaja kerajaan memberi pengesahan untuk pelaksanaan Program LINUS, tanggungjawab ini dipikul oleh KPM, JPN, PPD dan sekolah. Secara teorinya, organisasi yang
137 bertanggungjawab diberi sumber, otoriti yang diperlukan untuk memastikan Program dilaksanakan seperti dihasratkan namun pada realitinya tidak seindah yang disangka.
Program LINUS dilaksanakan untuk membawa perubahan kemahiran murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 pada tahun 2010 hingga 2012, agar menguasai literasi. Ketetapan program perlu diguna pakai, masalah yang mendasari isu ini perlu diatasi, jika tidak literasi dan numerasi tidak akan dikuasai. Oleh itu kajian ini dilaksanakan untuk melihat kaedah pelaksanaan Program LINUS di sekolah benar-benar mengatasi isu yang menyebabkan murid-murid tidak menguasai literasi. Jika tidak tercapai, apakah sebabnya dan bagaimanakah sesuatu tindakan yang perlu dilakukan segera. 3.7 Konsiderasi Etika
Antara etika yang dititik beratkan pengkaji ialah sifat keterbukaan, mendapatkan persetujuan, mengawal bias, dan kerahsiaan. Pengkaji perlu menghormati peserta kajian, tidak meletakkan mereka dalam risiko fizikal, psikologi, sosial, ekonomi atau perundangan, jujur, ikhlas, mementingkan kebenaran semasa mengumpul, menganalisis dan menulis laporan kajian.
Kajian kualitatif ini melibatkan pengumpulan data melalui temu bual, pemerhatian, dianalisis, diinterpretasi untuk mendapatkan makna yang terselindung dan dilaporkan dalam bentuk yang menarik. Untuk mendapatkan kerjasama peserta kajian, pengkaji berunding menentukan setakat mana data yang mereka berikan boleh digunakan dalam laporan kajian.
Konsiderasi etika penting dalam kajian kualitatif kerana melibatkan jangka masa yang lama (Noraini, 2004). Semasa pengumpulan data, pengkaji hadir ke sekolah, memperkenal diri dan menyatakan tujuan dijalankan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap mereka. Pengkaji perlu mendapatkan persetujuan berpengetahuan atau informed consent daripada peserta kajian (Rujuk Lampiran I).
138 Persetujuan berpengetahuan merupakan persetujuan yang diberikan oleh peserta kajian kepada pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap mereka.
Setelah peserta kajian menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama, pengkaji memaklumkan bahawa hal-hal seperti nama dan nama sekolah sebenar peserta kajian akan dirahsiakan. Untuk tujuan laporan penulisan tesis, pengkaji menggunakan nama samaran.
Signifikan kajian kepada individu, pentadbir, perancang kurikulum dan organisasi yang berkaitan turut dimaklumkan kepada peserta kajian. Pengkaji meyakinkan mereka bahawa data tidak akan disebarkan untuk tontonan atau diperdengar kepada umum tanpa kebenaran mereka.