Sebelum saya memberikan refleksi izinkan saya menyatakan terlebih dahulu bila rakaman sesi
pertama dibuat dan sesi kedua. Ketika sesi pertama dibuat adalah pada 19 April 2013 dan sesi
kedua adalah pada 21 Mei 2013. Tarikh pelaksanaan sesi ini amat penting kerana setiap
perbezaan tarikh ini membezakan proses pengetahuan yang saya berkenaan teori. Maksudnya,
pada sesi pertama saya melaksanakan sesi tanpa kefahaman yang jelas mengenai teori kerana Dr.
Jazimin hanya mengajar CTRT pada 28 Mac 2013 hanya untuk mengenal teori dan belum aplikasi. Oleh itu, setelah hampir 10 kali melihat sesi pertama dan berulang-ulang khususnya
ketika membuat tugasan ini baru saya sedar tidak banyak unsur CTRT yang saya masukkan
melainkan Doing and direction (D), khususnya perasaan klien.
Pada masa tersebut, saya merasakan sesi pertama perlu fokus pada Needs (W) dan Doing
klien (D) sahaja kerana terlalu bimbang dengan kelemahan kaunselor CTRT yang dinyatakan Dr.
Jazimin iaitu terlalu ingin cepat hingga silap mencari klien sebenar. Namun, setelah berbincang
dengan Cik Faizura, dan Dr. Jazimin sendiri telah menonton rakaman dan memberikan komen
terhadap sesi saya, terdapat satu teguran yang sama iaitu “kurang fokus pada klien”. Pada
mulanya saya kurang faham apa yang tidak berfokus? Bagaimana untuk fokus? Kini baru saya
sedar, untuk fokus pada klien ialah dengan menggunakan jantung CTRT iaitu evaluation (E).
Jika dilihat kembali sesi yang pertama, seolah-olah menyerupai PCC kerana saya melayan sahaja
cerita klien. Walau bagaimanapun, layanan saya juga banyak meneroka (D) iaitu total behaviors
A-T-F-P khususnya pada bahagian perasaan klien seperti rasa terkilan, marah dan tidak berpuas
hati. Seharusnya, untuk lebih cantik Dr. Jazimin mengatakan perlu evaluation pada bahagian
tertentu. Contohnya :
Apa perasaan anda ketika itu?
Adakah awak rasa dia patut faham perasaan awak?
Inilah yang dikatakan evaluation dan barulah saya faham setelah Dr. Jazimin berkata demikian. Maka, balik daripada kelas tersebut saya telah membuka kembali Modul kaunseling
kelompok CTRT untuk melihat apa yang dimaksudkan evaluation. Sebenarnya ada 20 jenis
23
Ahmad Jazimin (2012). Bermula di sinilah saya mula mengenal cara mengendalikan kaunseling
berdasarkan CTRT yang sebenar.
Walau bagaimanapun, sesi pertama saya bukanlah sia-sia kerana banyak yang saya pelajari. Bermula dengan penstrukturan, saya dapat membina dengan baik namun saya rasa
kesilapan utama saya ialah terlupa menyatakan sesi selama 45 minit. Namun, Cik Faizura
memaklumkan tidak semua perlu dibuat pada awal sesi. Sekiranya teringat saya boleh menambah pada mana-mana bahagian sesi. Ini merupakan idea baru buat saya dan saya rasa ini
adalah fleksibiliti yang perlu dimiliki kaunselor berkemahiran tinggi. Kemudian, beberapa
masalah teknikal seperti tidak perlu nampak muka klien dan borang sesi sepatutnya diserahkan
semasa pra-sesi merupakan antara aspek yang perlu saya baiki.
Dalam sesi pertama ini juga ada beberapa kekuatan yang masih boleh saya banggakan sebagai semangat untuk memperbaiki kelemahan saya. Ketika tayangan dalam kelas pada 16 Mei
2013, Dr Jazimin memberikan respons positif pada saya khususnya kemahiran asas yang saya
tonjolkan dalam sesi. 1. Kemahiran parafrasa Klien :
Ada sahaja alasan dia nak pergi ke sana lah ke sinilah tapi dia tidak pernah minta maaf. Lepas tu
macam tak tahulah malah kadang-kadang dia ni macam mengejek macam dia cakap, tengoklah
kau nanti tahulah kau nak uruskan tugas ini macam mana susahnya nanti. Dia orang bukan nak
bagi sokongan malah dia orang tak bagi sokongan langsung macam mengejek pula, macam saya
tak tahu nak buat tugas. Parafrasa:
Maksudnya, Ziq rasa terkilan ada rakan yang mula mempersoalkan kemampuan Ziq? 2. Kemahiran Minta penjelasan
Ok, secara umumnya cikgu nampak dua perkara di sini, Ziq kata Ziq tidak berpuas hati dengan
rakan-rakan lain yang tak datang, yang keduanya Ziq rasa agak kecewa dan terkilan juga
kerana rakan Ziq mengejek kerana dia rasa dia yang sepatutnya memegang pengarah program
itu. Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan Ziq rasa tidak berpuas hati
dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain ataupun dia sebenarnya punca?
Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui kemahiran ini ketika ditanya oleh Dr. Jazimin.
Saya hanya melakukan secara tidak sengaja dan barulah saya sedar ini adalah kemahiran
meminta penjelasan. 3. Rumusan Kecil
Maksudnya, kalau kita tengok balik masalah yang pertama Ziq ada masalah dengan rakan
pertama yang mengejek Ziq. Kedua, rakan ada rakan Ziq yang buat tak tahu, suruh pinjam
board tapi tak pinjam. Ketiga, ada rakan suruh pergi meeting dia tak datang juga. Keempat,
sewaktu program tu ramai rakan-rakan din yang tak datang.
Beberapa contoh dalam kemahiran asas ini merupakan yang dinilai oleh Dr. Jazimin sendiri dan
saya telah merekodkannya dari awal untuk saya terjemahkan dalam refleksi ini kerana saya rasa
ia akan menjadi kelebihan berbanding rakan-rakan tidak mahu menunjukkan sesi mereka.
Beberapa komen dari Dr. Jazimin dan Cik Faizura telah saya cuba perbaiki ketika sesi yang
kedua khususnya fokus pada klien dan meminta klien evaluation dan planning. Dalam sesi yang kedua, saya telah cuba memperbaiki kelemahan utama iaitu dengan memasukkan unsur (E) dan (P). Sebelum ini saya telah meneroka dengan mendalam dan saya
pasti Wants klien adalah Power atau penghargaan diri. Bagi memastikan kehendak klien saya
telah mengemukakan soalan Wants iaitu :
Pada awal program ini, apa kehendak Ziq yang sebenar?
Jawapan klien mengesahkan keinginan penghargaan dari rakan-rakan membolehkan saya meneruskan proses (E) dan (P). Memandangkan (D) iaitu total behaviors telah banyak saya
teroka dalam sesi pertama, saya mula memasukkan seberapa banyak evaluation dalam sesi kedua
melalui beberapa soalan. Misalnya :
Ziq rasa Ziq memainkan peranan sebagai ketua? [8:35]
Adakah disebabkan Ziq kurang pengalaman, Ziq kurang bersedia dengan pelan-pelan tambahan? [11:56]
25
Sepanjang program ini, Ziq rasa apa kelemahan Ziq sebagai pengarah program? [13:00]
Ada Ziq muhasabah diri? [15:00]
Kemudian, saya cuba memasukkan Planning melalui soalan :
Jika pada masa hadapan din dipilih menjadi pengarah program lagi, apa yang Ziq akan buat? [10:44]
Secara keseluruhannya, saya rasakan sesi kedua ini adalah lebih baik berbanding sesi yang
pertama dan ia turut diakui oleh Cik Faizura ketika berjumpa dengannya. Saya juga telah
mengubah dari sudut intonasi suara yang dikatakan oleh Cik Faizura ala Isim Debat. Intonasi
suara mungkin agak kasar sedikit kerana saya sudah terbiasa dengan persekitaran dan mungkin
benar kata Dr. Jazimin ia personaliti kaunselor. Walau bagaimanapun saya akan cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dan terbukti saya berjaya pada sesi yang kedua. Kesimpulannya, saya telah faham apa bagaimana untuk melaksanakan sesi kaunseling berdasarkan teori CTRT. Atas nasihat dan bimbingan Dr. Jazimin dan Cik Faizura saya telah
yakin 100 peratus untuk melaksanakan sesi yang sebenar. Saya akan cuba menggilap kemahiran
seperti membuat parafrasa, refleksi dan kesimpulan dengan lebih mantap. Terima kasih atas
bimbingan dan teguran yang diberikan semoga saya dapat melaksanakan sesi lebih baik pada
masa hadapan. 7.2 Refleksi Klien
Berakhirnya, sesi yang pertama klien telah membuat refleksi bahawa dia berasa lega kerana
dapat berkongsikan masalah yang dihadapi bersama kaunselor. Hal ini jelas dapat dilihat dari
raut wajah klien yang sedikit tenang berbanding di awal sesi. Pada sesi yang kedua klien telah
menyatakan bahawa :
Setakat ini sahajalah. Saya rasa masalah pun dah selesai, saya pun nak ucapkan terima
kasih pada cikgu sebab, saya dapat luahkan apa yang saya rasa dan dapat suatu input dari cikgu dan cikgu membantu saya untuk memahami orang lain.
Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa klien telah sedar bahawa masalah yang berlaku
dalam program lebih kepada miss communication sahaja. Jika dilihat pada sesi yang pertama
klien banyak bercakap soal salah orang lain, namun dalam sesi yang kedua kaunselor telah
membawa klien untuk menilai kelemahan dirinya. Klien juga telah belajar daripada kesilapannya
dan berharap dia dapat memperbetulkan tindakannya pada masa akan datang dengan beberapa
alternatif yang telah dibincangkan dalam sesi yang kedua. 8.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, tugasan kelas kaunseling individu ini banyak memberikan input berguna pada
saya khususnya dari segi teori dan aplikasi. Dari segi teori, dilihat memang mudah untuk
meneroka klien kerana apa yang perlu ialah meneroka needs klien sama ada survival, kasihsayang dan pemilikan, kegembiraan, kebebasan memilih dan penghargaan diri. Walau
bagaimanapun, dari segi aplikasi agak sukar untuk diterjemahkan dalam sesi kerana memerlukan
kemahiran yang tinggi serta kepantasan berfikir dalam menganalisis masalah klien untuk
dipulangkan semula pada klien dengan tepat seperti yang dinyatakan.
Dalam menjalankan dua sesi ini juga dapat dilihat dengan jelas, proses kemahiran saya
dibentuk. Hasil sokongan, kritikan dan teguran Cik Faizura khususnya ketika makmal banyak
mempertingkatkan kemahiran yang saya miliki. Beberapa cadangan dan pendapat Dr. Jazimin
juga banyak membantu saya khususnya bagaimana untuk menyulam sesi saya dengan teori CTRT. Jika dilihat pada sesi yang pertama saya tidak berfokus pada klien, namun pada sesi yang
kedua saya sudah mendapat ‘celik akal’ bagaimana untuk berfokuskan pada klien dan di situ
saya dapat melaksanakan jantung CTRT iaitu evaluation. Penggunaan evaluation juga membolehkan saya membantu klien melihat bagaimana untuk berhadapan dengan masalah yang
sebenar dan apa tindakan yang perlu dilakukan pada masa akan datang, kerana tindakannya akan
mempengaruhi total behaviors.
Tugasan ini juga telah memberikan saya keyakinan untuk menjalankan sesi kaunseling individu yang sebenar dan terima kasih atas kedua tenaga pengajar yang banyak memberikan
27
9.0 BIBLIOGRAFI
Gerald Corey (2000). Theory & Practice of Group Counseling, Fifth Edition. United State of
America. Thomson Learning.
Ian R. Ridqway. Reality Therapy : William Glasser (born 1925) 2007;5: 8-11. URL: http://www.myauz.com/ianr/articles/lect5realitytherapyglasser.pdf
James Archer & Christhopher (2007). Theories of Counseling and Psychotherapy. United State
of America. Pearson Education.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimaton Halaliah Mokhtar (2007). Apa dan Bagaimana.
Kaunseling Individu. Shah Alam : Fajar Bakti
Mohd Aziz Shah dan Hazalizah Hamzah (2011). Pengenalan Pembangunan Sahsiah. Kuala Lumpur : Emeritus Publication Sdn. Bhd.
Mohd Aziz Shah Mohd Arip et. al (2009). Kemahiran Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur :PTS Profesional Publication.
Richard S. Sharf (2012). Theories of Psychotherapy and Counseling, Fifth Edition. United State
of America. Brooks/ Cole, Cingge Learning.
Robert E. Wubbolding (2011). Reality Therapy. Washington. American Psychological Association.
Sapora Sipon dan Hapshah (2008). Penghantar Kaunseling Individu. Selangor : Arah publication.
William Glasser (1998). Choice Theory : A New Psychology of Personal Freedom. United State
of America. Harper Perennial Publisher. 10. LAMPIRAN
a. Kontrak Persetujuan (Inform Consent) b. Ulasan Cik Faizura Sesi 1 Dan 2 c. Ulasan Dr. Jazimin Sesi Satu